Halaman

Ahad, Mei 08, 2011

Khas Untuk Insan Bernama Ibu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
~Salam UkhuwahFillah~



Ummi(Arab)..Ibu(Melayu)..Mother(English)..Indai(Iban)..Ina(Filipina)..Me(Vietnam)...
Haha..bukan belajar bahasa ye,tapi saya hendak menulis tentang seorang insan yang begitu banyak pengorbanan dalam kehidupan ini.IBU.

Ibu,insan yang telah mengandungkan kita,menangung kesusahan mengandun,menangangu risiko untuk melahirkan kita dan memelihara kita dengan penuh kasih sayang.

Jadi,bersempena dengan Sambutan Hari Ibu tahun ini,saya ingin menulis coretan puisi untuk ibu saya dan untuk semua ibu...:)

Ibu
Kerana pergorbananmu
dapatku lihat dunia ini
dapatku hirup udara dunia ini
dan dapatku rasai kasihmu ibu

Ibu
Besar sungguh pengorbananmu
menangung kelemahan dalam mengandungku
menangung derita ketika melahirkanku
menangung kesakitan ketika menjagaku

Ibu
Ku tahu jiwamu kuat
sanggup bergadai nyawa untuk anakmu ini
sanggup memelihara anakmu ini
sanggup memberikan kasih sayang buat anakmu ini

Ibu
Dirimu terus menyayangiku
walau hatimu pernah dihiris oleh anakmu ini
walau jiwamu pernahku lukai
walau air matamu pernah menitis keranaku

Ibu
Engkau anugerah Ilahi yang bernilai
bagaikan seorang malaikat dunia
sentiasa berada disisi
menjaga setiap detik dan langkah anakmu
kerana kasih yang begitu tinggi dalam jiwamu

Ibu
Martabatmu begitu tinggi
jiwa dan hatimu penuh kasih dan sayang
doa terus sahaja engkau lontarkan untuk anakmu
demi kebaikan anak-anakmu
dan demi kejayaan anakmu

Ibu
Kerana dirimu aku hidup hari ini
kerana kasih dan sayangmu aku bahagia
kerana doamu hidupku mudah
kerana pengorbananmu aku dapat menikmati hidup ini

Ibu
Ampunkan anakmu ini
yang sering menyakitkan hatimu
doaku untukmu agar selalu dalam rahmat Ilahi
semoga Dia mencintaimu
melebihi cintaku kepadamu



~Selamat Hari Ibu~

Kasih dan Cinta ibu bukan semata-mata hari Ibu sahaja,tetapi setiap hari adalah hari Ibu.Cintai dan Kasihi ibu kita setiap hari.Doakan kebaikan untuk ibu kita.:-)

Tiada ulasan: