Halaman

Sabtu, Mei 28, 2011

Bercintalah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~



I Love You...

Antara kata-kata 'wajib' bagi insan yang sedang enak berkasih sayang.Bukan setakat ini,malah banyak lagi kata-kata dan ayat-ayat cinta yang kadang-kadang seperti berpuisi dan berpantun.Hebatnya anak remaja hari ini.

Kalau kita lihat hari ini,anak-anak remaja nampak begitu berlumba-lumba hendak bercinta.Kalau tidak punya teman wanita mungkin dilabel sebagai bukan seorang lelaki,mungkin juga dilabel sebagai seorang gay..Huhh...

Perasaan kasih sayang itu memang anugerah Allah yang paling besar.Tapi,hari ini ramai yang tersalah dalam menyampaikan kasih sayang ini sehingga begitu mudah bagi mereka 'menjaja' maruah dan kasih sayang mereka.

Evolusi teknologi masa kini,menjadikan anak muda semakin mudah untuk melafazkan kata-kata cinta mereka tanpa ada lagi rasa malu dalam diri.Entah dimana sudah rasa malu anak muda hari ini.Kalau kita lihat dalam Facebook.begitu ramai yang mengiklankan dosa mereka.

Laman sosial Facebook hari ini boleh menjadi medan dakwah dan boleh juga menjadi medan dosa.Seperti screeshot diatas,bagaimana ada individu-individu yang sibuk mengharapkan 'restu' orang ramai terhadap status mereka.Saat bertukar status kepada in a relationship ,semuanya mengharapkan orang ramai 'LIKE' status mereka.Mengharap orang ramai untuk memuji perhubungan haram mereka sebelum kahwin.

Setiap jiwa manusia ingin mencintai dan ingin dicintai.Ia merupakan satu keinginan semula jadi dalam diri manusia.Namun,alangkah indahnya jika perasaan yang dikurniakan itu kita letakkan pada tempat yang sepatutnya.Kita pusatkan rasa cinta itu kepada yang benar-benar berhak menerimanya yakni Allah s.w.t..

Tidak salah untuk kita mencintai perempuan atau lelaki lain,tapi biarlah perasaan cinta itu terbatas dengan syariat yang telah Allah tetapkan dan biarlah kita 'luahkan' cinta itu setelah perkahwinan.Alangkah indahnya cinta selepas kahwin.Tidak berdosa,malah mendatangkan pahala.

Kita dapat lihat hari ini,begitu banyak anak muda yang kononya cinta mati dengan pasangannya,duduk berdua-duaan di taman,berpegangan tangan,terangkat sana terangkat sini.Inikah cinta yang mereka kenal..?Oh,sayangnya mereka ini.Itukah cinta yang sebenarnya.?

Kalau seseorang itu benar-benar mencintai pasangannya,maka hendaklah dia mengawasi pasangannya daripada siksaan api neraka Allah diakhirat kelak.Sesiapa sahaja pasangan yang mengabaikan keselamatan pasangannya di akhirat kelak,maka pasangannya itu bukanlah mencintainya dengan sebenar-benar cinta,kerana cinta itu hanyalah cinta palsu yang dipermainkan oleh nafsu dan syaitan.

Banyak sudah yang tertipu dengan 'cinta' seperti itu.Maka,banyak jugalah 'bukti-bukti' cinta mereka yang akhirnya terbuang di dalam sungai,di tong sampah,diluar masjid dan berbagai lagi tempat yang tidak sepatutnya mereka letakkan 'bukti cinta' mereka tadi.

Inikah cinta yang selama ini sibuk dilaungkan.Inikah cinta yang selama ini dibanggakan.?.Inikah cinta yang selama ini diiklankan..?.Inikah cinta yang dikatakan cinta sebenarnya.?

Oh,banyak sudah yang menikmati cinta ini.Banyak sudah yang menanggambil cinta ini.dan banyak juga yang telah tertipu dengan cinta ini.Tertipu dengan tipu daya syaitan.

Jadi,alangkah indahnya jika perasaan cinta dan kasih sayang yang Allah anugerahkan itu kita letakkan pada kedudukan yang sepatutnya.Islam tidak melarang bercinta,tapi biarlah cinta itu bersih dari segala perbuatan maksiat.Biarlah cinta itu bermatlamatkan untuk bersama-sama memasuki syurga-Nya.Bercinta sehingga syurga dan mengharap redha-Nya.

Ingatlah,kalau benar pasangan itu cinta kepada kita,sudah tentu dia tidak akan membiarkan pasanganya terhumban ke neraka Allah yang siksaannya amat pedih sekali.Tapi,kalau benar pasangan itu cinta kepada kita,maka sudah tentu dia akan memastikan hubungan itu akan terus hingga syurga dan bersama-sama ke syurga.

Tiada ulasan: