Halaman

Sabtu, April 30, 2011

Kenapa Orang Islam Mahu Bebaskan Palestin?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



"Kenapa orang Islam mahu bebaskan Palestin?

Satu persoalan dari teman saya yang beragama Kristian sewaktu didalam kelas.Mungkin dia sering melihat bagaimana umat Islam hari ini begitu beria-ria hendak membebaskan tanah Palestin daripada terus dijajah oleh Yahudi Zionist.Bagaimana badan-badan kerajaan dan badan bukan kerajaan seluruh dunia bersatu untuk membantu panduduk Palestin yang terus dizalimi oleh Zionist Laknatullah.

Jawapan bagi persoalan itu adalah kerana di dalam tanah Palestin itu terdapatnya sebuah tempat suci umat Islam yang ketiga iaitu Masjidil Aqsa yang dimuliakan dan diberkati oleh Allah.
Firman Allah s.w.t.

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui"
Surah Al-Israa : 1

Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Kaabah di Makkah.Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pernah solat menghadap ke Masjdil Aqsa di Palestin.

Selain itu,Palestin juga tempat berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj.Ini sebagaimana firman Allah dalan surah Al-Israa diatas.Bagaimana perjalanan Nabi s.a.w. di waktu malam dari Makkah menuju ke Masjdil Aqsa di Palestin menggunakan Buraq.Seterusnya,dari Palestin Nabi Muhammad s.a.w. telah naik ke langit bertemu dengan Allah untuk menerima kewajipan menunaikan solat.

Selain itu,Tanah Palestin juga adalah tanah para Nabi utusan Allah yang menyeru untuk mentauhidkan Allah.Nabi Luth,Daud,Sulaiman dan banyak lagi pernah tinggal di Paletin malah pernah lahir di tanah Palestin.Hingga ada juga antara para Nabi yang dikebumikan di tanah Palestin.

Tanah Palestin yang diberkati Allah ini terpalit beribu sejarah Islam dan sejarah Dunia.Tanah ini terus menjadi rebutan bagi tiga agama besar iaitu Yahudi,Kristian dan Islam.Bagaimana tanah ini pernah menjadi tanah umat Islam dan jatuh ke tangan Kristian dan kini menjadi tanah jajahan bagi Kristian dan Yahudi.

Sesungguhnya,tanah Palestin itu bakal menjadi hak umat Islam.Palestin akan bebas dari tangan kotor puak zionist.Sesungguhnya janji Allah itu benar dan kemenangan itu dekat cuma ianya perlukan kekuaatan ummah hari ini untuk bergerak dalam satu rombongan jihad Fisabilillah dan ianya memerlukan kembali persaudaraan Islam yang semakin luntur dalam jiwa umat Islam hari ini.InsyaAllah,masa depan gemilang bersama Islam.

Peliharalah Keluargamu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...



Ketika menunaikan solat jumaat semalam,antara yang disampaikan oleh pembaca khutbah ialah tentang tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka.Ini kerana, pentingnya didikan ibu bapa terhadap anak-anak mereka supaya anak-anak menjadi anak yang soleh dan berguna buat masyarakat dan agama.

Hari ini,kita dalam melihat bagaimana anak muda hari ini banyak yang telah semakin jauh menyimpang dari ajaran Islam.Pergaulan bebas,zina,buang bayi,rempit,dadah,bunuh dan banyak lagi kes-kes jenayah kalau kita lihat majoritinya adalah orang Islam.

Masalah keruntuhan moral dan akhlak remaja hari ini semakin meruncing.Dapat kita lihat dunia hari ini yang mana maju dari segi pembangunan namun kembali ke zaman jahiliyyah dari segi akhlak dan moral.Runtuhnya akhlak seorang muslim akan membawa mesej buruk kepada masyarakat dunia terhadap Islam.

Jadi,ibu bapa memainkan peranan penting dalam hal ini.Pendidikan dari kecil terhadap anak-anak mereka terhadap ilmu agama adalah perlu.Ini kerana,inilah yang bakal membentuk jiwa anak-anak untuk menjadi jiwa yang bersih dan mulia.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Tidaklah lahir seorang bayi melainkan lahirnya dia itu di atas fitrah. Maka kedua ibu bapalah yang menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi…” ( Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim )

Jadi,pendidikan awal daripada ibu bapa adalah penting.Kalau kita lihat hari ini bagaimana ibu bapa memandang remah akan hal seperti ini.Pada pandangan mereka,pendidikan agama adalah tanggungjawab ustaz dan ustazah di sekolah.Inilah kesalahan besar ibu bapa hari ini.

Sesetengah ibu bapa juga kurang mengambil berat tentang akhlak anak-anak mereka.Ibu bapa hari ini kononnya tidak mahu menegur anak-anak mereka yang tidak menutup aurat kerana takut sianak berkecil hati.Ada juga para ibu bapa hari ini yang mungkin merasakan bahawa anak-anak mereka perlu diberikan kebebasan untuk mengikut kehendak sendiri.Inikah yang mereka kata mereka sayang terhadap anak-anak mereka?

Firman Allah s.w.t.

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak derhaka pada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan"

(surah at-Tahrim : 6)

Allah telah memberi peringatan kepada kita supaya menjaga diri kita dan ahli keluarga kita daripada menjadi bahan bakar dineraka.Ibu bapa hari ini merasa marah apabila melihat ada anak-anak yang didera dengan seterika panas,namun tidakkah mereka berfikir bagaimana kealpaan dan sikap memandang dengan sebelah mata terhadap didikan Islam terhadap anak-anak mereka telah membawa anak-anak mereka kepada siksaan yang lebih dahsyat yakni di dalam neraka Allah.Siapakah yang lebih kejam??

Adakah si ibu yang mendera anaknya menggunakan seterika panas atau si ibu dan ayah yang telah membiarkan anak mereka menuju neraka Allah?

Ingatlah,bahawa sesungguhnya diakhirat kelak,semua orang akan disoal akan kepimpinannya.Perdana Menteri akan disoal tentang tanggungjawabnya,si ayah akan dipersolakan tentang tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak mereka.Amanah yang Allah berikan adakah telah dijaga dengan sebaik mungkin ataupun tidak.

Kalau hari ini anak-anak Yahudi sama seperti yang digambarkan di dalam Al-Quran, kalau hari ni anak-anak Nasrani sama seperti yang digambarkan di dalam Al-Quran, kalau hari ini orang-orang munafik dan kufur sama seperti digambarkan di dalam Al-Quran,kenapa hari ini anak-anak generasi Islam tidak seperti apa yang digambarkan didalam Al-Quran?

Kalau orang Yahudi,Nasrani boleh serupa seperti apa yang diceritakan dalam Al-Quran kenapa tidak kita sama seperti apa yang Allah ceritakan dalam Al-Quran.Bukankah kita ini adalah penerus kepada perjuangan Rasulullah s.a.w. dalam menyebarkan dan menegakkan agama Allah dimuka bumi ini.

Ingatlah,bahawa sesungguhnya diakhirat kelak ada pertanggungjawapan atas kesemua yang dilakukan di dunia.Fikirkanlah juga kebaikan kehidupan akhirat anak-anak dan jangan hanya memikirkan tentang kebaikan kehidupan di dunia yang sementara ini.Boleh mengejar dunia tapi jangan sampai matlamat akhirat berciciran.

Oleh itu,ingatlah bahawa para ibu dan ayah mempunyai tanggungjawab dalam mendidik anak-anak untuk mengenali Allah.Kalau ibu bapa Yahudi berjaya menyahudikan anak-anak mereka kenapa tidak ibu bapa yang beragama Islam untuk membentuk anak-anak menjadi Muslim yang sejati.

Selasa, April 26, 2011

Islam Itu Indah--Jangan Hanya Dibibir

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..



"Islam Itu Indah"

Mungkin ayat diatas seringkali kita dengar ataupun kita sendiri juga pernah menyebutnya.

Benar bukan?

Begitu banyak orang disekeliling kita yang mengatakan bahawa Islam itu indah tak kira siapa dan bagaimana seseorang itu.Kalau kita tanya sesiapa sahaja orang Islam,maka sudah tentu dia akan mengatakan Islam itu indah.

Ya,memang benar apa yang dikatakan.Islam itu Indah.

Tapi yang menjadi persoalannya disini,kita sering kali menyebut bahawa Islam itu Indah,Islam the way of life,namun kita tidak pula menunjukkan keindahan Islam itu tadi.Malah,kita kotori pula keindahan Islam itu dan membuatkan orang-orang bukan Islam memandang Islam sebagai agama yang biasa sahaja.

Kalau kita kata bahawa Islam itu indah,maka kita hendaklah tunjukkan keindahan Islam itu.Kita tunjukkan kesucian Islam kepada masyarakat sekaligus kita juga membawa mesej Islam The Ways Of Life.

Jadi,janganlah kita hanya mampu mengungkapkan melalui kata-kata namun tidak kita amalkan dan tunjukkan melalui perbuatan kita.Bukankah ianya hanya sia-sia.Kita begitu beria-ria mengatakan Islam itu indah tapi kenapa tidak kita tunjukkan keindahan Islam itu.Kita akan marah jika orang menghina agama kita tapi kenapa kita tidak tunjukkan imej Islam yang sebenar kepada masyarakat hari ini.

Al-Quran dan As-Sunnah telah ditinggalkan buat kita sebagai panduan dan pegangan sepanjang hayat.Kehidupan kita telah diaturkan oleh Al-Quran dan Sunnah maka kita perlulah mengikut apa yang telah diaturkan.Ini kerana,keindahan Islam itu hanya melalui apa yang terdapat dalam kandungan Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.,jadi jika kita mengikut apa yang telah ditinggalkan maka barulah kita merasai keindahan yang sering kali dilafazkan dan akan membawa mesej 'Islam itu Indah' dan kita akan membawa mesej sebaliknya jika kita meninggalkan pegangan hidup ini.

Namun,apa yang terjadi hari ini?

Bagaimana generasi penerus perjuangan Rasulullah yang menjadi harapan kepada barisan pejuang agama Allah telah semakin jauh dari agamanya.Bagaimana orang lain hendak melihat keindahan Islam jika umat Islam itu sendiri bermasalah.Keindahan yang dilafkan tadi tidak kita buktikan melalui perbuatan kita.Malah,kebanyakan anak muda hari ini mengikut cara dan budaya daripada orang-orang kafir.Bila hal ini berlaku, maka sama-sekali keindahan Islam itu tidak akan pernah dapat dilihat.

Saya suka akan perkataan yang mengatakan bahawa "Islam tidak memerlukan kita,tapi KITA YANG MEMERLUKAN ISLAM".Begitu besar dan mendalam maknanya.Islam tidak memerlukan kita kerana walaubagaimanapun keadaan Islam itu,baik ianya dihina dan dicaci,Islam itu tetap tinggi kedudukannya dan sesekali tidak akan pernah jatuh martabatnya.Sebaliknya,kitalah yang memerlukan Islam.Ini kerana Islam itu adalah panyelamat kita.Hanya dengan Islam kita akan terselamat dari siksaan neraka Allah selama-lamanya.Hanya dengan Islam,kita menjadi mulia.Ini kerana kehidupan yang indah hanya terdapat dalam Islam.

Seseorang itu mungkin kata Islam itu indah tapi apabila bermain di padang dia tidak pula menunjukkan keindahan Islam itu tadi.Apabila beraksi dipadang dia membuka auratnya,maka perbuatannya telah terpesong dari apa yang dikatakan tadi.

Jadi,marilah kita sama-sama membawa mesej 'Islam Itu Indah' dengan meng'iklan'kan melalui perbuatan kita.Tunjukkan kepada masyarakat hari ini bahawa aturan Islam itu indah dari agama-agama lain.Janganlah kita menjadi orang-orang yang hanya mengungkapkan melalui kata-kata tapi kehidupannya sama seperti budaya orang-orang kafir.

Ahad, April 24, 2011

Adakah aku masih 'buta'

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...



SubhanAllah..SubhanAllah..SubhanAllah...

Ketika laungan azan maghrib berkumandang,suasananya sungguh menenangkan.Hari kekuning-kuningan dan awan tampak begitu indah sekali.Namum,ada sesuatu yang menarik dan sesuatu yang membuatkan diri ini kembali teringat akan kehebatan dan kebesaran Allah s.w.t..Saat kalimah Allah terbentuk dari awan petang yang indah.SubhanAllah..

Ketika itu saya sedang berjalan menuju surau berdekatan,ketika mata sedang terus memerhati keindahan ciptaan-Nya,mata seperti terhenti kepada satu bentuk awan dilangit yang menyerupai kalimah Allah yang mulia.Ketika melihat kalimah Allah tersebut,hati itu terus bertasbih kepada-Nya dan diri ini berasa malu kepada-Nya kerana selama ini jarang sekali saya bersyukur kepada-Nya dan inilah antara tanda yang ingin Dia tunjukkan dihadapan mata saya tentang kehebatan,kebesaran, dan keagungan-Nya.

Firman Allah s.w.t.

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal"

Surah Ali Imran :190

Ketika saya melihat kalimah Allah tersebut,tidak tergerak untuk saya mengambil gambar kerana saya terus saja memerhati sambil kaki terus melangkah ke surau.Jelas sekali Allah menampakkan kehebatan-Nya dihadapan mata.

Mungkin Allah ingin menunjukkan kehebatan-Nya dihadapan saya dengan menunjukkan kalimah Allah kerana mungkin saya yang masih 'buta' dengan tanda-tanda kebesaran-Nya yang sudah ada disekeliling saya.

Firman Allah s.w.t.

Allah mempergantikan malam dan siang.Sungguh pada yang demikian itu,pasti terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai penglihatan"

Surah An-Nur :44

Firman Allah lagi

dan Dia (pula) yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin mengambil pelajaran atau yang ingin bersyukur"

Surah Al-Furqan : 62

Allah berfirman lagi

"Dan bumi yang Kami hamparkan dan Kami pancangkan diatasnya gunung-gunung yang kukuh,dan Kami tumbuhkan di atasnya tanam-tanaman yang indah,untuk menjadi pelajaran dan peringatan bagi setiap hamba yang kembali(tunduk kepada Allah)

Surah Qaf :7-8

Jadi amat jelas bahawa setiap yang ada disekeliling kita adalah tanda-tanda kehebatan dan kebesaran Allah.Setiap bunyi-bunyi burung berkicauan,derusan air terjun,siang dan malam,pasang dan surut air,tumbuh-tumbuhan,binatang-binatang dan banyak lagi semuanya adalah tanda dari Allah akan kebesaran-Nya agar kita selalu ingat kepada-Nya dan bersyukur kepada-Nya.

Namun apa yang terjadi kepada kita ialah kita telah mengingkari Allah.Kita terus saja leka dan terus 'buta' daripada melihat kebesaran-Nya.Firman Allah s.w.t.

"Dan berapa banyak tanda-tanda (kebesaran Allah) di langit dan di bumi yang mereka lalui,namun mereka berpaling darinya"

Surah Yusuf : 105

"... Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur"
Surah Saba' : 13

Jadi,marilah sama-sama kita kembali tunduk bersujud kepada-Nya tanda syukur kita kepada-Nya atas setiap nikmat yang telah kita perolehi dari dalam kandungan hingga kini.

dan merilah sama-sama kita terus bertasbih memuji-Nya dan beristigfar memohon ampunan dari-Nya atas kelalaian kita selama ini.

Firman Allah s.w.t

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka"

Surah Ali-Imran : 190-191

Adakah Aku Masih Buta..?

Doaku.

Ya Allah,ampunilah atas kelalaian hamba-Mu ini selama ini.Telah banyak nikmat-Mu yang telah aku nikmati dan dalam masa yang sama telah banyak aku ingkari akan suruhan-Mu.Ampunilah aku Ya Allah.Jadikanlah hatiku hati yang selalu mengingati-Mu dan jadikanlah jiwaku jiwa yang selalu terpaut pada-Mu.

Ameen.

Jumaat, April 22, 2011

Jangan Pandang Sebelah Mata

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

"Kalau sesuatu perkara itu berkaitan dengan Islam maka ianya adalah satu perkara besar"

Kata-kata ustaz saya itu membuatkan saya kembali terfikir tentang diri saya ini dan umat Islam hari ini.Saya agak pelik dengan umat Islam hari ini yang memandang remeh sesuatu perkara yang berkaitan dengan ajaran Islam.

Betul bukan?

Kalau kita perhatikan dunia hari ini,orang ramai begitu sibuk mengambil berat tentang kekayaan,kemewahan,pangkat.Tidak lupa juga ramai sekali orang yang begitu mengambil berat tentang artis-artis pujaan mereka sehingga terbuai oleh keseronokkan dunia.

Sedarlah Wahai Umat Islam!

Disini,saya pertama sekali ingin mengingatkan diri saya sendiri yang seringkali leka dengan dunia ini dan saya juga ingin mengingatkan semua bahawa ditanah seberang sana masih banyak saudara Islam kita yang masih lagi tersiksa,dizalimi,dicabuli oleh para Kafir Laknatullah dan ada juga dari kalangan para atasan yang menjadi boneka-boneka kepada Amerika dan Israel.

Bukan sekadar saudara seIslam kita yang dizalim saja yang patut kita fokuskan,tapi banyak lagi perkara dimuka bumi sekarang ini yang telah mencabul kehormatan agama Islam.Kehormatan Islam satu hari lalu hanya tinggal sejarah dan kenangan.Namun,walau apa pun yang terjadi kepada agama Islam,baik Islam terhina ianya tidak akan pernah menurunkan atau merendahkan martabat Islam kerana Islam itu akan selama-lamanya tinggi dan mulia.Namun,manusia-manusia yang leka dan menolak ajaran Islamlah yang semakin lama semakin rendah martabatnya dan semakin hina.


Sekalipun seseorang itu mendapat pujian dari jutaan manusia dimuka bumi ini kerana kehebatan,kecantikan,kekayaannya kalau tidak bergerak bersama dan dalam ajaran Islam maka seseorang itu tetap hina kedudukannya disisi Allah.Sekalipun seorang Sultan yang hidupnya dalam Istana yang dikawal rapi dan mewah,jika hati mereka tidak terikat dan cinta kepada Allah maka mereka tetap juga hina disisi Allah.

Jadi,sedarkanlah diri kita ini.Begitu banyak tarikan-tarikan disekeliling diri kita yang cuba menumbangkan kita.Empayar Islam satu masa dulu begitu digeruni oleh pihak musuh,namun kini Islam itu telah 'diinjak-injak' oleh orang kafir.

Ketahuilah bahawa Islam pada hari ini semakin lama semakin terhakis dari hati ummah Islam.Kesucian Islam dinodai oleh orang kafir malah turut dinodai oleh pemerintah dan umat Islam itu sendiri.

Ingatlah,hanya Islam agama yang diredhai dan diterima di sisi Allah.Jadi,kemuliaan itu hanya dalam Islam.Bila hukum Allah diketepikan maka itu sudah menodai hukum Allah.Bila yang ditetapkan haram oleh Allah telah dihalalkan maka itu telah mendatangkan murka Allah.

Perhatikanlah dunia kini,disana umat Islam di Palestin terus saja dibedil dan dibunuh oleh tentera Zionist.Masjidil Aqsa terus saja 'memanggil' dan mengharap bantuan tentera Islam seperti dahulu.Masjidil Aqsa terus saja bertahan daripada roboh dek kerakusan zionist laknatullah.Dimana kita wahai umat Islam saat si anak kecil menjerit memohon pertolongan.?Dimana kita wahai umat Islam saat seorang Isteri menjerit meminta pertolongan dari saudara seakidah mereka.?Dimana kita wahai umat Islam tika tanah Palestin memohon bantuan tentera kaum Muslimin untuk membebaskan tanahnya daripada terus dikotori dengan kaki-kaki kafir laknatullah.

Perhatikan juga disana,saat aturan Islam menjadi bahan kritikan dunia.Ini tidak boleh itu tidak boleh.Dimana kebebasan yang selama ini yang dilaungkan oleh Barat dan Eropah.!
Perhatikan juga bagaimana pemerintah-pemerintah Islam hari ini yang masih lagi menepikan hukum Allah dan terus saja mengangungkan hukum manusia.Islam terus saja diketepikan dan disisihkan.

Perhatikan disini,pemerintahnya terus menerus melaungkan memperjuangkan Islam namun masih buta dan pendek akal kerana masih mengaungkan hukum manusia.Dimana dan aspek mana Islam yang dilaungkan!?.

Wahai Umat Islam,Islam tidak memerlukan kita tapi kitalah yang memerlukan Islam.Tanpa Islam kita adalah makhluk yang paling hina dan akan dimasukkan ditempat yang paling hina.Ingatlah,hari terus berlalu menghampiri kiamat.Bila saatnya tiba semuanya bakal musnah.Hanya yang bersama Islam akan bangkit dalam keadaan yang baik di padang Mahsyar untuk mendapatkan keputusan SPM (Sijil Padang Mahsyar) atas semua yang telah kita lakukan di dunia lalu untuk menentukan adakah kita lulus untuk memasuki syurga Allah atau kita kecundang ke neraka Allah.

Sesungguhnya ayat-ayat Allah telah berulang-ulang kali mengingatkan kita bahawa dunia ini hanya sementara dan penuh tipu daya.Namun kenapa kita masih lagi berebut-rebut mendapatkannya sementara matlamat akhirat entah kemana.

Firman Allah s.wt.

"Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau.Sedangkan negeri akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa.Tidakkah kamu mengerti?"


Sekian..

Rabu, April 20, 2011

Siapa Ikon Kita?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Ketika melihat kembali siaran ulangan Halaqah Sentuhan Qalbu malam tadi yang bertajuk IKON,saya kali ini tertarik hendak menulis tentang siapa yang sepatutnya generasi muda hari ini jadkan ikon dalam kehidupan mereka.

Bila ditanya di sekolah-sekolah tentang siapa ikon kita,maka sudah tentu akan keluarlah nama-nama seperti Dato' Siti Nurhaliza,Tun Mahathir,Christiano Ronaldo,Lionel Messi,Lady Gaga,dan banyak lagi ikon-ikon pilihan anak muda hari ini yang majoritinya terdiri daripada para panyanyi terkenal,para pelakon,para atlet dan lebih menakutkan bila ikon-ikon yang mereka pilih adalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah.

Bila terjadi hal seperti ini,bilamana artis-artis dan pelakon terkenal dijulang tinggi dan dijadikan ikon anak muda hari ini,maka dimana sudah letakknya seorang insan mulia yang sangat mencintai kita dalam jiwa dan sanubari kita.Dimana kedudukan Nabi Muhammad s.a.w. dalam hidup kita.Adakah pernah terdetik dijiwa kita hendak jadikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai idola atau ikon untuk kehidupan kita?


Siapa Ikon kita?

Marilah kita tanya dalam diri kita siapakah ikon kita selama ini?
Adakah pemain bola yang handal bermain di padang atau penyanyi yang handal dalam mengalunkan suara di pentas atau junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. yang mana insan ini adalah kekasih Allah dan terdapat pada dirinya akhlak yang begitu sempurna.

Jika kita lihat hari ini,'tsunami' telah melanda jiwa anak-anak gadis pada hari ini bilamana wabak penyanyi Korea sudah mula digilai ramai.Sebut saja Wonder Girls,Kim Bum dan banyak lagi pasti mereka seperti 'kerasukkan' kerana begitu fanatik terhadap ikon mereka.

Dapat kita bezakan bagaimana generasi hari ini memilih ikon kehidupan mereka.Jika kita buat konsert artis-artis luar negara seperti Justin Bieber,Wonder Girls,Adam Lambert dan banyak lagi pasti kaunter-kaunter membeli tiket akan sesak dengan pengunjung yang ramai sehingga ada yang sanggup membeli tiket yang bernilai ratusan ringgit semata-mata ingin bertemu dan melihat ikon mereka.

Tapi,cuba kalau kita lihat ceramah-ceramah tentang sirah Rasulullah,maka akan dapat kita lihat hanya beberapa orang sahaja yang hadir.Padahal kebanyakkan ceramah adalah percuma.Ini jelas menunjukkan betapa generasi hari ini kurang rasa kasih dan sayang kepada baginda s.a.w. dan bagaimana generasi hari ini lebih memilih pelakon,artis dan atlet sukan sebagai ikon mereka.

Bila seseorang itu menjadikan penyanyi atau pelakon sebagai ikon mereka,maka sudah tentu mereka sanggup melakukan apa sahaja demi ikon mereka itu.Mereka sanggup keluar duit ratusan malah ribuan ringgit semata-mata untuk mengikut style ikon mereka.Jika begini pakaian mereka,maka sibuklah kita mencari style pakaian yang sama.Bukankah ini sangat merbahaya kepada generasi muda hari ini.

Sabda Rasulullah s.a.w.

Barangsiapa meniru sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian dari mereka


Hadia Nabi telah menerangkan kepada kita bahawa sesiapa yang meniru sesuatu kaum maka kita akan termasuk dari kaum tersebut.Malangnya,kebanyakkan anak muda pada hari ini menjadikan orang-orang kafir sebagai ikon mereka.Padahal ikon-ikon mereka yang terdiri daripada orang-orang kafir itu sudah tentu masuk nerakan Allah s.w.t..Kenapa masih lagi anak muda hari ini menjadikan golongan itu sebagai ikon mereka?.

Tetapkan Ikon Kita

Firman Allah s.w.t.

"Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia"
(Surah Al-Qalam : 4)

Sabda Rasulullah s.a.w.

Sesungguhnya aku diutus hanyalah untuk menyempurnakan akhlak manusia.


Jadi,insan mulia Nabi Muhammad s.a.w. adalah yang sebaik-baiknya dijadikan sebagai ikon anak muda pada hari ini.Bagaimana akhlak baginda s.a.w. yang mulia malah baginda s.a.w. merupakan kekasih Allah.

Ingatlah,jika Nabi Muhammad s.a.w. belum dihati kita maka ingatlah kembali bagaimana kasih dan cintanya baginda s.a.w. kepada kita sebagai umatnya.Bagaimana ketika akhir hayatnya,baginda s.a.w. masih lagi menyebut tentang kita umatnya.Malah baginda juga begitu rindu kepada kita sebagai umatnya.

Adakah ikon kita sekarang ini mempunyai ciri-ciri seperti Rasulullah.Adakah ikon anda itu tinggi sayangnya kepada anda?.Adakah ikon kita hari ini sangat cintakan kita sebagaimana cintanya Nabi s.a.w. kepada umatnya.?

Jadi,marilah kita sama-sama kembali kepada Allah dan Rasul-Nya.Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan bukan sekadar untuk menyampaikan Islam,malah Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan untuk kita jadikan baginda s.a.w. sebagai ikon kehidupan kita.Ikon kepada seorang pemerintah,ikon kepada seorang ayah,ikon kepada seorang suami,ikon kepada seorang teman dan banyak lagi.

Tiada kekurangan pada diri Rasulullah sehingga kita menolak baginda s.a.w sebagai ikon hidup kita.

Selasa, April 19, 2011

We Teach We Learn

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..



“We Teach We Learn”

Kata-kata salah seorang ustazah disekolah saya masih lagi dalam kotak fikiran saya untuk terus dingati dan dipraktikkan.

Makna ayat tersebut ialah Kita mengajar Kita Belajar.Maknanya sewaktu kita mengajar sesuatu kepada orang lain,maka kita juga belajar apa yang kita ajarkan.

Bukannya kita hanya mengajar orang lain tapi kita sendiri tidak mempraktikkan apa yang diajarkan.

Ustazah itu mengingatkan saya dan kumpulan usrah kami sewaktu selesai mengadakan usrah mingguan bersama adik-adik ditingkatan 1 dan 2.Kami diingatkan supaya bukan sahaja mengajar dan memberikan kefahaman Islam kepada adik-adik junior tapi juga perlu memperbetulkan diri dan belajar dari apa yang diajar.

Bagi diri saya sendiri,saya mempunyai blog ini sebagai medan untuk saya menyampaikan tentang agama,namun kadang-kadang saya terfikir adakah saya benar-benar mengerti dan mengambil semua yang saya sampaikan di blog saya ini.


Sebagai umat Islam,kita mestilah menyampaikan atau memberi peringatan antara satu sama lain supaya selalu mengingati Allah dan bertaqwa kepada-Nya.Firman Allah s.w.t.

“Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,menyuruh (berbuat) yang maaruf,dan mencegah dari yang mungkar. Dan merekalah orang-orang yang beruntung”


(Surah Ali-Imran :104)


Dalam masa kita menyampaikan itu,kita perlulah juga faham dan mengambil iktibar dari apa yang kita ajarkan.Sebagai contoh,kita mengajar orang lain supaya menutup aurat,namun dalam masa yang sama kita sendiri tidak menutup aurat kita,bagaimana orang lain boleh menerima apa yang kita ajar jika ‘model’ mereka itu sendiri tidak menunjukkan akhlak yang baik.Sudah tentunya matlamat kita itu tidak akan tercapai.

Seperti kumpulan usrah kami,kami diberikan amanah untuk menjalankan usrah dan tarbiyyah kepada adik-adik sesi petang disekolah kami.Diberikan kepercayaan oleh ustazah untuk menyampaikan dan menerapkan Islam dalam diri adik-adik tingkatan satu dan dua.Jadi,akhlak kami adalah yang utama perlu dititikberatkan. Bagaimana akhlak kami didalam sekolah dan apabila diluar sekolah.Sudah tentunya kami telah menjadi public figure bagi adik-adik kami.

Jika adik-adik kami melihat akhlak kami diluar tidak sama seperti apa yang disekolah sudah tentunya kami akan dipersoalkan oleh mereka dan sudah tentunya adik-adik tadi susah untuk berubah dan mungkin ada yang tidak akan berubah kerana mereka melihat bagaimana kami yang menyampaikan tadi pun sama seperti mereka dan tiada ciri-ciri seorang muslim yang baik.

Memang bukan mudah dalam berdakwah,setiap tingkah laku kita akan dijadikan pandangan umum.Jika ada kesilapan sedikit sahaja maka sudah tentu akan dijadikan isu.Dalam hal ini,tidak semua manusia itu sempurna kecuali Rasulullah s.a.w.,jadi tidak hairanlah jika ada berlaku kesilapan.Namun,ini bukanlah bermakna kita boleh lakukan kesalaha tanpa ada cubaaan untuk mengubah diri kepada yang lebih baik.

Jadi,konsep we teach we learn itu sangat baik dalam menjadi manusia yang bertaqwa dan melahirkan generasi yang bertaqwa.Bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. sendiri menyampaikan kepada umat manusia tentang risalah-risalah Allah dan dalam masa yang sama akhlak baginda adalah akhlak yang paling baik dan perlu dicontohi.

Kita mengajar manusia lain dan dalam masa yang sama kita belajar dan cuba mengubah diri kita sendiri kearah yang lebih baik dari sebelumnya.Bukannya kita mengajar orang lain tapi kita sendiri tidak mengambil apa yang kita ajar.Maka matlamat kita tadi iaitu menyampaikan Islam tidak akan tercapai.

Saya pernah berjumpa dengan seorang yang pergi rumah ke rumah menyampaikan Islam tapi dalam masa yang sama dirinya culas tentang kebersihan.Kebersihan adalah sebahagian daripada Islam.Saya terfikir bagaimana orang bukan Islam hendak tertarik dengan Islam jika orang yang menyampikannya itu dalam keadaan yang tidak terurus dengan janggutnya,rambutnya dan pakaiannya yang berbau.Dia sibuk menyampaikan itu ini tapi dalam masa yang sama perkara ringan dan mudah iaitu kebersihan tidak diambil berat.

Jadi,sebagai umat Muhammad s.a.w. kita hendaklah mempunyai akhlak yang baik dalam berdakwah.Kita hendaklah mempunyai akhlak yang baik sebelum kita menyampaikan sesuatu.Namun ini bukanlah bermaksud kita hanya boleh berdakwah bila kita benar-benar baik,tidak,tapi kita hendak belajar juga dan cuba untuk mengubah diri dari semasa ke semasa.InsyaAllah.

Sabtu, April 16, 2011

Dimana Kebijaksanaanmu??

Assalamualaikum..





Sewaktu berada disekolah semalam,seorang guru telah menceritakan tentang kehebatan seorang tokoh tanah air yang cukup terkenal di negara ini malah terkenal diserata dunia.

Sebut saja nama beliau pasti akan dikenali.Mungkin kepimpinannya satu masa lalu meninggalkan kesan kepada tanah air ini.

Guru itu bercerita bahawa tokoh tersebut memiliki kebijasanaan yang tinggi serta beliau banyak membangunkan negara.Malah, tokoh tersebut juga dihormati oleh pemimpin-pemimpin dari negara lain.Jika di negara Arab,nama tokoh tersebut pun sangat popular.

Lalu,sewaktu guru tersebut bertanya,adakah kamu semua bangga dengan beliau?.Semua pelajar mengangguk kecuali seorang.Saya.

Ya,memang saya kagum dengan kebijasanaan tokoh ini namun saya tidak pernah bangga mempunyai tokoh seperti ini.


Benarkan Tokoh ini Bijak?

Kalau benar tokoh ini bijak kenapa dia tidak mampu memahami Ayat Allah tentang kewajipan melaksanakan Islam secara sempurna?

Antara soalan yang ingin saya sampaikan kepada guru yang berada dihadapan ketika itu.

Ya,ramai yang kata dia mempunyai kebijaksanaan yang tinggi.Beliau banyak menjalankan projek-projek mega dalam negara.Kehebatannya diakui oleh dunia apabila berdiri dihadapan dalam satu-satu majlis besar yang dihadiri pemimpin-pemimpin dunia yang lain.

Waw,hebat sungguh tokoh ini.Namun kenapa beberapa baris ayat Allah agak sukar untuk dia fahami !

Ayat pertama Surah An-Nur yang bermaksud

“(Inilah)suatu surah yang Kami turunkan dan Kami WAJIBKAN (menjalankan hukum-hukumnya),dan Kami turunkan didalamnya tanda-tanda (kebesaran Allah) yang jelas,agar kamu ingat”

Surah An-Nur yang bererti cahaya adalah antara surah yang mana terdapat dalamnya beberapa hukum dan aturan Allah serta tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t..

Persoalannya.Dimana kebijaksanaan tokoh itu dalam memahami baris-baris ayat Allah dalam Al-Quran.
Sebagai contoh,Firman Allah s.w.t.:

“Penzina perempuan dan penzina laki-laki,deralah masing-masing dari keduanya seratus kali,dan janganlah rasa belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama (hukum) Allah,jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian.Dan hendaklah (perlaksanaan) hukuman mereka disaksiakan oleh sebahagian orang-orang yang beriman”

(Surah An-Nur : 2)

Bukankah diawal ayatnya Allah telah berkata bahawa “Kami Wajibkan” dalam melaksanakan hukum Allah. Kebijaksanaan tokoh itu tidak sehebat mana kerana dirinya masih lagi tidak mengerti akan ayat Allah ini.

Dalam ayat tersebut,kita telah diingatkan tentang hukuman yang setimpal untuk orang yang berzina.Adakah sewaktu tokoh itu memerintah,dia menjalankan apa yang telah Allah wajibkan.Tidak.

Hukum ciptaan manusialah yang tokoh ini guna dan agung-agungkan semasa pemerintahannya.Kebijaksanaan dia juga tidak mampu memahami ayat Allah yang lainnya.
Firman Allah s.w.t.

“Wahai orang-orang yang beriman!Diwajibkan atas kamu (melaksanakan) Qishash berkenaan dengan orang yang dibunuh…………….”

(Surah Al-Baqarah :178)

Banyak lagi ayat-ayat Allah yang mana kebijasanaan tokoh itu tidak digunakan untuknya memahami ayat Allah ini.Allah mengurniakan kepadanya akal fikiran yang cerdas,namun dia tidak gunakan kebijaksanaan dirinya untuk melaksanakan apa yang Allah suruh.

Jadi,tokoh ini memang bijak dalam menjulang tinggi hukum jahiliyyah namun tidak dalam hukum Allah.Kebijaksanaan dirinya tidak mampu melepaskan dirinya daripada diperbodohkan dan diperalatkan oleh ‘agen-agen pemusnah’

Penutup:Kebijaksanaan adalah untuk lebih mengenali Allah

Semua orang inginkan kebijaksanaan.Setiap manusia,baik dirinya berada dikelas yang paling bawah,maka sudah tentu terdetik dalam hatinya ingin menjadi bijak seperti orang yang berada dikelas yang atas.

Namun,amat rugi sekali jika seseorang yang dianugerahkan kebijaksanaan oleh Allah masih tidak lagi belum kenal siapa Tuhannya yang sebenar dan belum melaksanakan apa yang Allah suruh.

Kini,banyak para saintis yang mula memeluk agama Islam apabila mereka menemui kehebatan Al-Quran dalam kajian mereka.Inilah orang yang bijak.Apabila menemui kebesaran Allah maka hati segera menghambakan diri kepada-Nya dan bukannya terus ego dan sombong dari sujud dan patuh kepada-Nya.

Lihatlah sejarah,bagaimana kehebatan para sahabat Rasulullah s.a.w..Mungkin dalam kotak fikiran mereka belum terfikir tentang penciptaan kereta berjenama Proton,Lotus dan sebagainya ,namun mereka mampu mentafsirkan ayat-ayat Allah dengan sebaiknya berbanding dengan manusia hari ini yang mempunyai fikiran mampu mencipta sebuah kapal terbang,mencipta enjen kereta,membina menara yang tinggi namun tidak mampu mentafsirkan ayat Allah dengan sebaiknya.


~Dari Jari Seorang Hamba~