Halaman

Jumaat, Mei 27, 2011

Destinasiku Seterusnya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~

Destinasi Kita Seterusnya
Sudah Bersediakah Kita??

Firman Allah s.w.t

“Dan setiap umat mempunyai ajal(batas waktu).Apabila ajalnya tiba,mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaatpun”
  Surah Al-A'raf : 34
“Di manapun kamu berada,kematian akan mendapatkan kamu,sekalipun kamu berada di dalam bentang yang tinggi dan kukuh…….”
Surah An-Niisa : 78

Kematian

Satu kemestian bagi setiap makhluk di muka bumi Allah ini.Kematian adalah janji-Nya yang tidak akan kita mampu untuk lari dari-Nya.

Jadi,persoalanya disini,bersediakah kita untuk menerima jemputan-Nya?

Jawapannya tidak perlu kita beri tahu kepada orang ramai,tapi soal hati dan jawab dari hati kita.Fikir-fikirkan adakah kita sudah benar-benar bersedia untuk menghadapi apa yang dikatakan sebagai sebuah kematian?

Hakikatnya,ramai orang yang takut dengan kematian.Kenapa?Hmm,ada yang akan menjawab mereka belum bersedia.Ada yang akan jawab amal ibadah belum sempurna lagi.

Kenapa kita boleh mengatakan kita belum bersedia untuk mati?.Bukankah Allah sudah terang-terang menyebut dalam Al-Quran bahawa kematian itu pasti dan kematian itu tidak boleh dipercepatkan walau sesaat dan dilambatkan walau sesaat.

Bagaimana kita boleh kata yang kita belum bersedia menghadapi kematian padahal kita tidak tahu pun tarikh kematian kita?.Andai esok adalah kematian kita,maka bagaimana keadaan kita apabila menghadap Allah.?

Jadi,disini kita perlu bersedia menghadapi kematian.Bersedia menerima jemputan Ilahi untuk menuju ke destinasi seterusnya.Destinasi yang dinilai mengikut apa yang telah kita laksanakan di dunia lalu.

Jadi,kalau nak di kata belum bersedia tidak juga,nak di kata dah bersedia tidak juga,tapi kita perlulah bersedia menyiapkan bekalan kita untuk menerima jemputan Allah pada bila-bila masa.Sebagai contoh,anda akan di panggil kerja oleh bos anda,namun anda tidak tahu bila anda akan pergi,maka sudah tentu anda bersedia sudah bukan dan hanya menanti penggilan seterusnya dari bos anda.

Benar bukan.Bos tadi telah memberi tahu kepada anda bahawa anda akan di panggil kerja,namun tidak di beri tahu bila masa.Itu sama seperti Allah telah memberi kita peringatan di dalam Al-Quran tentang kematian,namun Allah masih tidak memberi tahu bila kita akan menemui-Nya.Dan bila-bila masa sahaja dengan izin-Nya,Dia akan menjemput kita untuk bertemu-Nya.Maka,dengan bekalan yang telah kita siapakan tadi,insyaAllah kehidupan kita disana akan di permudhkan oleh Ilahi.

Jadi,istilah takut mati dengan mengatakan belum bersedia harus kita padam dalam jiwa kita.Namun,kita perlulah bersedia menghadapi kematian kerana kita telah diingatkan tentang kematian dan ingatlah bahawa kematian itu datang tanpa kita ketahui.

Andai kita mati saat ini,apa kedudukan kita di sisi-Nya?,semoga dengan kasih-Nya,kita berada di tempat orang yang mendapat rahmat-Nya disana......

Tiada ulasan: