Halaman

Ahad, September 22, 2013

La Tahzan !

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~ Salam UkhuwahFillah ~


Sedih .

Terlalu signifikan dalam kehidupan makhluk bergelar manusia .


Sedih boleh terjadi atas pelbagai faktor , kehilangan , kekecewaan , dan lain-lain.

Bila berhadapan sedih, macam-macam boleh terjadi. Ada manusia yang pendek akalnya akan mencederakan diri, berfoya meneguk minuman keras, malah, lebih dahsyat ada yang sanggup membunuh diri sendiri .

Apa-pun yang berlaku , hadapi masalah dengan baik.
Bersabarlah .

Meskipun sabar itu  perit pada awalnya, namun engkau akan merasai kenikmatan itu pada akhirnya.

Sedih Itu Menguatkan. 

Saat aku merasa sedih, tika dunia seolah sempit, aku suka kembali menyelak lembaran suci Kalam Tuhan. Menyelak, membaca dan mencari tafsiran ayat-Nya yang membuatkan aku kembali kuat dan tersenyum.

Melihat setiap kesedihan itu adalah ujian dari Allah, datang untuk menguji kita.

Tanda Allah itu rindu mendengar rintihan dan tangisan kita.
Tanda Allah itu rindu melihat jasad kita bersujud kepada-Nya saat manusia lain sedang lena tidur.

Berbahagialah dengan ujian.
Jangan terlalu merasa lemah, kerna setiap ujian dan dugaan itu bukan melemahkan tetapi adalah untuk menguatkan diri.

Sekalah air matamu, dan melangkah untuk terus tersenyum.
Jangan dibiarkan diri berada dalam "kotak" yang sama.

Menangislah . Mengadulah . Pada Maha Pencipta .
Dia yang memberikan rasa sedih, Dia juga yang memberikan rasa bahagia.

Duduklah.
Rapati jiwa dengan alam.
Lihatlah semua dengan mata kesyukuran dan kebesaran.

Berbahagialah wahai teman, wahai diriku .
Syurga itu mahal untuk dinikmati tanpa perit dan ujian.

Usah bersedih dengan apa yang berlaku dalam hidup, lihatlah ia dengan kesyukuran kerna saat Allah hadirkan ujian dalam hidup supaya engkau kembali ingat pada-Nya sedangkan ramai yang dibiarkan-Nya hanyut dalam kehidupan dengan keseronokkan yang sementara.

Basahi jiwamu dengan menuntut ilmu dan mendengar peringatan.
Lembutkan jiwamu dengan zikirullah.

Moga berbahagia
Dalam rahmat dan kasih sayang Allah Taala.

----------------
Moga Allah keluarkan kita dari setiap masalah yang kita hadapi .

Ameen Ya Allah .

...




Khamis, Ogos 22, 2013

Genting : 2nd Trip

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~ Salam UkhuwahFillah ~


Huh ..

Lama jugak tak update blog ni .. Kekurangan idea dan kebusyan dan kemalasan buat jari ni lemah sikit nak menaip kat sini .. Haha

Apa-apapun , hari ni tergerak pulak hati nak share something cerita kat sini ..

AWAS ! Sesiapa yang tak suka , aku mintak maaf ! Haha

-----

Ok , semalam negara kita di kejutkan dengan kemalangan bas dalam perjalanan dari Genting Higland ke Kuala Lumpur .

Semoga Allah menempatkan mangsa dalam golongan yang beriman .

-----

Chop !

Jadi satu yang aku bersyukur sangat ialah beberapa hari sebelum kejadian tu aku dan kawan-kawan aku pun baru balik dari Genting .

Add caption
Syukur sebab tak da apa-apa yang terjadi .

Dijadikan cerita , aku , adlin , Luqman dengan Hafiz bergerak kol 9 pagi dari CFS,IIUM ni nak ke KL Sentral . Planning awal nak gerak pakai bas jam 9.30 (Bas Go Genting) tapi tak berkesempatan bila bas penuh dan kena tunggu jam 11.30 .

Jadi, sesiapa plan nak pergi tu beli la tiket awal-awal . :)

Tengah sibuk sibuk fikir , datang pak cik ni suruh naik teksi je ke Genting . Satu kereta RM100 , jadi kalau 4 orang naik sorang kena bayar RM25 je .. Boleh la tu ..

So ktorang pun naik la ke Genting guna teksi tu .. Perghh .. Kejap je dalam sejam dah sampai Genting .. ni kali ke-2 naik Genting ... Kali ni berbeza dengan kali pertama sebab lebih excited dan happy sebab dengan kawan-kawan .. ^^

Kitorang berhenti kat "Genting Skyway" tempat naik cable car . Sorang naik RM6 ringgit .. Jadi kalau beli tiket return RM12 sorang .

Yuhuu ..
Diatas awan .. 

Naik cable car tu dalam beberapa minit je .. dalam 15 minit kot kalau tak silap ..

Syok , dapat menikmati alam , melihat kebesaran Allah . Allah Maha Besar !

Sesampai je di Genting , ktorang terus cari tempat beli tiket .. Entah hari tu kitorang dapat RM48 je sorang untuk Outdoor ngan Indoor Theme Park .. Berbaloi !


Haa.. Ni muka diorang .. amcm ?
Hafiz .. Luqman .. Adlin .. 

Excited gila nak main dengan kawan-kawan yang gila-gila semua ni.. Hahah ..

Banyak jugak yang sempat naik .. sehabis boleh manfaatkan masa untuk naik semua .. Haha

Antara yang ktorang sempat main :

- Pirate Train
- Spinner
- Sungai Rejang Flume Ride
- Corkscrew
- Space Shot
- Flying Coaster
- Euro Express
- Flying Dragon
- Mini Train

Tu je la yang sempat naik .. Walaupun banyak lagi yang tak naik . Tapi ni pun dah cukup buat takut dan menyeronokkan .

So , layanla gambar-gambar ktorang ni .. ^^

-------

Nak jugak bergambar macam ni .. HAHAHA



Flying Coaster . !
Terbaiikkk .! 



Menghitung Bajet ... Hahaha
Alhamdulillah , bajet tak sampai rm100 ..

Acah acah di London ..
^^ 

Hmmm .. 




Kabus dah terlalu tebal .. Hotel First World pun dah tak nampak .. 

Yeah ! Walk To Remember ! :) 

Ktorang tak masuk tau .. 

Ni saja ja posing depan ni , habis ambik gambar tanya polis yang jaga entrance Casino ni mana surau .. Senyem senyum je pak cik ni bagi tau arah surau .. Hahah 


Indoor Theme Park .. Banyak dan besar lagi sebenarnya .. 


Ok .. Ni je la celoteh ringkas .. 

Apa-apapun , Genting Outdoor Theme Park dah nak tutup 1 September ni sampai 2016 .. Nak buat baru untuk First 20th Fox Century Theme Park .. Macam Universal Studio la ni .. 

Tak sabar nak tunggu 2016 .. ! 

Apa yang aku dapat kat sini , ukhuwah kami makin rapat ... ktorang gembira sama-sama .. buang stress lepas exam gitu .. Hahah .. 

Klah ! 

Bye ! Assalamualaikum .. :) 


Khamis, Julai 04, 2013

President Morsi .

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~ Salam UkhuwahFillah ~



Hari ini aku bangun pagi melihat apa yang baru di TL Facebook dan Twitter .

Alangkah terkejutkan dan sedihnya bila TL dibanjiri dengan kisah hitam yang berlaku di tanah Anbiya , Mesir .

Rampasan kuasa oleh tentera keatas President Mesir , Dr Morsi yang mana merupakan president yang sah dengan proses piliharaya yang bersih tahun lalu .


Menangis jiwa-jiwa mereka yang cintakan pemimpin sepertinya , baru beberapa hari lalu Dr. Morsi dengan berani dan tegas bersuara mengecam Bahsyar Assad serta memutuskan hubungan dengan negara tersebut .

Allah jualah tempat memohon moga Allah melindungi President Dr. Morsi dan gerakan Ikhwanul Muslimin serta umat Islam di Mesir .

Dulu aku pernah membaca buku karangan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi , " Aku dan Ikhwanul Muslimin " . Melihat bagaimana perjuangan mereka dengan setiap mehnah dan tribulasi yang mereka hadapi. Sungguh , perjuangan untuk Islam ini memang penuh ranjau dan duri .

Manakan mudah masuk syurga tanpa ujian dari Allah .

Firman Allah SWT

" Adakah kalian kira Kami akan membiarkan kalian memasuki syurga tanpa diuji .? " -Quran-

...

Satu masa dulu , gembiranya hati aku melihat kejatuhan rejim Husni Mubarak yang memerintah selama 30 tahun dengan penuh korupsi dan pelbagai kepincangan , dan bertambah gembira bila Dr Morsi dilantik menjadi president .

Hari ini aku sedih bila mendapat tahu Dr. Morsi telah digulingkan dengan kuasa tentera. Berkongsi perasaan dengan orang lain yang turut sama menangisi peristiwa yang berlaku .

Pagi tadi ruang TV di Library penuh dengan pelajar yang melihat stesen Tv Al-Jazeera yang memaparkan kejatuhan Dr. Morsi . Terpapang wajah-wajah duka .

Aku sedar perjuangan demi Islam ini bukanlah sebuah perjuangan mudah , macam-macam perancangan yang disusun oleh musuh Islam . Namun aku yakin , dalam masa kita merancang , Allah juga telah merancang dan Dialah penentu segalanya .

Kejatuhan Dr. Morsi bukanlah satu kekalah !

Ayuh ! Doakan President Mesir , Dr. Morsi dan Ikhwanul Muslimin serta mereka yang menyokong pemerintahan Morsi moga selalu dalam perlindungan Allah Taala serta diberikan kekuatan dalam menghadapi fitnah , mehnah , serta tribulasi di bumi sendiri .

Doakan moga setiap perancangan jahat musuh-musuh Allah tidak berhasil .

Akhir kalam , bacalah kata-kata President Morsi


Sesungguhnya,
Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,

Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,
Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,
Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana dalam setiap apa pun,
Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku,
Kaffah menyeluruh,
Kita bukan islam biasa-biasa.

Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan?
Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,
Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula.

Aku memohon ampun atas kelewatanku,
Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,
Namun, ku mengharapkan, kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.

Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,
Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,
Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu,
Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah, untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah, maka aku merasa Kau mencukupi untukku.




Selasa, Julai 02, 2013

TeenACE .. !

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh .
~ Salam UkhuwahFillah ~



Alhamdulillah ..

Syukur kepada Allah SWT yang telah memberikan rezki , peluang dan ruang untuk hamba-Nya ini untuk menyertai program Teen Award , Convention & Exhibition hujung minggu lepas .

Satu program yang lain dari yang lain yang pernah aku sertai sebelum ini . Sungguh , TeenACE ini memang terbaik dan awesome .! ;)

Tahniah buat Langit Ilahi Consultancy sebab berjaya mengadakan program TeenACE yang baik ini khas untuk para remaja , pemuda dan pemudi harapan Islam .

Allahu Akbar .

Walaupun pada saat-saat akhir team Langit Ilahi mendapat sedikit ujian iaitu dimana pihak Dewan Centrum , Setiawangsa (lokasi asal program TeenACE) tidak membenarkan mereka menggunakan dewan dan terpaksa ditukar ke Dewan Kristal , Menara TM , program ini tetap berjalan dengan jayanya dengan kunjungan 1000 peserta dari setiap negeri dalam Malaysia , malah turut mendapat kunjungan peserta dari Brunei . Tahniah .!

YeeeHaaa  .! 


Excitednya aku nak pergi TeenACE ni sampai aku mimpi 2 kali pasal TeenACE ni .. Haha

Walaupun terdapat sedikit masalah sewaktu nak keluar dari CFS ni iaitu bila terpaksa berhadapan dengan pak guard yang tak bagi keluar awal sebelum pukul 9 pagi , akhirnya kami dapat jugak dengan ihsan darinya .. Haha

Tak la jauh mana CFS,IIUM ni dengan menara TM tu , satu stesen je kalau naik LRT .

Aku dan kawan-kawan rasa teruja sebab first time join program anjuran Langit Ilahi dan teruja nak bertemu team Langit Ilahi yang hebat-hebat dan teruja nak mendengar pengisian daripada insan-insan hebat seperti mereka dan seperti Amin Idris & Ustaz Hasrizal .

Serius , inilah kali pertama aku bertemu dengan Amin Idris , Ustaz Hasrizal dan team Langit Ilahi yang lain walaupun sebelum ni dah berjumpa dengan Hilal Ayraf masa KLIBF hari tu .

Berjumpa dengan Vlogger Bro. Qawiem , Anuar Hadi , Afdholul Rahman , Bro Hamzah , Azhar Hilmi , IM Asyraf , Adibah Awang , Aisyah Shakirah , Rabbani dan semestinya Fatih Seferagic .. :)

Berasa beruntungnya bila Allah pilih duduk dihadapan mereka mendengar setiap kata-kata mereka yang penuh makna dalam mendidikan dan membentuk jiwa kami dalam menjadi hamba-Nya .


Ada apa kat TeenACE ?

Ada apa je kat program TeenACE ni . ? :)

Alhamdulillah , aku rasa ada macam-macam kat program ni . Terlalu banyak yang berharga aku dapat dan semestinya semua orang yang hadir . InsyaAllah .

Aku tak rasa rugi membayar RM120 untuk tiket TeenACE ni . Siapa yang rasa tiket ni mahal maka dia salah . Serius !

Seronokkanya sebab lebih menekankan kepada remaja , jiwa remaja . Aku nak share kata-kata dari pengasas Langit Ilahi iaitu saudara Hilal Asyraf iaitu ;

" Sesungguhnya waktu muda adalah waktu yang terpenting bahkan Rasulullah saw menyarankan agar dihargai waktu muda ini sebelum tiba masanya tua . Kerana pada kemudaan wujudnya 'masa' . Telah luput 'masa' ini secara sunnahtullah pada yang tua .                                   
Pada muda juga wujudnya tenaga dan kecerdasan , tersemat bersamanya kecergasan dan ketangkasan . Akhirnya pada pemuda-pemudi , remaja dan beliawan/wanis jualah terletaknya pilihan untuk menggunakan kemudahan ini sebaiknya . Sama ada menggunakannya sebagai manfaat buat Islam atau sebaliknya  
Maka di TeenACE ini , kami LangitiLahi Consultancy cuba membarakan api cita-cita , agar remaja dan pemuda-pemudi kita menyematkan rasa ingin berimpian yang bermanfaat buat Islam . Agar lahir dari generasi ini pelindung buat agama ini . InsyaAllah . "         

Dewan Kristal 
Semasa program ini , kitorang diajar , 'disedarkan dari tidur kami' , di tanam semangat dan macam-macam lagi .

Tanyalah pada mereka yang join program TeenACE ni , apa yang mereka dapat sepanjang program ni . Mesti banyak . :)

Moga LangitIlahi Consultancy akan mengadakan program TeenACE lagi tahun akan datang . :)




Teen of Dignity , Leading Community 

Itulah motto TeenACE , " Remaja Berjati Diri , Peneraju Komuniti " .

Jadilah seorang remaja yang mempunyai jati diri yang kukuh , mempunyai matlamat yang tinggi dan menjadi seorang remaja yang produktif dan semestinya menjadi seorang remaja yang mampu menyumbangkan sesuatu untuk ummat hari ini .

Kita tidak mahu menjadi remaja yang masa mudanya terbiar sahaja dengan perkara yang sia-sia . Masa muda ini terlalu bernilai untuk dibazirkan dengan perkara yang tidak mendatangkan manfaat .

Hilal Asyraf ada melontarkan persoalan yang mengetuk jiwa dan akal  iaitu

" Apa yang anda nak bagi pada ummat ini untuk hari esok ? " 

Jum ! Kita bina jati diri kita kembali , membentuk peribadi kita agar bermanfaat untuk ummat ini . Suka akan kata-kata " luka ummat hari lalu belum sembuh lagi , namun telah ditambah dengan luka yang baru yang semakin menyiksakan " 

Apa-apapun , mari kita mengorak langkah dengan matlamat yang jelas dengan membuat pelan jangka masa yang pendek dan pelan jangka masa yang panjang selain sering berusaha untuk terus menambah ilmu pengetahuan .

Dampingi mereka yang soleh dan bermusafirlah ke tempat-tempat lain dan belajarlah darinya serta jangan lupa untuk merapati vateren kerna pada mereka ada yang berguna untuk kita sebagai remaja . 

.............................................................................

Jum layan gambar-gambar sepanjang TeenACE ni .. ^^ 


Ustaz Hasrizal 

Amin Idris 

Bersama Vlogger Bro Qawiem. ^^
" Jemaah Gangster "

Bersama Fatih Seferagic . ^^

Rabbani 

Hilal Asyraf 

Sahabat baru di TeenACE . ^^ 
Bersama Bro .Afdholul Rahman ^^ 
Selamat Tinggal TeenACE 

Isnin, Jun 24, 2013

Jerebu oh Jerebu ..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~ Salam UkhuwahFillah ~


YeeeHaaa ... !

Khabar Gembira ... 
Dengan itu , bercutilah kami hari ini .. Haha

Walaupun aku tak berapa nak setuju dengan cuti ni sebab nanti akan ada kelas ganti ... :/

Alangkah seronoknya pergi kelas dalam keadaan jerebu , lecturer akan cakap ;

" Erm .. Tak pe la semua . Kita habiskan kelas awal hari ni "
" Class , Saya kurang sihat hari ni .. Jadi kita habiskan kelas sampai sini je la " 

Hahahaha ... 
Tak perlu la buat kelas ganti kan .. ? ^^ 

Apa-apapun , jangan malas belajar ye ..! Har Har Har ..

Jerebu pun makin hari semakin terus .. Kesan kat kita Selsema , Batuk , Sakit Mata .. Sakit tekak .. 
Apa-apapun , jangan banyak mengeluh .. Banyakkan muhasabah . Ini semua ujian dari Allah . 
Senyum .. :) 

Terfikir keadaan di tempat-tempat yang diistiharkan darurat macam kat Muar , entah macam mana ntah keadaan kat sana .. Kalau aku duduk kat PJ ni pun dan teruk ... 


........


Jerebu di Petaling Jaya . (View from CFS,IIUM

Apa yang penting dalam keadaan berjerebu macam ni ialah kesihatan . Kena sentiasa jaga kesihatan lagi-lagi bulan Ramadhan nak dekat dah .

Banyakkan minum air , kurangkan aktiviti luar , basuh tangann dan muka lepas buat aktiviti luar , pakai topeng tutup muka .. Haha

Saja perkongsian bersama .

Moga Allah permudahkan urusan kita .

Jerebu . Mohonlah hujan dari Allah .


Ahad, Jun 16, 2013

New Sem .. ??? !! OK ..!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~ Salam UkhuwahFillah ~


Yeeeee Haaaaaa ... !

Semester 1 sesi 2013/2014 kini bermula ... :/

Inilah cuti paling lama pernah aku nikmati sepanjang aku berada di CFS, IIUM ni .. 3 minggu yeee ... Haha
Tak pernah aku dapat cuti selama tiga minggu ... Huhu

Apa-apapun , ni semester akhir buat aku (ikut study plan la) . InsyaAllah , kalau tak da aral melintang , kalau tak wujud lagi huruf " F " untuk bahasa Arab aku dalam result slip , aku akan menjejakkan kaki ke Main Campus, Gombak .. Yeah ..! Tak sabarnya .. ( Doakan-doakan ye .. :D )



Apa-apapun, aku cuba ambik secara positif atas kegagalan Bahasa Arab aku dan jatuhnya pointer aku .. Huhu .. punyalah rasa tercabar dengan kakak sendiri , kakak boleh dapat pointer 3.8 ..aku .. ? Hmmm .. biar aku dengan Allah je tahu berapa .. 

Mungkin Allah nak suruh aku belajar lagi bahasa syurga ni biar faham bukan belajar macam tu je .. Ok , InsyaAllah aku akan buat sebaik mungkin sem ni .. 

Permergian yang ..... 

Sedih . Pedih . Pilu . 

Ya , kali ni aku rasakan perpisahan yang sedikit sedih dengan mak . Kasihan tengok mak sunyi di rumah . Ayah offshore , kakak study .. adik sekolah .. Tinggal mak dengan 2 ekor putera kucing je kat rumah . Moga Allah selalu melindungi mereka semua . :) 

Kali ni aku tak pernah tengok mak aku menangis selain hari raya .. Haha , kali ni dia menangis atas fitnah yang orang tujukan kat dia .. Sebab tu aku agak susah nak tinggalkan mak kali ni . Tapi aku yakin Allah ada, Allah akan melindungi mak di rumah dan semoga terus diberikan kekuatan . 

Aku dengan kakak aku memang anti gila dengan orang tu ... siap dia kalau berani cakap macam-macam pasal mak aku .. 

Apa-apapun , mak aku seorang yang kuat .. Yeah ..! Tak akan lemah ..Air mata dia bukan beerti lemah tapi bermakna dia juga manusia yang ada isi hati tak macam manusia yang bertopengkan syaitoooo ..

Doaku selalu untuk mak dirumah . Moga Allah selalu meletakkan ketenangan , kegembiraan , kebahagiaan , di dalam jiwanya . 

Ayah pulak sekarang masih di Singapore ... 2 bulan lagi sebelum balik bercuti .. Memang sunyi sepi rumah tu. -_____- 


Sem lepas .. ? 

Hoooo .... " Pembunuh Senyap " . Walaupun bukan membunuh aku tapi hampir membunuh jiwa jiwa aku dengan mewujudkan 2 huruf lain dalam result aku iaitu huruf " c " dengan " F "  .. Hahah .. 

Tak pe tak pe .. paling kurang aku dah usaha sebaik mungkin untuk subjek Understanding Islam , Psychology , Computer . 

Dannnnn aku bersyukur sangat sebab aku dah exampted English .. Huh .. Dah tak payah nak belajar bahasa english dah .. Next kat main campus belajar lagi .. -___- . Tapi hakikatnya hari hari aku kena belajar bahasa english dalam kelas . Ok! 

Setiap sem aku rasa sama ja nak cakap " Ok , sem ni aku kena balajar betol betol " . Tak pe tak pe, ulang je berkali kali mungkin boleh bagi impak kat jiwa . Haha . InsyaAllah , dengan sem akhir yang berbaki ni aku nak buat sebaik mungkin menaikkan balik pointer aku yang dah jatuh .. -____- 



Kalau aku habis sem ni , maka samalah aku dengan kakak aku akan sambung Degree .. Har Har Har .. Hebatnya masuk Pusat Asasi .. ^_^


Jaga Relationship .

Yup . Relationship dengan Allah SWT . ^^ 

Teringat pesan seorang teman dulu waktu aku berkongsi kisah sem 1 , bagaimana exam semua . Satu ayat yang dia kata " Jaga hubungan kita dengan Allah . Maka kejayaan akan datang kat kita " 

Yup . Hubungan dengan Allah . 

Perlu dijaga rapi sebagaimana nak jaga pointer .. :D 

Terima kasih teman atas kata-kata yang mengetuk jiwa . ! :) 


Enjoy .... !

Apa-apapun , jangan stress-stress ... 

Senyum dan ceria di semester yang baru .. bersama junior-junior yang baru ... 

Moga Allah bantu dalam kehidupan kita . Ameen Ya Allah . 



Ok .! Maas salamah wa Ilal Liqa . ! ;) 



Khamis, Mei 30, 2013

Aku Senior .. ?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~ Salam UkhuwahFillah ~


CFS , IIUM 
Aku Senior .. ?

Acah-acah je perkataan senior tu .. Haha

Apa-apapun , aku nak ucapkan selamat datang ke Taman Ilmu & Budi , atau " The Gateway to the Garden of Knowledge and Virtue " kepada adik-adik batch 95 . Yeah ..!

Tahniah sebab terpilih masuk UIA .. Ingat , selangkah ja kaki masuk UIA ni , kita masih di CFS lagi .. Heheh ,



Buat pelajar-pelajar baru mesti terfikir-fikir keadaan belajar kat CFS ni .. Hmm  , jangan risau belajar kat sini best .. Huhu .. :/

Seronok .. ? 

Muka mereka yang seronok .. 

Hmm , kalau nak dikata tentang keseronokkan tu , ye , ada masa kita seronok ada masa kita kurang ronok .. Apa-apapun , jangan risau dengan kehidupan di CFS ni , tak la teruk sangat .. :)

Semestinya kita banyak masa gembira dengan kawan-kawan , first week atau second week tu memang kita akan rapat ngan roommate kita , makan memang turun sekali .. tapi bila masing-masing dah mula kelas dan tak sama group , tengok la nanti sendiri .. Hahah

Apapun , keseronokkan tetap dirasa bila bersama di dalam bilik .. mungkin perasaan ni lebih kat budak FZ ngan ABC.. yang duduk UKC tu kureng sikit kot sebab 4 orang je sebilik .. Hahaha

Kalau nak kata stress study tu boleh la... biasala kan , ada masa kita study ok , ada masa tak berapa ok .. Yang penting kita try fokus dan enjoy dalam kelas .. Buat kerja yang lecturer bagi , assignment , dll . Study la jugak sebelum tido tu .. :)

Apa-apapun , bersedia dengan kehidupan di CFS , InsyaAllah satu suasana baru .. Jangan takut , enjoy ur life there ok ..! ;)


Suka Makan .. ? 

Erkkk .. pasal makanan ni dah muak dah rasanya makan sana .. Hahha , asyik-asyik ayam kat UKC.. -___-

Tapi jangan risau ada mamak Ali Bistro (Ali B) , Cafe E (Bawah Ali B) , Cafe UKC (kat UKC) , Cafe ABC (dalam ABC) , ZC ,KC , ngan AC... Yang duduk Aisyah tu , untung la sebab selalu kawan sisters selalu cerita makanan sana banyak dan sedap .. ada burger, oblong,..perghh .. dah try rasa memang terbaikk ..!

FZ ..? Yup , Mahallah FZ ni memang dianak tirikan sikit.. haha , tak la , sebelum ni mahallah ni memang tak da cafe , tapi sejak sem ni dah ada diubah suai kawasan bawah tu untuk cafe tapi tak da bukak lagi .. harap sem ni bukak la .. tak perlu la jauh-jauh pergi UKC sahur jalan macam zombie lalu padang .. -____-

Pasal makan lagi ? Hari selasa boleh keluar makan Pakapou , pergi pasar malam .. perghh.. kena try tau pakapou kat kedai area pasar malam tu ... Terbaikk ..! :D


Study Macam mana .. ? 


Study macam biasa je .. pergi kelas ikut jadual .. kalau kelas kol 2 , best la .. haha

Study memang kena struggle habis-habis , tak susah mana pun kalau study betul betul.. cewah , ayat macam budak 4 flat je .. -___-

Cari la senior-senior ka , kawan ka .. buat discussion sama-sama , pergi pejabat lecturer tanya soalan .. Jangan malu jangan segan .. watlek watpeace ..!

Kalau nak study , study je kat mana mana nak , kat LY ke.. Annex Building ..Block C,D,E ..SMAWP .. Library .. haa , berebut la je tempat , kadang-kadang penuh terutama musim exam .. memang full la semua tu..

Owh , jangan lupa bawak Al-Quran sekali dengan terjemahan .. Kamus sekali .. Arab ngan English .. Moga bermanfaat .. :)



Pakaian .. 

Pakaian tutup aurat .. Ikut dress code Allah dah bagi & ikut dress code UIA.. Heee ,

Awas ..! Ada spotcheck kat UIA ni , bila ada spotcheck tu salah satu petanda elaun nak masuk (kalau elaun tak masuk la) .. Hee

Kalau pandai lari dari guard ni , ok je.. cuma kadang guard ni benda remah pun nak jadi isu .. pernah jalan dalam UIA pakai t-shirt biasa , selipar , seluar track cuma nak tengok carrymark ..!! bukan ke kelas pun .. da kena sound ngan guard .. last last kena balik pakai kemeja ngan kasut semua pergi tengok carrymark je yang tertampal kat board .. -____- best kan .. ? Hahah

Kalau yang kena saman tu , minta la kurangkan dengan principle mahallah .. :)


Okeh .. cukuplah merapu kat sini ... Walaupun isi dengan tajuk post tak da chemistry .. Apa-apapun , selamat menjadi sebahagian keluarga CFS ye ... Jangan lupa selalu solat berjemaah ye nanti .. ^^



Okeh .. ! ;)

Jumpa di CFS ..!

Ahad, Mei 26, 2013

TeenACE

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~ Salam UkhuwahFillah ~

................................................

Hari ni nak promote sikit program yang dianjurkan Langit Ilahi Consultancy iaitu ... Jeng Jeng Jeng ,...


Teen Award , Convention & Exhibition 
(TeenACE)

"Teen of Dignity , Leading Community"

Poster TeenACE
Ada Ustaz Hasrizal , Imam Muda Asyraf , Amin Idris , Hilal Asyraf and the geng ... Anwar Hadi , Adibah Awang , Aisyah Shakirah , Rabbani ... dan tetamu khas FATIH SEFERAGIC dari US .. :D 

Siapa tak kenal Fatih Seferagic ni pergi kat Youtube .. Hehe .. InsyaAllah kenal .. 



InsyaAllah akan join program TeenACE ni bersama kawan-kawan ..

Anda belum mendaftar .. ? Apa lagi .. ? Daftar la ... :)

.....

Klik link dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran ..

http://langitilahi.com/teenace/

Rabu, Mei 22, 2013

YeeHaa ..! Setahun berlalu ...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~ Salam UkhuwahFillah ~

..............

Alhamdulillah ,

Sedar tak sedar dah hampir setahun belajar di Pusat Asasi , Universiti Islam Atarabangsa Malaysia
(CFS, IIUM) . Fuyoo .. Haha

Masih segar dalam ingatan hari first aku jejak kaki ke CFS , apapun, aku malas nak cerita pasal tu lagi .. Sekarang aku dah habis 3 sem kat sana , InsyaAllah tinggal satu sem sebelum jejak ke Main Campus , Gombak.. ^^ (doa2kan ye)

Happynya Mereka ... ;D
Faiz , Hafiz , Akid , Adlin , Luqman

Nampak tak kegembiraan bila habis exam .. Hahaha
Jangan macam-macam sem 3 ni .. rasa macam nak pecah kepala belajar .. Huhu .. Subjek sem ni memang mencabar dan menakutkan .. Jeng Jeng Jeng ..

Alhamdulillah , semuanya dah kami lalui , tinggal tunggu keputusan je .. -___-  *cuak*


Ukhuwah Kami 

Alhamdulillah , selama 3 sem aku duduk sebilik dengan Akid , Amir , Luqman , Hafiz , Faiz , Acap , Amirul , ngan Adlin .

Apa yang menarik ialah sem 3 ni kitorang lebih rapat dan lebih banyak masa bersama .. Huhu .. Keluar sama-sama .. Dan kenal dah sikap setiap seorang antara kami ni . HAHAHA

Bukit Tabur ktorang naik , Malam Cinta Rasul ktorang pergi , i-City kitorang jelajah , dan macam-macam lagi la.. Haha .. Sem 3 ni memang banyak la kisah ktorang .. walaupun sem ni paling susah , tapi sem ni paling banyak keluar bersama .. dulu belajar je dalam bilik .. -__-

Semua aku masih ingat , kisah kena kejar anjing (tak akan dilupa) .. bahaya bukit tabur .. makan luar .. fly dari uia .. gerak pergi Malam Cinta Gaza kat TV Al-Hijrah sampai tak balik CFS .. hahaha

InsyaAllah , moga semuanya Allah Redha .. yang fly tu tak sure salah ke tak sebab lapar .. :D
hahha

Ukhuwah bukan dengan budak bilik je .. Classmate pun sama

Akhirnya sem 3 ni bilangan lelaki kelas aku bertambah jadi 3 .. Naquiyuddin , Ridza dan aku .. Kelas Understanding Islam pulak ramai 8 orang .. Haha .. ada senior Medic , Engine , dan ktorang budak HS Warrior . ^^

Moga kekal ukhuwah kami sampai syurga Ilahi . InsyaAllah .


Sem Paling Meriah ..! 

Meriah lah jugak sem 3 ni dengan program-program yang berlambak .. Setiap minggu ada je program yang dianjurkan .. sampai tak tau nak pergi yang mana satu ..

Dapat merasa Raudah Festival (RAFEST'13) dan Sport and Martial Art Carnival (SMAC'13) .. Tak terlibat apa-apapun untuk semua ni cuma jadi pembeli makanan dan supporter .. :D

Walaupun meriah , study pun kena "meriah" . Kelas pun bertambah meriah dengan adanya Naqi .. ;D

Ustazah Arab yang baik , classmate yang gila (hahahha) , Lect semuanya baik dan sempoi .. Perghh.. memang best la sem 3 ni .. Harap sem 1 13/14 nanti best jugak la ..


Perpisahan dengan Faiz 

Dalam kegembiraan sem 3 , kitorang sedih sebab kena berpisah dengan sahabat dan teman kami Muhammad Faiz Bin Isa yang akan ke Gombak .. Huhu

Apa-apapun , didoakan semoga kejayaan selalu bersamanya .

InsyaAllah , nanti nak buat satu entry pasal Paih Kedah ni.. ;D


Hidup Perlu Diteruskan 

Perghh .. ayat ..

Yup , hidup perlu diteruskan

Walaupun subjek sem depan pun sama macam sem ni , 'membunuh' .. InsyaAllah semuanya kena hadapi dengan baik .. Harap bahasa Arab exampted ngan English .. :D

Mohon doa .. :)

Jum , selamat menikmati gambar-gambar kenangan sem 3

..........................................................

Bakal-Bakal Mahasiswa yang berkata tentang perjuangan .. Hahahha

Hari Last bersama Faiz 

Malam Cinta Rasul @ Dataran Merdeka

Kayuhan Patriotik @ Putrajaya

Keluarga HS Warrior ..! 

Kanak-kanak Ribena di i-City

Putrajaya Kami Tawan .. Haha

---- @ Masjid Besi , Putrajaya

Bukit Tabur

---------------------------------
Ok .
Wassalam .

:)