Halaman

Isnin, Jun 27, 2011

Jalan Dakwah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~

Bersediakah kita..??
Alhamdulillah

syukur kepada Allah kerana sepatutnya tajuk ini saya post di blog pada semalam,tapi disebabkan agak sibuk entry untuk hujung minggu ini lewat.

Dakwah.

Seperti yang kita tahu bahawa dakwah ini merupakan satu tugas yang wajib dilaksanakan oleh setiap manusia yang beriman kepada Allah.Dakwah untuk meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w. dalam menyebarkan agama Allah dimuka bumi ini.

Namun,bila kita sebut saja tentang Islam,dan dakwah,sudah tentu ia bukanlah satu yang menjadi tarikan ramai orang pada era masa kini.Hari ini,dalam kepesatan arus menuju kemodenan,Islam itu semakin tipis dalam jiwa manusia dan kelihatan manusia kini lebih tertarik dengan apa yang disebutkan dengan hiburan.

Benar bukan?  Itulah dia hakikat yang kita dapat perhatikan pada hari ini.

Namun,ada juga sesetengah manusia yang mempunyai rasa tanggungjawab keatas tugas Rasulullah.Disana dan disini ada saja kelompok-kelompok manusia yang menyeru untuk sujud kepada Allah.Walaupun kuantiti dalam kelompok ini sedikit,ia tetap kuat bagaikan ada satu aura yang memberikan kekuatan dari jiwa-jiwa mereka.

Ketika membaca buku 'Aku dan Al-Ikhwan Al-Muslimin' tulisan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi,saya dapat satu perkara yang menarik sepanjang penceritaan beliau bagaimana kisah suka dan duka beliau bersama anggota Ikhwan yang lain.Walaupun mereka telah disumbat ke dalam penjara,mereka tidak pernah putus asa,malah mereka menjadikan penjara itu sebagai masjid dan tempat untuk mereka berdakwah kepada banduan lain.

Tidak ada kata putus asa dalam kamus hidup mereka untuk agama Allah.Sekalipun rintangan berjuntai menanti dihadapan,mereka tetap utuh bersama demi agama Allah.


Dakwah,bukan jalan mudah


Ya.Memang tidak dapat diakui lagi.

Masa kini,apa sahaja yang berkaitan Islam akan begitu mudah untuk dilihat sebelah mata.Kalau program ceramah diadakan,kita kadang kala mampu hitung jumlah jemaah yang hadir,malah mungkin tiang masjid lebih banyak daripada jemaah yang hadir.

Kini juga kita lihat,andai saja program itu program berunsur hiburan melampau,berasak-asak yang mengunjunginya sampai penuh kaunter tiket.Inilah manusia kini yang mana amat menyedihkan apabila majoriti daripadanya adalah insan yang bergelar Islam.

Cabaran itu pasti.Apatah lagi dalam perkara yang bernama Dakwah.Begitu banyak cabaran dan dugaan yang menanti.Dakwah ini bagaikan jalannya adalah duri yang tajam dan disisinya pelbagai perkara yang cuba menjatuhkan kita dan dihadapan perjalanan itu letaknya redha Ilahi dan tempat yang bernama Jannah.

Kalau kita perhatikan sirah baginda Rasulullah s.a.w.,kita dapat lihat bagaimana peritnya perjalanan dakwah baginda s.a.w..Walaupun perit sekali perjalanan dakwah Rasulullah,baginda dan sahabat tidak pernah berhenti kerana yakin bahawa ada satu kuasa yang bersama mereka yakni Allah yang sentiasa melindungi hamba-Nya yang ikhlas dalam agama.

Kita lihat kehidupan seorang Nabi,sekalipun seorang Nabi,baginda juga dicaci dan dihina.Pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi.Malah,apa yang dihadapi oleh para utusan Tuhan itu sama sekali jauh beza keperitan dan cabarannya.Para Utusan Allah menghadapi cabaran yang begitu kuat,sedangkan kita hari ini hanyalah cabaran yang ringan.

Cacian,fitnah,kejian,halangan memang asam garam dalam perkara dakwah.Tidak pernah lenggang dari semua itu kerana hendak mendapatkan syurga itu bukan mudah.Syurga itu tinggi nilainya,tidak mampu dibayar dengan harta kita sekalipun kita punya wang sepenuh lautan.


Cabaran,jadikan penguat semangat


Cabaran itu hakikatnya menjadikan kita kuat.Tidak ada seorang pun yang menyampaikan dakwah pernah lepas daripada apa yang dinamakan sebagai ujian dan dugaan.

Semuanya menanti hamba-hamba yang ikhlas dalam memperjuangkan agama Allah.

Dalam buku 'Aku dan Al-Ikhwan Al-Muslimin',satu perkara yang sangat menarik adalah tentang bagaimana kesungguhan para pejuang Ikhwanul Muslimin sekalipun beberapa kali dipenjara,sekalipun pelbagai fitnah yang melanda,sekalipun pelbagai dugaan yang perlu dihadapi,mereka tetap utuh kerana yakin Allah yang membantu mereka.

Saya dapat lihat,cabaran yang mereka hadapi sama sekali tidak melemahkan semangat mereka,malah menambah lagi kesungguhnya dan membakar lagi jiwa mereka demi agama suci ini.


Jadi,secara keseluruhannya,cubaan bukanlah satu yang melemahkan semangat untuk menegakkan agama Allah.Namun,semua cabaran yang terjadi sewaktu perjalanan menuju keredhaan-Nya adalah sesuatu yang boleh menjadikan kita kuat dan bersemangat untuk agama Allah.

Selasa, Jun 21, 2011

DIARI MORE'11

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~

"We Take Islam,We Take No Less"

Alhamdulillah

Syukur kepada Ilahi kerana dengan rahmat-Nya saya telah diberikan kesempatan untuk menjadi fasilitator untuk Muslim Borneo Youth Camp 2011 (MORE'11) anjuran Syabab Synergi yang diadakan pada 17 - 19 Jun 2011 bertempat di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang,Miri.

Kem telah melabuhkan tirai pada hari ahad yang lalu,tapi berkesempatan untuk menulis tentangnya pada hari ini kerana keletihan yang teramat sangat..Haha..Mana tidaknya,inilah pertama kali menjadi fasi dan merasai bagaimana menjadi fasi.

Tidur kira-kira jam 2 dan 3 pagi,bangun untuk qiamulail pula jam 4 lebih.Tidur memang tidak cukup,tapi inilah pengorbanan yang harus ditempuh demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab.Memang bukan mudah,tapi ini saya anggap sebagai satu cabaran dan pelajaran buat saya.Mencari pengalaman sambil menuntut ilmu.



Kita seperti air


Saya masih ingat kata-kata seorang ustazah sewaktu menyampaikan ceramah ketika Kem Remaja Islam Kota Kinabalu lalu iaitu "Kita Seperti Air"


Kini saya melihat makna kata-kata ustazah itu.Kita Seperti Air.

Cuba kita perhatikan kelompok air.Kelompok air yang berpecah itu akan bergerak ke mana sahaja mengikut laluannya dan apabila bertemu dengan kelompok air yang lain,maka kelompok itu bersatu dan air menjadi banyak dalam satu kelompok.

Maksudnya lebih kurang kita andaikan kelompok air adalah gerakan-gerakan Islam yang berada di merata tempat.Jadi,kumpulan-kumpulan yang membawa Islam ini bila bersatu akan menjadi satu yang besar dan kukuh.Ini dapat saya perhatikan dalam MORE'11.Dimana ada diantara AJK dan fasilitator adalah daripada Bintulu Sarawak dan bergabung dengan AJK dan Fasilitator dari Miri untuk mengerakkan program MORE'11 ini.

Itulah makna 'Kita Seperti Air'.


Ilmu Baru


Apabila kita mengikuti setiap program-program sudah pasti kita akan mendapat sesuatu yang baru.

Kali ini saya bukanlah sebagai peserta,tapi sebagai seorang fasilitator.Maka sudah tentu mendapat satu ilmu baru sepanjang menjadi fasilitator.

Pada awalnya saya agak risau pada mula-mula di tawarkan untuk menjadi fasilitator,risau kerana merasa diri belum bersedia dan merasa diri tidak layak membimbing tapi lebih layak dibimbing.Namun,saya juga merasakan inilah satu peluang yang saya perlu ambil untuk saya mempelajari dan mengambil pengalaman sebagai seorang fasilitator dan dalam masa yang sama memperbaiki diri.

Kalau dilihat,tugas tidaklah begitu berat kerana penglibatan peserta muslimin yang sedikit dan kebanyakkan sesi LDK diketuai oleh fasi yang lebih berpengalaman.Saya dan teman hanya menjadi pembantu semasa LDK dan ada juga diberikan tugasan untuk bersama perserta dalam LDK yang dilaksanakan.

Dalam kita mengajar,kita juga perlu belajar.Bak kata pepatah English "We Teach,We Learn".


Pertemuan dengan Sahabat


Ketika berdiri untuk sama-sama menyanyi lagu teman MORE,saya memandang ke belakang dan melihat seseorang sedang membelek-belek kertas program.Hati seperti kenal siapa insan yang dihadapan mata, lantas bibir mengucap satu nama 'Afiq'

SubhanAllah.

Sahabat yang sudah lama tidak bersua.Pertemuan terakhir kami adalah sewaktu kami berdua keluar kira-kira beberapa hari sebelum sahabat ini pergi ke pondok Baitul Qura,Melaka untuk beberapa bulan.Akhirnya dipertemukan oleh Allah untuk sama-sama dalam program ini.

Macam-macam ilmu yang dikongsikan oleh sahabat ini,mengingatkan diri ini kepada Allah.


Memelihara Islam


Dalam program ini juga,saya dapat satu perkara penting waktu muhasabah para peserta.Ketika mana binaan rumah yang melambangkan Islam para peserta di hancurkan oleh AJK-AJK dihadapan mata peserta lain.

Sambil kata-kata 'Inikah Islam kamu...?"..."Kamu lihat saja Islam kamu dihancurkan..?"

Melihat tindakan sesetengah peserta yang berlari ke hadapan hingga tersungkur untuk memelihara binaan Islam mereka daripada dihancurkan membuatkan saya mendapat satu persoalan.

"Adakah aku telah pelihara Islamku dengan baik?"

Pada malam tersebut,melihat penghulu muslimin berebut untuk merampas kembali binaan yang hendak dihancurkan dan kelihatan juga binaan yang hancur dipeluk erat oleh peserta supaya tidak dirampas kembali.

Allahuakbar.Semoga kami semua dapat memelihara Islam itu dengan sebaik-baiknya.


Penutup


Alhamdulillah.

Sekali lagi ucapan syukur kepada Rabb yang Maha Kaya dan Maha Agung kerana dengan rahmat-Nya saya diberikan peluang untuk mengikut program MORE ini.

Syukran juga diucapkan kepada Abg Fadilah dan Abg Alif Ajwad dan semua yang terlibat dalam program MORE'11.

Semoga Allag redha semua yang telah dilakukan dan semoga semuanya menjadi ibadah kepada Allah.

Sekian..

Wallahu'alam..
-We Take Islam,We Take No Less-

Isnin, Jun 13, 2011

Tingkatkan Pengorbanan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~

Hidayah Itu Milik Allah
Alhamdulillah

Ketika sedang merayau-rayau di muka buku (telah dibahasa Melayukan),sempat singgah di group Kem Remaja Islam 2011 (KK).Apa yang menariknnya adalah perkongsian Abang Nuralim .Video yang memaparkan sebanyak 17 orang yang telah mendapat hidayah Allah untuk memeluk agama-Nya.

SubhanAllah.

Meremang bulu roma saya sewaktu melihat dan mendengar jeritan Allahuakbar dan saya merasa seperti ingin mengalir air mata melihat video tersebut.Kalau nak lihat boleh Klik Sini.

Bukanlah video ini sedih,tapi saya merasakan bagaimana masyarakat hari ini sudah mula mendekati Islam. Masyarakat bukan Islam sudah mula untuk mencari dan mengenali Islam.Ramai orang Kristian sudah mula menemui kebenaran dan mengambil Islam sebagai agama pegangan mereka.

Inilah dia,hikmah disebalik setiap peristiwa yang berlaku yang dilemparkan ke atas umat Islam oleh Barat. Bagaimana peristiwa 11 September lalu,yang mana Amerika dengan sewenang-wenangnya menghukum Islam adalah sebagai dalang kejadian tersebut.Imej Islam diburukkan oleh pihak Barat.

Daripada kejadian itu,ada kelompok masyarakat yang telah tertipu dengan tipu daya Amerika dengan sama sahaja terus menghukum Islam sebagai pengganas.Tapi,perlu diketahui bahawa sejak peristiwa itu,ramai golongan masyarakat dunia mula mengkaji Islam,mula untuk memahami ajaran Islam sehingga ramai orang Barat dan Eropah telah memeluk Islam.

Allahu Akbar..!

Kalau kita lihat saja pada hari ini,Islam ini mula tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.Hal ini menyebabkan musuh-musuh Allah mula gentar dan tidak duduk diam.Dalam satu temubual untuk Ventican Newspaper,Monsignor Formenti berkata "For the first time in history we are no longer at the top. The Muslims have overtaken us,"  Ucapan ini boleh dibaca di Sini.


Kini,kita telah lihat ramai yang telah memeluk Islam.Malah apa yang saya dan mungkin kita semua dapat lihat bagaimana golongan saudara baru kita ini kelihatan lebih Islamik daripada kita yang sudah Islam sejak lahir. Kadang-kadang ada diantara saudara baru yang bergelar ustaz dan ustazah,malah ada juga diantara mereka ini lebih menjaga syariat Allah.


Kita lihat bagaimana golongan muallaf,mereka begitu menjaga Islam dengan sepenuh hati mereka.Ini kerana mereka telah bersusah payah,berkorban demi mencari satu kebenaran yakni Islam.Inilah pengorbanan mereka  yang besar yang mana membuatkan mereka benar-benar memelihara agama Islam yang baru dianuti.


Agak berbeza dengan masyarakat yang memang telah Islam sejak lahirnya.Mungkin tidak pernah merasa pengorbanan dalam mencari kebenaran ini yang membuatkan diri kita ini sudah merasa senang.Tapi perlu kita ingat bahawa,kita perlu sentiasa bersyukur kerana telah di pilih oleh Allah sebagai Islam sejak lahir.KeIslaman sejak lahir sepatutnya kita baggakan dan kita tunjukkan imej Islam itu kepada masyarakat luar.


Pengorbanan yang dilakukan oleh golongan saudara baru kita begitu tinggi.Mereka sanggup berkorban meninggalkan kenikmatan yang sebelum ini dinikmati,berkorban nyawa mereka kerna ada diantara mereka yang diancam dengan nyawa semata-mata untuk mencari Islam.Ada juga yang dibuang keluarga hanya kerana  mencari Islam.Inilah antara pengorbanan besar golongan saudara baru yang perlu kita ambil sebagai satu dorongan buat diri kita dalam mempertingkatkan diri kita menjadi Islam yang sejati.


Sebagai seorang yang telah terpilih menjadi seorang Islam,sepatutnya jangan kita pernah merasa cukup walaupun telah berpuluh-puluh tahun kita sebagai Islam.Sepatutnya kita perlu sentiasa mencari ilmu dan menimba ilmu pengetahuan demi menambah kepercayaan dan keimanan kita kepada Allah s.w.t..


Andai bukan Islam sahaja mampu berkorban hanya kerana mencari Islam,maka marilah kita tingkatkan pengorbanan diri kita dalam usaha menjadi seorang mukmin yang bertaqwa.


Semoga Allah Permudahkan..







Ahad, Jun 12, 2011

Kemiskinan Bukan Kehinaan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~

Kemiskinan
Jangan dikesali,kerna ia ujian Tuhan 

Beberapa hari lepas,sewaktu menontot television,akhir cerita tersebut ada seorang wanita yang menyampaikan konklusi berkenaan cerita tersebut.

"Kemiskinan bukan kehinaan,tapi ia adalah ujian Allah"


Kata-kata itu membuatkan diri ini terfikir untuk menulis dan berkongsi 'minda' untuk menulis dalam blog ini.

Hari ini,kalau kita lihat dimana-mana sahaja negara pasti mempunyai golongan-golongan yang dilihat kurang bernasib baik.Golongan yang kurang berkemampuan atau lebih mudah difahami golongan yang miskin. Sekalipun di negara Amerika,terdapat juga penduduknya yang miskin.Di Australia juga terdapat penduduk miskin.Apatah lagi di Filipina,Thailand,Afrika,Indonesia dan negara kita Malaysia.Hakikatnya,setiap negara di dunia ini,setiap pelosok dunia ini pasti ada saja golongan yang miskin.

Bagi golongan yang tergolong dalam golongan miskin ini,pasti ada yang merungut dengan kehidupannya dan ada juga yang redha dengan kehidupannya.

Kemiskinan bukan kehinaan.

Ya.Kemiskinan itu bukan satu kehinaan.Mungkin terdapat dalam diri sesetengah orang itu merasakkan bahawa mereka terhina kerana kemiskinan yang mereka hadapi.Malah,ada juga orang kaya yang takut miskin  kerana merasakan bahawa kemiskinan adalah satu kehinaan.

Ini merupakan pemikiran yang salah.Kemiskinan itu bukan satu kehinaan.Tapi kemiskinan itu adalah ujian Allah.Orang-orang yang melihat orang miskin adalah orang yang hina,maka mereka itu adalah hina daripada orang miskin itu.Perlu juga kita ketahui bahawa,Allah sama sekali tidak memandang 'wajah zahir' kita.Tapi Allah melihat 'wajah batin' kita.Allah melihat hati dan taqwa kita.

Ini terdapat dalam sabda baginda s.a.w.


"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada panampilan dan harta benda kalian.Akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amal kalian"

Inilah yang mana masyarakat kita hari ini alpa.Begitu banyak orang-orang yang telah diberikan kesenangan oleh Allah dengan angkuhnya melihat orang yang kurang bernasib baik dengan pandangan yang hina dan dengan merendahkan martabat mereka.

Tapi,ketahuilah bahawa kemiskinan yang dihadapi itu bukanlah satu kehinaan.Ianya adalah satu ujian daripada Allah.Terimalah kemiskinan itu sebagai satu ujian kehidupan bukannya sebagai satu kehinaan.Siapa kita hendak mempertikaikan ketentuan Allah.

Biar dipandang hina dimata manusia,jangan sampai di pandang hina di hadapan Allah.


Kemiskinan itu ujian Ilahi

Ramai yang melihat kemiskinan itu sebagai satu kegagalan dalam kehidupan.Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemiskinan itu mungkin kegagalan dalam kehidupan kalau seseorang itu lansung tidak berusaha untuk memajukan diri sendiri dan terus ingin berada di tangkuk lama.

Ketahuilah,bahawa kemiskinan juga adalah ujian daripada Allah

Allah ada berfirman yang bermaksud

"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji’uun"
(Surah Al-Baqarah :155-156)


 Jadi,kemiskinan itu merupakan ujian dari Allah dan bukannya satu kehinaan.

Dan perlu kita ingat bahawa,martabat kita adalah sama disisi Allah.Miskin dan kaya adalah satu taraf yang sama di pandangan Ilahi.Cuma pandangan manusia yang selalu tertipu dengan mengatakan bahawa  terdapat perbezaan taraf antara miskin dan kaya.

Firman-Nya yang bermaksud

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat : 13)


Sabtu, Jun 11, 2011

Siapa kita mempersendakan Allah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~

Siapa Kita..?
Mempersendakan Allah

Semalam,saya pergi ke Masjid Ar-Rayyan,Permyjaya untuk menunaikan solat jumaat.Teringat kembali jumaat yang lepas.Bersolat di Masjid Bandaraya di Kota Kinabalu dan bertemu dengan sahabat.

Allah.Aku rindu saat itu..

Ops,terlebih sudah.Bukan cerita itu yang saya ingin kongsikan,tapi berkenaan kata-kata khatib semalam yang membuatkan saya terus terfikir dan berfikir.


"Siapa kita hendak mempersendakan Allah"


Kalau dulu saya pernah menulis tentang 'Siapa kita hendak menegur Allah',tapi kali ini 'Siapa kita hendak mempersendakan Allah'.

Mempersendakan Allah..?..Macamana..?

Mungkin tanpa kita sedari,kita selama ini telah mempersendakan Allah.Malalui apa yang diterangkan oleh khatib semalam,mempersendakan Allah samalah seperti melakukan maksiat setelah solat atau lebih mudah lagi kita melakukan maksiat setelah kita melakukan ketaatan kepada Allah.

Cuba kita perhatikan diri kita,adakah selama ini kita telah mempersendakan Allah.Saya sendiri rasanya juga pernah mempersendakan Allah.Semoga Allah mengampuni hamba-Nya yang hina ini.

Saya ambil contoh selepas menunaikan solat jumaat.Kelihatan hampir kesemua jemaat berpusu-pusu keluar.Berebut untuk keluar cepat sehingga ada yang sanggup menolak orang lain semata-mata ingin keluar dengan segera.Bukankah ini satu perkara yang tidak disukai oleh Allah dan bukankah ini juga bermakna telah mempersendakan Allah.

Kita tadinya melakukan solat.Mengabdikan diri kita sebagai hamba dihadapan-Nya,sujud menyembah-Nya,tapi setelah itu,kita ingkari suruhan-Nya,kita langgar perintah-Nya.Ketahuilah bahawa kita telah mempersendakan Allah.

Banyak lagi perbuatan yang boleh ditakrifkan sebagai perbuatan mempersendakan Allah.Tapi apa yang sama ingin tulis pada hari ini hanyalah berkaitan dengan selepas solat membuat maksiat.

Kalau kita perhatikan ayat Allah yang bermaksud

"Sesungguhnya solat itu mampu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar"

(Surah Al -Ankabut : 45)

Jadi,kalau kita perhatikan melalui Firman Allah diatas,Allah mengatakan bahawa solat itu mempu mencegah dari perbuatan keji dan perbuatan mungkar.Tapi,kenapa masih ada yang solatnya lengkap 5 waktu,tapi masih lagi bergelimpangan dengan dosa dan maksiat.

Kenapa..?

Ini kerana solat yang dikerjakan itu tidak lahir melalui hati yang ikhlas dan solat yang dilaksanakan itu tidak mempunyai kualiti.Kuantiti solat itu mungkin lengkap,tapi kualitinya tidak ada.Jadi,inilah penyebabnya kita mempersendakan Allah.Tahu tidak tahu,kita sudah mempersendakan Allah.

Kenapa kita tidak cuba untuk menambah kualiti dalam solat kita,agar solat yang kita kerjakan sampai tahap yang dinyatakan oleh Allah dalam Firman-Nya diatas.Disebabkan sikap remah individu hari ini,solat itu hanya dilihat dari 'kualiti' yakni solat 5 waktu sahaja sudah mencukupi,memang sudah mencukupi solat 5 waktu sehari,tapi bukankah lebih baiknya andai solat itu mempunyai kualiti yang boleh menghalang diri kita dari perbuatan keji dan mungkar.

Ramai orang hari ini kita lihat,solatnya penuh 5 waktu tapi akhlak entah ke mana.Solatnya penuh 5 waktu,tapi adabnya entah dimana.Ini juga telah mempersendakan Allah.Kita telah sujud kepada-Nya sebagai tanda kita mengakui kebesaran-Nya,tapi sebaik kaki kita melangkah keluar dari masjid,seperti hilang sudah Allah dalam diri kita.Nau'zubillah.

Oleh itu,marilah kita cuba periksa diri kita satu persatu.Bagaimana dengan solat kita adakah cukup dari kuantiti dan kualitinya.Perhatikan diri kita adakah selama ini kita telah mempersendakan Allah.

Semoga Allah mengampuni hamba-hamba-Nya yang penuh dosa ini.

Kesimpulannya,mempersendakan Allah dan RasulNya boleh terjadi dalam banyak cara.Samada kita sedar atau tidak sedar.Semoga kita berhati-hati dalam ucapan kita.
Wallahu a'lam
.

Khamis, Jun 09, 2011

Islamkah Aku..?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~


Islamkah Aku..??
Islam.

" Akidah + Syariat + Akhlak = Muslim "


Itulah formula mudah dalam menjadi seorang yang bergelar Islam.Tidaklah sesukar formula add math,tapi kadang-kadang masih ramai juga yang masih belum mampu mengimplikasikan formula ini sehingga banyak yang hanya bergelar muslim di kad pengenalan.

Ya bukan.

Hakikatnya,kita tidak mahu menjadi Islam hanya pada nama.Kita mahu bukan sahaja muslim,tapi mahu menjadi mukmin.Setiap kita adalah muslim,tapi tidak semua adalah mukmin.Betul bukan.?

Cuba kita soal kembali diri kita,adakah formula diatas telah kita sempurnakan atau belum.Adakah formula diatas telah kita ikut atau kita abaikan saja.Atau kita ambil sumber-sumber lain dalam membentuk diri kita.?

Aku Islam.Tapi adakah aku Islam sejati.? Aku Muslim.Adakah selama ini peribadiku menunjukkan seorang Muslim?.Aku Mukmin,adakah aku benar-benar mencapai tahap mukmin?

Sama-sama kita soal batin kita,kita jawab melalui hati dan fikiran.Tidak perlu ditayangkan jawapan,cuma jawab melalui hati kepada Tuhan yang Maha Mengetahui.


-Akidah


Akidah adalah asas utama atau prinsip utama dalam kehidupan seorang muslim.Ini kerana keyakinan dan keimanan kita perlulah dipusatkan hanya kepada satu yakni Allah s.w.t..

Kepercayaan kita selama ini biarlah tertumpu kepada Allah.Keimanan kita adalah yang utama.Sebab itu rukun Iman adalah utama atau dijadikan sebagai input sebelum diproses dengan rukun Islam.Kepercayaan kita memberikan kesan kepada yang seterusnya.Ini kerana,jika kita benar-benar kenal dan menyakini Allah,sudah tentu kita takut untuk melakukan maksiat kerna kita yakin Allah pasti menghukum kita di akhirat kelak.

Bagaimana dengan keimanan kita selama ini terhadap 6 rukun Iman yang wajib kita imani.Adakah kita sudah benar-benar beriman kepada semua itu dan beramal untuknya.Andai kita hanya mampu berkata kita beriman tanpa kita beramal dengannya,maka sia-sialah.

Percaya semata-mata tidak mencukupi.



-Syariat 


Syariat merupakan apa yang telah Allah tetapkan.Setiap suruhan Allah seperti solat,berpuasa,membayar zakat,menunaikan haji dan banyak lagi.

Jadi,adakah kita selama ini telah menjalankan syariat yang Allah inginkan.Kita perhatikan saja solat kita,adakah telah kushuk dan lengkap 5 waktu solat kita.?.Andai masih terdapat cacat cela,maka marilah sama-sama kita tuntut ilmu dalam memperbaikinya.

Ramai umat Islam hari ini mempermainkan syariat Allah.Ramai yang meninggalkan syariat Allah.

Lihat saja pemerintah Islam pada hari ini.Kononnya negara Islam,tapi syariatnya entah dimana.!
Kita juga perlu soal kembali batin kita,sudahkah kita selesaikan syariat yang Allah suruh.?Telah terlaksanakah atau terpeliharakah ibadah kita.

Syariat yang Allah turunkan bukanlah untuk menyusahkan hamba-Nya,tapi ini adalah kerana kasih sayangnya Allah.Sanggat tinggi cinta Allah kepada hamba-hamba-Nya.Syariat juga merupakan sesuatu yang mengindahkan Islam.

Syariat Islam itu menyeluruh.Tiada cacat cela walaupun sedikit.Jika kita bandingkan dengan agama lain,kita dalam lihat bagaimana aturan dalam kehidupan masyarakat beragama lain hanyalah tertumpu kepada aspek kerohaniaan semata-mata.Tidak seperti Islam,Islam yang Allah turunkan ini sempurna.Islam bukan sahaja berada di dalam masjid,tapi Islam itu menyeluruh ke segenap aspek.

Indahnya Islam.



-Akhlak

Rasanya,akhlak saya sudah suntuh pada kiriman sebelum ini.Berkenaan akhlak ini,sebagai seorang Islam, kita perlulah mempunyai akhlak yang Islam inginkan.

Ramai hari ini yang begitu bangga menyuarakan diri mereka adalah Islam,tapi akhlaknya entah dimana. Begitu beria-ia mengatakan cinta kepada Rasulullah,tapi sunnah baginda s.a.w. tidak pula diikuti.

Tanya diri kita. Dimana laungan bangga kita terhadap Islam dan kata-kata kita cinta Rasulullah..? Dimana.?

Saban tahun kita menyambut sambutan maulidur Rasul,sanggup mengikuti perarakan berkilometer,tapi setelah selesai perarakan,kembali kepada akhlak jahiliyyah.Ini peringatan buat diri saya sendiri yang selalu leka.

Jadi,pentingnya akhlak ini dalam menjadi seorang muslim.Kita sebagai Islam,patut berbangga dengan agama kita.Biarlah rasa bangga itu kita tunjukkan dengan perbuatan dengan menuruti suruhan Ilahi dan bukannya hanya bermain di bibir semata-mata.

Akhlak penting dalam menjadi seorang Islam.Akhlak akan membuatkan kita berbeza dalam masyarakat lain.

Penutup


Ini saja yang mampu saya huraikan.Kekurangan ilmu dalam diri untuk menghuraikan lebih lagi.Sebenarnya saya merasa saya tidak layak lagi untuk membicarakan tentang ini,tapi janji dan amanah untuk menyampaikan apa yang kita dapat mengerrakkan diri ini untuk menulis berkenaan ini pagi ini.

Jadi disini,Islam itu bukan hanya kita lafaz dibibir sahaja.Marilah kita menjadi Islam yang sejati.Kita aturkan kembali formula kehidupan kita.Kita lengkapkan formula kehidupan kita.

" Akidah + Syariat + Akhlak = Islam "

Binalah diri kita bersama Islam.

Islam apakah aku..?

---------------------------------------
*andai ada apa-apa kesalahan dalam penulisan ini mohon segera diberitahu

- Syukran -

Rabu, Jun 08, 2011

Dimana Akhlakku..?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~


Alhamdulillah


Syukur kepada-Nya kerana masih diberikan kekuatan untuk menulis di ruangan ini.Hari ini,saya ingin kongsikan serba sedikit ilmu yang saya dapat ambil dari KRIS KK lepas.


Akhlak.


Ya,akhlak.


Sewaktu mendengar kuliah dasar 3 yang disampaikan oleh Ustazah Suzana Binti Saman,berkenaan akhlak,saya tirfikir adakah akhlak saya selama ini akhlak yang Islam inginkan.? atau akhlak saya selama ini merupakan akhlak yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak mempunyai pegangan agama?


Pada permulaan ceramah yang diberikan,kami ditunjukkan dengan gambar golongan pondan.Akhlak teruji disini,adakah kita akan mengutuk,menghina,mencaci golongan seperti ini atau kita doakan agar mereka ini dapat hidayah Allah.


Tanya diri kita,adakah apabila kita melihat kemungkaran dihadapan mata kita,kita mendoakan untuk mereka agar diberikan hidayah oleh Allah.Adakah sewaktu kita melihat para remaja Islam sibuk hanyut dalam kelalaian duniawi ini,kita mendoakan mereka atau sebaliknya kita mengutuk perbuatan mereka dengan mencaci dan menghina.


Dimana akhlak kita.? Adakah kita mendoakan atau mengutuk golongan-golongan yang tersasar dari jalan agama-Nya.


Imam Al-Ghazali pernah berkata apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahuinya


Kita lihat saja akhlak baginda s.a.w.,bagaimana tinggi dan mulianya akhlak yang baginda s.a.w. tunjukkan kepada kita.Akhlak yang baginda tunjukkan itu sebenarnya untuk kita teladani dan untuk kita contohi.


Saya tertarik dengan kisah Rasulullah s.a.w. dengan seorang perempuan Yahudi.Bagaimana setiap hari Rasulullah melimpasi rumah Yahudi tersebut,pasti akan dibaling dengan kotoran dan benda-benda keras.Namun,Rasulullah tidak pernah menghina dan membalas perbuatan wanita yahudi itu.Sehingga satu waktu,dimana saat Rasulullah melimpasi rumah perempuan Yahudi tersebut, Rasulullah berasa hairan kenapa tiada wanita itu melontarkan najis pada hari ini.Lalu,baginda mendapat tahu bahawa perempuan Yahudi tersebut telah jatuh sakit,dan dengan ketinggian akhlak baginda s.a.w.,baginda s.a.w. melawat perempuan yahudi yang selama ini menyakiti Rasulullah,yang selama ini membaling kotoran najis kepada Rasulullah.Akhirnya,dengan akhlak yang baginda s.a.w. tunjukkan,perempuan Yahudi tersebut telah memeluk agama Islam.


Cuba kita tanya diri kita.Andai kita dalam situasi baginda s.a.w.,apakah yang bakal kita lakukan.? Sudah tentu kita akan menengking orang yang membaling najis kepada kita.Sudah tentu berlaku pergaduhan hebat.Sudah tentu kita tidak akan melawat orang yang membaling najis kepada kita itu bukan.?.


Bukan sekadar itu.Akhlak kita terhadap alam ini.Adakah kita sentiasa mengawasi diri kita untuk tidak membuang sampah merata tempat?.Ianya nampak kecil,tapi disini juga kita perlu punya akhlak,kerna kita adalah ISLAM.Akhlak Islam itu indah,maka ambillah untuk dijadikan sebagai panduan diri.


Aklah ini terbahagi kepada beberapa cabang.Antaranya akhlak kita dengan Allah s.w.t,akhlak kita kepada manusia lain dan akhlak kita terhadap makhluk sekeliling.


Islam telah mengariskan dan memberikan ikon untuk kita mencapai akhlak yang baik.Walaupun ikon kita yakni Rasulullah s.a.w. telah lama wafat,ketinggian akhlak baginda masih lagi diingati sehingga kita,hingga tertulis tentangnya di dalam Kalam Allah yang mulia.Sama-sama kita hayati makna-makna ayat-ayat Allah dan kita selami sirah Rasulullah dan sahabat,agar kita dapat mengambil pelajaran daripadanya.


Akhlak ini penting kerana kita adalah hamba Allah dan kita adalah Islam.Kita Islam,yang mana kita perlulah berbangga menjadi seorang Islam.Islam punya akhlak yang begitu indah.Tiada cacat cela. Akhlak Islam meliputi setiap sudut.


Maka,malulah kita kiranya selama ini akhlak kita didasari dengan benda lain.Malulah pada diri kita,dan malulah kepada Allah.


Sama-samalah kita teladani akhlak baginda s.a.w..Melahirkan akhlak Islam kerna hanya dengan Islam kita mulia.Islam tidak memerlukan kita,tapi kitalah yang memerlukan Islam.



Isnin, Jun 06, 2011

Memori KRIS KK

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhwahFillah~


Alhamdulillah,
Syukur sebenar-benar syukur dan pujian yang tinggi kepada Allah yang Maha Pemurah,kerana atas limpahan rahmat-Nya dan sifat pemurah-Nya saya diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjadi peserta Kem Remaja Islam Kota Kinabalu yang bermula pada 3-5 Jun lepas.

Mungkin ini boleh dikira sebagai Kembara untuk diri ini mengenali Allah dan Islam dengan lebih baik.Hakikatnya diri ini masih banyak yang tidak diketahui.Diri ini belum kenal Allah itu dengan sebenar-benarnya.Diri ini belum kenal benar dengan Islam.

Alhamdulillah,diberi kesempatan oleh Allah untuk diri ini dalam mengenali-Nya dan mendalami agama-Nya. Sepanjang program ini,diri ini banyak mendapatkan ilmu yang baru.

Apa yang saya dapat sepanjang program ini memang banyak.Rasanya tidak cukup untuk dihuraikan disini.Tapi saya ingin kongsikan secebis pengalaman yang ingin di kongsikan.InsyaAllah,saya akan tulis untuk entry seterusnya tentang ilmu yang saya dapat dari KRIS KK..

Program KRIS KK ini begitu banyak kisah dan memori yang tidak akan dilupakan.Sewaktu tiba di Masjid Nurul Hikmah,Bukit Padang,saya dapat melihat teman lain yang terdiri daripada pelbagai latar belakang,sekolah,bangsa.SubhanAllah,Allah temukan semuanya demi untuk mengapai redha Ilahi.

Teman yang pertama sekali saya temui ialah Ahmad Hadwan.Pertemuan sebenarnya bermula di Masjid Bandaraya.Inilah teman sepanjang program ini.Berasal dari Melaka dan baru berpindah ke Sabah.

Maaf Iwan,ambik gambar FB ko nie..hehehe..
~Uhibbukafillah Iwan~
Setelah itu,dipertemukan pula dengan teman baru yang bernama Aimi atau Diqy.Asal memang dari Sabah.

Maaf jugak Diqy ambil gambar FB kau..
~Uhibbukafillah Diqy~

Ops,ada lagi seorang lagi teman yang juga orang Sabah tapi lahir di Semenanjung.

Maaf Saiful,ambil gambar FB kau juga
~Uhibbukafillah Saiful~


Inilah kami berempat,dari Melaka,Sabah dan Sarawak.Ingat dan simpan baik-baik barang tanda persahabatan kita..=)
Kami hanya akan terpisah sewaktu LDK dan sewaktu disuruh duduk dalam kumpulan,bila waktu lain kami akan bersama semula.Sekarang saya sudah ada teman dari Sabah.Semoga Allah redha persahabatan ini.
Rindu untuk makan setalam dan rindu untuk tidur 'sebantal' menggunakan bantal yang dihasilkan menggunakan selimut..Haha..Doa-doakan untuk teman saya..=)
Bukan mereka sahaja,tapi banyak lagi peserta muslimin.Kami semua menjadi teman daripada pelbagai bangsa.

Bukan sekadar kisah persahabatan yang ingin dikongsikan,tapi ada lagi.Antaranya malam muhasabah. KRIS KK mensajikan satu yang berbeza daripada Kem yang sebelum ini saya ikuti.Kalau sebelum ini,malam muhasabah selalunya berkaitan dengan dosa dan ibu bapa.Tapi kali ini berbeza,bagaimana abang-abang dan kakak-kakak fasilitator berlakon tentang penderitaan umat Islam di Palestin.Lakonan yang amat berkesan dalam kegelapan malam.

Sungguh,malam itu hati ini benar-benar terasa dengan apa yang ingin disampaikan.Amat besar sekali mesej yang ingin disampaikan.Dalam kegelapan malam ketika itu,dalam fikiran timbul banyak persoalan.Adakah selama ini aku sudah mengambil berat masalah umat Islam.?.Adakah aku peduli dengan umat Islam hari ini..?
Banyak sekali perasaan yang timbul,geram,sedih,pilu..Semoga Allah menjadikan diri ini dan teman lain sebagai seorang yang bakal syahid memperjuangkan agama-Nya.

Rasanya ini saja yang mampu untuk dikongsikan hari ini.Banyak lagi pengalama yang ingin dikongsikan,tapi kepenatan jari jemari menulis..Hehe..InsyaAllah,saya cuba untuk sampaikan dan kongsikan apa yang saya terima sepanjang program tersebut.InsyaAllah.

Terima Kasih kepada semua Fasilitator
Kepada Abang Amin,Kakak Nisa,
Abang Abdillah
dan semua...
Semoga Allah merahmati kalian.

-------------------------------

Memori Kem Remaja Islam Kota Kinabalu 2011
Masjid Nurul Hikmah,Bukit Padang,
Kota Kinabalu,
Sabah.

Khamis, Jun 02, 2011

Anda Mengingati Allah,Allah Lebih Mengingati Anda

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~

Rahmat-Nya meliputi setiap alam
Tanda Kasih-Nya Ilahi


Semalam,semasa tengah berjalan-jalan di dalam kedai buku,saya tertarik dengan sebuah buku yang mana saya lupa judul buku tersebut,namun apa yang menarik hati saya ialah kata-kata yang terdapat di kulit buku tersebut "Anda mengingati Allah,Allah lebih mengingati anda"

Disini saya dapat satu yang boleh menjadi ingatan buat saya.Cuba untuk mendidik diri ini untuk sering mengingati Allah.

Hakikatnya manusia ini mudah sekali lalai daripada mengingati Allah.Benar bukan?

Manusia mudah lupa terhadap sang pencipta.Lalai dengan hiburan yang melampau,dan lalai dengan isi dunia yang sementara.Semoga Allah menjadikan hati kita hati yang sering mengingati-Nya.

Inilah manusia,hidup kita telah disajikan dengan segalanya.Sekeliling kita telah disusun dengan tertibnya oleh Dia yang Maha Kuasa.Oksigen yang kita hirup setiap saat,merupakan nikmat-Nya yang amat bernilai.Setiap titis air yang ada di muka bumi ini juga nikmat-Nya,tapi sayang,kita masih lagi lalai dan sering lupa terhadap-Nya.Padahal sekeliling kita penuh dengan nikmat-Nya yang tidak terhitung dan penuh dengan tanda kekuasaan-Nya.

Mari kita kembali istigfar memohon ampunan dari-Nya atas kealpaan kita selama ini.Lalai dengan hiburan yang melampau,lalai dengan mengejar kemewahan di dunia ini,lalai dengan mengejar kehidupan dunia yang sementara.Ketahuilah bahawa setiap yang kita makan dan minum itu adalah nikmat-Nya.Luas sekali nikmat Allah kepada makhluk-Nya di muka bumi ini.

Firman Allah s.w.t.

“ Sesungguhnya Al Quran ini menjelaskan kepada Bani lsrail sebahagian besar dari (perkara-perkara) yang mereka berselisih tentangnya. dan Sesungguhnya Al-Qur’an itu benar-benar menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” 
(Surah An-Naml : 76 dan 77) 


Sabda Rasulullah s.a.w.:  “ Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : Ketika Allah menciptakan makhluk, Allah menulis di dalam kitabNya, Dia (Allah) menulis atas diriNya, lalu Dia swt meletakkan di sisi Nya pada Arasy : "Sesungguhnya rahmat Ku mengalahkan kemurkaan Ku”. ( Shahih Al Bukhari )


Oleh itu,patutkah untuk kita melupai Allah atas segala nikmat-Nya yang kita perolehi setiap waktu dan setiap saat hidup kita ini.Patutkah untuk kita tidak sujud mengingati Allah sebagai tanda syukur kita kepada sang pencipta.?

Marilah kita 'membantuk' hati kita untuk menjadi hati yang sering mengingati Allah.Biarlah kehadiran Allah itu benar-benar dirasai di dalam hati kita.Kerna bila hati seseorang itu terletak-Nya kewujudan Allah,maka Allah pasti mengingati hamba-Nya dan sudah tentu hati manusia yang mengingati Allah,pasti jasadnya terpelihara daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Hati yang mengingi Allah pasti akan merasai ketenangan yang dihadirkan oleh Allah kepada hamba-Nya. Orang selalu kata berhibur itu mampu memberikan ketenangan,namun hakikatnya tidak.Ketenangan seperti itu hanya bersifat sementara,malah ianya akan menambah lagi kecelarutan dalam hidup satu saat nanti.Ketenangan yang dikecapi oleh insan yang mengingati Allah adalah berlainan dengan ketenangan yang dirasai oleh orang yang tidak mengingati Allah.Ketenangan yang dirasai dengan mengingati Allah itu amat berharga.

Marilah,sama-sama kita lazimi diri kita untuk sering 'menghadirkan' Allah dalam  kehidupan kita.Kita bina hati kita sebagai hati yang hidup dengan mengingati Allah.Lazimi diri kita untuk sering sujud kepada-Nya sebagai tanda syukur kita,lazimi diri kita luruskan niat atas setiap sesuatu hanya kerana Allah.Lazimi diri kita melaksanakan setiap sesuatu untuk mencari keredhaaan Allah Taala.Didik diri kita untuk sering hidupkan malam dengan qiamulalil,lazimi bibir kita untuk sering membaca ayat-ayat-Nya.

Semoga dengannya,kita mempu membentuk jiwa dan hati kita,hati yang sering mengingati Allah.Lidah yang basah bertasbih kepada-Nya,akal fikiran yang bersih dengan melihat kebesaran-Nya.