Halaman

Selasa, Mei 10, 2011

Hebatnya Akhlak Rasulullah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~



Minggu lepas,sewaktu saya membantu di gerai jualan Yayasan Amal,ketika Pertandingan Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Petronas Miri yang diadakan di Patronas Carigali Miri,saya sempat menonton pentomen sirah Rasulullah s.a.w. yang dipersembahkan oleh beberapa orang anak muda.

Pentomen yang membuatkan bulu-bulu roma di tengkok meremang dan menyentuh hati. Teringat akan kehebatan insan Muhammad s.a.w. dengan budi pekerti yang mulia dan dengan akhlak Al-Quranya yang amat tinggi dan mengagumkan.

Pentomen itu mengisahkan bagaimana sikap Rasulullah s.a.w. terhadap seorang kafir yang buta.Selama ini,Rasulullah s.a.w. selalu memberikan makanan kepada si kafir itu.Menyuapkan nasi ke mulut si buta dengan penuh kasih sayang.

Si buta yang tidak mengetahui bahawa yang menyuapnya selama ini Rasulullah s.a.w. terus sahaja menghina dan mengutuk keras akan Rasulullah s.a.w..Bencinya kepada Rasulullah sangat tinggi sehingga si buta itu menyeru kepada orang lain dengan mengatakan bahawa baginda s.a.w. adalah seorang yang gila dan penyihir.

Walaupun baginda s.a.w. dikutuk sebegitu rupa,baginda s.a.w. tetap selalu menyuapkan si buta itu.Suapan penuh kasih sayang daripada seorang Rasul.

Sehinggalah pada satu ketika,ketika Rasulullah s.a.w. telah wafat.Tugas memberi makan kepada si buta itu telah diberikan kepada salah seorang sahabat Rasulullah. Datangnya sahabat Rasulullah s.a.w. untuk memberi makan kepada si buta disambut dengan kata-kata yang kasar.Si buta dapat merasakan perbezaan antara orang yang menyuapkan makanan ke mulut dengan orang yang menyuapnya satu masa lalu.

Akhirnya,sahabat itu menceritakan segalanya kepada si buta itu.Memberi tahu bahawa yang menyuapnya selama ini adalah Rasulullah s.a.w. dan kini baginda s.a.w. telah wafat dan tugas itu telah diberikan kepada dirinya sebagai sahabat Rasulullah.

Akhinya,si buta yang pada mulanya amat membenci Rasulullah s.a.w. mengakui akan kewujudan Allah dan mengakui Muhammad sebagai Nabi utusan-Nya.Lafaz syahadah dilafazkan sebagai tanda pengabdian diri kepada Allah.

Itulah hebatnya dan tingginy akhlak Rasulullah s.a.w..Kalaulah kita hari ini,ada si buta yang menghina kita,sudah tentu si buta tadi akan kena hina balik oleh kita malah mungkin si buta itu akan kena dengan kita.Tetapi tidak bagi Rasulullah.Walaupun dirinya dihina dan dicaci,dirinya tetap mengasihi si buta itu. Akhlak baginda s.a.w. sebeginilah yang memyebabkan banyak orang-orang kafir memeluk Islam.Inilah akhlak Islam yang sebenarnya.

Ketika menyaksikan pentomen itu,jiwa saya tersentuh dengan kebijaksanaan dan dengan ketinggian nilai akhlak baginda s.a.w..Bagaimana akhlak yang begitu tinggi yang terdapat pada diri Rasulullah telah menjadikan orang lain tertarik dengan Islam. Tidak seperti kita hari ini.Nilai-nilai Islam itu sudah mula luntur dalam jiwa. Apabila akhlak-akhlak anak muda hari ini mula 'terhumban' jauh dari landasan Islam.

Hari ini,keindahan akhlak Islam sudah sukar untuk kita lihat di dalam masyarakat hari ini.Anak-anak muda dan orang-orang tua kebanyakkannya hanya memandang dengan sebelah mata aspek akhlak dalam diri masyarakat hari ini.Ini jelas terbukti apabila kita pergi ke pusat membeli belah,pasar-pasar,pasti kita dalam melihat sekeliling kita anak-anak muda yang mula kembali menuju ke zaman jahiliyyah dari segi akhlaknya.
Bukan saya hendak menyalahkan atau memburukkan anak muda hari ini,tatapi ini juga adalah peringatan buat saya sebagai anak muda yang sering lupa.

Bagaimana akhlak-akhlak anak muda yang dilihat lebih menjerumus kepada akhlak anak-anak orang kafir.Ini bukan fantasi tapi rialiti.

Oleh itu,sama-sama kita hayati sirah Rasulullah s.a.w.,bagaimana kemuliaan akhlak baginda s.a.w. telah menyebabkan si Yahudi melafazkan syahadah,menyebabkan si buta mengakui Allah sebagai Tuhan dan banyak lagi kisah orang kafir yang memeluk Islam hanya kerana akhlak Islam yang ditunjukkan.

Tiada ulasan: