Halaman

Sabtu, Mei 14, 2011

Umat Islam + Kesatuan = Kekuatan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~



"Umat Islam ni sebenarnya kuat"

Itulah antara kata-kata yang saya rasakan banyak umat Islam hari ini tidak tahu atau lupa.Maaf kalau apa yang saya katakan tidak benar,tapi melalui pandangan saya,saya berani mengatakan bahawa ramai umat Islam hari ini tidak tahu bahawa umat Islam ini hakikatnya kuat.Hari ini,ramai umat Islam merasa takut dengan kekuatan Amerika dan Israel.Umat Islam hari ini merasa bahawa kita tidak akan pernah dapat menandingi kehebatan Amerika dengan kelengkapan senjata dan pesawat tentera yang begitu canggih.

Kalau itu yang terdapat dalam fikiran kita,iaitu mengatakan umat Islam adalah lemah dan tidak mampu menandingi Amerika dan Israel,maka marilah kita membuka kotak fikiran kita dan marilah kita kembali membuka lembaran sejarah keunggulan umat Islam.

Saya juga akan mengatakan umat Islam ini memang lemah KALAU kita tidak bersatu.Kalau dilihat umat Islam masa kini,semuanya berpecah belah.Kesatuan umat Islam kini tidak lagi wujud sebagaimana zaman pemerintahan Khalifah.Perpecahan umat Islam inilah antara faktor utama kenapa umat Islam itu lemah.

Umat Islam boleh menjadi kuat hanya apabila berlaku kembali kesatuan antara keseluruhan umat Islam dari seluruh pelosok dunia.

Kalau kita perhatikan sejarah,kita dapat lihat bagaimana kerajaan Islam zaman Rasulullah dan diteruskan dengan zaman kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin hingga Khalifah terakhir iaitu Kerajaan Uthmaniyyah.Bagaimana ketika itu seluruh negeri umat Islam bersatu di bawah satu bumbung Khilafah.Kekuatan umat Islam saat itu berjaya merentasi benua dan melebarkan empayarnya hingga meliputi Eropah,Afrika dan Asia.Lebih mudah ialah kerajaan Islam satu saat dulu pernah meliputi 2 per 3 dunia.
Hebat bukan.!

Kalau ketika itu,umat Islam semuanya bersatu bersama gagasan Khalifah telah berjaya mempunyai empayar seluas itu,bagaimana kehebatan tentera Khilafah yang semuanya berani berjuang demi mempertahankan agama Allah.Maka,kalau hari ini kita mempunyai kekuatan seperti ini,maka tidak hairan kalau negara haram Israel itu boleh kita hapuskan dengan segera.Tidak hairan kalau Amerika dan sekutunya berasa gerun terhadap kaum muslim dan tidak hairan kalau kita mampu mengalahkan musuh-musuh Allah sekalipun kita tidak punyai senjata sehebat mereka.

Hakikatnya,kita masih lagi berpecah.Dengan kebijaksanaan pihak kuffar telah berjaya memecahbelahkan umat Islam masa dahulu.Bagaimana runtuhnya empayar Islam terakhir iaitu Khilafah Uthmaniyyah.Lalu,bermula saat itu negeri Islam yang mulanya hanya satu mula berpecah-pecah menjadi lebih 50 lebih negara Islam.Perpecahan.

Bukan sekadar itu,puak kuffar terus menjajah umat Islam melalui fikiran dan jiwa kita.Semangat nasionalisme ditanam dalam jiwa kita agar tidak akan berlaku kembali penyatuan sebagaimana dahulu.Lihat,bagaimana gerunya pihak musuh terhadap Islam apabila Islam itu bersatu.

Jadi,hakikatnya kita kuat bila bersatu.Kita lemah tanpa bersatu.

Tanpa kesatuan umat Islam hari ini,kita pasti lemah dan kita mudah sekali diperbodohkan oleh musuh-musuh kita.Kita akan mudah dipergunakan oleh musuh-musuh Allah.Hasil kekayaan negeri kaum muslimin akan mudah diambil oleh 'anjing-anjing' ini.Tanpa kesatuan,daging umat Islam akan terus dilapah oleh 'binatang-binatang buas' dari Amerika dan sekutunya.

Lihatlah,bagaimana kesatuan umat Islam sudah tiada,Palestin terus saja dinodai.Kesucian tanahnya dicemari oleh manusia terlaknat di muka bumi ini.Tanpa kesatuan,lihatlah bagaimana keadaan ummah hari ini.Kemiskinan dan kelaparan.Tanpa kesatuan umat Islam juga,Islam terus dipermainkan.Allah dikutuk,Rasulullah dihina.
Semuanya dilakukan oleh tangan-tangan musuh Allah tanpa sedikit pun rasa bersalah dalam diri mereka.Bukankah sepatutnya umat Islam menghantar bala tenteranya untuk mempertahankan negeri umat Islam yang dijajah.Bukankah sepatutnya telah ada bala tentera yang bergerak memelihara agama-Nya dari terus dihina.

Dimana semua itu?..Apa yang ada sekarang?

Pemimpin Islam bukan main mengutuk perbuatan seperti itu,namun tidak ada yang berani menghantar tentera mereka membantu.Pemimpin hari ini mengutuk perbuatan Israel membunuh umat Islam di Palestin,tapi apa yang ada?

Hanya ucapan dibibir.Tertawa musuh-musuh Allah disana melihat 'kebodohan' pemimpin umat Islam hari ini.Tertawa mereka melihat keadaan umat Islam yang tidak dapat berbuat apa-apa.

Marilah.

Marilah kita berusaha untuk mengembalikan kembali kehidupan di bawah naugan daulah Khilafah.Kembali menjadi satu.Kita punya Tuhan yang satu,kita punya kiblat yang satu,kita punya Al-Quran yang satu,kita punya Rasulullah yang satu,alangkah indahnya jika kita punyai negara yang satu dan kuat.

Mari kita kendurkan kembali senyuman musuh-musuh Allah kerana gerunnya mereka kepada umat Islam.Mari kita hilangkan tawa mereka kepada kita, apabila melihat pasukan tentera kaum muslimin datang memerangi mereka.Mari kita hilangkan keseronokkan mereka merampas harta umat Islam dengan merampas kembali dari tangan-tangan mereka.

Semoga Allah mengembalikan kehidupan di bawah naungan Khilafah Islam.Semoga Allah kembalikan kesatuan umat Islam.Semoga Allah satukan kembali hati-hati kaum muslimin untuk bersatu.

Andai saat saya hidup ini saya tidak dapat merasai kehidupan di bawah naungan Khilafah,saya berharap dan memohon kepada-Nya agar generasi masa hadapan satu hari nanti dapat menikmati kehidupan didalam Daulah Islam.

Tiada ulasan: