Halaman

Ahad, Februari 06, 2011

Manusia Yang Asing

Aku Baru Faham

Ya,Saya baru faham.

Itulah yang membawa saya menulis sedikit coretan di ‘Cahaya Agama Allah’ pada malam ini.

Manusia Terasing.

sahabat saya,Afiq yang telah menerangkan kepada saya,menceritakan kepada saya erti sebenar menusia yang asing.

Dari situ saya mula memahami makna menjadi manusia yang asing.

“Manusia yang asing.pendek tapi bermakna.Aku suka perkataan ya.Islam datang secara asing dan akan kembali asing.Harap kita menjadi manusia yang asing”.Itulah kata-kata dari sahabat saya Afiq yang ditujukan kepada saya waktu kami berdua keluar pada hujung minggu.


Menjadi Manusia Yang Asing

Setelah diterangkan oleh sahabat saya maksud sebenar manusia asing,maka saya faham dan dapat melihat kebenaran tentang bagaimana jika seseorang itu mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan suruhan-Nya,maka mereka akan dilihat asing pada zaman kini.

Cara hidup Islam dilihat asing pada masa ini.Malah,mereka yang mengikut dan mengamalkan cara hidup Islam turut dianggap asing pada masa kini.

Bukan sekadar itu,mungkin ada sesetengah insan yang mengasingkan diri daripada keseronokkan dunia kerana takut diri terbuai oleh keseronokkan yang bakal membinasakan.



Aku Ingin Menjadi Manusia Asing Itu

“semoga kita menjadi manusia asing…”..Itulah antara kata-kata yang saya sms kepada sahabat saya pada mesej yang terakhir kami pada malam tersebut.

Manusia asing mungkin dilihat agak kebelakang pada pandangan manusia,namun tidak pada pandangan Allah.Allah berhak menilai hamba-hamba-Nya.Hamba yang sanggup meninggalkan dan menjauhkan diri daripada kehidupan dunia yang sementara semata-mata ingin mengharapkan keredhaa-Nya dan mengharapkan kehidupan yang baik di akhirat kelak.

Saya,mengakui betapa saya telah merasai banyak nikmat-Nya dan dalam masa yang sama saya juga telah banyak melakukan dosa kepada-Nya.Betapa saya hamba-Nya yang penuh dengan dosa dan kesalahan.

Saya berharap agar saya terus diberikan kekuatan untuk terus teguh dalam agama-Nya dan terus istiqamah dalam menjalankan suruhan-Nya .Dalam masa yang sama,saya cuba untuk mengasingkan diri ini daripada kesenangan dunia dan hiburan dunia kini yang penuh dengan perkara yang boleh membawa kepada kemungkaran.

Saya tahu saya hamba-Nya yang lemah,oleh itu saya bersyukur kerana dipertemukan dengan beberapa orang sahabat yang boleh membawa saya kepada jalan-Nya dan paling penting membawa kepada keredhaan-Nya.

Kalau sebelum ini saya mungkin selalu keluar enjoy bersama teman sehingga lupa pada seruan-Nya untuk melaksanakan solat dan sehingga terlalu suka dengan hiburan dan lupa dengan batas pergaulan.

Sebelum ini juga,seruan azan akan dibiarkan berkumandang tanpa saya hadiri darimana seruan itu bergema dan tanpa saya dirikan solat.Jika sebelum ini saya mungkin selalu berkeinginan tinggi untuk mengumpul barangan berjenama,pakaian berjenama dan inginkan kehidupan yang serba mewah.Sebelum ini saya juga selalu risau jika keputusan peperiksaan saya gagal tanpa merisaukan matlamat akhirat yang sebenar.

Namun,saya mulai sedar siapa diri saya dihadapan Allah.Seorang manusia yang lemah dan tidak memiliki apa-apa kekuatan dan harta.Kalau saya kata saya memiliki sebuah kereta mewah,maka Dia lebih memiliki segalanya.Dia memiliki langit dan bumi yang mana digunakan untuk kenderaan itu berjalan dan tempat saya berpijak.

Dan siapalah saya seorang manusia kerdil.Jika bumi dihilat dari kapal angkasa,maka yang nampak hanyalah lautan dan negara-negara.Tidak nampak seorang pun manusia dibumi.Sungguh kerdil manusia dan kenapa saya begitu sombong kepada-Nya.

Saya berharap agar saya mampu membawa diri saya kepada matlamat sebenar hidup seorang manusia dimuka bumi ini iaitu mengabdikan diri kepada-Nya dan beribadah kepada-Nya.

Akan saya cuba asingkan diri daripada hiburan yang melalaikan diluar sana.Akan saya asingkan diri ini daripada terus terlena dengan buaian dunia yang sangat kuat tarikannya.Akan saya asingkan diri daripada terus mengejar sesuatu yang bukan milik saya.

Akan saya cuba labuhkan cinta kepada-Nya semata-mata dan bukannya kepada dunia yang sementara.Akan saya kejar cinta-Nya daripada saya kejar kehidupan dan kenikmatan dunia.

Penutup

Sahabat saya Afiq,banyak menceritakan dan berkongsi tentang manusia yang asing yang mana ayat itu turut saya sukai kini.

Menjadi manusia asing pasti mempunyai banyak cabaran dan dugaan yang datang dari setiap pejuru yang sedaya upaya melemahkan diri kita supaya kembali menjadi hamba dunia dan hidup dalam kehidupan yang penuh hiburan semata-mata.

Manusia asing nampak asing pada pandangan manusia,namun tidak pada pandangan dan penilaian Allah.

Marilah kita usahakan diri kita agar menjadi seorang manusia yang asing.Asing dengan mendekatkan diri kepada-Nya.Bukan maksud saya mengatakan kita hanya perlu solat,solat,solat dan solat sahaja,namun maksud saya ialah mengasingkan diri kita daripada ragam diluar sana yang boleh membawa kemurkaan-Nya dan boleh membawa diri kita jauh dari-Nya.

Semoga kita mendapat pertolongan dari-Nya dan semoga kita menjadi manusia yang terasing itu.

Sekian….