Halaman

Selasa, Mei 31, 2011

PARIS 2011

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~

Akidah Mantap,Ukhuwah Terjalin
Alhamdulillah

Terlebih dahulu,ucapan syukur kepada Allah s.w.t. yang dengan rahmat dan kebesaran-Nya, Program Pengembaraan Anak Remaja Islam (PARIS) selamat dan jayanya dilaksanakan pada 31 Mei 2011 dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Namanya PARIS,hakikatnya hanya di Pantai Tanjung Lobang,Miri.

Sabtu, Mei 28, 2011

Bercintalah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~



I Love You...

Antara kata-kata 'wajib' bagi insan yang sedang enak berkasih sayang.Bukan setakat ini,malah banyak lagi kata-kata dan ayat-ayat cinta yang kadang-kadang seperti berpuisi dan berpantun.Hebatnya anak remaja hari ini.

Kalau kita lihat hari ini,anak-anak remaja nampak begitu berlumba-lumba hendak bercinta.Kalau tidak punya teman wanita mungkin dilabel sebagai bukan seorang lelaki,mungkin juga dilabel sebagai seorang gay..Huhh...

Perasaan kasih sayang itu memang anugerah Allah yang paling besar.Tapi,hari ini ramai yang tersalah dalam menyampaikan kasih sayang ini sehingga begitu mudah bagi mereka 'menjaja' maruah dan kasih sayang mereka.

Evolusi teknologi masa kini,menjadikan anak muda semakin mudah untuk melafazkan kata-kata cinta mereka tanpa ada lagi rasa malu dalam diri.Entah dimana sudah rasa malu anak muda hari ini.Kalau kita lihat dalam Facebook.begitu ramai yang mengiklankan dosa mereka.

Laman sosial Facebook hari ini boleh menjadi medan dakwah dan boleh juga menjadi medan dosa.Seperti screeshot diatas,bagaimana ada individu-individu yang sibuk mengharapkan 'restu' orang ramai terhadap status mereka.Saat bertukar status kepada in a relationship ,semuanya mengharapkan orang ramai 'LIKE' status mereka.Mengharap orang ramai untuk memuji perhubungan haram mereka sebelum kahwin.

Setiap jiwa manusia ingin mencintai dan ingin dicintai.Ia merupakan satu keinginan semula jadi dalam diri manusia.Namun,alangkah indahnya jika perasaan yang dikurniakan itu kita letakkan pada tempat yang sepatutnya.Kita pusatkan rasa cinta itu kepada yang benar-benar berhak menerimanya yakni Allah s.w.t..

Tidak salah untuk kita mencintai perempuan atau lelaki lain,tapi biarlah perasaan cinta itu terbatas dengan syariat yang telah Allah tetapkan dan biarlah kita 'luahkan' cinta itu setelah perkahwinan.Alangkah indahnya cinta selepas kahwin.Tidak berdosa,malah mendatangkan pahala.

Kita dapat lihat hari ini,begitu banyak anak muda yang kononya cinta mati dengan pasangannya,duduk berdua-duaan di taman,berpegangan tangan,terangkat sana terangkat sini.Inikah cinta yang mereka kenal..?Oh,sayangnya mereka ini.Itukah cinta yang sebenarnya.?

Kalau seseorang itu benar-benar mencintai pasangannya,maka hendaklah dia mengawasi pasangannya daripada siksaan api neraka Allah diakhirat kelak.Sesiapa sahaja pasangan yang mengabaikan keselamatan pasangannya di akhirat kelak,maka pasangannya itu bukanlah mencintainya dengan sebenar-benar cinta,kerana cinta itu hanyalah cinta palsu yang dipermainkan oleh nafsu dan syaitan.

Banyak sudah yang tertipu dengan 'cinta' seperti itu.Maka,banyak jugalah 'bukti-bukti' cinta mereka yang akhirnya terbuang di dalam sungai,di tong sampah,diluar masjid dan berbagai lagi tempat yang tidak sepatutnya mereka letakkan 'bukti cinta' mereka tadi.

Inikah cinta yang selama ini sibuk dilaungkan.Inikah cinta yang selama ini dibanggakan.?.Inikah cinta yang selama ini diiklankan..?.Inikah cinta yang dikatakan cinta sebenarnya.?

Oh,banyak sudah yang menikmati cinta ini.Banyak sudah yang menanggambil cinta ini.dan banyak juga yang telah tertipu dengan cinta ini.Tertipu dengan tipu daya syaitan.

Jadi,alangkah indahnya jika perasaan cinta dan kasih sayang yang Allah anugerahkan itu kita letakkan pada kedudukan yang sepatutnya.Islam tidak melarang bercinta,tapi biarlah cinta itu bersih dari segala perbuatan maksiat.Biarlah cinta itu bermatlamatkan untuk bersama-sama memasuki syurga-Nya.Bercinta sehingga syurga dan mengharap redha-Nya.

Ingatlah,kalau benar pasangan itu cinta kepada kita,sudah tentu dia tidak akan membiarkan pasanganya terhumban ke neraka Allah yang siksaannya amat pedih sekali.Tapi,kalau benar pasangan itu cinta kepada kita,maka sudah tentu dia akan memastikan hubungan itu akan terus hingga syurga dan bersama-sama ke syurga.

Bersahabatlah Kerana Dia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~

Sahabat
Bagaikan mutiara di dasar lautan
perlu diselami dan dicari untuk mendapatkannya
Sahabat

Mungkin saya banyak menyentuh tentang persahabatan dari blog lama saya.Kenapa?Kerana saya suka bersahabat.Bersahabat kerana Allah.

Saya sering membaca blog-blog yang berkisarkan persahabatan,novel-novel persahabatan,cerita berkenaan persahabatan.Mungkin dulu saya tidak tahu atau tidak endah dengan yang dinamakan sebagai sahabata.Tapi sejak saya mengikuti satu kem,saya telah dajar bagaimana ukhuwah ini penting dan dari situlah saya terus belajar mencari sahabat.

Kita semua mungkin punya banyak teman,tapi saya berana mengatakan bahawa ada diantara kita yang masih belum punya sahabat.Ini kerana,sahabat bukanlah sama seperti kawan-kawan biasa.Sahabat adalah satu anugerah Allah yang bernilai.

Dalam menjalinkan persahabatan ini,kita perlulah membina asas persahabatan ini semata-mata kerana Allah. Bergerak bersama dalam mencari keredhaa Allah.Membina tali persahabatan atas dasar akidah yang sama.Mengikat janji untuk sama mendaulatkan syariat-Nya.Inilah dia sebuah persahabatan yang indah. Bersahabat kerana Allah.Apabila sebuah persahabatan itu terjalin kerana Allah,maka akan lahirlah perasaan kasih sayang dalam diri terhadap sahabat.

Persahabatan yang dibina kerana Allah ada kelainannya dengan persahabatan yang dibina atas sebab-sebab yang tertentu.Ini kerana,persahabatan kerana Allah ini merupakan satu persahabatan yang dirahmati oleh-Nya,persahabatan seperti inilah yang dituntut oleh Allah dan Rasul-Nya.

Banyak hadis yang menceritakan kelebihan persahabatan yang dibina semata-mata kerana Allah.Antaranya ialah:

Daripada Abu Hurairah r.a.,Nabi s.a.w. bersabda:Tujuh golongan,Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya ialah...............................................dua insan yang berkasih sayang kerana Allah,mereka bertemu dan berpisah kerana Allah..........."

 Satu lagi Hadis yang menceritakan bagaimana Allah menyeru manusia di akhirat kelak


"manakah orang yang berkasih sayang kerana kemuliaan-Ku?Kerana hari ini Aku akan naungi mereka dengan naungan-Ku" 
SubhanAllah,beruntunglah bagi orang-orang yang mendapat naungan-Nya kelak.Semoga kita termasuk antara golongan tersebut.InsyaAllah.

Persahabatan kerana Allahlah yang perlu kita bina.Kerana persahabatan seperti ini sahajalah yang mendapat 'pengiktirafan' daripada Allah s.w.t..Andai persahabatan kita selama ini terbina atas dasar selain dasar kerana Allah,maka mulai sekarang,marilah kita ubah dan palingkan dasar persahabatan kita kepada persahabatan kerana Allah.Berkasih sayanglah kerana Allah.Bersama-samalah untuk mengapai redha-Nya.

Pada saya,saya punya banyak kawan.Tapi saya hanya mempunyai sedikit sekali sahabat.Disini ada lagi satu yang saya tetapkan dalam diri saya.Dimana,saya akan menggangap mereka adalah sahabat saya,sekalipun saya bukanlah sahabat pada diri mereka.Saya sendiri tidak meminta mereka mengangap saya sahabat bagi mereka,kerana saya tidak layak menjadi sahabat,kerana seorang sahabat adalah yang akan memimpin sahabatnya kepada syurga Allah..Saya bersahabat bukan mengharapkan mereka membalas kasih,tapi saya cuba membina persahabatan ini untuk mengapai redha-Nya Ilahi.

Pada saya,sahabat adalah insan yang bakal membimbing kita ke syurga-Nya.Menyedarkan diri ini ketika lalai,mengingatkan diri ini saat diri ini alpa.Sebab itu saya katakan saya tidak layak menjadi sahabat,biarlah saya menganggap mereka adalah sahabat saya.Kerana saya yakin,mereka mampu mengingatkan saya kepada Allah saat saya alpa dan mereka mampu membimbing saya ke arah keradhaan-Nya.

Saya sering melihat bagaimana orang sekeliling saya bersahabat.Indah sungguh persahabatan mereka.Saya dapat lihat terpancar wajah bahagia dan bagaimana mereka merasai manisnya ukhuwah ini.

Jadi,marilah kita bina persahabatan kita kerana Allah.Sama-sama mencari redha-Nya Ilahi.Semoga Allah redha atas segalanya.

Tetapkan matlamat persahabatan itu untuk sama-sama ke syurga-Nya...

Cuti...!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~

Cuti Lagi....
Manfaatkan waktu cuti dengan sebaiknya.....
Yey..Cuti kembali lagi...

Cuti,memang di nantikan oleh setiap orang,baik pelajar,guru,doktor dan sesiapa sahaja sudah tentunya sangat menantikan waktu cuti.

Kenapa?.Kerana waktu cuti inilah kita dapat berehat,jalan-jalan bersama keluarga,melancong dan banyak lagi.Namun,alangkah baiknya jika kita cuba manfaatkan waktu cuti kita dengan sebaik-baiknya.

Saya bukanlah seorang yang bijak dalam mengurus masa cuti,namun saya cuba untuk menjadikan waktu cuti ini adalah waktu saya untuk berehat sambil waktu untuk saya melaksanakan aktiviti-aktiviti dan menyiapkan tugasan sekolah.

Kami cuti 2 minggu,cuti penggal 1.Seronoknya..!..Haha.Peperiksaan dah selesai,keputusan pun dah dapat..

Cuba kita manfaatkan waktu cuti kita ini dengan sering untuk hadir solat berjemaah di Masjid dan surau.Benda lain yang boleh kita buat adalah dengan membantu ibu bapa di rumah.Pergi melancong bersama keluarga ka.

Cuti ini,jangan sesekali di salah guna untuk keluar bersama-sama teman hingga lupa batasan agama.Jangan jadikan waktu cuti ini,waktu untuk semuanya bercuti.Buku pun kadang-kadang bercuti sekali.2 minggu la buku-buku terperap dalam beg...Haha..

Jadi,ini juga ingatan buat diri saya sendiri yang kadang-kadang tidak pandai mengurus masa untuk mengisi waktu cuti ini.

Jangan kita jadikan setiap masa ini sia-sia,kerna satu hari nanti kita akan di persoalakan setiap detik yang telah kita lakukan.

Coretan ringkas dari saya buat sesiapa sahaja yang bercuti..Kalau yang tidak bercuti tu,buat kerja bagus-bagus.Semoga Allah merahmati...Hehe..

Ucapan Selamat Hari Gawai kepada semua orang Iban..Gayu Guru Gerai Nyamai...Anang minum tuak,minum ribena...:D



Jumaat, Mei 27, 2011

Destinasiku Seterusnya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~

Destinasi Kita Seterusnya
Sudah Bersediakah Kita??

Firman Allah s.w.t

“Dan setiap umat mempunyai ajal(batas waktu).Apabila ajalnya tiba,mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaatpun”
  Surah Al-A'raf : 34
“Di manapun kamu berada,kematian akan mendapatkan kamu,sekalipun kamu berada di dalam bentang yang tinggi dan kukuh…….”
Surah An-Niisa : 78

Kematian

Satu kemestian bagi setiap makhluk di muka bumi Allah ini.Kematian adalah janji-Nya yang tidak akan kita mampu untuk lari dari-Nya.

Jadi,persoalanya disini,bersediakah kita untuk menerima jemputan-Nya?

Jawapannya tidak perlu kita beri tahu kepada orang ramai,tapi soal hati dan jawab dari hati kita.Fikir-fikirkan adakah kita sudah benar-benar bersedia untuk menghadapi apa yang dikatakan sebagai sebuah kematian?

Hakikatnya,ramai orang yang takut dengan kematian.Kenapa?Hmm,ada yang akan menjawab mereka belum bersedia.Ada yang akan jawab amal ibadah belum sempurna lagi.

Kenapa kita boleh mengatakan kita belum bersedia untuk mati?.Bukankah Allah sudah terang-terang menyebut dalam Al-Quran bahawa kematian itu pasti dan kematian itu tidak boleh dipercepatkan walau sesaat dan dilambatkan walau sesaat.

Bagaimana kita boleh kata yang kita belum bersedia menghadapi kematian padahal kita tidak tahu pun tarikh kematian kita?.Andai esok adalah kematian kita,maka bagaimana keadaan kita apabila menghadap Allah.?

Jadi,disini kita perlu bersedia menghadapi kematian.Bersedia menerima jemputan Ilahi untuk menuju ke destinasi seterusnya.Destinasi yang dinilai mengikut apa yang telah kita laksanakan di dunia lalu.

Jadi,kalau nak di kata belum bersedia tidak juga,nak di kata dah bersedia tidak juga,tapi kita perlulah bersedia menyiapkan bekalan kita untuk menerima jemputan Allah pada bila-bila masa.Sebagai contoh,anda akan di panggil kerja oleh bos anda,namun anda tidak tahu bila anda akan pergi,maka sudah tentu anda bersedia sudah bukan dan hanya menanti penggilan seterusnya dari bos anda.

Benar bukan.Bos tadi telah memberi tahu kepada anda bahawa anda akan di panggil kerja,namun tidak di beri tahu bila masa.Itu sama seperti Allah telah memberi kita peringatan di dalam Al-Quran tentang kematian,namun Allah masih tidak memberi tahu bila kita akan menemui-Nya.Dan bila-bila masa sahaja dengan izin-Nya,Dia akan menjemput kita untuk bertemu-Nya.Maka,dengan bekalan yang telah kita siapakan tadi,insyaAllah kehidupan kita disana akan di permudhkan oleh Ilahi.

Jadi,istilah takut mati dengan mengatakan belum bersedia harus kita padam dalam jiwa kita.Namun,kita perlulah bersedia menghadapi kematian kerana kita telah diingatkan tentang kematian dan ingatlah bahawa kematian itu datang tanpa kita ketahui.

Andai kita mati saat ini,apa kedudukan kita di sisi-Nya?,semoga dengan kasih-Nya,kita berada di tempat orang yang mendapat rahmat-Nya disana......

Selasa, Mei 24, 2011

Solat 5 Waktu Ka?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~


Alhamdulillah,masih lagi diberikan kekuatan oleh Allah untuk mampu menulis sesuatu untuk menjadi bacaan pengunjung blog ini,semoga Allah meredhai semuanya.InsyaAllah.

Kadang-kadang,saya ditanya dengan satu soalan yang saya tidak tahu hendak menjawabnya.Bukanlah satu soalan yang sukar atau pelik tapi......erm..saya sendiri pun tidak tahu nak jelaskan bagaimana.

Sebelum itu,post saya hari ini bukanlah saya hendak riak atau takabbur,tapi hanya ingin berkongsi dan mana tahu ada pandangan daripada penbaca sekalian tentang soalan yang selau membuatkan saya sukar menjawabnya.

Saya telah ditanya dengan soalan "Din,kau solat 5 waktu tak?".

Mungkin bagi anda itu satu soalan yang mudah.Ya,memang mudah,tapi bagi saya,saya sangat sukar hendak menjawab jika seseorang itu menyoal soalan seperti itu.Sukar bukan tidak solat,tapi sukar kerana takut ada rasa riak dan takabbur dalam diri ini dengan jawapan yang diberikkan.

Sekali lagi,tulisan ini bukanlah saya hendak riak dan takabbur.Semoga Allah pelihara diri kita dari penyakit hati tersebut.

Kembali kepada point kita tadi,bagaimana kesukaran saya hendak menjawab soalan itu.Petang tadi,sewaktu tengah membuat tugasan kerja kursus di sekolah,tiba-tiba teman saya menyoal soalan tersebut.Saya jadi macam menerima satu soalan maut.Haha..Saya agak tidak suka dan kurang selesa bila ditanya soalan seperti itu.Kadang-kadang saya terus saja tunduk,memikirkan cara nak mengelak menjawab soalan itu.

Kenapa saya sukar menjawab soalan seperti itu adalah kerana,yang paling saya takuti ialah akan timbul rasa riak,sombong dan takabbur dalam hati saya.Rasulullah telah memberi peringatan keras tentang hal ini dalam hadisnya yang bermaksud

"Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah”

Ya Allah,semoga Allah memelihara hati kita dari ada rasa sombong.Sebesar zarah itu lebih kecil daripada batu-batuan,malah zarah-zarah ini hanya mampu dilihat menggunakan alat-alat tertentu kerana betapa halusnya zarah ini.Oleh itu,saya merasa 'takut' dan kurang selesa dengan soalan seperti itu.Kadang-kadang,jika ditanya soalan seperti itu,saya hanya mampu menjawab dengan senyuman dan jawapan dalam suara yang sangat kecil.

Mungkin ada daripada anda merasa pelik dengan tulisan saya hari ini,tapi inilah hakikatnya.Sukar untuk menjawab soalan seperti itu.Saya mungkin lebih bising bila menjawab soalan (walaupun tidak tahu jawapan) subjek-subjek di sekolah,tapi saya agak sukar berkata apabila di soal dengan soalan seperti tersebut.

Ini kerana takut dengan penyakit hati yang boleh datang secara tiba-tiba.Nau'zubillah.

Humm,rasanya cukup dulu perkongsian ringkas saya pada hari ini.Sekali lagi,tujuan saya bukanlah hendak riak dan takabbur,tapi saya mengingatkan diri saya terutamanya,agar selalu mengawasi hati kita daripada genguan dan godaan syaitan yang tidak kenal henti hendak menyesatkan kita dan membawa kepada kemungkaran Allah.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :

"Sesungguhnya,dalam diri manusia itu ada seketul daging.Jika baik daging tersebut,maka baiklah seluruhnya,jika busuk daging tersebut,maka busuklah segalanya.Ketahulilah,bahawa daging itu adalah HATI "


Astagfirullah'alazim...

Ahad, Mei 22, 2011

Kenapa Sukar Menerima Teguran?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh
~Salam UkhuwahFillah~

"Alah,sendiri belum betul ada hati nak tegur orang"
"Kau siapa nak tegur aku,kau tu baik sangat ke?"
"Eh,kalau kau nak ceramah baik kau pergi masjid.Jangan nak ceramah kat sini la"

Humm,itulah antara kata-kata yang selalu kita dengar dari mulut orang apabila mereka dinasihati atau apabila mereka ditegur.Harap ia bukan keluar dari mulut kita.

Saya tertarik hendak menulis tentang ini kerana saya tertarik dengan 'kes' di laman sosial Facebook.

Status adik junior di tingkatan 2. (Bahasa Sarawak,faham2kan lah ye).. :D



Andah tahu,apabila kita menyampaikan kebenaran sudah tentu kita dicaci.Muhd Akmal ini tidak lepas dari cacian dan penghinaan hanya kerana statusnya itu yang menyatakan kebenaran.


Macam mana,faham-fahamkanlah bahasa Sarawak.Haha.

Itulah dia,komen daripada temannya.Seorang wanita Islam.Inilah dia hakikat setiap pengorbanan.Rasulullah sendiri tidak lepas dari penghinaan dan cacian.Inikan kita umatnya.

Kenapa agakanya ya kita ini agak sukar menerima teguran dan nasihat.Kenapa dan mengapa.?

Saya sendiri kurang pasti kenapa dan mengapa hal ini boleh berlaku dalam diri manusia.Kalau kita lihat,orang yang seperti ini yang mana tidak suka ditegur dan dinasihati akhirnya menemui kegagalan dan kecelakaan. Kalau kita lihat daripada kisah-kisah para Nabi dahulu,bagaimana mereka diutuskan kepada kaum yang ingkar untuk menyapaikan peringatan,namun ditolak dan akhirnya mereka(kaum tersebut) dibinasakan oleh Allah dengan dahsyat sekali.

Ini bagi saya sudah cukup untuk kita ambil pengajaran.Isi Al-Quran itu bukan semata-mata untuk kita baca,namun isinya adalah untuk kita ambil pengajaran daripada kisah-kisah yang diceritakan,isinya untuk kita laksanakan suruhan-Nya.Bukan semata-mata untuk dibaca.

Dalam masa yang sama,penyebab yang membuatkan seseorang itu sukar menerima teguran dan nasihat adalah disebabkan perasaan ego dalam diri.Inilah merupakan salah satu faktor utama.

Sikap ego yang tinggi dalam diri membuatkan seseorang itu tidak mahu ditegur dan dinasihat.Mereka ini merasakan diri mereka telah baik,maka tidak perlu teguran.Inilah masalahnya.Sikap ego yang agak sukar untuk ditundukkan ini membuatkan kita semakin jauh dari Allah.

Dalam masa yang sama,selalu orang akan mengatakan bahawa 'jadi baik dulu baru tegur orang'.Bagi saya ini merupakan konsep yang salah sama sekali.Kenapa?.Kerana kalau hendak tunggu semua orang jadi baik baru boleh tegur,banyaklah yang menghadap Allah dalam keadaan jahil.Benar bukan?

Tidak perlu jadi yang terbaik dan sempurna kalau hendak menegur seseorang.Ini kerana,tiada yang akan jadi sempurna dan sebaiknya melainkan Rasulullah s.a.w..

Saya rasa cukup dulu untuk hari ini,sedikit perkongsian ringkas berkenaan teguran.Kenapa sukar sekali menerima teguran.

Jadi,saya mengingatkan diri saya dan mengajak kita sama-sama,untuk selalu muhasabah diri kita dan terimalah teguran seseorang itu dengan hati yang terbuka.Selagi mana teguran itu membawa kebaikan dan membawa kita kepada Allah,maka ambillah dan hargailah orang yang menegur.

Selasa, Mei 17, 2011

Kenal Benarkah Aku Siapa Allah?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~



Hari ini,kalau kita tanya setiap orang Islam di dunia ini adakah mereka percaya Allah,maka sudah tentu mereka mengatakan YA.Sudah tentu bukan.Saya juga akan memberikan jawapan yang sama.

Tapi ada satu yang ingin saya kongsikan di sini hari ini,ialah tentang siapa Allah.Adakah kita benar-benar sudah mengenali Allah.?

"Pertama sekali,kita mesti kenal Allah"
Kata-kata dari salah seorang guru kepada saya sewaktu di dalam kelas.Kata-katanya itu terus membuatkan hati saya tertanya-tanya adakah saya sudah benar-benar mengenali Allah?Adakah saya sudah mengenali Allah ini dengan sebenar-benarnya?

Jadi,disini saya mendapat satu perkara 'asas' untuk kehidupan ini.Mengenali Allah. Tidak cukup untuk kita mengatakan kita percaya kepada Allah dan tidak cukup untuk kita mengenali Allah hanya dengan mengatakan bahawa Allah adalah Tuhan seluruh Alam.Tidak!

Hakikatnya,dari peristiwa semalam,saya telah melabelkan diri saya sebagai seorang yang masih belum benar kenal siapa Allah.

Dari itu,saya begitu ingin untuk benar-benar mengenali-Nya.Kerana,saya bersolat kerana-Nya,saya berpuasa kerana-Nya,jadi bagaimana untuk saya benar-benar meluruskan niat saya untuk-Nya kalau saya belum benar-benar kenal siapa itu Allah.

Bagaimana untuk saya mengenali-Nya adalah dengan memahami sifat-sifat-Nya,nama-nama-Nya,dan banyak lagi.Ya Allah,jahilnya aku.Semoga Allah mengampuni diri ini.

Kalau kita lihat dalam rukun Iman,yang pertama sekali adalah Beriman Kepada Allah.dan kalau kita lihat dalam rukun Islam,yang pertama sekali adalah mengucap dua kalimah syahadah.Nah,bukankah kedua-dua rukun itu,yang pertamanya adalah berkaitan dengan Allah.Berkaitan dengan kepercayaan kita kepada Allah.Jadi,kalau Allah pun saya masih tidak benar-benar kenal,bagaimana untuk saya benar-benar dapat melaksanakan suruhan-Nya yang lain..

Ya Allah,berkali-kali saya beristigfar kepada Allah apabila memikirkan tentang hal ini.Cikgu itu benar-benar membuatkan saya 'tidak duduk senang'.Mungkin sebelum ini saya gemar untuk mempelajari ilmu-ilmu yang dilihat sudah 'jauh'.Padahal,saya perlu belajar untuk benar-benar mengenali siapa itu Allah.

"Cikgu,cikgu ada tak buku-buku macam tu?"Soal saya kembali kepada cikgu itu.Tapi, hanya senyuman dari cikgu itu.Saya agak pelik,tapi disini saya dapat satu lagi perkara yang mengajar saya.Iaitu,untuk saya benar-benar mengenali Allah,saya perlu berusaha dan jangan pernah ingin merasa senang.Ini kerana,pengorbanan amat diperlukan dalam mengenali Tuhan.

Kita lafaz Allahuakbar dalam solat,kita faham maksudnya sebagai Allah Maha Besar.Tapi adakah saya ini mengerti makna sebenarnya itu.Bagaimana Maha Besarnya Allah.Apa yang membuatkan-Nya sebagai Maha Besar.?

Semoga Allah mengampuni hamba-Nya yang lemah lagi hina ini atas kelemahan diri ini.
Dan semoga Allah membantu diri ini untuk diri ini dapat mengenali-Nya dengan sebenar-benarnya.

Isnin, Mei 16, 2011

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~



Selamat Hari Guru Cikgu...

Antara ucapan-ucapan yang saya dengari pada hari ini.Malah,saya juga mengucapkannya hari ini.Selamat Hari Guru cikgu..:)

Tanggal 16 May setiap tahun,kita pasti menyambut sambutan hari guru sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru yang selama ini mendidik dan mencurahkan ilmu mereka kepada kita.

Jadi,saya ucapkan sekali lagi...~Selamat Hari Guru~...

Guru,tidak perlu diperkenalkan lagi siapa mereka.Mungkin ramai orang menganggap guru hanyalah orang yang mengajar di sekolah.Melalui pandagan peribadi,saya menganggap guru adalah sesiapa sahaja yang pernah memberikan ilmu kepada saya.Baik ilmu yang dikongsikan sedikit atau pun banyak.

Seperti tahun lalu,saya mengucapkan ucapan selamat hari guru kepada seorang bakal doktor.Baginya agak pelik,tapi dialah antara insan yang memberikan perkongsian ilmu kepada saya melalui alam maya ini.

Banyak lagi sebenarnya 'guru' yang selama ini berkongsi ilmu mereka.Tidak lokek dengan ilmu yang mereka ada malah mereka juga mendidik anak-anak muridnya dengan baik sekali dan kasih sayang.

Guru,adalah insan yang diperlukan dalam dunia ini.Tanpa guru,siapalah kita.Guru begitu banyak memberikan ilmu kepada kita.

Guru,kadangkala kita begitu culas dalam mentaati perintah mereka.Disuruh membuat kerja sekolah kita tidak siapkan,disuruh membuat latihan kita berborak dan banyak lagi perkara-perkara yang dilihat tidak sepatutnya seorang pelajar lakukan di dalam kelas.

Erm,memandangkan mata saya sudah terasa bertambah bebannya,cukup setakat ini dahulu untuk hari ini.Walaupun ringkas,tapi saya rasa sudah cukup.Kerana hakikatnya, kebaikan guru ini tidak akan kita mampu bayar,oleh itu selalulah kita doakan untuk guru-guru kita.

Sekali lagi,selamat Hari Guru buat semua guru yang pernah mengajar saya dari Tadika An'Naim Lutong,SK Tudan dan kini SMK Merbau dan sesiapa sahaja yang pernah mengajar atau memberikan kepada saya ilmu-ilmu yang berguna buat diri ini.Semoga Allah merahmati kalian semua.

Sabtu, Mei 14, 2011

Umat Islam + Kesatuan = Kekuatan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~



"Umat Islam ni sebenarnya kuat"

Itulah antara kata-kata yang saya rasakan banyak umat Islam hari ini tidak tahu atau lupa.Maaf kalau apa yang saya katakan tidak benar,tapi melalui pandangan saya,saya berani mengatakan bahawa ramai umat Islam hari ini tidak tahu bahawa umat Islam ini hakikatnya kuat.Hari ini,ramai umat Islam merasa takut dengan kekuatan Amerika dan Israel.Umat Islam hari ini merasa bahawa kita tidak akan pernah dapat menandingi kehebatan Amerika dengan kelengkapan senjata dan pesawat tentera yang begitu canggih.

Kalau itu yang terdapat dalam fikiran kita,iaitu mengatakan umat Islam adalah lemah dan tidak mampu menandingi Amerika dan Israel,maka marilah kita membuka kotak fikiran kita dan marilah kita kembali membuka lembaran sejarah keunggulan umat Islam.

Saya juga akan mengatakan umat Islam ini memang lemah KALAU kita tidak bersatu.Kalau dilihat umat Islam masa kini,semuanya berpecah belah.Kesatuan umat Islam kini tidak lagi wujud sebagaimana zaman pemerintahan Khalifah.Perpecahan umat Islam inilah antara faktor utama kenapa umat Islam itu lemah.

Umat Islam boleh menjadi kuat hanya apabila berlaku kembali kesatuan antara keseluruhan umat Islam dari seluruh pelosok dunia.

Kalau kita perhatikan sejarah,kita dapat lihat bagaimana kerajaan Islam zaman Rasulullah dan diteruskan dengan zaman kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin hingga Khalifah terakhir iaitu Kerajaan Uthmaniyyah.Bagaimana ketika itu seluruh negeri umat Islam bersatu di bawah satu bumbung Khilafah.Kekuatan umat Islam saat itu berjaya merentasi benua dan melebarkan empayarnya hingga meliputi Eropah,Afrika dan Asia.Lebih mudah ialah kerajaan Islam satu saat dulu pernah meliputi 2 per 3 dunia.
Hebat bukan.!

Kalau ketika itu,umat Islam semuanya bersatu bersama gagasan Khalifah telah berjaya mempunyai empayar seluas itu,bagaimana kehebatan tentera Khilafah yang semuanya berani berjuang demi mempertahankan agama Allah.Maka,kalau hari ini kita mempunyai kekuatan seperti ini,maka tidak hairan kalau negara haram Israel itu boleh kita hapuskan dengan segera.Tidak hairan kalau Amerika dan sekutunya berasa gerun terhadap kaum muslim dan tidak hairan kalau kita mampu mengalahkan musuh-musuh Allah sekalipun kita tidak punyai senjata sehebat mereka.

Hakikatnya,kita masih lagi berpecah.Dengan kebijaksanaan pihak kuffar telah berjaya memecahbelahkan umat Islam masa dahulu.Bagaimana runtuhnya empayar Islam terakhir iaitu Khilafah Uthmaniyyah.Lalu,bermula saat itu negeri Islam yang mulanya hanya satu mula berpecah-pecah menjadi lebih 50 lebih negara Islam.Perpecahan.

Bukan sekadar itu,puak kuffar terus menjajah umat Islam melalui fikiran dan jiwa kita.Semangat nasionalisme ditanam dalam jiwa kita agar tidak akan berlaku kembali penyatuan sebagaimana dahulu.Lihat,bagaimana gerunya pihak musuh terhadap Islam apabila Islam itu bersatu.

Jadi,hakikatnya kita kuat bila bersatu.Kita lemah tanpa bersatu.

Tanpa kesatuan umat Islam hari ini,kita pasti lemah dan kita mudah sekali diperbodohkan oleh musuh-musuh kita.Kita akan mudah dipergunakan oleh musuh-musuh Allah.Hasil kekayaan negeri kaum muslimin akan mudah diambil oleh 'anjing-anjing' ini.Tanpa kesatuan,daging umat Islam akan terus dilapah oleh 'binatang-binatang buas' dari Amerika dan sekutunya.

Lihatlah,bagaimana kesatuan umat Islam sudah tiada,Palestin terus saja dinodai.Kesucian tanahnya dicemari oleh manusia terlaknat di muka bumi ini.Tanpa kesatuan,lihatlah bagaimana keadaan ummah hari ini.Kemiskinan dan kelaparan.Tanpa kesatuan umat Islam juga,Islam terus dipermainkan.Allah dikutuk,Rasulullah dihina.
Semuanya dilakukan oleh tangan-tangan musuh Allah tanpa sedikit pun rasa bersalah dalam diri mereka.Bukankah sepatutnya umat Islam menghantar bala tenteranya untuk mempertahankan negeri umat Islam yang dijajah.Bukankah sepatutnya telah ada bala tentera yang bergerak memelihara agama-Nya dari terus dihina.

Dimana semua itu?..Apa yang ada sekarang?

Pemimpin Islam bukan main mengutuk perbuatan seperti itu,namun tidak ada yang berani menghantar tentera mereka membantu.Pemimpin hari ini mengutuk perbuatan Israel membunuh umat Islam di Palestin,tapi apa yang ada?

Hanya ucapan dibibir.Tertawa musuh-musuh Allah disana melihat 'kebodohan' pemimpin umat Islam hari ini.Tertawa mereka melihat keadaan umat Islam yang tidak dapat berbuat apa-apa.

Marilah.

Marilah kita berusaha untuk mengembalikan kembali kehidupan di bawah naugan daulah Khilafah.Kembali menjadi satu.Kita punya Tuhan yang satu,kita punya kiblat yang satu,kita punya Al-Quran yang satu,kita punya Rasulullah yang satu,alangkah indahnya jika kita punyai negara yang satu dan kuat.

Mari kita kendurkan kembali senyuman musuh-musuh Allah kerana gerunnya mereka kepada umat Islam.Mari kita hilangkan tawa mereka kepada kita, apabila melihat pasukan tentera kaum muslimin datang memerangi mereka.Mari kita hilangkan keseronokkan mereka merampas harta umat Islam dengan merampas kembali dari tangan-tangan mereka.

Semoga Allah mengembalikan kehidupan di bawah naungan Khilafah Islam.Semoga Allah kembalikan kesatuan umat Islam.Semoga Allah satukan kembali hati-hati kaum muslimin untuk bersatu.

Andai saat saya hidup ini saya tidak dapat merasai kehidupan di bawah naungan Khilafah,saya berharap dan memohon kepada-Nya agar generasi masa hadapan satu hari nanti dapat menikmati kehidupan didalam Daulah Islam.

Jawatanku Hamba Allah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~



Dalam dunia hari ini,ramai orang yang mengejar jawatan.Namun,hakikatnya ramai juga yang telepas pandang tentang jawatan kita yang sebenarnya iaitu jawatan sebagai Hamba Allah.

Ya,itulah jawatan tetap kita.Hamba Allah.

seorang yang dilahirkan di muka bumi ini semata-mata untuk beribadah dan mengabdikan diri kepada Rabbul Alamin

Mari Menjadi Hamba Allah

Ya,

Kerana apa,kerana hanya dengan menjadi hamba Allah sahaja kita bakal terselamat dari siksanya azab neraka Allah.Janganlah kita menjadi hamba kepada dunia,hamba kepada syaitan dan hamba kepada nafsu,kerana hakikatnya kita akan binasa satu saat nanti.

Allah telah memberikan kepada kita begitu banyak nikmat.Namun apa yang telah kita lakukan?.Pernahkah kita tnjuk diri kita sebagai hamba kepada-Nya.Pernahkah kita bersyukur bersyukur kepada-Nya.?Adakah kita sudah kita laksanakan tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah?

Cuba kita fikir.Apakah ciri-ciri seorang hamba?.Kalau seorang hamba,ia perlu patuh kepada suruhan ketuannya.Ia perlu taat kepada ketuanya.Begitulah kita.Kita sebagai hamba Allah perlu patuh pada suruhan-Nya dan perlu taat kepada-Nya.Tidak berlaku syirik kepada-Nya.

Ramai yang melaungkan rasa cinta mereka kepada Allah.Kita begitu bersungguh-sungguh mengatakan kita cinta dan sayang Allah.Namun,adakah ucapan itu hanya seperti angin yang keluar dari bibir kita?.Kita sebenarnya mempunyai tenggungjawab sebagai manusia. Allah tidak mencipta kita tanpa ada apa-apa kegunaan.Allah mencipta manusia kerana ada sebab-sebabnya.Dicpta-Nya manusia untuk memikul dakwah-Nya,memikul kalimah-Nya,memikul tanggungjawab sebagai hamba-Nya.

Ketahuilah bahawa tiada apa di dunia milik kita.Jangan pernah perasan dan terfikir bahawa apa yang kita kecapi di dunia sekarang ini adalah hak kita.Itu semua hakikatnya hak mutlak Allah dan kita hanya meminjamnya.Lihatlah,berapa banyak sudah nikmat-Nya yang kita rasai?

Tiada satupun di tubuh kita adalah milik kita.Walau sehelai rambut,bukan milik kita.Kita tidak pernah dan tidak mampu menghasilkan sehelai rambut seperti ciptaan Allah.Kita tidak pernah dan tidak mampu menghasilkan kulit-kulit seperti ciptaan Allah.Kita tidak pernah dan tidak mampu menghasilkan jari jemari sebagaimana indahnya ciptaan Ilahi.Jadi,jelas sekali bahawa di tubuh kita tiada satupun adalah milik kita,jadi inikan pula kehidupan lainnya seperti rumah,kereta dan wang ringgit.

Kita fakir.Kita hanya hamba yang mengharapkan sifat Maha Penyayangnya Allah.Kita perlukan sifat Maha Pemurah Allah.Kita hakikatnya memerlukan Allah.


Buang Egomu!

Ego.

Pasti semua orang mempunyai egonya tersendiri.Saya sendiri mempunyai ego yang kadang-kadang agak sukar untuk ditundukkan.

Ego inilah yang membuatkan diri kita jauh dari menjadi hamba Allah.Kerana ego kita merasakkan kita tidak memerlukan bantuan Allah.Kerana ego kita merasakkan kita telah mempunyai semuanya.

Itulah dia apabila jiwa kita sudah mula tunduk untuk menjadi hamba kepada syaitan,dunia dan nafsu.

Ego sama juga seperti sombong.Kita tidak mahu merasa rendah diri.Kita sentiasa merasakan bahawa kitalah yang terbaik dan kita tidak pernah lakukan kesalahan.Agak sukar untuk kita mengakui kebenaran hanya kerana sifat ego yang terpalit di dalam hati kita.dan lebih menakutkan dan lebih malang sekali apabila sikap ego yang semakin menebal dalam diri kita menyebabakan kita tidak sujud kepada Allah.

Janganlah kita sombong diri di hadapan Allah.Fikir-fikirkan siapa kita di hadapan Allah.Adakah kita yang mencipta semua alam atau Dia yang menciptakan?.Adakah layak untuk kita merasa sombong atau hanya Dia yang layak mempunyai rasa sombong?.

Fikir-fikirkan,adakah kita mampu mencipta sebutir pasir di pantai atau mencipta awan yang terapung?.Tidak sama sekali.!Jadi,janganlah ada rasa sombong dan buanglah rasa ego dalam diri kita kerana sifat ini akhirnya membawa kita ke tempat yang paling buruk dan hina iaitu neraka.

Bersediakah Kita Menjadi Hamba Allah

Mesti!.Tetapkan dalam diri kita bahawa kita pasti menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.

Kerana kita tiada masa lagi untuk berlengah-lengah dalam hal ini.Andai maut datang esok,bagaimana untuk kita berhadapan dengan Allah.

Marilah,sama-sama kita usahakan dengan sedaya upaya untuk membuangkan rasa ego dalam diri kita dan sama-sama kita kenali diri kita sebagai hamba Allah.Manusia yang tidak punya apa-apa melainkan hanya mengharapkan kepada Allah.

Sama-sama kita kembali sujud kepada-Nya sebagai tanda kita hamba-Nya.Sama-sama kita kembali menadah tangan memohon kepada-Nya sebagai tanda kita hamba-Nya yang tidak memiliki apa-apa dan hamba-Nya yang lemah.

Semoga kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Khamis, Mei 12, 2011

Pemikiran dan Peribadi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~



Kita mungkin sering memasak air dan sudah tentu kita tahu keadaannya apabila telah panas.Air di dalam cerek akan panas kerana ada yang memanaskkanya dan akan keluarlah wap yang menandakan air telah mendidih.

Hal ini ingin saya kaitkan dengan kata-kata seorang seorang ustaz saya iaitu Ustaz Agus.
"Kita lihat sebuah cerek,kita masak air di dalamnya.Lalu cerek itu dipanaskan dan akan keluarlah wap yang menandakan bahawa air tersebut telah mendidih."

Kata-katanya yang penuh makna dan hikmah.Memberikan kepada saya dan beberapa orang teman yang mengikut kelas agama dengannya makna yang cukup besar dan bermakna buat kami.Bagaimana pemikiranlah yang bakal melahirkan peribadi.

Faham?..Kalau masih tak faham,kita teruskan....

Pemikiran yang bakal melahirkan peribadi.

Itulah maksud ustaz Agus yang dikaitkan dengan perihat memasak air itu.Pemikiran di ibaratkan seperti air di dalam cerek.Manakala peribadi diibaratkan sebagai wap yang keluar.

Ya.Saya benar-benar mengerti kata-kata ustaz saya itu.Bagaimana pemikiran seseorang itulah yang bakal menentukan peribadi diri kita.Andai pemikiran kita adalah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah,maka sudah tentu kita bakal mempunyai peribadi Islam yang baik.Namun,sebaliknya jika kita mempunyai pemikiran yang buruk dimana akan 'terhasil' peribadi yang buruk jua.

Benar bukan.

Ini kerana,pemikiran kita adalah penting dalam membentuk jiwa dan diri kita yang postif.Sebagai contoh,kita mempunyai pemikiran bahawa solat 5 waktu adalah wajib,maka akan lahirlah satu 'peribadi' diri yang sentiasa menjaga solat 5 waktunya. Namun,jika kita tidak mempunyai pemikiran kepentingan solat 5 waktu,maka akan terbitlah peribadi diri yang mengabaikan kewajipan menunaikan solat.

Namun,kadangkala tidak dinafikan bahawa ada terdapat sesetengah manusia yang mempunyai pemikiran bahawa menunaikan solat 5 waktu adalah wajib,namun peribadinya masih lagi tidak sama seperti pemikirannya dan masih sering meninggalkan solat.Kenapa ini berlaku adalah apabila asas kepada pemikiran seseorang itu masih lagi tidak sempurna.Tidak sempurna atau boleh dikatakan tiada nilai atau lebih mudah difahami tidak ada kualiti.Pemikirannya ada tapi tidak berkualiti.Maka orang seperti itu haru menambah 'kualiti' kepada pemikirannya.

Jadi,mungkin sudah sedikit jelas tentang maksud sebenar bagaimana pemikiran kitalah yang membentuk peribadi kita dan bagaimana juga ada sesetengah pemikiran yang masih tidak mempunyai 'nilai' sehingga dengan pemikirannya masih lagi tidak dapat membentuk peribadi.

Oleh itu,pentingnya untuk diri kita terus 'membaiki' pemikiran kita dari semama ke semasa.Pentingnya untuk kita 'membersih' pemikiran kita daripada ideologi-ideologi kotor dan pentingnya untuk kita 'memerdekkan' pemikiran kita daripada pemikiran sempit.

Keluarkanlah pemikiran kita daripada ideologi-ideologi kotor seperti ideologi sekular (memisahkan agama dan kehidupan),ideologi liberalisma dan lain-lain.Ideologi-ideologi seperti ini boleh menjejaskan 'perkembangan' kepada peribadi diri kita.Menjejaskan peribadi daripada mempunyai sebuah peribadi yang diredhai Allah.

Kita juga perlu memerdekkan pemikiran kita daripada terus dijajah dan terus mempunyai pemikiran yang sempit.Sebagai contoh,hari ini perang dari segi pemikiran semakin rancak.Idea-idea pemikiran tersebar luar keseluruh pelosok dunia.'Penjajah' berjaya menerapkan pemikiran sekular dalam diri manusia hari ini.Lalu dengan pemikiran seperti ini,banyak yang mengatakan bahawa agama perlu dipisahkan dengan kehidupan lain.Ini adalah pemikiran yang sempit dan jumud.Andai kita mempunyai pemikiran yang Islami,maka kita akan 'bebas' daripada idea-idea sekular yang sempit dan kotor.Ini kerana,Islam itu bukan hanya menyentuh tentang aspek kerohanian,malah menyeluruh dan menyentuh setiap aspek kehidupan.

Oleh itu,membentuk pemikiran Islami adalah penting untuk kita.Andai selama ini pemikiran kita masih terus berada di dalam penjara pemikiran,maka marilah sama-sama kita bebaskan dengan membetuk pemikiran Islami yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah dalam diri kita.Maka,dari itu akan terlahirlah satu peribadi yang unggul sebagai seorang muslim yang bertaqwa.

Ingatlah,bahawa pemikiran kita mencorakkan peribadi kita.

Sesiapa yang masih tidak faham,faham-fahamkan lah dan jangan sampai tersalah faham..:)

Selasa, Mei 10, 2011

Hebatnya Akhlak Rasulullah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~



Minggu lepas,sewaktu saya membantu di gerai jualan Yayasan Amal,ketika Pertandingan Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Petronas Miri yang diadakan di Patronas Carigali Miri,saya sempat menonton pentomen sirah Rasulullah s.a.w. yang dipersembahkan oleh beberapa orang anak muda.

Pentomen yang membuatkan bulu-bulu roma di tengkok meremang dan menyentuh hati. Teringat akan kehebatan insan Muhammad s.a.w. dengan budi pekerti yang mulia dan dengan akhlak Al-Quranya yang amat tinggi dan mengagumkan.

Pentomen itu mengisahkan bagaimana sikap Rasulullah s.a.w. terhadap seorang kafir yang buta.Selama ini,Rasulullah s.a.w. selalu memberikan makanan kepada si kafir itu.Menyuapkan nasi ke mulut si buta dengan penuh kasih sayang.

Si buta yang tidak mengetahui bahawa yang menyuapnya selama ini Rasulullah s.a.w. terus sahaja menghina dan mengutuk keras akan Rasulullah s.a.w..Bencinya kepada Rasulullah sangat tinggi sehingga si buta itu menyeru kepada orang lain dengan mengatakan bahawa baginda s.a.w. adalah seorang yang gila dan penyihir.

Walaupun baginda s.a.w. dikutuk sebegitu rupa,baginda s.a.w. tetap selalu menyuapkan si buta itu.Suapan penuh kasih sayang daripada seorang Rasul.

Sehinggalah pada satu ketika,ketika Rasulullah s.a.w. telah wafat.Tugas memberi makan kepada si buta itu telah diberikan kepada salah seorang sahabat Rasulullah. Datangnya sahabat Rasulullah s.a.w. untuk memberi makan kepada si buta disambut dengan kata-kata yang kasar.Si buta dapat merasakan perbezaan antara orang yang menyuapkan makanan ke mulut dengan orang yang menyuapnya satu masa lalu.

Akhirnya,sahabat itu menceritakan segalanya kepada si buta itu.Memberi tahu bahawa yang menyuapnya selama ini adalah Rasulullah s.a.w. dan kini baginda s.a.w. telah wafat dan tugas itu telah diberikan kepada dirinya sebagai sahabat Rasulullah.

Akhinya,si buta yang pada mulanya amat membenci Rasulullah s.a.w. mengakui akan kewujudan Allah dan mengakui Muhammad sebagai Nabi utusan-Nya.Lafaz syahadah dilafazkan sebagai tanda pengabdian diri kepada Allah.

Itulah hebatnya dan tingginy akhlak Rasulullah s.a.w..Kalaulah kita hari ini,ada si buta yang menghina kita,sudah tentu si buta tadi akan kena hina balik oleh kita malah mungkin si buta itu akan kena dengan kita.Tetapi tidak bagi Rasulullah.Walaupun dirinya dihina dan dicaci,dirinya tetap mengasihi si buta itu. Akhlak baginda s.a.w. sebeginilah yang memyebabkan banyak orang-orang kafir memeluk Islam.Inilah akhlak Islam yang sebenarnya.

Ketika menyaksikan pentomen itu,jiwa saya tersentuh dengan kebijaksanaan dan dengan ketinggian nilai akhlak baginda s.a.w..Bagaimana akhlak yang begitu tinggi yang terdapat pada diri Rasulullah telah menjadikan orang lain tertarik dengan Islam. Tidak seperti kita hari ini.Nilai-nilai Islam itu sudah mula luntur dalam jiwa. Apabila akhlak-akhlak anak muda hari ini mula 'terhumban' jauh dari landasan Islam.

Hari ini,keindahan akhlak Islam sudah sukar untuk kita lihat di dalam masyarakat hari ini.Anak-anak muda dan orang-orang tua kebanyakkannya hanya memandang dengan sebelah mata aspek akhlak dalam diri masyarakat hari ini.Ini jelas terbukti apabila kita pergi ke pusat membeli belah,pasar-pasar,pasti kita dalam melihat sekeliling kita anak-anak muda yang mula kembali menuju ke zaman jahiliyyah dari segi akhlaknya.
Bukan saya hendak menyalahkan atau memburukkan anak muda hari ini,tatapi ini juga adalah peringatan buat saya sebagai anak muda yang sering lupa.

Bagaimana akhlak-akhlak anak muda yang dilihat lebih menjerumus kepada akhlak anak-anak orang kafir.Ini bukan fantasi tapi rialiti.

Oleh itu,sama-sama kita hayati sirah Rasulullah s.a.w.,bagaimana kemuliaan akhlak baginda s.a.w. telah menyebabkan si Yahudi melafazkan syahadah,menyebabkan si buta mengakui Allah sebagai Tuhan dan banyak lagi kisah orang kafir yang memeluk Islam hanya kerana akhlak Islam yang ditunjukkan.

Isnin, Mei 09, 2011

Perginya Seorang Teman

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Tanggal 09.05.2011,minggu kedua peperiksaan penggal pertama,sekolah yang sebelum ini riuh rendah teruatam waktu roll-call kini agak sunyi dan penuh kesedihan.
Pengumuman yang dibuat oleh Ustaz Ahmad Faisal agak mengejutkan semua pelajar. Perginya seorang teman bernama Syafiq Yahya.

Pagi itu juga doa khas yang diketuai oleh ustaz amat menyentuh hati.Mana tidaknya,walaupun saya dengan arwah tidak rapat kami tetap berkawan.Dari sekolah rendah yang sama sehingga ke sekolah menengah yang sama dan sehingga ke kelas agama yang sama.

Perginya seorang teman saya bernama Syafiq Bin Yahya pada pagi hari ini merupakan satu yang amat mengejutkan buat diri saya dan seluruh pelajar di SMK Merbau.

Saya bersyukur kerana sempat melawat arwah pada hari sabtu yang lepas di Hospital. Sewaktu melawat arwah di hospital,arwah masih dalam keadaan koma sejak kemalangan. Ramai yang melawat arwah termasuk daripada guru-guru dan kawan-kawan rapat arwah.
Terharu melihat si abang menangis ketika membaca yassin disisi arwah yang masih koma.Tanpa saya duga dan tanpa diketahui sedikit pun rancangan Allah,rupa-rupanya itulah kali terakhir saya melihat wajah teman saya itu.

Inilah peristiwa yang mungkin tidak saya pernah lupakan dalam hidup ini.Inilah peristiwa yang mana perginya seorang kawan untuk menuju Allah.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh dirinya dan semoga dirinya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.Semoga Allah memberikan kekuatan buat ibu dan ayahnya serta seluruh ahli keluarganya.

Ahad, Mei 08, 2011

Busuknya Hati Ini

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~



Dikesempatan ini,hari terakhir dalam minggu ini dan post terakhir saya untuk minggu ini saya ingin menulis sedikit rasa penyesalan diri ini.

Ya,mana tidaknya menyesal.Selama ini saya sangat berburuk sangka terhadap insan tersebut.Begitu banyak sekali saya berburuk sangka terhadapnya tanpa saya selidiki dulu kenapa dia buat begitu.Sungguh,hati saya penuh dengan tanggapan buruk kepada dirinya.

Sampaikan satu waktu,dimana kami bertemu.Hampir sehari bersamanya,disitulah saya sedar akan kesalahan saya selama ini.Begitu mulianya hati insan tersebut.Baiknya dirinya.Tidak pernah lansung ada pada dirinya apa yang saya fikirkan selama ini.Terasa sungguh malu kepadanya.Malu kepada Allah.Busuknya hati ini.

Saya lupa akan peringatan Allah.Saya lupa akan peringatan Rasulullah.

Firman Allah

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."

(Surah al-Hujurat :12)

Sabda Rasulullah s.a.w.

Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka karena buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu sekalian saling memata-matai yang lain, janganlah saling mencari-cari aib yang lain, janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia), janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling bermusuhan tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. -Hadis Riyawat Al-Bukhari-

Ah!.Dimana saya telah meletakkan akal fikiran saya sehingga saya endahkan saja peringatan Allah dan Rasulnya.Busuknya hati ini Ya Allah.

Sungguh,saya benar-benar rasa bersalah terhadapnya.Sewaktu bertemu dengan insan itu,saya asyik melihat wajahnya,melihat dan berfikir bahawa insan yang baik itulah yang selama ini buruk dalam hati saya.Astagfirullahalazim..

Itulah salah satu keburukkan saya.Seorang yang mudah berburuk sangka.Saya berharap peristiwa yang berlaku ini akan membuka mata saya,semoga apa yang berlaku menjadi asas untuk saya tidak berburuk sangka kepada manusia lain lebih-lebih lagi kepada sesama muslim.

Menyesal apabila insan yang selama ini sering kita bersangka buruk kepadanya,rupa-rupanya seorang yang begitu baik malah membuatkan kita tertawa dan terasa bahagia berada disisinya.

-----------------

Ya Allah,ampunilah hamba-Mu ini.Sungguh,diriku ini mengakui akan kesalahanku.Ya Allah,bersihkanlah jiwa dan hatiku daripada terus bersangka buruk.Bersihkanlah jiwaku daripada sifat mazmumah yang menghancurkan diri.Ampuni diriku Ya Allah.

Ya Allah,kasihanilah insan yang selama ini aku bersangka buruk kepadanya.Kasihi dan cintailah dirinya.Anugerahkanlah kebaikan dan kebahagiaan buat dirinya.

Ameen.

Khas Untuk Insan Bernama Ibu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
~Salam UkhuwahFillah~



Ummi(Arab)..Ibu(Melayu)..Mother(English)..Indai(Iban)..Ina(Filipina)..Me(Vietnam)...
Haha..bukan belajar bahasa ye,tapi saya hendak menulis tentang seorang insan yang begitu banyak pengorbanan dalam kehidupan ini.IBU.

Ibu,insan yang telah mengandungkan kita,menangung kesusahan mengandun,menangangu risiko untuk melahirkan kita dan memelihara kita dengan penuh kasih sayang.

Jadi,bersempena dengan Sambutan Hari Ibu tahun ini,saya ingin menulis coretan puisi untuk ibu saya dan untuk semua ibu...:)

Ibu
Kerana pergorbananmu
dapatku lihat dunia ini
dapatku hirup udara dunia ini
dan dapatku rasai kasihmu ibu

Ibu
Besar sungguh pengorbananmu
menangung kelemahan dalam mengandungku
menangung derita ketika melahirkanku
menangung kesakitan ketika menjagaku

Ibu
Ku tahu jiwamu kuat
sanggup bergadai nyawa untuk anakmu ini
sanggup memelihara anakmu ini
sanggup memberikan kasih sayang buat anakmu ini

Ibu
Dirimu terus menyayangiku
walau hatimu pernah dihiris oleh anakmu ini
walau jiwamu pernahku lukai
walau air matamu pernah menitis keranaku

Ibu
Engkau anugerah Ilahi yang bernilai
bagaikan seorang malaikat dunia
sentiasa berada disisi
menjaga setiap detik dan langkah anakmu
kerana kasih yang begitu tinggi dalam jiwamu

Ibu
Martabatmu begitu tinggi
jiwa dan hatimu penuh kasih dan sayang
doa terus sahaja engkau lontarkan untuk anakmu
demi kebaikan anak-anakmu
dan demi kejayaan anakmu

Ibu
Kerana dirimu aku hidup hari ini
kerana kasih dan sayangmu aku bahagia
kerana doamu hidupku mudah
kerana pengorbananmu aku dapat menikmati hidup ini

Ibu
Ampunkan anakmu ini
yang sering menyakitkan hatimu
doaku untukmu agar selalu dalam rahmat Ilahi
semoga Dia mencintaimu
melebihi cintaku kepadamu



~Selamat Hari Ibu~

Kasih dan Cinta ibu bukan semata-mata hari Ibu sahaja,tetapi setiap hari adalah hari Ibu.Cintai dan Kasihi ibu kita setiap hari.Doakan kebaikan untuk ibu kita.:-)

Jumaat, Mei 06, 2011

Merendah Diri Dalam Subjek 8math

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~



"Add Math tok ngajar kamek merendah diri" ---Sarawak
"Add Math ni mengajar saya merendah diri" ---Malaysia

Haha,harap anda faham la ye bahasa di atas.

Itulah kata-kata dari seorang sahabat iaitu Shamiel Fikri semasa dia mengajar saya subjek yang agak sukar untuk saya fahami iaitu Matematik Tambahan atau dalam bahasa 'mat sallehnya' Additional Math..

Sewaktu kata-kata itu keluar dari mulut sahabat saya,saya terfikir bagaimana subjek ini boleh mengajar dirinya merendah diri.Persoalan akhirnya terjawab.

"Sebab,baruk kamek rasa yang sebenarnya banyak benda yang kita sik tauk".Setelah di translate ke bahasa Tanah Melayunya menjadi "Sebab,baru saya tahu yang sebnarnya banyak benda yang kita tidak tahu"

Saya terus mengangguk sambil fikiran saya terus 'melayang' memikirkan kata-kata "Sami Yusuf" itu (Kata-kata Shamiel Fikri @ Shaifi Ishak..hehe..).Memikirkan untuk memahami kata-kata itu.

Alhamdulillah,fikiran yang melayang tadi 'kembali'.Saya Faham.

Apa yang saya faham melalui tafsiran peribadi itu la yang ingin saya kongsikan dengan pembaca.

Manusia.Punya banyak kelemahan.Walau sehebat mana sekalipun seseorang itu,dia tetap punya kelemahan tersendiri.Seorang doktor belum tentu boleh memasak masakan enak.Seorang jurutera belum tentu pandai mengenal jenis tumbuhan.Inilah manusia,punya banyak kekurangan dan kelemahan.Banyak perkara yang kita sebenarnya masih belum ketahui.Banyak dan terlalu banyak.

Hakikatnya,semakin kita belajar sesuatu,semakin banyak yang kita tidak ketahui.Benar bukan?.Sebagai contoh,kita melihat kereta.Kita kata kereta di bergerak kerana terdapat enjin di dalamnya.Tapi tahukah kita bagaimana enjen itu boleh mengerakkan kereta itu dan kenapa kita gunakan enjin,kenapa tidak guna yang lain.Itulah kita. Kita hanya mengetahu sedikit,tapi hakikatnya masih banyak yang kita belum tahu.

Itulah yang hendak dikaitkan dengan kata-kata sahabat kita Shamiel Fikri.Mungkin saya merasa saya sudah bijak dalam subjek lain,tapi hakikatnya masih ada yang saya tidak tahu dan agak sukar untuk saya fahami.

Jadi,hakikat inilah yang sepatutnya mengajar kita untuk menjadi merendah diri.Merendah diri dihadapan Allah mengakui betapa diri kita banyak kelemahan dan banyak kekurangan diri kita dan merendah diri dalam masyarakat sekeliling kita supaya tidak ada sekumit perasaan sombong dan takabbur dalam jiwa kita.

Saya ingin terus mengingatkan diri saya yang selalu alpa,bahawa jangan pernah sesekali berasa cukup terhadap ilmu yang dimiliki,jangan sesekali merasa bangga dengan kelebihan yang ada.Hakikatnya ilmu yang kita miliki hanyalah setitis dari air di lautan dan kelebihan yang kita miliki adalah pinjaman dan hak mutlak Allah s.w.t.

Tuntutlah ilmu selagi mana jantung terus berdegup,nafas terus berjalan,darah terus mengalir.Jangan sampai ilmu yang sidikit membuatkan kita merasa cukup dan terus bongkak.Jadilah seorang yang merendah diri dengan ilmu yang kita miliki.Semoga segala ilmu yang ada dalam diri kita mendapat keberkatan dan keredhaan Allah.

Terima Kasih Buat Sahabat---->Shamiel Fikri Ishak
atas kata-kata yang berhikmah..=)

Khamis, Mei 05, 2011

Indahnya Dunia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Setiap hari kita melihat begitu ramai orang yang mengejar kekayaan dan kemewahan. Sana sini ada saja yang bertungkus lumus untuk mengejar apa yang dilabelkan sebagai KEMEWAHAN DUNIA.

Ya,dunia ini indah sekali di pandangan mata.Begitu banyak perkara-perkara yang boleh mengoncangkan keimanan kita.Perempuan,harta,kemewahan,duit,rumah,dan banyak lagi perkara-perkara yang mengiurkan jiwa untuk memilikinya.

Namun,cuba kita tanya kepada diri kita apa yang kekal dimuka bumi ini?
Kekalkah segala yang kita kejar selama ini?.Kekalkah kemewahan dan harta benda yang kita inginkan?.Kekalkah rumah besar dan kereta mewah yang kita idamkan?Kekalkah wang ringgit yang selama ini kita 'kejar'?

Jawapannya----> TIDAK
Firman Allah s.w.t.

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"

(Surah An nam 32)

Allah memberitahu kepada kita hakikat sebenar kehidupan di dunia ini yang tiada apa-apa.Kita hakikatnya seperti seorang perantau yang tinggal di bumi untuk mengumpul 'dana' bagi melayakkan diri memasuki Jannah.

Hari ini,ramai yang berebut-rebut hendak mendapatkan kehidupan yang baik di dunia ini,namun mereka terlupa untuk 'menguruskan' kehidupan mereka di akhirat kelak.Sikap seperti ini amat dibimbangi kerana dunia mampu digengam di dalam tangan namun matlamat atau kehidupan akhirat berciciran.

Firman Allah s.w.t.

"Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan"
( Surah hud 15-16)

Kita menangis kerana kehilangan harta benda,namun pernahkah kita mengalirkan air mata kerana kita jauh dari Allah?.Sudahkah kita kejar cinta Allah sebagaimana kita kejar kehidupan dunia ini?

Kita soal kembali hati kita.Dimana kita letakkan Allah dalam jiwa dan kehidupan kita? Kita bandingkan dimana kedudukan Allah telah kita letakkan dalam kehidupan kita dan dimana dunia ini kita letakkan dalam kehidupan kita?

Kalau kedudukan dunia ini kita letakkan di tempat paling utama melebihi kedudukan sepatutnya bagi Allah,maka ingat dan fikir-fikirkanlah ayat-ayat Allah tersebut...

"Maka Allah merasakan kepada mereka kehinaan pada kehidupan dunia. Dan sesungguhnya azab pada hari akhirat lebih besar kalau mereka mengetahui."
(Surah Az zumar :26)

"Lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang dalam beberapa hari yang nahas malang, kerana Kami hendak merasakan mereka azab seksa yang menghina dalam kehidupan dunia; dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat lebih besar kehinaannya; sedang mereka tidak diberikan pertolongan (menghindarkan azab itu)"

(Surah Fusillat :13)

"Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu"
(Surah Al hadid: 20)

"Yang demikian itu, karena sesungguhnya kamu menjadikan ayat-ayat Allah sebagai olok-olokan dan kamu telah ditipu oleh kehidupan dunia, maka pada hari ini mereka tidak dikeluarkan dari neraka dan tidak pula mereka diberi kesempatan untuk bertobat"

(Surah Al-Jaathiyah :35)

Apakah kehidupan dunia ini telah 'melenyapkan' kegharahan jiwa kita untuk memasuki syurga Allah?.Adakah syurga-Nya tidak mengiurkan jiwa kita?

Firman Allah s.w.t.

"Di dalamnya ada sungai-sungai daripada air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai daripada khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai daripada madu yang disaring dan mereka di dalamnya memperoleh segala macam buah-buahan.”
(Surah Muhammad: 15)

"Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam syurga-syurga itu, mereka mengatakan: " Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu ". Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya."
(Surah Al-Baqarah: 25)

“Dan diedarkan kepada mereka bejana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya) - (keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak, pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya dan mereka di dalam syurga itu diberi minum sejenis minuman yang campurannya daripada zanjabil - iaitu sebuah mata air di dalam syurga yang disebutkan sifatnya sebagai salsabil dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, apabila engkau melihat anak-anak muda itu nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan.”
(Surah Al-Insaan: 15-19)

Jadi,sudah tiba masa dan detik waktunya untuk kita kembali kearah yang sebenarnya. Cintailah Allah kerana Allah adalah Esa.Cinta kepada-Nya tidak akan pernah padam dan cinta kepada-Nya adalah kekal kerana Dia tidak pernah berakhir.Dan ingatlah bahawa Allah akan membalas cinta hamba-Nya dengan syurga yang penuh kenikmatan.

Bukan saya bermaksud supaya kita meninggalkan urusan dunia ini,tapi janganlah sampai dunia dikejar akhirat entah kemana.Jadikanlah kehidupan dunia ini sebagai sejadah kehdupan yang panjang tempat kita beribadah kepada-Nya.
Kejar dunia jangan sampai 'terlimpas' matlamat sebenar kehidupan kita di dunia ini.

---------------------------------------

Ya Allah,ampunilah hamba-Mu ini atas kealpaan dan kelalaian diriku dalam mengejar kejayaan dunia ini hingga lupa akan tanggungjawab dan matlamat diriku.Ampunilah atas kelemahanku dan bantulilah diriku untuk menjadi hamba-Mu yang selalu sujud kepada-Mu dan akan terus sujud kepada-Mu....

Isnin, Mei 02, 2011

Salam Imtihan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...





"kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya"

Surah Ali-Imran : 159

"Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri"

Surah Ali-Imran :160

--------------------
Semoga Berjaya Buat Semua Kawan-Kawan yang menduduki peperiksaan....