Halaman

Ahad, Mei 22, 2011

Kenapa Sukar Menerima Teguran?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh
~Salam UkhuwahFillah~

"Alah,sendiri belum betul ada hati nak tegur orang"
"Kau siapa nak tegur aku,kau tu baik sangat ke?"
"Eh,kalau kau nak ceramah baik kau pergi masjid.Jangan nak ceramah kat sini la"

Humm,itulah antara kata-kata yang selalu kita dengar dari mulut orang apabila mereka dinasihati atau apabila mereka ditegur.Harap ia bukan keluar dari mulut kita.

Saya tertarik hendak menulis tentang ini kerana saya tertarik dengan 'kes' di laman sosial Facebook.

Status adik junior di tingkatan 2. (Bahasa Sarawak,faham2kan lah ye).. :D



Andah tahu,apabila kita menyampaikan kebenaran sudah tentu kita dicaci.Muhd Akmal ini tidak lepas dari cacian dan penghinaan hanya kerana statusnya itu yang menyatakan kebenaran.


Macam mana,faham-fahamkanlah bahasa Sarawak.Haha.

Itulah dia,komen daripada temannya.Seorang wanita Islam.Inilah dia hakikat setiap pengorbanan.Rasulullah sendiri tidak lepas dari penghinaan dan cacian.Inikan kita umatnya.

Kenapa agakanya ya kita ini agak sukar menerima teguran dan nasihat.Kenapa dan mengapa.?

Saya sendiri kurang pasti kenapa dan mengapa hal ini boleh berlaku dalam diri manusia.Kalau kita lihat,orang yang seperti ini yang mana tidak suka ditegur dan dinasihati akhirnya menemui kegagalan dan kecelakaan. Kalau kita lihat daripada kisah-kisah para Nabi dahulu,bagaimana mereka diutuskan kepada kaum yang ingkar untuk menyapaikan peringatan,namun ditolak dan akhirnya mereka(kaum tersebut) dibinasakan oleh Allah dengan dahsyat sekali.

Ini bagi saya sudah cukup untuk kita ambil pengajaran.Isi Al-Quran itu bukan semata-mata untuk kita baca,namun isinya adalah untuk kita ambil pengajaran daripada kisah-kisah yang diceritakan,isinya untuk kita laksanakan suruhan-Nya.Bukan semata-mata untuk dibaca.

Dalam masa yang sama,penyebab yang membuatkan seseorang itu sukar menerima teguran dan nasihat adalah disebabkan perasaan ego dalam diri.Inilah merupakan salah satu faktor utama.

Sikap ego yang tinggi dalam diri membuatkan seseorang itu tidak mahu ditegur dan dinasihat.Mereka ini merasakan diri mereka telah baik,maka tidak perlu teguran.Inilah masalahnya.Sikap ego yang agak sukar untuk ditundukkan ini membuatkan kita semakin jauh dari Allah.

Dalam masa yang sama,selalu orang akan mengatakan bahawa 'jadi baik dulu baru tegur orang'.Bagi saya ini merupakan konsep yang salah sama sekali.Kenapa?.Kerana kalau hendak tunggu semua orang jadi baik baru boleh tegur,banyaklah yang menghadap Allah dalam keadaan jahil.Benar bukan?

Tidak perlu jadi yang terbaik dan sempurna kalau hendak menegur seseorang.Ini kerana,tiada yang akan jadi sempurna dan sebaiknya melainkan Rasulullah s.a.w..

Saya rasa cukup dulu untuk hari ini,sedikit perkongsian ringkas berkenaan teguran.Kenapa sukar sekali menerima teguran.

Jadi,saya mengingatkan diri saya dan mengajak kita sama-sama,untuk selalu muhasabah diri kita dan terimalah teguran seseorang itu dengan hati yang terbuka.Selagi mana teguran itu membawa kebaikan dan membawa kita kepada Allah,maka ambillah dan hargailah orang yang menegur.

Tiada ulasan: