Halaman

Selasa, Disember 20, 2011

Islamic Summer Camp..!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~


:: Dakwah Itu Cinta ::

Alhamdulillah.

Syukur kepada Allah atas rahmat-Nya saya diberikan sekali lagi rezki dan peluang untuk menjejakkan kaki ke bumi Sabah untuk mengikuti program anjuran Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dan Kelab Remaja Ukhuwah (KRU),sekali lagi diberikan peluang bertemu dan membina ukhuwah bersama saudara seakidah di Sabah.

Alhamdulillah.

Pujian sekali lagi untuk Dia yang Maha Agung kerna dengan kasih sayang-Nya saya dapat merasai pengalaman baru dengan mengikuti program Islamic Summer Camp yang diadakan di KK Advanture Park,Papar,Sabah.

Allahuakbar.
Sebentar cuma,tapi kemanisannya terasa.
Ilmu.
Ukhuwah & bermacam-macam lagi saya perolehi apabila berada dalam program ISC.


Syoknya Islamic Summer Camp..!

Kem kepimpinan seperti ISC adalah satu kem kepimpinan yang berbeza dengan kem kepimpinan yang saya ikut sebelum ini,ianya mempunyai keunikan tersendiri yang mana dengan moto "Remaja Hari Ini,Pemimpin Hari Esok" ianya mengajar peserta menjadi seorang pemimpin yang bertaqwa kepada Allah.

Mengajar kami menjadi pemimpin yang mempunyai akhlak yang baik,semangat juang yang tinggi,tidak mudah putus asa,aqidah yang mantap,yakin dengan janji Allah dan bermacam-macam lagi yang mana ianya harus ada dalam diri seorang bakal pemimpin.

Kesemua input yang diterima bukan terhad kepada kepimpinan sesuatu kumpula,namun ianya luas kepada pemimpin sebuah kumpulan,jemaah,keluarga,masyarakat,dan negara.Ilmu yang diperolah begitu luas dan amat berguna untuk menjadi pemimpin yang bertaqwa kepada Allah.

Disini saya belajar bahawa seorang ketua atau pemimpin itu tidak cuma mengambil berat hal duniawi,namun ianya perlu juga menyiapkan diri dengan hal akhirat.Seorang pemimpin perlu membawa orang yang dipimpin menuju syurga Allah.Memimpin manusia kembali kepada Allah s.w.t. dengan sebenar-benarnya.


Seronoknya Dakwah..!


Alhamdulillah.

Kem ISC yang pertama kali saya sertai ini telah mengajar saya bahawa dakwah itu adalah penting dan dakwah itu menyeronokkan.

Ya.

Kami diajar bagaimana dalam menjalankan urusan dakwah dalam diri,keluarga,masyarakat dan negara.Berdakwah membawa manusia untuk kembali kepada keredhaan Allah Taala dan membawa manusia masuk ke syurga-Nya.

ISC yang saya sertai ini memberikan saya keseronokkan dan pengalaman yang saya belum pernah rasai dalam mana-mana program yang saya sertai iaitu 'Jelajah Dakwah' dimana setiap kumpulan telah diberikan peluang untuk pergi ke mana-mana rumah berdekatan untuk menyampaikan mesej Islam di samping dapat berkenalan dengan saudara-saudara seIslam.

SubhanAllah.
Seronok dan menyeronokkan saat itu.
Satu pengalaman yang tidak mungkin untuk dilupakan.

Kami disuruh untuk berkenalan dengan tuan rumah,ahli keluarga di samping menyampaikan tentang Islam dan disuruh untuk menjalankan tugas membantu tuan rumah untuk melaksanakan apa saja seperti membersih longkang,menyapu halaman rumah,dan lain-lain.

Keseronokkan itu bukan cuma semasa 'Jelajah Dakwah',namun melalui pengisian yang saya terima daripada ustaz-ustaz yang menyampaikan ceramah,bagaimana tugasan dakwah ini amat diperlukan dalam masyarakat Islam hari ini dalam usaha membawa keluarga dan masyarakat untuk kembali kepada Islam dan membina suasana Islami dalam kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat hari ini.

Jadi,tidakkah seronok apabila kita saling membawa dan mengingatkan tentang Islam dalam membawa orang lain untuk dekat kepada Allah..?
Semestinya ianya menyeronokkan.

Keseronokkan berdakwah itu tidak terhad melalui apa yang saya tulis disini,namun ianya luas dan tidak mampu untuk ditulis disini kerana ianya merupakan satu yang dirasai di dalam jiwa...:)


Indahnya Ukhuwah..!


SubhanAllah.

ISC kali ini telah kembali menemukan saya dengan sahabat-sahabat KRIS KK lepas dan juga telah menemukan saya dengan sahabat-sahabat baru yang datang dari pelbagai kawasan di Sabah,pelbagai bangsa dan latar belakang.

Walaupun kami baru berkenalan,namun terasa bagaikan sudah berteman lama dan rasa persaudaraan itu begitu kuat hingga sedih rasanya untuk berpisah dan entah bila lagi dapat bertemu..(semoga Allah pertemukan kita lagi...)

Saya teringat akan kata-kata seorang penceramah tentang Maal Hijrah lalu,dimana dia ada mengatakan bahawa salah satu pengajaran hijrah ialah kita memerlukan teman yang baik dalam melakukan perubahan. Bagaimana Rasulullah s.a.w. membawa sahabatnya Abu Bakar As-Siddiq dalam penghijrahan baginda ke Madinah.

Jadi,ISC telah berjaya menemukan saya dengan insan-insan yang soleh,mantap,berilmu dalam usaha saya untuk dekat kepada-Nya.

Saya juga selalu berdoa kepada Allah supaya saya dianugerah cinta-Nya dan cinta orang-orang yang mencinta-Nya agar bertambah rasa cinta kepada-Nya dalam diri saya dan sebagaimana doa rabithah yang begitu menyentuh jiwa.

SubhanAllah.
Semoga Allah Redha dengan semuanya.
Semoga Allah berkati semuanya..
Semoga Allah melimpahkan kasih-Nya kepada anda semua...:)
Semoga Ukhuwah ini terus mekar dan kekal hingga syurga-Nya...


Mereka..


Ya.Mereka.

Siapa mereka..?

Mereka adalah orang-orang yang saya sentiasa perhatikan dalam program ISC ini.
Mereka adalah orang-orang yang memberikan saya inspirasi dan mengajar saya sebenarnya.

Mereka adalah orang-orang yang berada dalam program ISC ini terutama para AJK dan Fasilitator ISC ini.
SubhanAllah.
Allah menemukan saya dengan mereka untuk saya lihat dan pelajari,kenali hidup ini.Melihat mereka saya merasakan bermotivasi dan melihat mereka saya merasa seronok dan melihat mereka saya merasa gembira.

Gembira kerana saya diberikan peluang oleh Allah untuk bertemu dengan 'mereka' ini dan belajar dari mereka.


Penutup 


Syukur.

Itu saja perkataan yang ingin saya kata yang mungkin hanya sepatah,namun besar makna.

Syukur kepada Allah kerana diberikan peluang untuk mengikuti program ISC.

Satu program yang begitu menarik yang membawa diri peserta masuk ke dalam suasana yang sukar untuk diperoleh di dalam masyarakat lain disekeliling kita.Kem seperti ini mempunyai suasananya yang begitu indah dan tenang dimana syariat terjaga,sunnah diamalkan,Islam menjadi asas.

SubhanAllah.Indah.Seronok.Cantik.Mantap.

Banyak pengalaman dan perasaan bila berada dalam program ISC ini,namun sukar untuk dicoretkan di sini.Oklah,cukup sini saja untuk waktu ini,InsyaAllah dalam masa ke semana saya akan cuba kongsikan perkongsian yang saya peroleh dari ISC

Saya berdoa agar kita semua dalam keredhaan-Nya,hidup terus diberkati,ukhuwah terus terjalin,hidup terus bahagia...Ameen..
..
Ok...:)

Ahad, Oktober 23, 2011

Ziarah bersama KRA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~


.."Sihat Sebelum Sakit"..
Alhamdulillah.
Sempat untuk tulis sedikit coretan di hujung minggu sebelum menyambung semula study untuk persediaan SPM yang hanya tinggal kurang daripada 30 hari saja lagi.

Alhamdulillah,pagi hari ini sempat untuk mengikuti rombongan Kelab Remaja Amal Miri menziarahi adik Alief Syazierul yang berusia 8 tahun yang telah menghidapi kanser otak tahap ke-4 dan menziarahi sahabat Afiq Roslan yang kemalangan jalan raya...:)

Ziarah Adik Alief Syazierul

Rombongan yang diketuai oleh Akhi Syukrani Voon,turut disertai oleh Abg Ridhwan,Abg Faize,Abg Azizul dan Shamiel mula sekali menzirahi adik Alief yang menghidapi penyakit kanser otak.

Setibanya di rumah,kasihan melihat keadaan adik Alief yang masih berusia 8 tahun sudah menghidapi penyakit merbahaya seperti itu.Namun,itulah dia kuasa Ilahi,siapa kita hendak menghalang,yang pasti Dia punya merancangan-Nya yang tersendiri yang mana punya hikmah tersendiri.

Sewaktu bersama adik Alief dan mendengar cerita daripada ibu bapanya,saya melihat ada sesuatu kelebihan pada diri anak kecil itu.Menghidapi barah otak sejak berusia 4 tahun dan telah menjalani beberapa kali pembedahan serta telah mendapat rawatan chemotherapy.Barah yang dihidapi oleh adik Alief kini mula menyerang di beberapa bahagian lain di otak dan telah menyerang di kawasan saraf tunjang.

Apa yang dapat saya lihat dan kami semua yang menziarahi adik itu ialah,semangat adik Alief yang tinggi dan kuat dalam menghadapi penyakit yang dia hadapi.Walaupun telah memasuki hospital beberapa kali,menjalani pembedahan sampai 4 kali,rawatan-rawatan sampingan,namun adik Alief tetap bersemangat dan tidak pernah mahu mengalah dengan panyakit yang dia hadapi.Menurut maklumat yang diberitahu oleh ibu bapa adik Alief, sepatutnya keadaan adik Alief sekarang adalah koma kerana barahnya sudah mula merebak ke banyak bahagian di otak,namun dengan kuasa Allah,adik Alief masih lagi boleh sedarkan diri dan masih boleh bermain-main dan menonton cerita Dragon Ball kesukaanya..Hehe..

Adik Alief,seorang yang kuat menghadapi penyakit yang dihadapinya.Jarang lemah semangat apatah lagi untuk berputus asa.

Mohon semua doakan kesihatan adik Alief,semoga adik Alief boleh kembali kesekolah dan kembali pulih sepenuhnya.InsyaAllah..


Ziarah Afiq Roslan


Setelah selesai menziarahi adik Alief,rombongan KRA seterusnya menziarahi sahabat yang bernama Afiq Roslan yang baru menghadapi kemalangan jalan raya.

Baru tahu tentang kemalangannya dan semalan saudara Afiq sempat menghubungi saya dan menceritakan sedikit apa yang dihadapinya padahal kemalangannya sudah seminggu berlalu.

Keadaan yang semakin sembuh,dengan kaki yang masih tempang dan kesan jahitan di muka dan dahi dan tulang hidung yang sedikit patah.Semoga Allah memberikan kesembuhan.

Alhamdulillah,keadaan yang semakin baik dan akan semakin baik.InsyaAllah.


Konklusinya..!


Ops,bukan buat karangan Bahasa Melayu ya..:)

Ok.Alhamdulillah,program ziarah ke rumah adik Alief dan Afiq berakhir dengan solat zohor.Alhamdulillah ada sedikit masa terluang untuk menyertai program ziarah.

Saya mendoakan semoga kedua-duanya mendapat kesembuhan daripada Allah.Semoga setiap kesakitan dan kepedihan yang dirasai menjadi sebagai penghapus dosa-dosa.

Saya juga memohon doa dari semua untuk adik Alief dan saudara Afiq Roslan.

Selasa, September 27, 2011

Saya Bangga Sebagai Islam..!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~

- Ana Muslim -
I'm Proud to be a Muslim

ISLAM...?

"Apa seronoknya dengan Islam..?"

"Apa hebatnya Islam..?"

"What is Islam..?"

Mungkin persoalan-persoalan seperti itu pernah terdetik dalam jiwa kita,kalau tidakpun mungkin kita pernah mendengar orang sekeliling kita melafazkan persoalan seperti ini.

Persoalan demi persoalan mungkin disoal oleh orang bukan Islam kepada orang Islam,yang mana mungkin ingin melihat dan mengenali Islam melalui kita atau mungkin ada juga yang cuba mengejak terhadap kepercayaan kita kepada Allah s.w.t..

"Saya bangga sebagai Islam..!"

"I'm Proud to be a Muslim..!"

Sebagai seorang yang telah beriman kepada ajaran yang benar dan beriman kepada Tuhan yang benar,maka sepatutnya kita berbangga sebagai penganut ajaran Islam.Ini kerana hanya agama Islamlah agama yang diterima disisiNya.

Firman Allah s.w.t.

"Sesungguhnya agama yang diredhai Allah hanyalah Islam"

Surah Ali-Imran : 19


Jadi,atas alasan apa kita tidak bangga terhadap agama Islam yang haq..!


Banggalah Sebagai Islam

Seperti mana Firman Allah di atas,sudah jelas dan nyata bahawa Allah telah mengiktiraf agama Islam sebagai agama yang diterima disisi-Nya.

Jadi,sebagai seorang Islam kita sepatutnya merasa bangga kerana Islam itu telah diiktiraf oleh Allah dan telah termaktub dalam Al-Quran.Tidak seperti kepercayaan atau agama lain,yang mana tidak terdapat kenyataan bahawa agama itu adalah benar dan diterima disisi-Nya.Malah,di dalam kitab yang dianggap suci oleh merekapun tidak menyatakan bahawa agama mereka adalah agama yang benar.

Jadi,atas alasan apa kita malu menjadi seorang Islam..?

Kalau kita lihat dalam ajaran Islam,kita dapat melihat kesempurnaan dalam ajaran yang diturunkan oleh Allah s.w.t. ini.Kesempurnaan yang tidak terdapat di dalam agama lain seperti Kristian,Yahudi,Buddha,Hindu dan bermacam-macam lagi kepercayaan.

Ajaran Islam tidak terhad hanya menyentuh tentang aspek kerohaniaan sahaja.Tidak cuma menyentuh tentang aspek solat,puasa,zakat sahaja,malah Islam itu bersifat menyeluruh.Islam itu satu ajaran yang sama sekali mengagumkan kerana di dalamnya terdapat segala apa yang diinginkan.Kesempurnaan Islam menyentuh tentang adab sehari-hari bermula bangun tidur hingga tidur kembali,Islam mempunyai kesempurnaan bagi permasalahan pembahagian harta warisan,perkahwinan,halal haram,berpakaian,akhlak,politik,sosial,ekonomi, sains dan bermacam-macam lagi.Inilah antara tanda kesempurnaan agama dari Allah s.w.t. yang mana mengikuti kehendak dan fitrah seseorang manusia itu.

Hal ini sama sekali berbeza dengan kepercayaan lain yang mana ianya dilihat lebih menumpukan hanya terhadap aktiviti keagamaan sahaja.Aspek kehidupan dan rohani itu terpisah jauh kerana tiada ajaran yang mencukupi dalam aspek kehidupan untuk menghubung kaitkan setiap perbuatan dengan tuhan.

Selain itu,Islam yang patut dibanggakan ini juga antara agama yang mendidik penganutnya dengan sebegitu lengkap.Aspek akhlak dan peribadi hingga hubungan sesama manusia lain turut disediakan dalam Islam.Ini bukanlah menunjukkan bahawa Islam itu susah,namun ini menunjukkan kebenaran ajaran Islam itu dan kesempurnaan agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t..

"Kita sama..Sebab Semua agama ajar kebaikan..."

Antara kata-kata yang sering saya dengar.

Ya.Saya mengakui bahawa agama mengajar kebaikan.Namun,satu perkara ialah saya tidak berapa mensetujui kenyataan seperti itu.

Mana mungkin ajaran murni Islam sama dengan ajaran lain.Bagi saya,ajaran kebaikan Islam itu lebih tinggi kedudukannya melebihi kebaikan yang diajarkan oleh agama lain.Ketinggian kedudukan kebaikan ajaran Islam itu tidak boleh disamakan dengan kebaikan ajaran lain.

Oleh itu,atas alasan apa kita masih mempunyai rasa malu sebagai Islam,atas alasan apa lagi kita ini masih mahu merasa 'kerdil' dihadapan orang-orang kafir,atas alasan apa lagi kita masih mahu mengikut telunjuk mereka,atas alasan apa lagi kita masih merasa rendah diri dihadap mereka..!


Bangga.Jangan Sekadar Ucapan..!

Aku Bangga sebagai Islam..!

Namun.jangan sekadar ucapan dibibir sahaja..!

Lidah mengatakan 'Aku Bangga sebagai Islam',namun jiwa dan peribadi masih lagi menunjukkan peribadi dan akhlak yang sama seperti orang-orang bukan beragama Islam.

Apa tanda kita bangga sebagai Islam...?

Apabila kita berbangga sebagai Islam,maka sudah pastinya kita akan menjalankan segala suruhan Allah s.w.t. dan mengamalkan sunnah baginda s.a.w. dalam kehidupan.Kita berbangga mengenakan pakaian menutup aurat di khalayak ramai kerana mengikuti suruhan Allah dan bukannya bertujuan menunjuk-nunjuk.

Apabila perasaan bangga terhadap Islam itu sudah tumbuh dalam jiwa kita,maka pastinya kita akan begitu rajin dan tekun dalam menuntut ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam agar Islam yang kita banggakan ini terus maju dan dihormati seperti zaman para sahabat.

Kita akan berusaha untuk menegakkan kembali syariat Allah di muka bumi ini yang mana sudah mula terkubur dek kejahilan manusia hari ini yang mengaku Islam.Kita akan berusaha untuk mengerakkan kembali jiwa anak muda dan masyarakat untuk kembali bersatu menentang kemungkaran dan menyeru kebaikan.

Andai kita bangga kepada Islam,kita pastinya mempunyai jiwa yang berkobar-kobar untuk membantu umat Islam lainnya,jiwa yang tidak gentar dengan ancaman-ancaman kafir,jiwa yang sentiasa bersedia bertempur di dalam medan jihad dan jiwa yang sedia bertemu dengan Tuhannya.

Mari.

Kita hidupkan kembali rasa bangga kita terhadap Islam dengan mendalami ajaran Islam dan sunnah baginda s.a.w..

Jangan pernah tunduk terhadap kemahuan orang kafir dan jangan pernah gentar terhadap musuh Allah...!
...........








Ahad, September 25, 2011

"Duta Islam"

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~

Sejauh mana masyarakat mengenali Islam melalui kita...??
Alhamdulillah.

Syukur kerana sekali lagi dapat hadir ke blog Cahaya Agama Allah ini untuk menulis dan berkongsi sedikit pandangan cetek daripada saya.Kalau dilihat,agak jarang juga sudah saya menulis disini,ini kerana sejak akhir-akhir ini sudah mula sibuk dengan pembelajaran dan kelas tambahan di mana saya akan menduduki peperiksaan Percubaan SPM III tak lama lagi dan peperiksaan SPM bulan November ini.Mohon doa dari semua untuk kejayaan saya...:)

Ok.

Hari ini,dikesempatan waktu ini saya ingin membawa diri saya dan pembaca yang dirahmati Allah untuk sama-sama kita muhasabah dan kita perhatikan diri kita ini tentang sejauh mana masyarakat mengenali Islam melalui kita.?

"Sejauh mana masyarakat mengenali Islam melalui kita..?" Satu persoalan yang dirasakan penting buat diri kita.Lantas,apa jawapan kita untuk soalan diatas..?

Adakah selama ini kita telah tunjukkan ajaran Islam yang sebenarnya kepada masyarakat sekitar kita..? atau kitalah yang telah membawa mesej salah tentang Islam kepada masyarakat diluar sana..?

Dimanakah kita berada..? dan apakah yang telah kita lakukan bila berhadapan dengan masyarakat terutamanya masyarakat bukan Islam..?


Kita adalah Duta Islam


Duta Islam.

Satu perkara yang mungkin tidak pernah kita sedari sebelum ini dan mungkin tidak kita ambil perhatian sebelum ini.

Sebagai umat Islam akhir zaman ini,dimana Islam itu terus menerus mendapat fitnah dari orang-orang kafir, dimana Islam itu terus mendapat kejian dan penginaan,dimana Islam itu terus saja mendapat gelaran-gelaran yang hina,"Islam is terrorist".. "Islam is evil religion"..."Muslim is terrorist" dan bermacam-macam lagi.

Oleh itu,kita yang bergelar Islam pada waktu kini perlu menjadi duta kepada masyarakat hari ini untuk menunjukkan dan menyampaikan kebenaran dan ajaran Islam yang sebenarnya.Pentingnya peranan kita hari ini dalam membawa imej Islam yang sebenarnya ke tengah-tengah masyarakat majmuk hari ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Lantas,sejauh mana kita telah laksanakan tanggungjawab kita sebagai duta Islam kepada masyarakat hari ini..?

Hari ini,orang bukan Islam itu memerlukan penjelasan sebenar tentang Islam.Mungkin hanya sedikit sahaja orang bukan Islam yang mendalami dan mengenali Islam melalui Al-Quran,namun hari ini ramai orang bukan Islam menilai Islam itu melalui apa yang mereka dapat daripada umat Islam.

Ini bolehlah kita takrifkan sebagai bahawa setiap gerak geri dan perbuatan yang kita lakukan itu berada dalam  'pengawasan' orang bukan Islam.Setiap gerak geri dan perbuatan kita itu sebenarnya membawa sekali perkataan "ISLAM" kepada masyarakat.Oleh itu,petingnya untuk kita sentiasa menunjukkan ajaran Islam yang sebenarnya.Kita adalah duta untuk Islam kepada masyarakat.


Sudahkah kita menjadi duta Islam..?


Ya.

Sudah ka..?

Sudahkah kita menjadi duta Islam buat masyarakat hari ini.Ingatlah bahawa kita sentiasa membawa mesej Islam itu bersama kita.

Bagi yang belum menjadi duta,anda tidak perlu mendaftar dimana-mana pejabat kerajaan atau swasta kerana anda sudah tercalon sebagai duta.Anda menjadi duta Islam kerana keimanan anda kepada Allah.

Mungkin kebenyakkan masyarakat kita hari ini sukar untuk mengenali Islam melalui Al-Quran dan mengetahui akan sejarah hidup duta agung Islam iaitu Nabi Muhammad s.a.w.,maka disini kita perlulah menjadi 'penerus' untuk menyampaikan mesej dan ajaran Islam yang sebenarnya kepada masyarakat.

Mari,kita bina diri kita dengan mempelajari Ilmu agamaNya dan mendalama ajaran Islam agar kita mempu menjadi duta Islam kepada masyarakat dengan baik dan berkesan.

Malangnya pada hari ini,ada juga 'duta-duta' yang mengaku membawa mesej Islam,namun kalau diperhatikan kadang-kadang cara berpakaian mereka yang selekeh,bau badan,cara dakwah.Ini sebenarnya salah kerana Rasulullah seorang yang mementingkan kebersihan dan kekemasan.Mana mungkin Rasulullah selekeh dalam berpakaian.

Oleh itu,mari sama-sama kita pelajari lebih mendalam akan akhlak-akhlak baginda s.a.w. untuk kita jadikan sebagai pengangan untuk sama-sama kita seberkan ditengah-tengah masyarakat hari ini.

Khamis, September 08, 2011

Hadirkah Dia..?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~

Hadirkah Dia dalam diri kita..?
atau kita tidak 'hadirkan' Dia dalam diri kita..?

Alhamdulillah.

Rasanya lama juga meninggalkan blog ini terus kesunyian.Waktu balik dari sekolah tengah hari tadi,terfikir akan blog yang sudah lama tidak diupdate.Jadi,malam ini saya mahu kongsikan sedikit satu persoalan kehidupan kita sebagai hamba Allah.


"Ramai tahu ada Tuhan,tapi tak ramai dapat merasa kehadiran Tuhan"


Kata-kata itu dilontarkan oleh Ustaz Arisan sewaktu saya menghadiri Usrah Ramadhan (USRAM) bersama Kelab Remaja Amal Miri sewaktu Ramadhan lepas.

Banyak kata-kata yang berhikmah,kata-kata yang mengetuk jiwa dan fikiran,persoalan-persoalan yang menanti jiwa dan akal untuk menjawabnya telah dilontarkan sepanjang tazkirah yang disampaikan oleh ustaz ini yang mana kadang kala membuatkan saya kadang-kala beristigfar kembali kepada Allah.

InsyaAllah,saya akan cuba kongsikan antara kata-kata yang disampaikan itu dalam entry yang lain..:)


Dimana Dia dalam jiwa kita..?

Ya.

Dimana DIA kita letakkan dalam kehidupan kita..?

Dimana DIA di dalam jiwa kita..?

Adakah DIA berada di kedudukan tertinggi dalam jiwa kita atau kita letakkan kekasih,harta,wanita pada kedudukan yang sepatutnya bagi DIA..?

Lantas dimana Allah kita letakkan dalam jiwa kita..??????

Persoalan yang harus sama-sama kita persoalkan buat diri kita dan saya tidak mahu mengetahui jawapan daripada anda,biarlah diri kita sendiri yang menjawab persoalan ini.Biarlah ia menjadi perhubungan antara kita dengan Allah.

Cuma disini,perlu kita lihat bagaimana kehidupan para sahabat Rasulullah s.a.w.,yang mana jiwa mereka merasai kehadiran Tuhan itu,bagaimana mereka meletakkan Allah itu pada kedudukan yang tertinggi dalam kehidupan mereka.

Sirah-sirah Rasulullah telah memaparkan bagaimana kehidupan insan-insan yang mana hidup dan mati mereka adalah untuk Allah.

Kita dapat lihat bagaimana Siti Khadijah r.a. sanggup menyerahkan hartanya semata-mata untuk Islam,kita dapat lihat bagaimana Sumaiyyah mempertahankan kedudukan Allah dalam jiwanya sehingga dirinya meninggal dunia akibat siksaan mempertahankan akidah.Kita dapat lihat bagaimana kisah para sahabat seperti Umar,Abu Bakar,Uthman,Ali,dan banyak lagi insan-insan yang mana tahap tertinggi dalam jiwa mereka adalah Allah s.w.t. sehingga mereka semua adalah antara penghuni-penghuni syurga.

Kita..?

Hari ini kita dapat lihat bagaimana manusia meletakkan keinginan nafsu itu sebagai keutamaan dalam kehidupan.Benar bukan..?

Kalau tidak,mana mungkin akan berlaku gejala rasuah,pembunuhan,kecurian,dadah,penipuan,dan banyak lagi perkara-perkara negetif yang berlaku dalam masyarakat hari ini.

Inilah akibatnya apabila Allah itu diletakkan di kedudukan yang tidak sepatutnya.Allah diketepikan demi mencapai keinginan nafsu dan dunia.


Hadirkan Dia..!


Mari.Hadirkan Dia.

Kita hadirkan kembali Allah dalam jiwa kita.Hakikatnya jiwa kita kosong tanpa kehadiran Allah.

Mungkin ada yang kata mereka merasa ketenangan dan keseronokkan dengan pergi kelab malam,berdating , pergi minum arak,buat maksiat.Mungkin itu 'dapat' memberikan ketenangan dan keseronokkan buat golongan yang 'hidup' dalam kehidupan itu,namun keseronokkan dan ketenangan itu tidak sama dengan keseronokkan dan ketenangan apabila dapat merasai hadirnya Allah dalam jiwa kita.

Keseronokkan dan kebahagiaan yang dihidangkan oleh dunia ini hanya dapat dirasai sementara.Ianya hanya dirasai apabila kita menikmatinya.Setelah habis,jiwa kembali kosong dan memerlukan satu yang baru bagi mengisi kekosongan jiwa.Itulah hakikatnya yang sebenar.Tidak sama dengan apa yang dirasakan oleh insan-insan yang mana jiwa mereka telah terisi dengan kehadiran Allah s.w.t.

Lantas,mari kita hidupkan 'kelab malam' kita dengan beribadah kepadaNya.Melakukan Qiamulail untuk mendekatkan diri kepadaNya.Mari kita berdating dengan Allah pada bila-bila masa sahaja dengan permohonan dan dengan bacaan 'ayat-'ayat cinta' Allah.

Smoga kehadiran Allah dalam jiwa kita dapat mengubat kekosongan jiwa yang mungkin kita alama.

Isnin, Ogos 29, 2011

Ramadhan Yang Pergi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~


Alhamdulillah.

Syukur kepadaNya kerna sudah lama saya tidak hadir untuk update blog ini.Syukur peperiksaan sudah tamat,dan kini cuti hari raya sudah tiba..:)

Ok.

Sudah hampir sebulan kita berpuasa.Menahan lapar dan dahaga disiang hari,serta menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang memebatalkan puasa.Semoga Ramadhan kita tahun ini adalah yang terbaik dari sebelum ini dan satu perkara penting ialah adakah kita sudah merasa dalam jiwa akan hadiah ramadhan yang Allah sediakan..?(bagi yang belum baca "Hadiah Ramadhan" bolehlah baca ---> Hadiah Ramadhan

Hanya beberapa jam sahaja lagi,akan terbenamlah mentari Ramadhan dan akan terbit mentari syawal.Menandakan kemenangan buat umat Islam setiap pelosok dunia setelah sebulan berpuasa serta menggumpulkan bekalan.


Perjalanan Kembali Bermula


Ya.

Sudah cukupkah bekalan kita untuk menempuh perjalanan seterusnya..?

Sudah sebulan kita 'berhenti' rehat untuk menggumpulkan bekalan rohani sebelum kita menempuh perjalanan kehidupan seterusnya.

Perjalanan di atas litar kehidupan kita kembali berputar dan tersedia di dalamnya setiap perkara yang menguji keimanan dan menguji setinggi mana kualiti ramadhan kita.

Adakah ijazah taqwa yang kita peroleh di bulan Ramadhan ini bakal memudahkan untuk kita melepasi setiap hari dan bulan untuk sampai pada ramadhan seterusnya atau ijazah taqwa yang kita perolehi itu hanyalah satu ijazah taqwa yang mudah sekali rosak.?

Semoga setelah beristirehat selama sebulan ini membuatkan kita telah mempunyai bekalan yang mencukupi bagi mengharungi mehnah dan tribulasi kehidupan yang menanti.Syaitan telah dibebaskan,nafsu semakin bermaharajalela,sudah cukupkah intipati bekalan kita.?


Litar Kehidupan Baru.


Setelah sebulan berada dalam bulan Tarbiyyah,bulan ibadah maka sudah tentu kita mendapat satu litar kehidupan baru yang kita ingin gunakan bagi mencapai matlamat kita iaitu redha Allah.

Ramadhan sepatutnya menjadi satu check point untuk kita memilih litar kehidupan yang baru berlandaskan Quran dan Sunnah Rasulullah serta meninggalkan litar kehidupan sebelum ini.

Andai litar kehidupan kita sebelum ini sudah baik,maka Ramadhan kali ini pasti akan menjadikan litar kehidupan itu bertambah baik menjadi satu yang sungguh berkualiti dan utuh untuk diharungi selama 11 bulan seterusnya.

Lantas,bagaimanakah litar kehidupan kita setelah Ramadhan ini..?

Adakah bertambah baik atau sebaliknya..?

Semoga Allah telah menunjukkan kepada kita litar kehidupan yang terbaik untuk hidup bagi mencapai redha Allah serta memasuki syurgaNya.


Penutup : Ramadhan Berlalu,Syawal Bertandang


Setiap jiwa orang Islam pasti akan merasa gembira bila saat syawal menjelang.

Ya,Syawal yang dinanti-nanti akan tiba.Tanda kemenangan umat Islam setelah berpuasa sebulan.Perjalanan baru kini bermula.Semoga bekalan yang diraih di bulan Ramadhan mencukupi.

Semoga Allah menerima segala amal kita.

Semoga Ramadhan kita diterima oleh Allah s.w.t.

Ameen Ya Rabb..:)



Isnin, Ogos 08, 2011

Aidilfitri Bukan Matlamat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~

"Tak sabar nak habis puasa,aku nak raya..."

"ee,tak sabarnya aku nak raya...!"

Itu antara ayat-ayat yang saya dengar dan mungkin juga anda atau mungking juga kita yang melafazkannya.

Saya tertarik dengan kata-kata dalam Novel Sinergi karangan Hilal Asyraf yang ingin saya kongsikan iaitu :

"Hari Raya adalah hadiah,bukan matlamat kita.Kita belum sampai pada matlamat kita.Ramadhan hanyalah pembantu untuk kita mencapai matlamat kita .Redha Allah,itulah matlamat kita"

Penemuan ayat ini membuatkan saya ingin berkongsi tentangnya.Ya,kerana pasti begitu ramai yang menjadikan aidilfitri adalah matlamat mereka terutama dalam bulan Ramadhan ini.Pastinya semua menanti ketibaan hari raya sehingga beria-ria menanti perginya ramadhan.

Kalau kita lihat di pusat beli-belah,pasti sudah kedengaran lagu-lagu raya padahal baru saja mula berpuasa. Disekolah saya saja,baru hari ke-3 puasa,sudah dipasang lagu raya sewaktu roll-call.Kita telah terdidik atau dididik bahawa aidilfitri adalah matlamat kita semasa berpuasa.


Matlamat Sebenar..


Redha Allah.

Itulah matlamat kita yang sebenarnya.

Kerana apa redha Allah matlamat kita..?.Pasti ada antara pembaca yang bertanya sendiri.Ya,redha Allah adalah matlamat kita.!

Kita mahu masuk syurga bukan..?.Maka redha Allah itu perlu untuk memasuki syurgaNya.
Kita tidak mahu ke neraka bukan..? Maka,redha Allah itu perlu.
Kita mahu selamat dunia akhirat bukan..?.Maka,pastinya redha Allah itu adalah keperluan utama.

Jadi,apabila kita mampu jadikan redha Allah itu sebagai matlamat kita,pasti kita akan jadikan perjalanan seorang hamba kita berlandaskan Al-Quran dan Sunnah dan bukannya berlandaskan nafsu dan akal yang cetek.!

Maka,perlulah untuk kita perbaiki diri kita dan luruskan kembali matlamat kita.Mengapai redha Ilahi itulah matlamat kita sepatutnya.Ditambah pada bulan Ramadhan ini,alangkah baiknya andai matlamat kita itu untuk mengapai redha Ilahi,maka sudah pastinya kita dapat manfaatkan hari-hari dalam bulan ini untuk kita melakukan ketaatan dan ibadah kepadaNya.

Kejayaan seseorang itu hanyalah kerana terdapat redhaNya dalam kehidupan kita.Tanpa redha Allah dalam kehidupan ini,pasti kehidupan kita ini porak peranda,tiada ketenangan jiwa,dan macam-macam yang berlaku.

Oleh itu,mari perbetulkan kembali matlamat kita.Redha Allah matlamat,bukan aidilfitri.


Ramadhan.Pembantu Mencapai Matlamat.




Dalam ramadhan ini,kalau seseorang itu menjadikan aidilfitri itu adalah matlamatnya,pasti kita akan melihat masjid dan suaru-surau sudah mula kekurangan jemaah dan saf semakin berkurang.

Semua orang sudah menyibukkan diri menyiapkan persiapan peryaan.Membeli baju baru,buat kek,biskut dan bermacam-macam lagi.Tambah lagi saat 10 hari terakhir ramadhan,pasti hanya sedikit sahaja jemaah yang tinggal,padahal waktu-waktu itulah kita disuruh untuk mengandakan lagi amalan kita.

Ramadhan bulan yang penuh keberkatan yang mana di dalamnya penuh dengan kelebihan serta setiap amal perbuatan kita dilipatgandakan ganjarannya.

Maka,hadirnya ramadhan ini adalah sangat sesuai untuk kita meraih dan mencapai matlamat kita itu.

Pertingkatkan amalan kita.Jadikan malam-malam kita di bulan ini sebagai medan kita meraih ganjaran yang telah disediakan olehNya.






Sabtu, Ogos 06, 2011

Hadiah Ramadhan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~

Memantapkan Keimanan
Memperkasakan keTaqwaan
Alhamdulillah

Kini,kita telah memasuki hari ke-6 dalam bulan Ramadhan.Bulan yang penuh keberkatan dan menjanjikan pelbagai bentuk ganjaran yang berlipat ganda serta tidak lupa juga 'hadiah utama' yang tersedia iaitu TAQWA.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman.Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"
 Surah Al-Baqarah : 183

Nah.Jelas kenapa Allah mewajibkan kepada kita untuk berpuasa adalah kerana supaya kita menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.

Baiknya Allah,Dia telah menyediakan kepada kita satu bulan sebagai perhentian untuk kita mengumpul bekal bagi meneruskan perjalanan kita yang masih jauh dan entah akan tamatnya.

Bulan Ramadhan ini bukanlah satu bulan untuk kita bersuka ria,namun hadirnya Ramadhan ini haruslah kita hargai dengan sebaik-baiknya bagi mengumpul sebanyaknya amalan yang termampu untuk meraih hadiah terbesar iaitu Taqwa.


Kenapa Taqwa..?

Ya.Kenapa agaknya Taqwa..?

Jawapannya senang saja.

Firman Allah s.w.t.

"Hai orang-orang yang beriman,bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan muslim"

Surah Ali-Imran :102


"tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuham mereka,mereka beroleh syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,mereka kekal di dalamnya..."

Surah Ali-Imran : 198


"Itulah syurga yang akan Kami wariskan kepada hamba-hamba Kami yang selalu bertaqwa"

Surah Maryam : 63

"....dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya)  nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan)"

Surah Al-Talaq : 3


Sebenarnya banyak lagi ayat-ayat Allah yang menceritakan tentang taqwa.

Jadi,kenapa Allah menyediakan taqwa adalah kerana kewujudan taqwalah yang dapat membantu kelansungan ketaatan hamba kepada Allah s.w.t..Dengan terwujudnya taqwa,barulah manusia boleh menjunjung perintahNya dan meninggalkan laranganNya.


Sudahkah Kita Bertaqwa..?

Orang yang bertaqwa akan sentiasa menjaga dirinya dari segala batas dan hukum-hukum agama.Segala perkara yang wajib dan sunat dilaksanakan.

Mereka ini juga akan menjauhkan perkara syubhanh apatah lagi perkara yang jelas haram.Orang yang bertaqwa juga akan mengawasi diri terhadap dunia ini.Menjaga setiap apa yang diambil kerna takut azab Allah diakhirat kelak.

Orang-orang yang bertaqwa adalah orang-orang yang memelihara hukum-hukum Allah.Mengawasi dirinya daripada kenikmatan dunia yang dengan melakukan kebaikan serta meninggalkan keburukan.

Jadi,bertaqwakah kita..?

Jawapannya bergantung kepada sejauh mana kita telah menjaga hukumNya dalam kehidupan seharian kita.

Andai dilihat kita belum mencapai tahap taqwa,mari dalam bulan Ramadhan yang mulia ini kita kejar apa yang disebut sebagai taqwa agar kita mendapat ganjaran-ganjaran yang tersedia hanya bagi yang bertaqwa.Biarlah Ramadhan kita kali ini berakhir dengan mendapat hadiah taqwa.Biarlah ramadhan ini tamat dengan mendapat ijazah taqwa dari Madrasah Ramadhan.


Mantapkan Iman,Perkasakan Ketaqwaan

Mari.

Dalam bulan ramadhan yang mulia ini,satu bulan yang tersedia bagi kita untuk istirehat setelah penat mengembara 9 bulan sebelum ini,untuk kita mengumpul kembali bekalan rohani.

Mari kita isi hari-hari dalam bulan ini dengan amal ibadah yang terbaik dan banyak agar kita mampu mencapai apa yang disebutkan Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 itu.

Janganlah kita sia-siakan setiap detik waktu yang kita lalui dalam bulan ini dengan perkara yang melalaikan. Bulan ini tersedia bagi hamba-hambaNya yang merinduiNya dan mengharapkan redhaNya serta berkeinginan untuk meraih hadiah taqwa.

Mari.Mantapkan Iman,Perkasakan Taqwa..!

Sabtu, Julai 30, 2011

Ramadhan Yang Dirindui

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~

Salam Ramadhan
Alhamdulillah.

Syukur kepada-Nya kerna dengan kekuatan dari-Nya saya dapat mengupdate blog ini.

------------------------------------------------

Ramadhan.

Alhamdulillah,hanya beberapa detik waktu saja lagi andai kita diberikan usia yang panjang,kita akan berada dalam bulan penuh keberkatan dan bulan kemuliaan yakni Ramadhan.

Ahlan Ya Ramadhan...

Pastinya jiwa kita telah merasa kerinduan kepada Ramadhan.Ramadhan lalu telah hampir setahun meninggalkan kita.Kini hadirnya kembali memberikan peluang kepada kita untuk memantapkan keimanan dan memperkasakan ketaqwaan.

Saya ada membaca satu petikan hadis yang cukup panjang.Hadis yang mana saya rasakan ianya mengingatkan kepada kita tentang ramadhan yang hadir supaya tidak disia-siakan begitu sahaja.



Peringatan Buat Ummatnya


Hadis Rasulullah s.a.w. tersebut sebenarnya mengingatkan kepada kita supaya setiap saat di bulan Ramadhan yang mulia tidak kita sia-siakan dengan perkara yang melalaikan.

Adalah disuruh untuk kita mengerjakan amal kebaikan dan amal ibadah dengan baik dan sebanyakknya kerna bulan Ramadhan menjanjikan ganjaran pahala yang berlipat ganda.Maka,rugilah bagi sesiapa yang mensia-siakan Ramadhan berlalu begitu sahaja.

Amal ibadah yang dilakukan pada bulan ini akan dilipat gandakan ganjaran pahalanya.Solat sunat yang dikerjakan dalam bulan ini adalah sama ganjarannya seperti kita melakukan solat wajib.Manakala mengerjakan solat wajib pada bulan ini adalah sama seperti kita mengerjakan 70 kali solat wajib.

Maha Suci Allah.Luas sungguh rahmat-Nya pada hari-hari dalam bulan ramadhan.

Jadi,kita perlulah merenung kembali ibadah-ibadah kita pada bulan ramadhan yang mulia ini.Kelalaian dan kecuaian kita terhadap amalan fardhu ketara apabila ada yang tidur kembali setelah bersahur sehingga terlepas menunaikan solat subuh.Ada juga yang sibuk berbuka puasa sehingga lupa untuk menunaikan solat maghrib berjemaah.Solat zohor pula terlepas kerana kita tidur di siang hari.Asarnya pula terlepas kerana sibuk membeli belah di bazaar ramadhan.

Andai saja amalan fardhu kita sudah tunggang langgang seperti itu maka jangan ditanya tentang amalan sunat.

Jadi,disini Rasulullah telah mengingatkan kepada kita agar merebut peluang untuk menambah ibadah-ibadah kita pada bulan Ramadhan kerna ganjarannya tidak sama seperti ganjaran ibadah pada bulan-bulan lainnya.


Tingkatan KetaQwaan


Ramadhan adalah satu bulan yang mana pada bulan ini syaitan-syaitan akan terikat.Pintu-pintu syurga aka terbuka seluas-luasnnya dan pintu neraka akan ditutup rapat.

Jadi,alangkah beruntungnnya dan bertuah bagi sesiapa yang dapat menghasilkan dan meningkatkan ketaqwaan pada bulan Ramadhan yang mulia selain setiap ibadah dan amalan kita juga adalah tanda penghargaan kita kepada suruhan Rasulullah s.a.w..

Hakikatnya ianya tidak susah.Hanya perlukan keinginan dan azam.Disamping segala urusan duniawi,biarlah lidah kita mewiridkan selawat dan pujian kepada Allah.

Mari,kita jadikan ramadhan kali ini adalah ramadhan yang terbaik dari ramadhan yang lepas dan jadikan ramadhan kali ini adalah ramadhan yang terbaik kerana kita tidak dapat pastikan adakah kita akan bersua dengan ramadhan tahun seterusnya.

Mari,kita mantapkan keimanan dan kuasakan ketaqwaan kepada Allah.


Salam Ramadhan Al-Mubarak

:: Nuruddin ::

Sabtu, Julai 23, 2011

Wajib vs Sunat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~




"kita sibuk kejar yang sunat,yang wajib kita abaikan"

Kata-kata ustaz saya,ustaz Ahmad Faisal ketika sedang mengajar pendidikan Islam itu membuatkan saya berfikir dan tertarik untuk berkongsi di blog ini.

Ketika kata-kata itu selesai diucapkan oleh ustaz saya,saya menganguk-angguk sendiri membenarkan kata-kata ustaz saya itu.

Sibuk mengejar perkara sunat dari yang wajib.

Perkara ini memang sudah terbiasa dalam masyarakat umat Islam hari ini,dimana kita hari ini lebih sibuk melakukan perkara-perkara sunat daripada perkara yang wajib kita laksanakan.Saya rasa kita semua telah tahu maksud sunat dan wajib.

Saya terfikir dan bertanya pada diri,kenapa dan kenapa..???

Persoalan timbul dalam jiwa.Menanti jawapan....................



Tanpa Ilmu


Ayat 'Tanpa Ilmu' saya rasa sesuai untuk digunakan bagi golongan yang sibuk mengejar perkara sunat daripada wajib.

Ini kerana,ilmu merupakan satu perkara penting dalam kehidupan.Tanpa ilmu,seseorang itu pasti tidak mampu dan tidak dapat melakukan sesuatu perkara dengan baik.Maka,disini pentingnya ilmu agama dalam melakukan ketaatan kepada Allah.

Ilmu itu perlu bersama dengan ibadah.Tanpa ilmu,ibadah seperti tin kosong.Bila mana seseorang itu mempunyai ilmu pengetahuan tentang amalan wajib dan sunat,maka sudah tentu mereka ini akan mendahulukan perkara wajib daripada perkara sunat.

Golongan yang berilmu itu pasti mengetahui bahawa andai saja perkara wajib itu ditinggalkan,maka sia-sialah amalan sunat yang diusahakannya.

Sebagai contoh,bersedekah.Kita sibuk bersedekah sana-sini.Bersedekah itu ini,namun dalam masa yang sama kita abaikan ibadah solat kita.Maka,disini sia-sialah pahala sedekah kita itu andai perkara wajib yakni solat itu masih terabai.

Oleh itu,ilmu itu sangat penting dalam kehidupan.Tanpa ilmu,kita sesat.Tanpa ilmu kita binasa.



Hari ini


Amalan sunat itu tidak salah kalau ingin dilakukan,malah amalan sunat itu adalah digalakkan dalam Islam.

Saya masih ingat akan kata-kata seorang ustaz dari Kuala Lumpur yang hadir ke sini menyampaikan ceramah,dia ada berkata "orang kita selalu kata perkara sunat itu kalau buat dapat pahala,kalau tak buat tak da apa-apa.Sebenarnya itu salah,sepatutnya perkata sunat kalau buat dapat pahala,kalau tak buat rugi"

"Kalau tak buat rugi"...Itu antara ayat yang menarik.

Ya.Saya setuju dengan kata-kata ustaz itu.

Namun,dalam kita mengejar perkara sunat itu,biarlah perkara wajib yang mana jika tidak dilakukan berdosa,kita laksanakan dahulu dengan sehabis baik.

Kalau kita lihat pada bulan Ramadhan,masjid dan surau akan penuh dengan jemaah yang menunaikan solat.Ketika solat tarawih sampai penuh saf,tapi solat subuh tidak pulak terlaksana.

Benar bukan..? Saya bukan mereka cerita sebarangan,tapi ini adalah rialiti bukan lagi fantasi....

Alangkah baiknya kalau ibadah wajib seperti solat itu 'selesai' dahulu,barulah ditambah kenikmatannya dengan amalan sunat.Tak salah untuk tunaikan solat sunat,tapi lebih indah andai wajib terlaksana terlebih dahulu.


Jum!Ibadah Wajib didahulukan,Ibadah Sunat diutamakan


Jum..

Saya mengajak diri saya,keluarga saya,dan pembaca yang dihormati semoga sama-sama kita laksanakan dulu perkara yang utama yakni perkara wajib dan barulah ditambah dengan amalan sunat yang digalakkan.

Kita sebarkan slogan "Ibadah Wajib didahulukan,Ibadah Sunat diutamakan" dalam keluarga dan masyarakat kita.Semoga kita menjadi hamba-Nya yang beruntung.

Amalan wajib terlaksana,ibadah sunat penambah nikmat...

Semoga menjadi penguat untuk kita terus beramal di jalan Allah...

Rabu, Julai 20, 2011

Apa tanda sayang seorang anak..?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~

Apa tanda sayang kita kepada 'mereka'..?

"Apa tanda sayang kamu kat ibu bapa kamu..?"

Itu dia,satu persoalan yang mana ditujukan oleh ustaz saya kepada seorang pelajar.Namun,saya ambil soalan itu untuk diri saya.

Untuk dipersoalakan pada diri.Untuk merenung pada diri dan muhasabah diri.

Anda..?

Cuba tanya diri kita semua,apa tanda sayang kita kepada ibu bapa kita..?


Tanda sayang hari ini

Pada hari ini,kalau kita soal persoalan "apakah tanda kita sayang kepada ibu bapa?" sudah tentu kita akan mendapat pelbagai jawapan.

"tanda saya sayang dengan ibu bapa saya adalah selalu dengar cakap mereka"

"tanda saya sayang dengan ibu bapa saya ialah mencium tangan mereka sebelum ke mana-mana"

"tanda saya sayang dengan ibu bapa saya adalah dengan saya menghadiahkan sebuah rumah kepada mereka"

dan banyak lagi jawapan-jawapan yang boleh difikirkan oleh anak masa kini.

Namun,adakah benar itu tanda sayang kita kepada insan yang selama ini begitu banyak berjasa kepada kita.? Memang jawapan dengar cakap,mencium tangan,menghadiahkan rumah itu juga adalah tanda sayang,namun adakah dalam pemikiran kita hanya terhad kepada perkara-perkara seperti itu.?

Sudah cukupkah tanda sayang kita itu..? atau ada lagi yang masih lupa untuk kita lakukan..?

Soal diri kita sendiri dan jawab guna hati kita.


Tanda sayang yang sebenar

Sayang.

Satu perkataan yang menggambarkan pelbagai cerita.Satu perkataan yang tidak pernah lenggang dari 'dunia kebahagiaan',satu perkataan ringkas namun penuh makna dan mampu memberikan impak kepada sesiapa yang menyayangi dan siapa yang disayangi.

Bagaimana tanda sayang kita kepada ibu bapa..?

Seorang anak yang mengatakan mereka sayang kepada ibu bapa mereka tidak cukup hanya dengan kata-kata,tidak cukup dengan memberikan wang setiap bulan,namun,sebagai tanda sayang kita kepada mereka adalah menjadi anak yang memberikan kegembiraan serta kebahagiaan jiwa ibu bapa kita.

Anak soleh dan solehah.

Mungkin perkara ini dianggap remah,namun perlu kita ingat bahawa di akhirat kelak ibu bapa kita akan dipersoalkan oleh Allah tentang diri anak-anaknya.Jadi,sebagai tanda sayang kita kepada ibu bapa,maka alangkah baiknya andai kita menjadi anak soleh dan solehah.Ibu bapa pasti senang bersama kita di dunia ini,dan dengan izin-Nya akan senang juga di alam kubur hingga ke alam akhirat.

Persoalannya disini.sudahkah kita memperbaiki diri kita untuk menjadi anak soleh dan solehah.?

kalau belum,sama-sama kita perbaiki diri kita untuk menjadi anak soleh untuk kedua orang ibu bapa kita.

Sabda Rasulullah s.a.w.
"bila mati anak adam,maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat dan doa dari ANAK YANG SOLEH"
Allahu Rabbi..

Beruntung sungguh ibu bapa yang mempunyai anak soleh.Tika mana diri bersendiriran di dalam kubur yang gelap,anak yang soleh berdoa untuk ibu bapa.Itulah tanda sayang sebenar seorang anak kepada ibunya.

Kita tidak mahu kata-kata sayang kita itu hanya sampai tangisan di tepi pusara ibu bapa kita,tapi biarlah tanda kasih sayang kita kepada mereka itu hingga memberikan kebahagiaan dan keselamatan bagi mereka di alam seterusnya setelah meninggalkan kehidupan dunia.


Mari.Perbetulkan tanda sayang kita

Mari...

Saya mengajak diri saya dan kita semua untuk sama-sama kembali perbetulkan tanda kasih sayang,kecintaan kita kepada ibu bapa kita.

Jangan fikir dengan memberikan wang beribu-ribu itu cukup sebagai tanda sayang kita kepada ibu bapa kita, jangan fikir dengan menghadiahkan kereta mewah untuk ibu bapa kita itu sudah cukup sebagai tanda sayang.

Mari kita perbaiki diri kita untuk menunjukkan rasa cinta dan sayang kita kepada ibu bapa kita dengan menjadi anak soleh dan solehah.Menjadi anak yang sering menghadiahkan senyuman buat ibu bapa.Menjadi anak yang membuatkan ibu bapa sentiasa gembira dan tenteram.Menjadi anak yang bakal mendoakan ibu bapa ketika mana mereka telah tiada kelak dan moga dengan izin-Nya bakal menjadi anak yang memberikan 'keselamatan' di dunia dan akhirat buat ibu bapa.

Binalah kasih sayang hingga syurga,bukan hanya berakhir dengan tangisan di tepi pusara ayah ibu...




Ahad, Julai 17, 2011

Bagaimana Solatmu..?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~

Jangan diabaikan solatmu
sekalipun dalam peperangan
Alhamdulillah

Dalam kehidupan masyarakat hari ini,kita dalam lihat bagaimana orang kita hari ini begitu rajin membantu dalam program kemasyarakatan.

Sebagai contoh,gotong-royong,kita dapat lihat pelbagai lapisan masyarakat kita turun untuk menyumbangkan tenaga membantu menjayakan.Selain itu,saya juga dapat lihat kalau ada saja majlis-majlis di surau dan masjid,akan hadir para isteri dan suami serta anak-anak membantu menyediakan makanan,membersihkan kawasan surau,dan banyak lagi.

Namun,dalam keasyikan orang kita ini beramal,kadang-kala ada sesetengah yang masih mengabaikan satu hal yang paling utama iaitu solat.

Saya kadang kala melihat bagaimana masyarakat hari ini berebut-rebut melakukan amal mengumpul pahala,menderma sana,membantu sana-sini,namun dalam masa beramal tersebut,satu perkara yang masih terabai ialah solat.

Kalau kita tanya mereka yang datang membantu di surau sudah tentu jawapan yang kita terima seperti "pahala ba tolong orang","Bukannya selalu,sekali-sekala beramal,dapat juga pahala".

Ya,memang melakukan perbuatan baik itu adalah satu perbuatan yang digalakkan dalam Islam,namun janganlah sampai dalam melakukan amal itu,kita pandang remah tentang solat.

Kadang-kala ketika melihat gotong-royong di surau,azan dah berkumandang,ada yang telah bersiap-siap dengan wudhuknya,dan bersedia untuk solat berjemaahnya.Dalam masa yang sama,kadang-kala ada juga insan-insan yang berat untuk solat,kononnya masih banyak kerja yang ingin dilakukan.Tengah orang lain solat, mereka ini menyibukkan diri seperti membersih longkang,menyapu perkarangan surau dan banyak lagi sebagai satu alat untuk mengelak solat.

Kenapa ibadah solat yang mana tidak mengambil masa kurang 10 minit amat susah dilaksanakan..?

Bukankah lepas solat kita masih ada masa menyambung tugas-tugas tersebut..?

Inilah masalah dalam masyarakat hari ini.Kononnya mahu mengumpul pahala setinggi gunung,namun ibadah utama (solat) masih terabai.Amat rugilah orang-orang seperti ini,tertipu oleh syaitan laknatullah.

Kita sudah tahu bahawa di akhirat kelak,perkara pertama yang Allah hisab ialah solat.Kalau saja solat seseorang itu rosok,maka rosaklah amalnya yang lain.

Nah,rugilah nanti penah lelah yang kita lakukan atas perbuatan 'mengumpul' pahala tadi andai solat tidak terlaksana.

Islam tidak melarang umatnya untuk melakukan perbuatan yang mendatangkan pahala.Buatlah sesuatu perkara itu selagi mana mendatangkan kebaikan.Islam tidak pernah melarang,namun dalam keasyikan melakukan sesuatu perkara itu,janganlah kita lupa untuk menunaikan tanggungjawab kita kepada Allah.

Beramal beramal juga,solat jangan diabaikan.

Takut-takut sampai dihadapan Allah,segala amal kita terhapus hanya kerana solat yang diabaikan.

Selamat beramal..:)

Jumaat, Julai 15, 2011

Tiada Rehat...!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~

Lapangkan masa untuk dakwah
bukan mencari masa lapang untuk dakwah
Alhamdulillah

Mungkin ada yang telah membaca entry 'Rehat' saya akan hairan dengan kemunculan semula saya mengendalikan blog ini.

Ya,memang beberapa minggu lalu saya telah membuat keputusan untuk berehat beberapa bulan dari menulis di blog ini bagi menumpukan kepada pelajaran.Namun,beberapa hari lepas saya kembali teringat dengan kata-kata yang pernah saya lontarkan dahulu kepada teman saya iaitu 'Tidak semestinya kita berdakwah kita akan gagal dalam peperiksaan'.

Ya.

Saya seperti terkena dengan kata-kata itu.Ditambah pula dari buku motivasi Batu-Bata Kehidupan yang mana salah satu tajuknya ialah "Blogger = Da'ie".Ianya memberikan kesedaran kepada saya bahawa saya tidak boleh melepaskan peluang untuk mencari keredhaan Allah dengan menyampaikan ilmu yang amat sedikit yang ada pada diri ini untuk para pembaca.

Dalam masa yang sama saya juga mendapat satu pengetahuan bahawa sebagai manusia,kita perlulah bijak mengurus kehidupan untuk Islam.Sekalipun saya berblog,pelajaran itu adalah penting.Kiranya 'Dakwah didahulukan,Pelajaran diutamakan'.

Saya juga menyoal diri saya,adakah saya akan gagal kalau saya berblog..?.Tidak.

Hakikatnya,berblog ini bukanlah satu yang boleh menjejaskan pelajaran dan memberikan kegagalan.Kejayaan dan kegagalan itu hadir dengan usaha yang kita lakukan dan doa yang kita panjatkan kepada-Nya.

Apalah sangat sejam dua dihadapan laptop untuk berblog jika dibandingkan masa lain yang lebih banyak untuk pembelajaran.Jangan pula asyik berblog,lupa akan pelajaran.

Kita sanggup bangun tengah malam untuk belajaran,tapi amat sukar untuk bangun tengah malam untuk melaksanakan qiamulalil.Kita sanggup belajar sampai 4 jam,tapi untuk menuntut ilmu Allah,sejam pun dah rasa terbakar punggung duduk.

Jadi,jangan pernah rasa bahawa meluangkan masa untuk Islam,akan menjadikan kita gagal dalam peperiksaan, tapi hakikatnya dari semua itu adalah daripada usaha kita.InsyaAllah..:)

.Sekian.

Rabu, Julai 06, 2011

'REHAT'

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~

Exam...Exam...Exam...

Alhamdulillah.

Syukur,masuk sudah bulan Sya'ban,dan tidak lama lagi bulan pesta ibadah akan tiba.Ramadhan.

Entry kali ini ringkas sahajaa,kita keluar dari dimensi Cahaya Agama Allah (CAA) pada hari ini.

Entry ini hanya ingin memaklumkan kepada pembaca sekalian bahawa CAA akan 'berehat' untuk beberapa bulan,kerana saya perlukan masa untuk fokus kepada pembelajaran kerana peperiksaan SPM yang akan diduduki tidak lama lagi.

Berat juga hati hendak meninggalkan CAA untuk beberapa waktu,namun ini adalah satu cara untuk saya kurangkan masa menghadap laptop untuk blogging dan online FB.

Malah,peperiksaan percubaan ke-2 yang bakal diduduki bulan hadapan(Ogos) juga memerlukan saya benar-benar fokus terhadap subjek yang masih lemah.Ditambah pula dengan 'tekanan' yang diberikan oleh PK 1 yang 'mengancam' supaya saya mendapat A untuk subjek prinsip Akuan dan peningkatan markah untuk subjek 8math..Huh..(pening dibuatnya..)

Rasanya,tiba sudah masa untuk tinggalkan sebentar masa untuk 'belayar' di alam maya ini..:)

Kini,peperiksaan percubaan ke-2 dan SPM yang tidak lama lagi memerlukan saya untuk lebih berkerja keras untuk mencapai kejayaan.

Allah tidak mungkin memberikan kejayaan dan kecermelangan kepada seseorang,tanpa usaha daripada seseorang itu sendiri.

OK.

cukup untuk entry ringkas kali ini,semoga Allah mudahkan urusan anda dan urusan saya.

Mohon doa dari kalian semua untuk kejayaan diri ini...:)
InsyaAllah,jika ada masa terluang saya akan cuba untuk mengirim sesuatu di blog ini.InsyaAllah...

Ok.

Wassalam..

-Nuruddin-
:: seorang hamba ::

Ahad, Julai 03, 2011

Sejauh mana Kepercayaanku..?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~

Allah Tuhanku
Sejauh mana keyakinan yang kita ucapkan...?

"Siapa percaya kepada Allah..?"

Saat ditanya soalan seperti itu kepada orang Islam,pasti semua akan menjawab "YA"
Sekalipun kita tujukan soalan itu kepada seorang pencuri,kaki maksiat,penagih dadah dan sewaktu dengannya,mereka akan menjawab "YA".

Namun,bagaimana kepercayaan kita itu..? Sejauh mana keyakinan kepada Allah yang selama ini kita ucapkan..? Sejauh dan sedalam mana..?  Soal diri masing-masing,dan saya tidak memerlukan anda memberikan jawapan disini,biarlah hati anda yang menjawabnya..:)


Kepercayaan yang tipis


Ya.

Kepercayaan yang tipis.Itulah masalah dalam umat Islam hari ini.

Bila mana sesuatu yang kita tidak nampak,amat mudah untuk kita melupakannya.Mulalah kepercayaan itu dipinggirkan begitu sahaja.Entah,dimana sudah letaknya keimanan kepada Allah yang merupakan asas kepada kehidupan ini.

Kalau kita lihat pada rukum Iman,rukun yang pertama sekali ialah Beriman Kepada Allah dan kalau dalam rukun Islam,rukun yang pertama sekali ialah Mengucap dua kalimah syahadah.Nah,dari situ kita lihat dari keduanya,semuanya bermula dengan asas kepercayaan kepada Allah.

Dalam lafaz syahadah,kita lafazkan "Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan selain Allah...".Berkaitan dengan kepercayaan bukan..?

Jadi,cuba kita soal diri kita,sejauh mana keimanan dan keyakinan kita kepada Allah Rabbul Alamin..?.


Hanya Dibibir...


Ramai pasti akan mengatakan mereka percaya adanya syurga dan adanya neraka.Ramai yang tahu neraka tempat siksaan dan syurga tempat penuh kenikmatan.Ramai yang tahu maksiat itu dosa,meninggalkan solat itu dosa.Namun,apakah ianya satu yang hanya lafaz semata-mata.

Hakikatnya hari ini,ramai yang hanya mengucapakan semua itu dibibir.Begitu juga dengan kepercayaan kepada Allah.Ramai yang hanya menyakininya melalui kata-kata sahaja dan tidak masuk ke dalam hati dan sanubari.

Bukanlah saya mengutuk hamba Allah yang lain,tapi ini juga adalah untuk saya juga sebenarnya.Hakikatnya saya mudah alpa.

Kata-kata mudah untuk dilafazkan,namun 'tanda' dari lafaz itu susah untuk dilaksanakan."Aku percaya kepada Allah",mudah sekali untuk dilafaz,namun untuk melaksanakan suruhan-Nya itu berat sekali.Inilah yang dikatakan hanya dibibir.

Manusia yang benar-benar mantap keimananya kepada Allah,pasti akan merasa senang dengan suruhan Tuhannya,merasa tenang setiap waktu,merasa bahagia melaksanakan suruhan-Nya kerana dalam jiwa mereka terdapat keyakinan bahawa kehidupan dunia ini hanyalah sementara jika hendak dibandingkan dengan kehidupan akhirat sana.Biarlah susah didunia,untuk kesenangan di akhirat.


Kepercayaan yang disisihkan


Ramai hari ini yang mengaku cinta kepada Allah,mengaku percaya kepada Allah namun hidup terus bergelumungan dengan maksiat.

Inikah tanda kepercayaan mereka kepada Allah..?  Inikah tanda sayang mereka kepada Allah..?

Oh,munafik sungguh manusia seperti itu.(Ya Allah,ampuni hamba-Mu ini andai diriku termasuk dalam golongan munafik)

Kepercayaan itu telah disisihkan.Allah telah diletakkan ketepi dalam kehidupan.Dunia didahulukan,Allah entah   kemana sudah diletakkan.

Itukah tanda kepercayaa kita..? Sedang bibir bangga mengatakan 'cinta kepada Allah', kita asyik dalam kehangatan dunia.Berhibur sana sini,berpengangan tangan dengan kekasih,maksiat menjadi santapan jiwa, berpakaian ala 'bertelanjang' (sebagaimana Hadis Nabi s.a.w.),perhiasan mula dibaggakan,dunia ini ingin dimiliki,perempuan,seks,zina,harta,wang,pangkat dan darjat,semuanya dikerjar bagaikan binatang buas kelaparan.

Itukah tanda kepercayaan kita kepada Allah...?????

Bukankah Allah ada berkata dalam Kalam-Nya

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementerlah hati mereka,dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya,bertambahlah iman mereka,dan kepada Rabblah tempat mereka bertawakal"



Penutup 


Mari,kita sama-sama ukur tahap keimanan kita kepada Allah.

Adakah keimanan dan kepercayaan kita itu hanya luahan dibibir semata-mata atau ianya dari hati yang tulus ikhlas dalam mencintai-Nya.

Mari,kita kembali kepada-Nya,kembali menyusuri susur jalan yang telah tersedia luas menuju keredhaan-Nya yang abadi.Sama-sama kita kembali mantapkan iman yang semakin tipis kepada-Nya,semoga jiwa ini menjadi jiwa yang sentiasa gementar kepada-Nya dan terpelihara diri kita dari jatuh ke lembah kebinasaan.

Keimanan itu indah,biarlah ianya bermula dihati yang bersih dan ikhlas.

Semoga kita menjadi hamba-Nya yang benar-benar percaya kepada-Nya.

Sabtu, Julai 02, 2011

Awas..! Jangan sombong di hadapan Allah..!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~

Jangan menjadi hamba-Nya yang sombong
Alhamdulillah

Syukur kepada Allah kerana dengan rahmat-Nya,saya dapat update blog pada hari ini.Setelah beberapa hari ini agak sibuk menyiapkan kerja kursus dan kelas tambahan,membuatkan keterbatasan dari segi waktu untuk menulis di 'Cahaya Agama Allah' ini.

Ok,panjang pula nanti cerita saya..Hehe...

Jum kita masuk ke dunia 'Cahaya Agama Allah'.

Sombong..!

Itu adalah perkataan sesuai ditujukan kepada manusia-manusia yang selepas solatnya tidak membaca doa memohon kepada Allah.

Saya melihat setiap kali selepas solat jumaat,selesai sahaja memberi salam,hampir setengah jemaah yang solat jumaat yang terus sahaja angkat dan melangkah keluar tanpa membaca doa memohon kepada Allah.Entah kenapa mereka sanggup melakukan hal ini dihadapan Allah.

Benar bukan..?

Inilah sikap masyarakat Islam hari ini,dimana selepas sahaja memberi salam,terus angkat melangkah keluar dari Masjid seolah-olah ada urusan yang begitu besar daripada meluangkan masa beberapa minit untuk menadah tangan memohon dihadapan Allah.

Adakah solat yang kita kerjakan itu kita yakin diterima oleh Allah..? Maka berdoalah kepada-Nya "Wahai Tuhanku Ya Allah,terima solat hamba-Mu yang hina ini.Sesungguhnya inilah yang termampu hamba-Mu ini laksanakan".Berdoalah juga buat ibu bapa kita,saudara mara kita,teman,sahabat dan kaum muslimin yang lain. Tidak rugi kita duduk untuk menadah tangan dihadapan Allah selepas solat.Allah tidak meminta duit pun dari kita,jadi kenapa kita susah sekali untuk memohon kepada-Nya.Mengapa kita berani untuk berlaku sombong dihadapan Allah dengan tidak berdoa dan memohon kepada-Nya..?

Perkara ini mungkin dilihat satu perkara remah oleh sesetengah masyarakat hari ini,namun perlu kita ingat dan ketahui bahawa kita boleh menjadi seorang hamba yang sombong kepada Allah andai kita malas untuk berdoa kepada-Nya.

Cuba kita persoalkan diri kita.Siapa kita dimuka bumi ini..?

Hamba atau Pencipta..?

Sudah tentu hamba.Hamba yang hina dan serba kekurangan.Jadi,kenapa kita begitu mengambil ringat akan kepentingan doa.Kenapa agak susah untuk meluangkan masa beberapa minit untuk meminta daripada Allah.Bukankah selepas solat itu waktu yang mustajab untuk kita berdoa.

Kalau kita lihat,ada orang yang teresak-esak menangis memohon kepada Allah,kerana dia tahu statusnya sebagai hamba.Saya pernah beberapa kali menjumpai individu yang menangis begitu teresa-esak ketika berdoa selepas solat.Saat mendengar tangisan dan melihat orangnya,saya merasa terpukul dan persoalan "siapa aku dihadapan-Mu Ya Allah"

Msyarakat kita hari ini juga selalu kata "jangan sombong" ,perkata itu selalunya hanya tujukan buat sesama manusia.Supaya jangan sombong kepada orang lain.Namun jarang sekali kita mendengar kata-kata "jangan sombong" itu kita jadikan dalam urusan kita dengan Allah.Supaya jangan sombong kepada Allah Rabbul Alamin.

Jadi,marilah sama-sama kita menjadi hamba Allah yang sedar akan statusnya dimuka bumi ini.Luangkan masa hanya beberapa minit untuk menadah tangan memohon kepada Allah.Jangan disebabkan urusan dunia atau tidak mahu kesesakan jalan raya,kita menjadi hamba Allah yang sombong hanya kerana tidak berdoa kepada-Nya.

Ketahuilah,bahawa Allah sentiasa menanti doa-doa hamba-Nya.

Isnin, Jun 27, 2011

Jalan Dakwah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~

Bersediakah kita..??
Alhamdulillah

syukur kepada Allah kerana sepatutnya tajuk ini saya post di blog pada semalam,tapi disebabkan agak sibuk entry untuk hujung minggu ini lewat.

Dakwah.

Seperti yang kita tahu bahawa dakwah ini merupakan satu tugas yang wajib dilaksanakan oleh setiap manusia yang beriman kepada Allah.Dakwah untuk meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w. dalam menyebarkan agama Allah dimuka bumi ini.

Namun,bila kita sebut saja tentang Islam,dan dakwah,sudah tentu ia bukanlah satu yang menjadi tarikan ramai orang pada era masa kini.Hari ini,dalam kepesatan arus menuju kemodenan,Islam itu semakin tipis dalam jiwa manusia dan kelihatan manusia kini lebih tertarik dengan apa yang disebutkan dengan hiburan.

Benar bukan?  Itulah dia hakikat yang kita dapat perhatikan pada hari ini.

Namun,ada juga sesetengah manusia yang mempunyai rasa tanggungjawab keatas tugas Rasulullah.Disana dan disini ada saja kelompok-kelompok manusia yang menyeru untuk sujud kepada Allah.Walaupun kuantiti dalam kelompok ini sedikit,ia tetap kuat bagaikan ada satu aura yang memberikan kekuatan dari jiwa-jiwa mereka.

Ketika membaca buku 'Aku dan Al-Ikhwan Al-Muslimin' tulisan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi,saya dapat satu perkara yang menarik sepanjang penceritaan beliau bagaimana kisah suka dan duka beliau bersama anggota Ikhwan yang lain.Walaupun mereka telah disumbat ke dalam penjara,mereka tidak pernah putus asa,malah mereka menjadikan penjara itu sebagai masjid dan tempat untuk mereka berdakwah kepada banduan lain.

Tidak ada kata putus asa dalam kamus hidup mereka untuk agama Allah.Sekalipun rintangan berjuntai menanti dihadapan,mereka tetap utuh bersama demi agama Allah.


Dakwah,bukan jalan mudah


Ya.Memang tidak dapat diakui lagi.

Masa kini,apa sahaja yang berkaitan Islam akan begitu mudah untuk dilihat sebelah mata.Kalau program ceramah diadakan,kita kadang kala mampu hitung jumlah jemaah yang hadir,malah mungkin tiang masjid lebih banyak daripada jemaah yang hadir.

Kini juga kita lihat,andai saja program itu program berunsur hiburan melampau,berasak-asak yang mengunjunginya sampai penuh kaunter tiket.Inilah manusia kini yang mana amat menyedihkan apabila majoriti daripadanya adalah insan yang bergelar Islam.

Cabaran itu pasti.Apatah lagi dalam perkara yang bernama Dakwah.Begitu banyak cabaran dan dugaan yang menanti.Dakwah ini bagaikan jalannya adalah duri yang tajam dan disisinya pelbagai perkara yang cuba menjatuhkan kita dan dihadapan perjalanan itu letaknya redha Ilahi dan tempat yang bernama Jannah.

Kalau kita perhatikan sirah baginda Rasulullah s.a.w.,kita dapat lihat bagaimana peritnya perjalanan dakwah baginda s.a.w..Walaupun perit sekali perjalanan dakwah Rasulullah,baginda dan sahabat tidak pernah berhenti kerana yakin bahawa ada satu kuasa yang bersama mereka yakni Allah yang sentiasa melindungi hamba-Nya yang ikhlas dalam agama.

Kita lihat kehidupan seorang Nabi,sekalipun seorang Nabi,baginda juga dicaci dan dihina.Pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi.Malah,apa yang dihadapi oleh para utusan Tuhan itu sama sekali jauh beza keperitan dan cabarannya.Para Utusan Allah menghadapi cabaran yang begitu kuat,sedangkan kita hari ini hanyalah cabaran yang ringan.

Cacian,fitnah,kejian,halangan memang asam garam dalam perkara dakwah.Tidak pernah lenggang dari semua itu kerana hendak mendapatkan syurga itu bukan mudah.Syurga itu tinggi nilainya,tidak mampu dibayar dengan harta kita sekalipun kita punya wang sepenuh lautan.


Cabaran,jadikan penguat semangat


Cabaran itu hakikatnya menjadikan kita kuat.Tidak ada seorang pun yang menyampaikan dakwah pernah lepas daripada apa yang dinamakan sebagai ujian dan dugaan.

Semuanya menanti hamba-hamba yang ikhlas dalam memperjuangkan agama Allah.

Dalam buku 'Aku dan Al-Ikhwan Al-Muslimin',satu perkara yang sangat menarik adalah tentang bagaimana kesungguhan para pejuang Ikhwanul Muslimin sekalipun beberapa kali dipenjara,sekalipun pelbagai fitnah yang melanda,sekalipun pelbagai dugaan yang perlu dihadapi,mereka tetap utuh kerana yakin Allah yang membantu mereka.

Saya dapat lihat,cabaran yang mereka hadapi sama sekali tidak melemahkan semangat mereka,malah menambah lagi kesungguhnya dan membakar lagi jiwa mereka demi agama suci ini.


Jadi,secara keseluruhannya,cubaan bukanlah satu yang melemahkan semangat untuk menegakkan agama Allah.Namun,semua cabaran yang terjadi sewaktu perjalanan menuju keredhaan-Nya adalah sesuatu yang boleh menjadikan kita kuat dan bersemangat untuk agama Allah.

Selasa, Jun 21, 2011

DIARI MORE'11

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~

"We Take Islam,We Take No Less"

Alhamdulillah

Syukur kepada Ilahi kerana dengan rahmat-Nya saya telah diberikan kesempatan untuk menjadi fasilitator untuk Muslim Borneo Youth Camp 2011 (MORE'11) anjuran Syabab Synergi yang diadakan pada 17 - 19 Jun 2011 bertempat di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang,Miri.

Kem telah melabuhkan tirai pada hari ahad yang lalu,tapi berkesempatan untuk menulis tentangnya pada hari ini kerana keletihan yang teramat sangat..Haha..Mana tidaknya,inilah pertama kali menjadi fasi dan merasai bagaimana menjadi fasi.

Tidur kira-kira jam 2 dan 3 pagi,bangun untuk qiamulail pula jam 4 lebih.Tidur memang tidak cukup,tapi inilah pengorbanan yang harus ditempuh demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab.Memang bukan mudah,tapi ini saya anggap sebagai satu cabaran dan pelajaran buat saya.Mencari pengalaman sambil menuntut ilmu.



Kita seperti air


Saya masih ingat kata-kata seorang ustazah sewaktu menyampaikan ceramah ketika Kem Remaja Islam Kota Kinabalu lalu iaitu "Kita Seperti Air"


Kini saya melihat makna kata-kata ustazah itu.Kita Seperti Air.

Cuba kita perhatikan kelompok air.Kelompok air yang berpecah itu akan bergerak ke mana sahaja mengikut laluannya dan apabila bertemu dengan kelompok air yang lain,maka kelompok itu bersatu dan air menjadi banyak dalam satu kelompok.

Maksudnya lebih kurang kita andaikan kelompok air adalah gerakan-gerakan Islam yang berada di merata tempat.Jadi,kumpulan-kumpulan yang membawa Islam ini bila bersatu akan menjadi satu yang besar dan kukuh.Ini dapat saya perhatikan dalam MORE'11.Dimana ada diantara AJK dan fasilitator adalah daripada Bintulu Sarawak dan bergabung dengan AJK dan Fasilitator dari Miri untuk mengerakkan program MORE'11 ini.

Itulah makna 'Kita Seperti Air'.


Ilmu Baru


Apabila kita mengikuti setiap program-program sudah pasti kita akan mendapat sesuatu yang baru.

Kali ini saya bukanlah sebagai peserta,tapi sebagai seorang fasilitator.Maka sudah tentu mendapat satu ilmu baru sepanjang menjadi fasilitator.

Pada awalnya saya agak risau pada mula-mula di tawarkan untuk menjadi fasilitator,risau kerana merasa diri belum bersedia dan merasa diri tidak layak membimbing tapi lebih layak dibimbing.Namun,saya juga merasakan inilah satu peluang yang saya perlu ambil untuk saya mempelajari dan mengambil pengalaman sebagai seorang fasilitator dan dalam masa yang sama memperbaiki diri.

Kalau dilihat,tugas tidaklah begitu berat kerana penglibatan peserta muslimin yang sedikit dan kebanyakkan sesi LDK diketuai oleh fasi yang lebih berpengalaman.Saya dan teman hanya menjadi pembantu semasa LDK dan ada juga diberikan tugasan untuk bersama perserta dalam LDK yang dilaksanakan.

Dalam kita mengajar,kita juga perlu belajar.Bak kata pepatah English "We Teach,We Learn".


Pertemuan dengan Sahabat


Ketika berdiri untuk sama-sama menyanyi lagu teman MORE,saya memandang ke belakang dan melihat seseorang sedang membelek-belek kertas program.Hati seperti kenal siapa insan yang dihadapan mata, lantas bibir mengucap satu nama 'Afiq'

SubhanAllah.

Sahabat yang sudah lama tidak bersua.Pertemuan terakhir kami adalah sewaktu kami berdua keluar kira-kira beberapa hari sebelum sahabat ini pergi ke pondok Baitul Qura,Melaka untuk beberapa bulan.Akhirnya dipertemukan oleh Allah untuk sama-sama dalam program ini.

Macam-macam ilmu yang dikongsikan oleh sahabat ini,mengingatkan diri ini kepada Allah.


Memelihara Islam


Dalam program ini juga,saya dapat satu perkara penting waktu muhasabah para peserta.Ketika mana binaan rumah yang melambangkan Islam para peserta di hancurkan oleh AJK-AJK dihadapan mata peserta lain.

Sambil kata-kata 'Inikah Islam kamu...?"..."Kamu lihat saja Islam kamu dihancurkan..?"

Melihat tindakan sesetengah peserta yang berlari ke hadapan hingga tersungkur untuk memelihara binaan Islam mereka daripada dihancurkan membuatkan saya mendapat satu persoalan.

"Adakah aku telah pelihara Islamku dengan baik?"

Pada malam tersebut,melihat penghulu muslimin berebut untuk merampas kembali binaan yang hendak dihancurkan dan kelihatan juga binaan yang hancur dipeluk erat oleh peserta supaya tidak dirampas kembali.

Allahuakbar.Semoga kami semua dapat memelihara Islam itu dengan sebaik-baiknya.


Penutup


Alhamdulillah.

Sekali lagi ucapan syukur kepada Rabb yang Maha Kaya dan Maha Agung kerana dengan rahmat-Nya saya diberikan peluang untuk mengikut program MORE ini.

Syukran juga diucapkan kepada Abg Fadilah dan Abg Alif Ajwad dan semua yang terlibat dalam program MORE'11.

Semoga Allag redha semua yang telah dilakukan dan semoga semuanya menjadi ibadah kepada Allah.

Sekian..

Wallahu'alam..
-We Take Islam,We Take No Less-

Isnin, Jun 13, 2011

Tingkatkan Pengorbanan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~

Hidayah Itu Milik Allah
Alhamdulillah

Ketika sedang merayau-rayau di muka buku (telah dibahasa Melayukan),sempat singgah di group Kem Remaja Islam 2011 (KK).Apa yang menariknnya adalah perkongsian Abang Nuralim .Video yang memaparkan sebanyak 17 orang yang telah mendapat hidayah Allah untuk memeluk agama-Nya.

SubhanAllah.

Meremang bulu roma saya sewaktu melihat dan mendengar jeritan Allahuakbar dan saya merasa seperti ingin mengalir air mata melihat video tersebut.Kalau nak lihat boleh Klik Sini.

Bukanlah video ini sedih,tapi saya merasakan bagaimana masyarakat hari ini sudah mula mendekati Islam. Masyarakat bukan Islam sudah mula untuk mencari dan mengenali Islam.Ramai orang Kristian sudah mula menemui kebenaran dan mengambil Islam sebagai agama pegangan mereka.

Inilah dia,hikmah disebalik setiap peristiwa yang berlaku yang dilemparkan ke atas umat Islam oleh Barat. Bagaimana peristiwa 11 September lalu,yang mana Amerika dengan sewenang-wenangnya menghukum Islam adalah sebagai dalang kejadian tersebut.Imej Islam diburukkan oleh pihak Barat.

Daripada kejadian itu,ada kelompok masyarakat yang telah tertipu dengan tipu daya Amerika dengan sama sahaja terus menghukum Islam sebagai pengganas.Tapi,perlu diketahui bahawa sejak peristiwa itu,ramai golongan masyarakat dunia mula mengkaji Islam,mula untuk memahami ajaran Islam sehingga ramai orang Barat dan Eropah telah memeluk Islam.

Allahu Akbar..!

Kalau kita lihat saja pada hari ini,Islam ini mula tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.Hal ini menyebabkan musuh-musuh Allah mula gentar dan tidak duduk diam.Dalam satu temubual untuk Ventican Newspaper,Monsignor Formenti berkata "For the first time in history we are no longer at the top. The Muslims have overtaken us,"  Ucapan ini boleh dibaca di Sini.


Kini,kita telah lihat ramai yang telah memeluk Islam.Malah apa yang saya dan mungkin kita semua dapat lihat bagaimana golongan saudara baru kita ini kelihatan lebih Islamik daripada kita yang sudah Islam sejak lahir. Kadang-kadang ada diantara saudara baru yang bergelar ustaz dan ustazah,malah ada juga diantara mereka ini lebih menjaga syariat Allah.


Kita lihat bagaimana golongan muallaf,mereka begitu menjaga Islam dengan sepenuh hati mereka.Ini kerana mereka telah bersusah payah,berkorban demi mencari satu kebenaran yakni Islam.Inilah pengorbanan mereka  yang besar yang mana membuatkan mereka benar-benar memelihara agama Islam yang baru dianuti.


Agak berbeza dengan masyarakat yang memang telah Islam sejak lahirnya.Mungkin tidak pernah merasa pengorbanan dalam mencari kebenaran ini yang membuatkan diri kita ini sudah merasa senang.Tapi perlu kita ingat bahawa,kita perlu sentiasa bersyukur kerana telah di pilih oleh Allah sebagai Islam sejak lahir.KeIslaman sejak lahir sepatutnya kita baggakan dan kita tunjukkan imej Islam itu kepada masyarakat luar.


Pengorbanan yang dilakukan oleh golongan saudara baru kita begitu tinggi.Mereka sanggup berkorban meninggalkan kenikmatan yang sebelum ini dinikmati,berkorban nyawa mereka kerna ada diantara mereka yang diancam dengan nyawa semata-mata untuk mencari Islam.Ada juga yang dibuang keluarga hanya kerana  mencari Islam.Inilah antara pengorbanan besar golongan saudara baru yang perlu kita ambil sebagai satu dorongan buat diri kita dalam mempertingkatkan diri kita menjadi Islam yang sejati.


Sebagai seorang yang telah terpilih menjadi seorang Islam,sepatutnya jangan kita pernah merasa cukup walaupun telah berpuluh-puluh tahun kita sebagai Islam.Sepatutnya kita perlu sentiasa mencari ilmu dan menimba ilmu pengetahuan demi menambah kepercayaan dan keimanan kita kepada Allah s.w.t..


Andai bukan Islam sahaja mampu berkorban hanya kerana mencari Islam,maka marilah kita tingkatkan pengorbanan diri kita dalam usaha menjadi seorang mukmin yang bertaqwa.


Semoga Allah Permudahkan..