Halaman

Sabtu, Mei 28, 2011

Bersahabatlah Kerana Dia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~

Sahabat
Bagaikan mutiara di dasar lautan
perlu diselami dan dicari untuk mendapatkannya
Sahabat

Mungkin saya banyak menyentuh tentang persahabatan dari blog lama saya.Kenapa?Kerana saya suka bersahabat.Bersahabat kerana Allah.

Saya sering membaca blog-blog yang berkisarkan persahabatan,novel-novel persahabatan,cerita berkenaan persahabatan.Mungkin dulu saya tidak tahu atau tidak endah dengan yang dinamakan sebagai sahabata.Tapi sejak saya mengikuti satu kem,saya telah dajar bagaimana ukhuwah ini penting dan dari situlah saya terus belajar mencari sahabat.

Kita semua mungkin punya banyak teman,tapi saya berana mengatakan bahawa ada diantara kita yang masih belum punya sahabat.Ini kerana,sahabat bukanlah sama seperti kawan-kawan biasa.Sahabat adalah satu anugerah Allah yang bernilai.

Dalam menjalinkan persahabatan ini,kita perlulah membina asas persahabatan ini semata-mata kerana Allah. Bergerak bersama dalam mencari keredhaa Allah.Membina tali persahabatan atas dasar akidah yang sama.Mengikat janji untuk sama mendaulatkan syariat-Nya.Inilah dia sebuah persahabatan yang indah. Bersahabat kerana Allah.Apabila sebuah persahabatan itu terjalin kerana Allah,maka akan lahirlah perasaan kasih sayang dalam diri terhadap sahabat.

Persahabatan yang dibina kerana Allah ada kelainannya dengan persahabatan yang dibina atas sebab-sebab yang tertentu.Ini kerana,persahabatan kerana Allah ini merupakan satu persahabatan yang dirahmati oleh-Nya,persahabatan seperti inilah yang dituntut oleh Allah dan Rasul-Nya.

Banyak hadis yang menceritakan kelebihan persahabatan yang dibina semata-mata kerana Allah.Antaranya ialah:

Daripada Abu Hurairah r.a.,Nabi s.a.w. bersabda:Tujuh golongan,Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya ialah...............................................dua insan yang berkasih sayang kerana Allah,mereka bertemu dan berpisah kerana Allah..........."

 Satu lagi Hadis yang menceritakan bagaimana Allah menyeru manusia di akhirat kelak


"manakah orang yang berkasih sayang kerana kemuliaan-Ku?Kerana hari ini Aku akan naungi mereka dengan naungan-Ku" 
SubhanAllah,beruntunglah bagi orang-orang yang mendapat naungan-Nya kelak.Semoga kita termasuk antara golongan tersebut.InsyaAllah.

Persahabatan kerana Allahlah yang perlu kita bina.Kerana persahabatan seperti ini sahajalah yang mendapat 'pengiktirafan' daripada Allah s.w.t..Andai persahabatan kita selama ini terbina atas dasar selain dasar kerana Allah,maka mulai sekarang,marilah kita ubah dan palingkan dasar persahabatan kita kepada persahabatan kerana Allah.Berkasih sayanglah kerana Allah.Bersama-samalah untuk mengapai redha-Nya.

Pada saya,saya punya banyak kawan.Tapi saya hanya mempunyai sedikit sekali sahabat.Disini ada lagi satu yang saya tetapkan dalam diri saya.Dimana,saya akan menggangap mereka adalah sahabat saya,sekalipun saya bukanlah sahabat pada diri mereka.Saya sendiri tidak meminta mereka mengangap saya sahabat bagi mereka,kerana saya tidak layak menjadi sahabat,kerana seorang sahabat adalah yang akan memimpin sahabatnya kepada syurga Allah..Saya bersahabat bukan mengharapkan mereka membalas kasih,tapi saya cuba membina persahabatan ini untuk mengapai redha-Nya Ilahi.

Pada saya,sahabat adalah insan yang bakal membimbing kita ke syurga-Nya.Menyedarkan diri ini ketika lalai,mengingatkan diri ini saat diri ini alpa.Sebab itu saya katakan saya tidak layak menjadi sahabat,biarlah saya menganggap mereka adalah sahabat saya.Kerana saya yakin,mereka mampu mengingatkan saya kepada Allah saat saya alpa dan mereka mampu membimbing saya ke arah keradhaan-Nya.

Saya sering melihat bagaimana orang sekeliling saya bersahabat.Indah sungguh persahabatan mereka.Saya dapat lihat terpancar wajah bahagia dan bagaimana mereka merasai manisnya ukhuwah ini.

Jadi,marilah kita bina persahabatan kita kerana Allah.Sama-sama mencari redha-Nya Ilahi.Semoga Allah redha atas segalanya.

Tetapkan matlamat persahabatan itu untuk sama-sama ke syurga-Nya...

Tiada ulasan: