Halaman

Sabtu, Mei 28, 2011

Cuti...!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~

Cuti Lagi....
Manfaatkan waktu cuti dengan sebaiknya.....
Yey..Cuti kembali lagi...

Cuti,memang di nantikan oleh setiap orang,baik pelajar,guru,doktor dan sesiapa sahaja sudah tentunya sangat menantikan waktu cuti.

Kenapa?.Kerana waktu cuti inilah kita dapat berehat,jalan-jalan bersama keluarga,melancong dan banyak lagi.Namun,alangkah baiknya jika kita cuba manfaatkan waktu cuti kita dengan sebaik-baiknya.

Saya bukanlah seorang yang bijak dalam mengurus masa cuti,namun saya cuba untuk menjadikan waktu cuti ini adalah waktu saya untuk berehat sambil waktu untuk saya melaksanakan aktiviti-aktiviti dan menyiapkan tugasan sekolah.

Kami cuti 2 minggu,cuti penggal 1.Seronoknya..!..Haha.Peperiksaan dah selesai,keputusan pun dah dapat..

Cuba kita manfaatkan waktu cuti kita ini dengan sering untuk hadir solat berjemaah di Masjid dan surau.Benda lain yang boleh kita buat adalah dengan membantu ibu bapa di rumah.Pergi melancong bersama keluarga ka.

Cuti ini,jangan sesekali di salah guna untuk keluar bersama-sama teman hingga lupa batasan agama.Jangan jadikan waktu cuti ini,waktu untuk semuanya bercuti.Buku pun kadang-kadang bercuti sekali.2 minggu la buku-buku terperap dalam beg...Haha..

Jadi,ini juga ingatan buat diri saya sendiri yang kadang-kadang tidak pandai mengurus masa untuk mengisi waktu cuti ini.

Jangan kita jadikan setiap masa ini sia-sia,kerna satu hari nanti kita akan di persoalakan setiap detik yang telah kita lakukan.

Coretan ringkas dari saya buat sesiapa sahaja yang bercuti..Kalau yang tidak bercuti tu,buat kerja bagus-bagus.Semoga Allah merahmati...Hehe..

Ucapan Selamat Hari Gawai kepada semua orang Iban..Gayu Guru Gerai Nyamai...Anang minum tuak,minum ribena...:D



Tiada ulasan: