Halaman

Rabu, Jun 08, 2011

Dimana Akhlakku..?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~


Alhamdulillah


Syukur kepada-Nya kerana masih diberikan kekuatan untuk menulis di ruangan ini.Hari ini,saya ingin kongsikan serba sedikit ilmu yang saya dapat ambil dari KRIS KK lepas.


Akhlak.


Ya,akhlak.


Sewaktu mendengar kuliah dasar 3 yang disampaikan oleh Ustazah Suzana Binti Saman,berkenaan akhlak,saya tirfikir adakah akhlak saya selama ini akhlak yang Islam inginkan.? atau akhlak saya selama ini merupakan akhlak yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak mempunyai pegangan agama?


Pada permulaan ceramah yang diberikan,kami ditunjukkan dengan gambar golongan pondan.Akhlak teruji disini,adakah kita akan mengutuk,menghina,mencaci golongan seperti ini atau kita doakan agar mereka ini dapat hidayah Allah.


Tanya diri kita,adakah apabila kita melihat kemungkaran dihadapan mata kita,kita mendoakan untuk mereka agar diberikan hidayah oleh Allah.Adakah sewaktu kita melihat para remaja Islam sibuk hanyut dalam kelalaian duniawi ini,kita mendoakan mereka atau sebaliknya kita mengutuk perbuatan mereka dengan mencaci dan menghina.


Dimana akhlak kita.? Adakah kita mendoakan atau mengutuk golongan-golongan yang tersasar dari jalan agama-Nya.


Imam Al-Ghazali pernah berkata apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahuinya


Kita lihat saja akhlak baginda s.a.w.,bagaimana tinggi dan mulianya akhlak yang baginda s.a.w. tunjukkan kepada kita.Akhlak yang baginda tunjukkan itu sebenarnya untuk kita teladani dan untuk kita contohi.


Saya tertarik dengan kisah Rasulullah s.a.w. dengan seorang perempuan Yahudi.Bagaimana setiap hari Rasulullah melimpasi rumah Yahudi tersebut,pasti akan dibaling dengan kotoran dan benda-benda keras.Namun,Rasulullah tidak pernah menghina dan membalas perbuatan wanita yahudi itu.Sehingga satu waktu,dimana saat Rasulullah melimpasi rumah perempuan Yahudi tersebut, Rasulullah berasa hairan kenapa tiada wanita itu melontarkan najis pada hari ini.Lalu,baginda mendapat tahu bahawa perempuan Yahudi tersebut telah jatuh sakit,dan dengan ketinggian akhlak baginda s.a.w.,baginda s.a.w. melawat perempuan yahudi yang selama ini menyakiti Rasulullah,yang selama ini membaling kotoran najis kepada Rasulullah.Akhirnya,dengan akhlak yang baginda s.a.w. tunjukkan,perempuan Yahudi tersebut telah memeluk agama Islam.


Cuba kita tanya diri kita.Andai kita dalam situasi baginda s.a.w.,apakah yang bakal kita lakukan.? Sudah tentu kita akan menengking orang yang membaling najis kepada kita.Sudah tentu berlaku pergaduhan hebat.Sudah tentu kita tidak akan melawat orang yang membaling najis kepada kita itu bukan.?.


Bukan sekadar itu.Akhlak kita terhadap alam ini.Adakah kita sentiasa mengawasi diri kita untuk tidak membuang sampah merata tempat?.Ianya nampak kecil,tapi disini juga kita perlu punya akhlak,kerna kita adalah ISLAM.Akhlak Islam itu indah,maka ambillah untuk dijadikan sebagai panduan diri.


Aklah ini terbahagi kepada beberapa cabang.Antaranya akhlak kita dengan Allah s.w.t,akhlak kita kepada manusia lain dan akhlak kita terhadap makhluk sekeliling.


Islam telah mengariskan dan memberikan ikon untuk kita mencapai akhlak yang baik.Walaupun ikon kita yakni Rasulullah s.a.w. telah lama wafat,ketinggian akhlak baginda masih lagi diingati sehingga kita,hingga tertulis tentangnya di dalam Kalam Allah yang mulia.Sama-sama kita hayati makna-makna ayat-ayat Allah dan kita selami sirah Rasulullah dan sahabat,agar kita dapat mengambil pelajaran daripadanya.


Akhlak ini penting kerana kita adalah hamba Allah dan kita adalah Islam.Kita Islam,yang mana kita perlulah berbangga menjadi seorang Islam.Islam punya akhlak yang begitu indah.Tiada cacat cela. Akhlak Islam meliputi setiap sudut.


Maka,malulah kita kiranya selama ini akhlak kita didasari dengan benda lain.Malulah pada diri kita,dan malulah kepada Allah.


Sama-samalah kita teladani akhlak baginda s.a.w..Melahirkan akhlak Islam kerna hanya dengan Islam kita mulia.Islam tidak memerlukan kita,tapi kitalah yang memerlukan Islam.



Tiada ulasan: