Halaman

Isnin, Mei 09, 2011

Perginya Seorang Teman

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Tanggal 09.05.2011,minggu kedua peperiksaan penggal pertama,sekolah yang sebelum ini riuh rendah teruatam waktu roll-call kini agak sunyi dan penuh kesedihan.
Pengumuman yang dibuat oleh Ustaz Ahmad Faisal agak mengejutkan semua pelajar. Perginya seorang teman bernama Syafiq Yahya.

Pagi itu juga doa khas yang diketuai oleh ustaz amat menyentuh hati.Mana tidaknya,walaupun saya dengan arwah tidak rapat kami tetap berkawan.Dari sekolah rendah yang sama sehingga ke sekolah menengah yang sama dan sehingga ke kelas agama yang sama.

Perginya seorang teman saya bernama Syafiq Bin Yahya pada pagi hari ini merupakan satu yang amat mengejutkan buat diri saya dan seluruh pelajar di SMK Merbau.

Saya bersyukur kerana sempat melawat arwah pada hari sabtu yang lepas di Hospital. Sewaktu melawat arwah di hospital,arwah masih dalam keadaan koma sejak kemalangan. Ramai yang melawat arwah termasuk daripada guru-guru dan kawan-kawan rapat arwah.
Terharu melihat si abang menangis ketika membaca yassin disisi arwah yang masih koma.Tanpa saya duga dan tanpa diketahui sedikit pun rancangan Allah,rupa-rupanya itulah kali terakhir saya melihat wajah teman saya itu.

Inilah peristiwa yang mungkin tidak saya pernah lupakan dalam hidup ini.Inilah peristiwa yang mana perginya seorang kawan untuk menuju Allah.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh dirinya dan semoga dirinya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.Semoga Allah memberikan kekuatan buat ibu dan ayahnya serta seluruh ahli keluarganya.

Tiada ulasan: