Halaman

Selasa, April 26, 2011

Islam Itu Indah--Jangan Hanya Dibibir

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..



"Islam Itu Indah"

Mungkin ayat diatas seringkali kita dengar ataupun kita sendiri juga pernah menyebutnya.

Benar bukan?

Begitu banyak orang disekeliling kita yang mengatakan bahawa Islam itu indah tak kira siapa dan bagaimana seseorang itu.Kalau kita tanya sesiapa sahaja orang Islam,maka sudah tentu dia akan mengatakan Islam itu indah.

Ya,memang benar apa yang dikatakan.Islam itu Indah.

Tapi yang menjadi persoalannya disini,kita sering kali menyebut bahawa Islam itu Indah,Islam the way of life,namun kita tidak pula menunjukkan keindahan Islam itu tadi.Malah,kita kotori pula keindahan Islam itu dan membuatkan orang-orang bukan Islam memandang Islam sebagai agama yang biasa sahaja.

Kalau kita kata bahawa Islam itu indah,maka kita hendaklah tunjukkan keindahan Islam itu.Kita tunjukkan kesucian Islam kepada masyarakat sekaligus kita juga membawa mesej Islam The Ways Of Life.

Jadi,janganlah kita hanya mampu mengungkapkan melalui kata-kata namun tidak kita amalkan dan tunjukkan melalui perbuatan kita.Bukankah ianya hanya sia-sia.Kita begitu beria-ria mengatakan Islam itu indah tapi kenapa tidak kita tunjukkan keindahan Islam itu.Kita akan marah jika orang menghina agama kita tapi kenapa kita tidak tunjukkan imej Islam yang sebenar kepada masyarakat hari ini.

Al-Quran dan As-Sunnah telah ditinggalkan buat kita sebagai panduan dan pegangan sepanjang hayat.Kehidupan kita telah diaturkan oleh Al-Quran dan Sunnah maka kita perlulah mengikut apa yang telah diaturkan.Ini kerana,keindahan Islam itu hanya melalui apa yang terdapat dalam kandungan Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.,jadi jika kita mengikut apa yang telah ditinggalkan maka barulah kita merasai keindahan yang sering kali dilafazkan dan akan membawa mesej 'Islam itu Indah' dan kita akan membawa mesej sebaliknya jika kita meninggalkan pegangan hidup ini.

Namun,apa yang terjadi hari ini?

Bagaimana generasi penerus perjuangan Rasulullah yang menjadi harapan kepada barisan pejuang agama Allah telah semakin jauh dari agamanya.Bagaimana orang lain hendak melihat keindahan Islam jika umat Islam itu sendiri bermasalah.Keindahan yang dilafkan tadi tidak kita buktikan melalui perbuatan kita.Malah,kebanyakan anak muda hari ini mengikut cara dan budaya daripada orang-orang kafir.Bila hal ini berlaku, maka sama-sekali keindahan Islam itu tidak akan pernah dapat dilihat.

Saya suka akan perkataan yang mengatakan bahawa "Islam tidak memerlukan kita,tapi KITA YANG MEMERLUKAN ISLAM".Begitu besar dan mendalam maknanya.Islam tidak memerlukan kita kerana walaubagaimanapun keadaan Islam itu,baik ianya dihina dan dicaci,Islam itu tetap tinggi kedudukannya dan sesekali tidak akan pernah jatuh martabatnya.Sebaliknya,kitalah yang memerlukan Islam.Ini kerana Islam itu adalah panyelamat kita.Hanya dengan Islam kita akan terselamat dari siksaan neraka Allah selama-lamanya.Hanya dengan Islam,kita menjadi mulia.Ini kerana kehidupan yang indah hanya terdapat dalam Islam.

Seseorang itu mungkin kata Islam itu indah tapi apabila bermain di padang dia tidak pula menunjukkan keindahan Islam itu tadi.Apabila beraksi dipadang dia membuka auratnya,maka perbuatannya telah terpesong dari apa yang dikatakan tadi.

Jadi,marilah kita sama-sama membawa mesej 'Islam Itu Indah' dengan meng'iklan'kan melalui perbuatan kita.Tunjukkan kepada masyarakat hari ini bahawa aturan Islam itu indah dari agama-agama lain.Janganlah kita menjadi orang-orang yang hanya mengungkapkan melalui kata-kata tapi kehidupannya sama seperti budaya orang-orang kafir.

Tiada ulasan: