Halaman

Rabu, April 20, 2011

Siapa Ikon Kita?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Ketika melihat kembali siaran ulangan Halaqah Sentuhan Qalbu malam tadi yang bertajuk IKON,saya kali ini tertarik hendak menulis tentang siapa yang sepatutnya generasi muda hari ini jadkan ikon dalam kehidupan mereka.

Bila ditanya di sekolah-sekolah tentang siapa ikon kita,maka sudah tentu akan keluarlah nama-nama seperti Dato' Siti Nurhaliza,Tun Mahathir,Christiano Ronaldo,Lionel Messi,Lady Gaga,dan banyak lagi ikon-ikon pilihan anak muda hari ini yang majoritinya terdiri daripada para panyanyi terkenal,para pelakon,para atlet dan lebih menakutkan bila ikon-ikon yang mereka pilih adalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah.

Bila terjadi hal seperti ini,bilamana artis-artis dan pelakon terkenal dijulang tinggi dan dijadikan ikon anak muda hari ini,maka dimana sudah letakknya seorang insan mulia yang sangat mencintai kita dalam jiwa dan sanubari kita.Dimana kedudukan Nabi Muhammad s.a.w. dalam hidup kita.Adakah pernah terdetik dijiwa kita hendak jadikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai idola atau ikon untuk kehidupan kita?


Siapa Ikon kita?

Marilah kita tanya dalam diri kita siapakah ikon kita selama ini?
Adakah pemain bola yang handal bermain di padang atau penyanyi yang handal dalam mengalunkan suara di pentas atau junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. yang mana insan ini adalah kekasih Allah dan terdapat pada dirinya akhlak yang begitu sempurna.

Jika kita lihat hari ini,'tsunami' telah melanda jiwa anak-anak gadis pada hari ini bilamana wabak penyanyi Korea sudah mula digilai ramai.Sebut saja Wonder Girls,Kim Bum dan banyak lagi pasti mereka seperti 'kerasukkan' kerana begitu fanatik terhadap ikon mereka.

Dapat kita bezakan bagaimana generasi hari ini memilih ikon kehidupan mereka.Jika kita buat konsert artis-artis luar negara seperti Justin Bieber,Wonder Girls,Adam Lambert dan banyak lagi pasti kaunter-kaunter membeli tiket akan sesak dengan pengunjung yang ramai sehingga ada yang sanggup membeli tiket yang bernilai ratusan ringgit semata-mata ingin bertemu dan melihat ikon mereka.

Tapi,cuba kalau kita lihat ceramah-ceramah tentang sirah Rasulullah,maka akan dapat kita lihat hanya beberapa orang sahaja yang hadir.Padahal kebanyakkan ceramah adalah percuma.Ini jelas menunjukkan betapa generasi hari ini kurang rasa kasih dan sayang kepada baginda s.a.w. dan bagaimana generasi hari ini lebih memilih pelakon,artis dan atlet sukan sebagai ikon mereka.

Bila seseorang itu menjadikan penyanyi atau pelakon sebagai ikon mereka,maka sudah tentu mereka sanggup melakukan apa sahaja demi ikon mereka itu.Mereka sanggup keluar duit ratusan malah ribuan ringgit semata-mata untuk mengikut style ikon mereka.Jika begini pakaian mereka,maka sibuklah kita mencari style pakaian yang sama.Bukankah ini sangat merbahaya kepada generasi muda hari ini.

Sabda Rasulullah s.a.w.

Barangsiapa meniru sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian dari mereka


Hadia Nabi telah menerangkan kepada kita bahawa sesiapa yang meniru sesuatu kaum maka kita akan termasuk dari kaum tersebut.Malangnya,kebanyakkan anak muda pada hari ini menjadikan orang-orang kafir sebagai ikon mereka.Padahal ikon-ikon mereka yang terdiri daripada orang-orang kafir itu sudah tentu masuk nerakan Allah s.w.t..Kenapa masih lagi anak muda hari ini menjadikan golongan itu sebagai ikon mereka?.

Tetapkan Ikon Kita

Firman Allah s.w.t.

"Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia"
(Surah Al-Qalam : 4)

Sabda Rasulullah s.a.w.

Sesungguhnya aku diutus hanyalah untuk menyempurnakan akhlak manusia.


Jadi,insan mulia Nabi Muhammad s.a.w. adalah yang sebaik-baiknya dijadikan sebagai ikon anak muda pada hari ini.Bagaimana akhlak baginda s.a.w. yang mulia malah baginda s.a.w. merupakan kekasih Allah.

Ingatlah,jika Nabi Muhammad s.a.w. belum dihati kita maka ingatlah kembali bagaimana kasih dan cintanya baginda s.a.w. kepada kita sebagai umatnya.Bagaimana ketika akhir hayatnya,baginda s.a.w. masih lagi menyebut tentang kita umatnya.Malah baginda juga begitu rindu kepada kita sebagai umatnya.

Adakah ikon kita sekarang ini mempunyai ciri-ciri seperti Rasulullah.Adakah ikon anda itu tinggi sayangnya kepada anda?.Adakah ikon kita hari ini sangat cintakan kita sebagaimana cintanya Nabi s.a.w. kepada umatnya.?

Jadi,marilah kita sama-sama kembali kepada Allah dan Rasul-Nya.Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan bukan sekadar untuk menyampaikan Islam,malah Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan untuk kita jadikan baginda s.a.w. sebagai ikon kehidupan kita.Ikon kepada seorang pemerintah,ikon kepada seorang ayah,ikon kepada seorang suami,ikon kepada seorang teman dan banyak lagi.

Tiada kekurangan pada diri Rasulullah sehingga kita menolak baginda s.a.w sebagai ikon hidup kita.

Tiada ulasan: