Halaman

Ahad, Jun 12, 2011

Kemiskinan Bukan Kehinaan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~

Kemiskinan
Jangan dikesali,kerna ia ujian Tuhan 

Beberapa hari lepas,sewaktu menontot television,akhir cerita tersebut ada seorang wanita yang menyampaikan konklusi berkenaan cerita tersebut.

"Kemiskinan bukan kehinaan,tapi ia adalah ujian Allah"


Kata-kata itu membuatkan diri ini terfikir untuk menulis dan berkongsi 'minda' untuk menulis dalam blog ini.

Hari ini,kalau kita lihat dimana-mana sahaja negara pasti mempunyai golongan-golongan yang dilihat kurang bernasib baik.Golongan yang kurang berkemampuan atau lebih mudah difahami golongan yang miskin. Sekalipun di negara Amerika,terdapat juga penduduknya yang miskin.Di Australia juga terdapat penduduk miskin.Apatah lagi di Filipina,Thailand,Afrika,Indonesia dan negara kita Malaysia.Hakikatnya,setiap negara di dunia ini,setiap pelosok dunia ini pasti ada saja golongan yang miskin.

Bagi golongan yang tergolong dalam golongan miskin ini,pasti ada yang merungut dengan kehidupannya dan ada juga yang redha dengan kehidupannya.

Kemiskinan bukan kehinaan.

Ya.Kemiskinan itu bukan satu kehinaan.Mungkin terdapat dalam diri sesetengah orang itu merasakkan bahawa mereka terhina kerana kemiskinan yang mereka hadapi.Malah,ada juga orang kaya yang takut miskin  kerana merasakan bahawa kemiskinan adalah satu kehinaan.

Ini merupakan pemikiran yang salah.Kemiskinan itu bukan satu kehinaan.Tapi kemiskinan itu adalah ujian Allah.Orang-orang yang melihat orang miskin adalah orang yang hina,maka mereka itu adalah hina daripada orang miskin itu.Perlu juga kita ketahui bahawa,Allah sama sekali tidak memandang 'wajah zahir' kita.Tapi Allah melihat 'wajah batin' kita.Allah melihat hati dan taqwa kita.

Ini terdapat dalam sabda baginda s.a.w.


"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada panampilan dan harta benda kalian.Akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amal kalian"

Inilah yang mana masyarakat kita hari ini alpa.Begitu banyak orang-orang yang telah diberikan kesenangan oleh Allah dengan angkuhnya melihat orang yang kurang bernasib baik dengan pandangan yang hina dan dengan merendahkan martabat mereka.

Tapi,ketahuilah bahawa kemiskinan yang dihadapi itu bukanlah satu kehinaan.Ianya adalah satu ujian daripada Allah.Terimalah kemiskinan itu sebagai satu ujian kehidupan bukannya sebagai satu kehinaan.Siapa kita hendak mempertikaikan ketentuan Allah.

Biar dipandang hina dimata manusia,jangan sampai di pandang hina di hadapan Allah.


Kemiskinan itu ujian Ilahi

Ramai yang melihat kemiskinan itu sebagai satu kegagalan dalam kehidupan.Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemiskinan itu mungkin kegagalan dalam kehidupan kalau seseorang itu lansung tidak berusaha untuk memajukan diri sendiri dan terus ingin berada di tangkuk lama.

Ketahuilah,bahawa kemiskinan juga adalah ujian daripada Allah

Allah ada berfirman yang bermaksud

"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji’uun"
(Surah Al-Baqarah :155-156)


 Jadi,kemiskinan itu merupakan ujian dari Allah dan bukannya satu kehinaan.

Dan perlu kita ingat bahawa,martabat kita adalah sama disisi Allah.Miskin dan kaya adalah satu taraf yang sama di pandangan Ilahi.Cuma pandangan manusia yang selalu tertipu dengan mengatakan bahawa  terdapat perbezaan taraf antara miskin dan kaya.

Firman-Nya yang bermaksud

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Surah Al-Hujurat : 13)


Tiada ulasan: