Halaman

Khamis, Mei 12, 2011

Pemikiran dan Peribadi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~



Kita mungkin sering memasak air dan sudah tentu kita tahu keadaannya apabila telah panas.Air di dalam cerek akan panas kerana ada yang memanaskkanya dan akan keluarlah wap yang menandakan air telah mendidih.

Hal ini ingin saya kaitkan dengan kata-kata seorang seorang ustaz saya iaitu Ustaz Agus.
"Kita lihat sebuah cerek,kita masak air di dalamnya.Lalu cerek itu dipanaskan dan akan keluarlah wap yang menandakan bahawa air tersebut telah mendidih."

Kata-katanya yang penuh makna dan hikmah.Memberikan kepada saya dan beberapa orang teman yang mengikut kelas agama dengannya makna yang cukup besar dan bermakna buat kami.Bagaimana pemikiranlah yang bakal melahirkan peribadi.

Faham?..Kalau masih tak faham,kita teruskan....

Pemikiran yang bakal melahirkan peribadi.

Itulah maksud ustaz Agus yang dikaitkan dengan perihat memasak air itu.Pemikiran di ibaratkan seperti air di dalam cerek.Manakala peribadi diibaratkan sebagai wap yang keluar.

Ya.Saya benar-benar mengerti kata-kata ustaz saya itu.Bagaimana pemikiran seseorang itulah yang bakal menentukan peribadi diri kita.Andai pemikiran kita adalah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah,maka sudah tentu kita bakal mempunyai peribadi Islam yang baik.Namun,sebaliknya jika kita mempunyai pemikiran yang buruk dimana akan 'terhasil' peribadi yang buruk jua.

Benar bukan.

Ini kerana,pemikiran kita adalah penting dalam membentuk jiwa dan diri kita yang postif.Sebagai contoh,kita mempunyai pemikiran bahawa solat 5 waktu adalah wajib,maka akan lahirlah satu 'peribadi' diri yang sentiasa menjaga solat 5 waktunya. Namun,jika kita tidak mempunyai pemikiran kepentingan solat 5 waktu,maka akan terbitlah peribadi diri yang mengabaikan kewajipan menunaikan solat.

Namun,kadangkala tidak dinafikan bahawa ada terdapat sesetengah manusia yang mempunyai pemikiran bahawa menunaikan solat 5 waktu adalah wajib,namun peribadinya masih lagi tidak sama seperti pemikirannya dan masih sering meninggalkan solat.Kenapa ini berlaku adalah apabila asas kepada pemikiran seseorang itu masih lagi tidak sempurna.Tidak sempurna atau boleh dikatakan tiada nilai atau lebih mudah difahami tidak ada kualiti.Pemikirannya ada tapi tidak berkualiti.Maka orang seperti itu haru menambah 'kualiti' kepada pemikirannya.

Jadi,mungkin sudah sedikit jelas tentang maksud sebenar bagaimana pemikiran kitalah yang membentuk peribadi kita dan bagaimana juga ada sesetengah pemikiran yang masih tidak mempunyai 'nilai' sehingga dengan pemikirannya masih lagi tidak dapat membentuk peribadi.

Oleh itu,pentingnya untuk diri kita terus 'membaiki' pemikiran kita dari semama ke semasa.Pentingnya untuk kita 'membersih' pemikiran kita daripada ideologi-ideologi kotor dan pentingnya untuk kita 'memerdekkan' pemikiran kita daripada pemikiran sempit.

Keluarkanlah pemikiran kita daripada ideologi-ideologi kotor seperti ideologi sekular (memisahkan agama dan kehidupan),ideologi liberalisma dan lain-lain.Ideologi-ideologi seperti ini boleh menjejaskan 'perkembangan' kepada peribadi diri kita.Menjejaskan peribadi daripada mempunyai sebuah peribadi yang diredhai Allah.

Kita juga perlu memerdekkan pemikiran kita daripada terus dijajah dan terus mempunyai pemikiran yang sempit.Sebagai contoh,hari ini perang dari segi pemikiran semakin rancak.Idea-idea pemikiran tersebar luar keseluruh pelosok dunia.'Penjajah' berjaya menerapkan pemikiran sekular dalam diri manusia hari ini.Lalu dengan pemikiran seperti ini,banyak yang mengatakan bahawa agama perlu dipisahkan dengan kehidupan lain.Ini adalah pemikiran yang sempit dan jumud.Andai kita mempunyai pemikiran yang Islami,maka kita akan 'bebas' daripada idea-idea sekular yang sempit dan kotor.Ini kerana,Islam itu bukan hanya menyentuh tentang aspek kerohanian,malah menyeluruh dan menyentuh setiap aspek kehidupan.

Oleh itu,membentuk pemikiran Islami adalah penting untuk kita.Andai selama ini pemikiran kita masih terus berada di dalam penjara pemikiran,maka marilah sama-sama kita bebaskan dengan membetuk pemikiran Islami yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah dalam diri kita.Maka,dari itu akan terlahirlah satu peribadi yang unggul sebagai seorang muslim yang bertaqwa.

Ingatlah,bahawa pemikiran kita mencorakkan peribadi kita.

Sesiapa yang masih tidak faham,faham-fahamkan lah dan jangan sampai tersalah faham..:)

Tiada ulasan: