Halaman

Jumaat, Mei 06, 2011

Merendah Diri Dalam Subjek 8math

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~



"Add Math tok ngajar kamek merendah diri" ---Sarawak
"Add Math ni mengajar saya merendah diri" ---Malaysia

Haha,harap anda faham la ye bahasa di atas.

Itulah kata-kata dari seorang sahabat iaitu Shamiel Fikri semasa dia mengajar saya subjek yang agak sukar untuk saya fahami iaitu Matematik Tambahan atau dalam bahasa 'mat sallehnya' Additional Math..

Sewaktu kata-kata itu keluar dari mulut sahabat saya,saya terfikir bagaimana subjek ini boleh mengajar dirinya merendah diri.Persoalan akhirnya terjawab.

"Sebab,baruk kamek rasa yang sebenarnya banyak benda yang kita sik tauk".Setelah di translate ke bahasa Tanah Melayunya menjadi "Sebab,baru saya tahu yang sebnarnya banyak benda yang kita tidak tahu"

Saya terus mengangguk sambil fikiran saya terus 'melayang' memikirkan kata-kata "Sami Yusuf" itu (Kata-kata Shamiel Fikri @ Shaifi Ishak..hehe..).Memikirkan untuk memahami kata-kata itu.

Alhamdulillah,fikiran yang melayang tadi 'kembali'.Saya Faham.

Apa yang saya faham melalui tafsiran peribadi itu la yang ingin saya kongsikan dengan pembaca.

Manusia.Punya banyak kelemahan.Walau sehebat mana sekalipun seseorang itu,dia tetap punya kelemahan tersendiri.Seorang doktor belum tentu boleh memasak masakan enak.Seorang jurutera belum tentu pandai mengenal jenis tumbuhan.Inilah manusia,punya banyak kekurangan dan kelemahan.Banyak perkara yang kita sebenarnya masih belum ketahui.Banyak dan terlalu banyak.

Hakikatnya,semakin kita belajar sesuatu,semakin banyak yang kita tidak ketahui.Benar bukan?.Sebagai contoh,kita melihat kereta.Kita kata kereta di bergerak kerana terdapat enjin di dalamnya.Tapi tahukah kita bagaimana enjen itu boleh mengerakkan kereta itu dan kenapa kita gunakan enjin,kenapa tidak guna yang lain.Itulah kita. Kita hanya mengetahu sedikit,tapi hakikatnya masih banyak yang kita belum tahu.

Itulah yang hendak dikaitkan dengan kata-kata sahabat kita Shamiel Fikri.Mungkin saya merasa saya sudah bijak dalam subjek lain,tapi hakikatnya masih ada yang saya tidak tahu dan agak sukar untuk saya fahami.

Jadi,hakikat inilah yang sepatutnya mengajar kita untuk menjadi merendah diri.Merendah diri dihadapan Allah mengakui betapa diri kita banyak kelemahan dan banyak kekurangan diri kita dan merendah diri dalam masyarakat sekeliling kita supaya tidak ada sekumit perasaan sombong dan takabbur dalam jiwa kita.

Saya ingin terus mengingatkan diri saya yang selalu alpa,bahawa jangan pernah sesekali berasa cukup terhadap ilmu yang dimiliki,jangan sesekali merasa bangga dengan kelebihan yang ada.Hakikatnya ilmu yang kita miliki hanyalah setitis dari air di lautan dan kelebihan yang kita miliki adalah pinjaman dan hak mutlak Allah s.w.t.

Tuntutlah ilmu selagi mana jantung terus berdegup,nafas terus berjalan,darah terus mengalir.Jangan sampai ilmu yang sidikit membuatkan kita merasa cukup dan terus bongkak.Jadilah seorang yang merendah diri dengan ilmu yang kita miliki.Semoga segala ilmu yang ada dalam diri kita mendapat keberkatan dan keredhaan Allah.

Terima Kasih Buat Sahabat---->Shamiel Fikri Ishak
atas kata-kata yang berhikmah..=)

2 ulasan:

Shaifi Ishak berkata...

Edeh.. Boleh kenak saman tok.. Copy paste ayat org tanpa kebenaran org ya.... Hahah.. SPM x lama lgk.. gandakan usaha!

Nuruddin Bin Sabali berkata...

..maaf datuk S...hahaha
....
InsyaAllah...trima kasih atas kata-kata yang berhikmah..
doa2kan kmk..