Halaman

Isnin, Mei 16, 2011

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~



Selamat Hari Guru Cikgu...

Antara ucapan-ucapan yang saya dengari pada hari ini.Malah,saya juga mengucapkannya hari ini.Selamat Hari Guru cikgu..:)

Tanggal 16 May setiap tahun,kita pasti menyambut sambutan hari guru sebagai tanda penghargaan kepada guru-guru yang selama ini mendidik dan mencurahkan ilmu mereka kepada kita.

Jadi,saya ucapkan sekali lagi...~Selamat Hari Guru~...

Guru,tidak perlu diperkenalkan lagi siapa mereka.Mungkin ramai orang menganggap guru hanyalah orang yang mengajar di sekolah.Melalui pandagan peribadi,saya menganggap guru adalah sesiapa sahaja yang pernah memberikan ilmu kepada saya.Baik ilmu yang dikongsikan sedikit atau pun banyak.

Seperti tahun lalu,saya mengucapkan ucapan selamat hari guru kepada seorang bakal doktor.Baginya agak pelik,tapi dialah antara insan yang memberikan perkongsian ilmu kepada saya melalui alam maya ini.

Banyak lagi sebenarnya 'guru' yang selama ini berkongsi ilmu mereka.Tidak lokek dengan ilmu yang mereka ada malah mereka juga mendidik anak-anak muridnya dengan baik sekali dan kasih sayang.

Guru,adalah insan yang diperlukan dalam dunia ini.Tanpa guru,siapalah kita.Guru begitu banyak memberikan ilmu kepada kita.

Guru,kadangkala kita begitu culas dalam mentaati perintah mereka.Disuruh membuat kerja sekolah kita tidak siapkan,disuruh membuat latihan kita berborak dan banyak lagi perkara-perkara yang dilihat tidak sepatutnya seorang pelajar lakukan di dalam kelas.

Erm,memandangkan mata saya sudah terasa bertambah bebannya,cukup setakat ini dahulu untuk hari ini.Walaupun ringkas,tapi saya rasa sudah cukup.Kerana hakikatnya, kebaikan guru ini tidak akan kita mampu bayar,oleh itu selalulah kita doakan untuk guru-guru kita.

Sekali lagi,selamat Hari Guru buat semua guru yang pernah mengajar saya dari Tadika An'Naim Lutong,SK Tudan dan kini SMK Merbau dan sesiapa sahaja yang pernah mengajar atau memberikan kepada saya ilmu-ilmu yang berguna buat diri ini.Semoga Allah merahmati kalian semua.

Tiada ulasan: