Halaman

Sabtu, April 30, 2011

Kenapa Orang Islam Mahu Bebaskan Palestin?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



"Kenapa orang Islam mahu bebaskan Palestin?

Satu persoalan dari teman saya yang beragama Kristian sewaktu didalam kelas.Mungkin dia sering melihat bagaimana umat Islam hari ini begitu beria-ria hendak membebaskan tanah Palestin daripada terus dijajah oleh Yahudi Zionist.Bagaimana badan-badan kerajaan dan badan bukan kerajaan seluruh dunia bersatu untuk membantu panduduk Palestin yang terus dizalimi oleh Zionist Laknatullah.

Jawapan bagi persoalan itu adalah kerana di dalam tanah Palestin itu terdapatnya sebuah tempat suci umat Islam yang ketiga iaitu Masjidil Aqsa yang dimuliakan dan diberkati oleh Allah.
Firman Allah s.w.t.

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui"
Surah Al-Israa : 1

Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Kaabah di Makkah.Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pernah solat menghadap ke Masjdil Aqsa di Palestin.

Selain itu,Palestin juga tempat berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj.Ini sebagaimana firman Allah dalan surah Al-Israa diatas.Bagaimana perjalanan Nabi s.a.w. di waktu malam dari Makkah menuju ke Masjdil Aqsa di Palestin menggunakan Buraq.Seterusnya,dari Palestin Nabi Muhammad s.a.w. telah naik ke langit bertemu dengan Allah untuk menerima kewajipan menunaikan solat.

Selain itu,Tanah Palestin juga adalah tanah para Nabi utusan Allah yang menyeru untuk mentauhidkan Allah.Nabi Luth,Daud,Sulaiman dan banyak lagi pernah tinggal di Paletin malah pernah lahir di tanah Palestin.Hingga ada juga antara para Nabi yang dikebumikan di tanah Palestin.

Tanah Palestin yang diberkati Allah ini terpalit beribu sejarah Islam dan sejarah Dunia.Tanah ini terus menjadi rebutan bagi tiga agama besar iaitu Yahudi,Kristian dan Islam.Bagaimana tanah ini pernah menjadi tanah umat Islam dan jatuh ke tangan Kristian dan kini menjadi tanah jajahan bagi Kristian dan Yahudi.

Sesungguhnya,tanah Palestin itu bakal menjadi hak umat Islam.Palestin akan bebas dari tangan kotor puak zionist.Sesungguhnya janji Allah itu benar dan kemenangan itu dekat cuma ianya perlukan kekuaatan ummah hari ini untuk bergerak dalam satu rombongan jihad Fisabilillah dan ianya memerlukan kembali persaudaraan Islam yang semakin luntur dalam jiwa umat Islam hari ini.InsyaAllah,masa depan gemilang bersama Islam.

Tiada ulasan: