Halaman

Selasa, Mei 24, 2011

Solat 5 Waktu Ka?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~


Alhamdulillah,masih lagi diberikan kekuatan oleh Allah untuk mampu menulis sesuatu untuk menjadi bacaan pengunjung blog ini,semoga Allah meredhai semuanya.InsyaAllah.

Kadang-kadang,saya ditanya dengan satu soalan yang saya tidak tahu hendak menjawabnya.Bukanlah satu soalan yang sukar atau pelik tapi......erm..saya sendiri pun tidak tahu nak jelaskan bagaimana.

Sebelum itu,post saya hari ini bukanlah saya hendak riak atau takabbur,tapi hanya ingin berkongsi dan mana tahu ada pandangan daripada penbaca sekalian tentang soalan yang selau membuatkan saya sukar menjawabnya.

Saya telah ditanya dengan soalan "Din,kau solat 5 waktu tak?".

Mungkin bagi anda itu satu soalan yang mudah.Ya,memang mudah,tapi bagi saya,saya sangat sukar hendak menjawab jika seseorang itu menyoal soalan seperti itu.Sukar bukan tidak solat,tapi sukar kerana takut ada rasa riak dan takabbur dalam diri ini dengan jawapan yang diberikkan.

Sekali lagi,tulisan ini bukanlah saya hendak riak dan takabbur.Semoga Allah pelihara diri kita dari penyakit hati tersebut.

Kembali kepada point kita tadi,bagaimana kesukaran saya hendak menjawab soalan itu.Petang tadi,sewaktu tengah membuat tugasan kerja kursus di sekolah,tiba-tiba teman saya menyoal soalan tersebut.Saya jadi macam menerima satu soalan maut.Haha..Saya agak tidak suka dan kurang selesa bila ditanya soalan seperti itu.Kadang-kadang saya terus saja tunduk,memikirkan cara nak mengelak menjawab soalan itu.

Kenapa saya sukar menjawab soalan seperti itu adalah kerana,yang paling saya takuti ialah akan timbul rasa riak,sombong dan takabbur dalam hati saya.Rasulullah telah memberi peringatan keras tentang hal ini dalam hadisnya yang bermaksud

"Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah”

Ya Allah,semoga Allah memelihara hati kita dari ada rasa sombong.Sebesar zarah itu lebih kecil daripada batu-batuan,malah zarah-zarah ini hanya mampu dilihat menggunakan alat-alat tertentu kerana betapa halusnya zarah ini.Oleh itu,saya merasa 'takut' dan kurang selesa dengan soalan seperti itu.Kadang-kadang,jika ditanya soalan seperti itu,saya hanya mampu menjawab dengan senyuman dan jawapan dalam suara yang sangat kecil.

Mungkin ada daripada anda merasa pelik dengan tulisan saya hari ini,tapi inilah hakikatnya.Sukar untuk menjawab soalan seperti itu.Saya mungkin lebih bising bila menjawab soalan (walaupun tidak tahu jawapan) subjek-subjek di sekolah,tapi saya agak sukar berkata apabila di soal dengan soalan seperti tersebut.

Ini kerana takut dengan penyakit hati yang boleh datang secara tiba-tiba.Nau'zubillah.

Humm,rasanya cukup dulu perkongsian ringkas saya pada hari ini.Sekali lagi,tujuan saya bukanlah hendak riak dan takabbur,tapi saya mengingatkan diri saya terutamanya,agar selalu mengawasi hati kita daripada genguan dan godaan syaitan yang tidak kenal henti hendak menyesatkan kita dan membawa kepada kemungkaran Allah.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :

"Sesungguhnya,dalam diri manusia itu ada seketul daging.Jika baik daging tersebut,maka baiklah seluruhnya,jika busuk daging tersebut,maka busuklah segalanya.Ketahulilah,bahawa daging itu adalah HATI "


Astagfirullah'alazim...

Tiada ulasan: