Halaman

Jumaat, April 22, 2011

Jangan Pandang Sebelah Mata

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

"Kalau sesuatu perkara itu berkaitan dengan Islam maka ianya adalah satu perkara besar"

Kata-kata ustaz saya itu membuatkan saya kembali terfikir tentang diri saya ini dan umat Islam hari ini.Saya agak pelik dengan umat Islam hari ini yang memandang remeh sesuatu perkara yang berkaitan dengan ajaran Islam.

Betul bukan?

Kalau kita perhatikan dunia hari ini,orang ramai begitu sibuk mengambil berat tentang kekayaan,kemewahan,pangkat.Tidak lupa juga ramai sekali orang yang begitu mengambil berat tentang artis-artis pujaan mereka sehingga terbuai oleh keseronokkan dunia.

Sedarlah Wahai Umat Islam!

Disini,saya pertama sekali ingin mengingatkan diri saya sendiri yang seringkali leka dengan dunia ini dan saya juga ingin mengingatkan semua bahawa ditanah seberang sana masih banyak saudara Islam kita yang masih lagi tersiksa,dizalimi,dicabuli oleh para Kafir Laknatullah dan ada juga dari kalangan para atasan yang menjadi boneka-boneka kepada Amerika dan Israel.

Bukan sekadar saudara seIslam kita yang dizalim saja yang patut kita fokuskan,tapi banyak lagi perkara dimuka bumi sekarang ini yang telah mencabul kehormatan agama Islam.Kehormatan Islam satu hari lalu hanya tinggal sejarah dan kenangan.Namun,walau apa pun yang terjadi kepada agama Islam,baik Islam terhina ianya tidak akan pernah menurunkan atau merendahkan martabat Islam kerana Islam itu akan selama-lamanya tinggi dan mulia.Namun,manusia-manusia yang leka dan menolak ajaran Islamlah yang semakin lama semakin rendah martabatnya dan semakin hina.


Sekalipun seseorang itu mendapat pujian dari jutaan manusia dimuka bumi ini kerana kehebatan,kecantikan,kekayaannya kalau tidak bergerak bersama dan dalam ajaran Islam maka seseorang itu tetap hina kedudukannya disisi Allah.Sekalipun seorang Sultan yang hidupnya dalam Istana yang dikawal rapi dan mewah,jika hati mereka tidak terikat dan cinta kepada Allah maka mereka tetap juga hina disisi Allah.

Jadi,sedarkanlah diri kita ini.Begitu banyak tarikan-tarikan disekeliling diri kita yang cuba menumbangkan kita.Empayar Islam satu masa dulu begitu digeruni oleh pihak musuh,namun kini Islam itu telah 'diinjak-injak' oleh orang kafir.

Ketahuilah bahawa Islam pada hari ini semakin lama semakin terhakis dari hati ummah Islam.Kesucian Islam dinodai oleh orang kafir malah turut dinodai oleh pemerintah dan umat Islam itu sendiri.

Ingatlah,hanya Islam agama yang diredhai dan diterima di sisi Allah.Jadi,kemuliaan itu hanya dalam Islam.Bila hukum Allah diketepikan maka itu sudah menodai hukum Allah.Bila yang ditetapkan haram oleh Allah telah dihalalkan maka itu telah mendatangkan murka Allah.

Perhatikanlah dunia kini,disana umat Islam di Palestin terus saja dibedil dan dibunuh oleh tentera Zionist.Masjidil Aqsa terus saja 'memanggil' dan mengharap bantuan tentera Islam seperti dahulu.Masjidil Aqsa terus saja bertahan daripada roboh dek kerakusan zionist laknatullah.Dimana kita wahai umat Islam saat si anak kecil menjerit memohon pertolongan.?Dimana kita wahai umat Islam saat seorang Isteri menjerit meminta pertolongan dari saudara seakidah mereka.?Dimana kita wahai umat Islam tika tanah Palestin memohon bantuan tentera kaum Muslimin untuk membebaskan tanahnya daripada terus dikotori dengan kaki-kaki kafir laknatullah.

Perhatikan juga disana,saat aturan Islam menjadi bahan kritikan dunia.Ini tidak boleh itu tidak boleh.Dimana kebebasan yang selama ini yang dilaungkan oleh Barat dan Eropah.!
Perhatikan juga bagaimana pemerintah-pemerintah Islam hari ini yang masih lagi menepikan hukum Allah dan terus saja mengangungkan hukum manusia.Islam terus saja diketepikan dan disisihkan.

Perhatikan disini,pemerintahnya terus menerus melaungkan memperjuangkan Islam namun masih buta dan pendek akal kerana masih mengaungkan hukum manusia.Dimana dan aspek mana Islam yang dilaungkan!?.

Wahai Umat Islam,Islam tidak memerlukan kita tapi kitalah yang memerlukan Islam.Tanpa Islam kita adalah makhluk yang paling hina dan akan dimasukkan ditempat yang paling hina.Ingatlah,hari terus berlalu menghampiri kiamat.Bila saatnya tiba semuanya bakal musnah.Hanya yang bersama Islam akan bangkit dalam keadaan yang baik di padang Mahsyar untuk mendapatkan keputusan SPM (Sijil Padang Mahsyar) atas semua yang telah kita lakukan di dunia lalu untuk menentukan adakah kita lulus untuk memasuki syurga Allah atau kita kecundang ke neraka Allah.

Sesungguhnya ayat-ayat Allah telah berulang-ulang kali mengingatkan kita bahawa dunia ini hanya sementara dan penuh tipu daya.Namun kenapa kita masih lagi berebut-rebut mendapatkannya sementara matlamat akhirat entah kemana.

Firman Allah s.wt.

"Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau.Sedangkan negeri akhirat itu sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa.Tidakkah kamu mengerti?"


Sekian..

Tiada ulasan: