Halaman

Selasa, Mei 31, 2011

PARIS 2011

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~

Akidah Mantap,Ukhuwah Terjalin
Alhamdulillah

Terlebih dahulu,ucapan syukur kepada Allah s.w.t. yang dengan rahmat dan kebesaran-Nya, Program Pengembaraan Anak Remaja Islam (PARIS) selamat dan jayanya dilaksanakan pada 31 Mei 2011 dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Namanya PARIS,hakikatnya hanya di Pantai Tanjung Lobang,Miri.

Sewaktu kehadiran saya dengan beberapa teman,kelihatan beberapa orang peserta mula datang.Kelihatan bersemangat sekali adik-adik hingga peserta lebih awal daripada fasilitator.Padahal,waktu mendaftar bermula jam 8 pagi.

Setelah semua peserta hadir ke tapak program,mereka semua dibahagikan mengikut kumpulan dan diminta mengisi borang ukhuwah.Tujuangannya adalah untuk mengeratkan lagi ukhuwah para peserta dengan lebih mengetahui dengan lebih mendalam tentang teman mereka.

Setelah itu,mereka bersarapan.Nama sarapan ialah 'Suapan Sayang'.Mendapat idea daripada Journey Of Muslim (JOM) tahun lepas,maka idea tersebut di ambil dan di pakai untuk PARIS.

Suapan Sayang yang mana,satu kumpulan diberikan 2 keping roti dan pisang.Caranya adalah dengan memicit pisang dan dijadikan jem untuk roti.Setelah itu,peserta perlulah memakan roti tadi secara bergilir-gilir.

Yummy...
Cabaran buat mereka bukan setakat makan roti bercampur pisang yang di picit,tapi ada pelbagai lagi cabaran yang mereka kena laksanakan.Setiap cabaran yang diberikan bukanlah merupakan satu cabaran seperti tin kosong,tapi mempunyai pengisian yang tersendiri yang perlu di fahami oleh peserta.

Setelah makan semua,pagi itu terdapat sedikit tazkirah yang di sampaikan.Setalah tazkirah ringkas dan santai di tepi pantai,peserta seterusnya akan melakukan aktiviti Kembara Muslim.Kembara yang mempunyai 4 check point yang mana setiap check point mempunyai cabaran yang hebat.haha..

Sedapkan menu maut ya...

Antara cabaran di check point ialah mereka terpaksa memakan menu maut iaitu serbuk kopi,telur mentah dan buah peria..Aduh,sudah tentu sedap sekali..Haha..Terima kasih kepada Kem Remaja Islam'10 kerana memberikan idea untuk menu ini..=)

Cabaran seterusnya ialah mereka kena membuat istana pasir.Setiap kumpulan muslimin dan muslimat kena membuat istana pasir sama seperti istana pasir yang telah kami siapkan awal pagi.Kalau istana pasir ada batu,mesti ada batu.Kalau istana pasir ada bunga,mereka juga perlu membuat istana pasir yang ada bunga
Susah bukan,tapi daripada cabaran ini,antara oengisian yang dapat ialah bahawa Allah sama sekali tidak memandang rupa,tapi hakikatnya Allah memandang keikhlasan dan kesungguhan diri manusia dalam melaksanakan sesuatu amanah.

Setelah membuat istana,mereka perlu pergi ke check pint setersnya dimana disini mereka pasti akan basah.
Setiap ahli kumpulan akan di soal beberapa soalan mudah.Kalau salah,kaki dan tangan pasti kena ikat.Haha.

Tengah berfikir jawapan rasanya...=)

Disini,setiap kumpulan pasti basah disiram dengan air laut.Disini juga peserta di uji untuk menjadi seorang ketua yang bertanggungjawab dan melihat bagaimana pengorbanan seorang ketua untuk anak buahnya..

Setalah check point basah ini,para peserta setersnya akan melalui check point terakhir iaitu check point paling mudah sekali.Peserta disuruh mencari 'SEPULUH PERKATAAN'.Disini,minda peserta tertipu dengan soalan yang diberikan.Keseluruhan kumpulan tidak dapat menjawab soalan di check point ini..=)

Macam-macam lagi aktiviti yang telah mereka lakukan sepanjang program ini berlansung.Antaranya permainan Tali,Lembu Oh Lembu,dan banyak lagi permainan sampingan.

Gambar : Antara aktiviti-aktiviti yang di lakukan sepanjang program..=)





Ok..

Sekian untuk entry tentang program PARIS 2011.

Syukur kepada Allah kerana memudahkan segalanya.
Jutaan terima kasih kepada Ummi Kalthum
Jutaan terima kasih kepada fasilitator yang memberi kerjasama
Jutaan terima kasih kepada semua peserta yang hadir
Jutaan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang membantu (tukang masak,sponsor,peralatan dll)
Terima kasih kepada Kem Remaja Islam 2010 dan Journey Of Muslim kerana memberikan idea-idea untuk program ini...=)

Semoga Allah merahmati kalian semua,dan semoga Allah membalas segalanya...=)

-Nuruddin-

PARIS dah habis,next KRIS Kota Kinabalu...3-5 Jun 2011..=)
..mohon doa dari semua..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gmbr qu xda bh..huhue...hmhmhhmhhmhmmh...........

Nuruddin Bin Sabali berkata...

oi tanpa nama berkata..aku yang ada nama nak berkata-kata...
..haha..
tgu jak gambar ko...jangan eran udah..:P