Halaman

Khamis, Jun 09, 2011

Islamkah Aku..?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~


Islamkah Aku..??
Islam.

" Akidah + Syariat + Akhlak = Muslim "


Itulah formula mudah dalam menjadi seorang yang bergelar Islam.Tidaklah sesukar formula add math,tapi kadang-kadang masih ramai juga yang masih belum mampu mengimplikasikan formula ini sehingga banyak yang hanya bergelar muslim di kad pengenalan.

Ya bukan.

Hakikatnya,kita tidak mahu menjadi Islam hanya pada nama.Kita mahu bukan sahaja muslim,tapi mahu menjadi mukmin.Setiap kita adalah muslim,tapi tidak semua adalah mukmin.Betul bukan.?

Cuba kita soal kembali diri kita,adakah formula diatas telah kita sempurnakan atau belum.Adakah formula diatas telah kita ikut atau kita abaikan saja.Atau kita ambil sumber-sumber lain dalam membentuk diri kita.?

Aku Islam.Tapi adakah aku Islam sejati.? Aku Muslim.Adakah selama ini peribadiku menunjukkan seorang Muslim?.Aku Mukmin,adakah aku benar-benar mencapai tahap mukmin?

Sama-sama kita soal batin kita,kita jawab melalui hati dan fikiran.Tidak perlu ditayangkan jawapan,cuma jawab melalui hati kepada Tuhan yang Maha Mengetahui.


-Akidah


Akidah adalah asas utama atau prinsip utama dalam kehidupan seorang muslim.Ini kerana keyakinan dan keimanan kita perlulah dipusatkan hanya kepada satu yakni Allah s.w.t..

Kepercayaan kita selama ini biarlah tertumpu kepada Allah.Keimanan kita adalah yang utama.Sebab itu rukun Iman adalah utama atau dijadikan sebagai input sebelum diproses dengan rukun Islam.Kepercayaan kita memberikan kesan kepada yang seterusnya.Ini kerana,jika kita benar-benar kenal dan menyakini Allah,sudah tentu kita takut untuk melakukan maksiat kerna kita yakin Allah pasti menghukum kita di akhirat kelak.

Bagaimana dengan keimanan kita selama ini terhadap 6 rukun Iman yang wajib kita imani.Adakah kita sudah benar-benar beriman kepada semua itu dan beramal untuknya.Andai kita hanya mampu berkata kita beriman tanpa kita beramal dengannya,maka sia-sialah.

Percaya semata-mata tidak mencukupi.



-Syariat 


Syariat merupakan apa yang telah Allah tetapkan.Setiap suruhan Allah seperti solat,berpuasa,membayar zakat,menunaikan haji dan banyak lagi.

Jadi,adakah kita selama ini telah menjalankan syariat yang Allah inginkan.Kita perhatikan saja solat kita,adakah telah kushuk dan lengkap 5 waktu solat kita.?.Andai masih terdapat cacat cela,maka marilah sama-sama kita tuntut ilmu dalam memperbaikinya.

Ramai umat Islam hari ini mempermainkan syariat Allah.Ramai yang meninggalkan syariat Allah.

Lihat saja pemerintah Islam pada hari ini.Kononnya negara Islam,tapi syariatnya entah dimana.!
Kita juga perlu soal kembali batin kita,sudahkah kita selesaikan syariat yang Allah suruh.?Telah terlaksanakah atau terpeliharakah ibadah kita.

Syariat yang Allah turunkan bukanlah untuk menyusahkan hamba-Nya,tapi ini adalah kerana kasih sayangnya Allah.Sanggat tinggi cinta Allah kepada hamba-hamba-Nya.Syariat juga merupakan sesuatu yang mengindahkan Islam.

Syariat Islam itu menyeluruh.Tiada cacat cela walaupun sedikit.Jika kita bandingkan dengan agama lain,kita dalam lihat bagaimana aturan dalam kehidupan masyarakat beragama lain hanyalah tertumpu kepada aspek kerohaniaan semata-mata.Tidak seperti Islam,Islam yang Allah turunkan ini sempurna.Islam bukan sahaja berada di dalam masjid,tapi Islam itu menyeluruh ke segenap aspek.

Indahnya Islam.



-Akhlak

Rasanya,akhlak saya sudah suntuh pada kiriman sebelum ini.Berkenaan akhlak ini,sebagai seorang Islam, kita perlulah mempunyai akhlak yang Islam inginkan.

Ramai hari ini yang begitu bangga menyuarakan diri mereka adalah Islam,tapi akhlaknya entah dimana. Begitu beria-ia mengatakan cinta kepada Rasulullah,tapi sunnah baginda s.a.w. tidak pula diikuti.

Tanya diri kita. Dimana laungan bangga kita terhadap Islam dan kata-kata kita cinta Rasulullah..? Dimana.?

Saban tahun kita menyambut sambutan maulidur Rasul,sanggup mengikuti perarakan berkilometer,tapi setelah selesai perarakan,kembali kepada akhlak jahiliyyah.Ini peringatan buat diri saya sendiri yang selalu leka.

Jadi,pentingnya akhlak ini dalam menjadi seorang muslim.Kita sebagai Islam,patut berbangga dengan agama kita.Biarlah rasa bangga itu kita tunjukkan dengan perbuatan dengan menuruti suruhan Ilahi dan bukannya hanya bermain di bibir semata-mata.

Akhlak penting dalam menjadi seorang Islam.Akhlak akan membuatkan kita berbeza dalam masyarakat lain.

Penutup


Ini saja yang mampu saya huraikan.Kekurangan ilmu dalam diri untuk menghuraikan lebih lagi.Sebenarnya saya merasa saya tidak layak lagi untuk membicarakan tentang ini,tapi janji dan amanah untuk menyampaikan apa yang kita dapat mengerrakkan diri ini untuk menulis berkenaan ini pagi ini.

Jadi disini,Islam itu bukan hanya kita lafaz dibibir sahaja.Marilah kita menjadi Islam yang sejati.Kita aturkan kembali formula kehidupan kita.Kita lengkapkan formula kehidupan kita.

" Akidah + Syariat + Akhlak = Islam "

Binalah diri kita bersama Islam.

Islam apakah aku..?

---------------------------------------
*andai ada apa-apa kesalahan dalam penulisan ini mohon segera diberitahu

- Syukran -

2 ulasan:

ieyba berkata...

bna ya..x pat disangkal...

adakah Islam hanya pada nama?

sama-sama kita bangkit dan tegakkan ISLAM ya..

'tegakkan Islam dalam dirimu..nescaya akan tertegak Islam dibumimu'

bermula dengan individu!!

Nuruddin Bin Sabali berkata...

yup..InsyaAllah..smoga Allah permudhkan..:)