Halaman

Sabtu, Mei 14, 2011

Jawatanku Hamba Allah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~



Dalam dunia hari ini,ramai orang yang mengejar jawatan.Namun,hakikatnya ramai juga yang telepas pandang tentang jawatan kita yang sebenarnya iaitu jawatan sebagai Hamba Allah.

Ya,itulah jawatan tetap kita.Hamba Allah.

seorang yang dilahirkan di muka bumi ini semata-mata untuk beribadah dan mengabdikan diri kepada Rabbul Alamin

Mari Menjadi Hamba Allah

Ya,

Kerana apa,kerana hanya dengan menjadi hamba Allah sahaja kita bakal terselamat dari siksanya azab neraka Allah.Janganlah kita menjadi hamba kepada dunia,hamba kepada syaitan dan hamba kepada nafsu,kerana hakikatnya kita akan binasa satu saat nanti.

Allah telah memberikan kepada kita begitu banyak nikmat.Namun apa yang telah kita lakukan?.Pernahkah kita tnjuk diri kita sebagai hamba kepada-Nya.Pernahkah kita bersyukur bersyukur kepada-Nya.?Adakah kita sudah kita laksanakan tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah?

Cuba kita fikir.Apakah ciri-ciri seorang hamba?.Kalau seorang hamba,ia perlu patuh kepada suruhan ketuannya.Ia perlu taat kepada ketuanya.Begitulah kita.Kita sebagai hamba Allah perlu patuh pada suruhan-Nya dan perlu taat kepada-Nya.Tidak berlaku syirik kepada-Nya.

Ramai yang melaungkan rasa cinta mereka kepada Allah.Kita begitu bersungguh-sungguh mengatakan kita cinta dan sayang Allah.Namun,adakah ucapan itu hanya seperti angin yang keluar dari bibir kita?.Kita sebenarnya mempunyai tenggungjawab sebagai manusia. Allah tidak mencipta kita tanpa ada apa-apa kegunaan.Allah mencipta manusia kerana ada sebab-sebabnya.Dicpta-Nya manusia untuk memikul dakwah-Nya,memikul kalimah-Nya,memikul tanggungjawab sebagai hamba-Nya.

Ketahuilah bahawa tiada apa di dunia milik kita.Jangan pernah perasan dan terfikir bahawa apa yang kita kecapi di dunia sekarang ini adalah hak kita.Itu semua hakikatnya hak mutlak Allah dan kita hanya meminjamnya.Lihatlah,berapa banyak sudah nikmat-Nya yang kita rasai?

Tiada satupun di tubuh kita adalah milik kita.Walau sehelai rambut,bukan milik kita.Kita tidak pernah dan tidak mampu menghasilkan sehelai rambut seperti ciptaan Allah.Kita tidak pernah dan tidak mampu menghasilkan kulit-kulit seperti ciptaan Allah.Kita tidak pernah dan tidak mampu menghasilkan jari jemari sebagaimana indahnya ciptaan Ilahi.Jadi,jelas sekali bahawa di tubuh kita tiada satupun adalah milik kita,jadi inikan pula kehidupan lainnya seperti rumah,kereta dan wang ringgit.

Kita fakir.Kita hanya hamba yang mengharapkan sifat Maha Penyayangnya Allah.Kita perlukan sifat Maha Pemurah Allah.Kita hakikatnya memerlukan Allah.


Buang Egomu!

Ego.

Pasti semua orang mempunyai egonya tersendiri.Saya sendiri mempunyai ego yang kadang-kadang agak sukar untuk ditundukkan.

Ego inilah yang membuatkan diri kita jauh dari menjadi hamba Allah.Kerana ego kita merasakkan kita tidak memerlukan bantuan Allah.Kerana ego kita merasakkan kita telah mempunyai semuanya.

Itulah dia apabila jiwa kita sudah mula tunduk untuk menjadi hamba kepada syaitan,dunia dan nafsu.

Ego sama juga seperti sombong.Kita tidak mahu merasa rendah diri.Kita sentiasa merasakan bahawa kitalah yang terbaik dan kita tidak pernah lakukan kesalahan.Agak sukar untuk kita mengakui kebenaran hanya kerana sifat ego yang terpalit di dalam hati kita.dan lebih menakutkan dan lebih malang sekali apabila sikap ego yang semakin menebal dalam diri kita menyebabakan kita tidak sujud kepada Allah.

Janganlah kita sombong diri di hadapan Allah.Fikir-fikirkan siapa kita di hadapan Allah.Adakah kita yang mencipta semua alam atau Dia yang menciptakan?.Adakah layak untuk kita merasa sombong atau hanya Dia yang layak mempunyai rasa sombong?.

Fikir-fikirkan,adakah kita mampu mencipta sebutir pasir di pantai atau mencipta awan yang terapung?.Tidak sama sekali.!Jadi,janganlah ada rasa sombong dan buanglah rasa ego dalam diri kita kerana sifat ini akhirnya membawa kita ke tempat yang paling buruk dan hina iaitu neraka.

Bersediakah Kita Menjadi Hamba Allah

Mesti!.Tetapkan dalam diri kita bahawa kita pasti menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.

Kerana kita tiada masa lagi untuk berlengah-lengah dalam hal ini.Andai maut datang esok,bagaimana untuk kita berhadapan dengan Allah.

Marilah,sama-sama kita usahakan dengan sedaya upaya untuk membuangkan rasa ego dalam diri kita dan sama-sama kita kenali diri kita sebagai hamba Allah.Manusia yang tidak punya apa-apa melainkan hanya mengharapkan kepada Allah.

Sama-sama kita kembali sujud kepada-Nya sebagai tanda kita hamba-Nya.Sama-sama kita kembali menadah tangan memohon kepada-Nya sebagai tanda kita hamba-Nya yang tidak memiliki apa-apa dan hamba-Nya yang lemah.

Semoga kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Tiada ulasan: