Halaman

Jumaat, Oktober 26, 2012

'Short Diary'

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~ Salam UkhuwahFillah~ 

Alhamdulillah . 
Syukur kepada-Nya kerana diberikan kekuatan sekali lagi untuk menjengah ke blog ini yang dah lama juga tak terusik . 

Huh.. Rupa-rupanya lama jugak teratak ni dah terbiar , kalau labah-labah boleh bersarang, rasanya penuh dengan sawang dah teratak ni. Huhu. Teringat sekali hari tu ada seorang lelaki add aku kat Facebook dan tanya kenapa lama tak update blog . Huhu , rupa-rupanya ada jugak peminat blog ni, Terima Kasih diucapkan..! ;)  

Tapi, apa-apa pun ,kali ni aku ada nak kongsikan dengan pembaca-pembaca sekalian. Nak share kisah-kisah sebagai mahasiswa di Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia . :) 

'CFS = Centre for Foundation Studies'
Yeah ..! 

Sedar tak sedar dah satu semester aku belajar di 'Taman Ilmu dan Budi' ni. Baru je balik Miri semalam dan baru je habis Final Exam .. Huhu (doakan moga berjaya ye) . 

Setiap orang pasti mempunyai kisahnya tersendiri bila mana mereka berada dalam institusi pendidikan kan. ? Sedangkan disekolah pun 1001 kisah dah ada.. jadi entah menjadi ke berapa ribu kisah dah aku ada sekrang ni.. Haha . Rasanya kalau nak di buat novel kalah kot novel-novel Hilal Asyraf .. :P 


Ukhuwah Fillah .


Sebelum tu , aku nak kenalkan semua roommate aku yang aku sayang .. ^_^ 

1) Luqman
2) Amir Aizuddin ( Amir Panjang ) 
3) Ashraf ( Acap )
4) Akid 
5) Faiz
6 Amir Nabil ( Amir Boh )
7) Amirul Hakim ( Mirul )
8) Hafiz Ayob 
9) Adlin 
10 ) Solehuddin Al-Ayyubi ( Soleh ) 

Fuyoo..! Ramainya roommate aku .. Heheh , alhamdulillah, kami dibahagikan dengan 4 bilik di dalam satu 'rumah'.. Macam apartment la kiranya .. :D 

Teringat akan kata-kata Luqman sewaktu makan ramai-ramai sebelum mereka (Luqman,Hafiz,Amirul) balik bercuti. 

" Tak pe , nanti kita jumpa kat syurga " . 

" Ameen " - Semua . 

Allahu Rabbi . Terharu rasa hati mendengarnya, melihat betapa pentingnya kita dalam membina tali persahabatan ini diatas dasar keimanan kepada Allah dan untuk mendapatkan rahmat serta kasih dari-Nya.

Keindahan bersahabat kerana Allah ini hanya akan dirasai oleh mereka-mereka yang membinanya. Bezanya bersahabat yang biasa-biasa kerana bersahabat kerana Allah akan melahirkan yang luar biasa. :) 

Teringat kisah bersama mereka , bila bangun subuh saling kejut kawan-kawan, makan suap-suap , baring satu bantal , tidur satu tilam , solat jemaah sama-sama , jadi imam , tolong-menolong , angkat pakaian kawan , usrah dalam bilik bila habis maghrib , keluar sama-sama dan macam-macam lagi yang dilakukan bersama
 ( kecuali mandi la ye .. ) Hahah

Kadang-kadang gelak sama-sama , sedih pun sama-sama , bila salah seorang tak tahu sesuatu, ramai yang sedih membantu, bila salah seorang sakit, ramai yang prihatin, bila salah seorang lapar,masing-masing sedia kongsi makanan . Allah . Terasa bertuah sangat bila duduk disamping mereka . Terima kasih sahabat..! :)

Apa yang aku belajar dari mereka terlalu banyak , mengajar aku erti bersederhana dan menerima seseorang itu sebagai teman sekalipun dia tidak punya harta dan rupa. Moga kami termasuk dalam golongan yang menerima naungan-Mu di akhirat kelak Ya Allah .. :'( 

Mungkin belumlah cukup persahabtan kami ini sampai tahap tertinggi ukhuwah Fillah itu, namun InsyaAllah kami akan sama-sama membina tali persahabatan ini kearah apa yang Allah redha. InsyaAllah .. :) 


Mereka yang disayan.. ^_^
Amir Panjang (Kiri), Amirul Hakim , Faiz dan Acap..


Luqman . ^_^
Hafiz Ayob ^_^

Ini mereka. Walaupun tak semua ada dalam ni, cukuplah mereka ni je.. Hahah
 Mereka ni banyak membantu dan sedia dengar cerita-cerita aku dan saling sama-sama kongsi cerita terutama si Faiz.. :) Hhehe 

InsyaAllah, akan sama bilik hingga semester III.. :)


Kehidupan Kami ..

Yeah ..! 

Sejak masuk UIA ni, rasabila belajar tu dah lain seperti time sekolah dulu. Kalau time sekolah boleh di katakan aku kadang-kadang tidur masa cikgu mengajar, kat rumah nak belajar tu memang susah nak nampak la.. Haha , tapi bila dah masuk UIA ni , perubahan dah ada. Hehe , mula fokus dalam kelas dan study setiap malam. 

Itulah yang sepatutnya. tiada masa nak main-main dalam kelas dengan tugasan yang banyak dengan assigment,kuiz,presentation,homework lagi,exam lagi.. Huh.. 

Berusahalah semampu boleh. Jangan main-main.. ! Haha

Eh.. bukan aku cakap hidup mahasiswa ni hanya asyik ke kelas dan study.. No..! Enjoy jugak ye..! :D 

Malam habis study tu kadang-kadang masa tengok movie.. outing sama-sama.. main-main.. Hahah . kalau 24 hours depan buku susah jugak kan.. ;) Teringat kisah time tengok movie time seorang roommate keluar ambik air je, tapi si Faiz pergi kunci pintu bilik.Disebabkan sound effect yang gempak macam cinema, si Acap ketuk bilik pun dah tengar. Sampai nak habis cerita kami tengok baru tahu dia kat luar.. Hahah. Kesian dengar cerita dia, setiap 5 minit dia pergi ketuk pintu tapi tak da yang bukak .. Hahha
and hujung minggu memang akan order McDelivery.. :)

Hidup kami pun gila-gila jugak. Haha, kadang-kadang sampai tersembur jugak air dalam mulut dengan telah masing-masing . Dengan trademarknya, 'Ramadhon' ... Hahah 

Hidup ini memang anugerah, jadi jalani hidup ini dengan melakukan yang terbaik..! :) 


Penutup : 

Alhamdulillah. Panjang jugak aku mencarut kat sini eh.. Hahha

Tak pe, moga-moga ada bermanfaat untuk semua. InsyaAllah . Apa-apa pun , kehidupan ini satu anugerah dari-Nya dan antara nikmat paling besar Allah kurniakan adalah berada disamping mereka-mereka yang dekat dengan-Nya. :) 

Alhamdulillah . Rezki dapat masuk CFS, IIUM , terima kasih Allah ..! :) 

Syukuri apa yang kita ada. ! Moga Allah Redha . 





Persiapan akhir sebelum turun ke medan jihad ilmu..! :)

My Table..!! =)

Ok.. Bye..
Eh, jap.. 
Selamat Hari Raya Aidiladha.. ! ;)

Assalamualaikum .. :)






Jumaat, Jun 15, 2012

Coretan di CFS IIUM


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~ 


Centre for Foundation Studies
International Islamic University Malaysia

Alhamdulillah .
Selawat & salam diucapkan kepada junjungan mulia kekasih Allah ,Muhammad saw serta ahli keluarganya dan sahabat2nya yang mulia .

Syukur kerana telah diberikan kesempatan masa dan kekuatan untuk jari ini terus menari-menari di atas papan kekunci ini memberikan sesuatu untuk dijadikan bahan bacaan anda .. ^^
Moga setiap tulisan ini membawa manfaat dan mendapat redha-Nya .. Ameen .. :)

Alhamdulillah ,
Hari ini 15.06.2012 merupakan Jumaat yang ke-2 saya berada di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia .
Tidak menyangka besarnya akan rezki Allah sehingga terpilih menjadi salah seorang pelajar di UIAM ini .
Menurut keterangan yang disampaikan oleh pihak universiti, sebanyak 200 +++ (ratus ribu) jumlah pemohon ke UIAM ,tapi hanya sebanyak 5+++ sahaja yang layak .

Tiada kata lain yang layak diucapkan melainkan ucapan tahmid kepada-Nya .. Alhamdulillah .


Biah Solehah

Alhamdulillah , kalau hendak menceritakan tentang suasana/keadaan di CFS IIUM ,memang ianya satu yang berlainana dari universiti yang lain . Biah Solehah merupakan suasana yang menenangkan dimana environment Islamik yang melanda bumi CFS IIUM ini , keadaan palajarnya yang menutup aurat disetiap tempat , bersukan dengan cara Islami , dan banyak lagi yang tidak akan dapat di tempat lain .. Hehe

Bagi saya suasana Islami adalah satu suasana yang 'bernilai' dan diperlukan di dalam institusi pendidikan dan ianya perlu diperluaskan di dalam masyarakat hari ini .

CFS IIUM banyak mengajar di mana setiap pelajar diingatkan tentang ikhtilat (hubungan lelaki & perempuan) dan disini terdapat banyak majlis ilmu , poster-poster dakwah , dan bila anda berjalan-jalan dalam kawasan CFS ni anda pasti akan melihat papan tanda Islami seperti ucapan zikir & peringatan .. bolehlah sambil jongging , sambil berzikir dan ingat Allah .. ^_^

Perasaan Bila ke CFS IIUM ..?

Huhu .. Apa yang hendak saya katakan eh ..? Haha

Syukur sangat-sangat bila terpilih menjadi pelajar di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini .

Sewaktu meninggalkan bumi Miri,Sarawak untuk ke Kuala Lumpur ,hati ini merasa begitu teruja untuk memijakkan kaki ke IIUM ini ..hahah ,sehingga ketika di dalam teksi (sewaktu otw ke CFS) kepala asyik mencari-mencari dimanakah CFS ni ..Hahaha



Kedatangan seorang diri ke sini merupakan satu yang saya tidak suka .. :( ..haha
Memandangkan ayah sedang berada di Amsterdam ,jadi mak saya tidak dapat menghantar saya sewaktu pendaftaran ..Huhu (sedih siot) ..

Sedihnya bila masa pendaftaran , (betul2 nak mengalirkan air mata masa tu) bila menanti giliran pendaftaran sambil melihat ramainya yang datang dan melihat ibu bapa pelajar lain yang hadir sekali .. Huhu 
Dalam hati berkata "Ya Allah ,mesti mak ngan ayah seronok kalau dapat bersama-sama hari ni" ..
Tapi ,apa boleh buat ,kehidupan kena diteruskan untuk sentiasa berusaha sendiri . ! .. Yeah ..! :D

Apa yang seronoknya juga ialah dapat duduk kat Mahallah Fatimah Az Zahra [FZC].. Yeah ..! (nama Mahallah perempuan,tapi lelaki yg duduk) ..haha
Syukur ,akhirnya dapat tempat yang memang di impikan.. Haha , FZC memang best ..tak macam Mahallah Abu Bakar [ABC] dan Mahallah Umar Khattab [UKC] .. haha , FZC macam apartment pun ada ,terdapat 4 bilik (1 bilik 4 org/3 bilik 2 org) dan ada 2 tandas sekali dan terdapat tempat menyidai pakaian dan balconi ..Huhu  ,tapi FZC adalah mahallah yang paling jauh diantara Mahallah yang lain ..tak banyak facilities seperti cafe ,kiosk, dan lain ..tapi ada tempat pinjam fixie untuk round-round dalam cfs .. haha
Memang syok .. Hidup macam berkeluarga pula kami disini ..Riuh rendah di dalam rumah ini ..saling kejut kawan-kawan untuk bangun subuh ..solat berjemaah sama-sama .. baca quran .. main game .. bersukan ..makan ..cerita hantu sama-sama ..nyanyi sama-sama ..dan banyak lagi ..Hahaha
Best dapat jumpa kenalan dari Kelantan,Melaka,Johor,KL,Negeri Sembilan .. :

Moga Allah pelihara ukhuwah kami .. :)


Exam ..! 

Yeah ..! mungkin EXAM adalah yang paling ramai orang tidak suka .. Hehe .. tapi bila anda masuk CFS IIUM ,minggu Ta'aruf (minggu orentasi) dan ada exam yang disediakan .. 
EPT - English Placement Test
APT - Arabic Placement Test
TeNT - Tilawah Entrance Test
FKT - Fundamental Knowledge Test

Amacam ..? ada brani ,..? Haha 

Alhamdulillah ,dapat keptusan band 5 untuk EPT dan semestinya Level 1 untuk APT .. untuk TeNT pula kena masuk kelas Tilawah ( ada juga Study Circle, Fadhu'Ain) ..

Tak sabar nak mulakan kelas ..
Untuk students Human Science ,bila EPT dapat band 5 dan ke atas ,jadi tempat pengajian cuma 1 tahun lebih .. dan boleh terus masuk kelas dan belajar core course untuk HS .. Tapi bila dapat EPT band 4 dan ke bawah ,jadi kena masuk kelas bahasa dulu baru boleh masuk kelas untuk belajar core course untuk HS .. 

Kenapa ..? Sebab semua pembelajaran di CFS adalah dalam bahasa English ..

So,kena buat yang terbaik untuk EPT & APT (menentukn tempat pengajian di CFS) ..
Untuk APT ,kalau yang memang tak da basic Arab macam saya ..haha ,boleh je tinggalkn kertas tu kosong ... ^^  Sewaktu exam,masih ingat saya tidak buat apa-apa ..kertas tu bersih dan keluar awal dari bilik peperiksaan setelah 30 minit masa pertama .. Hahha .. bukan saya sorang tau ,ada lagi pelajar2 lain .. Banyak yang keluar ..hahahaha ..Btw ,jangan risau sebab nanti akan belajar arab dari basic .. Yes ..! 

CFS mengajar jadi Mat Salleh dan Pak Arab ..kah3 ..


Penutup 

Alhamdulillah .
Syukur lagi kepada-Nya ,walaupun hakikatnya ucapan ini tidak cukup hendak dibandingkan dengan nikmat yang telah diterima .. 

" UIA bukan tempat orang baik-baik ,tapi UIA tempat orang nak jadi baik" ..-Shamiel Fikri (Senior,LAW)

Huhu ,suka akan kata-kata itu ...

Yes ..! UIA bukan tempat orang baik-baiik ,tapi tempat orang nak jadi baik ... Siapkan diri anda untuk ditarbiyyah bila masuk ke sini .. :)
InsyaAllah, anda bakal menjadi seorang yang cemerlang dunia dan akhirat ..

The Gateway to Garden of Knowledge and Virtue ..! 

...
Lets join us at CFS IIUM .. :)

Kenangan bersama sahabat semasa malam
 "Welcoming & Bai'ah Ceremony"


Khamis, Mei 24, 2012

Kenangan di ITP


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~ Salam UkhuwahFillah ~ 


No rumah ..
Rindu geng dalam rumah ini ..Haha

Alhamdulillah .
Huh ..berbulan2 sudah tak mengupdate blog ini rupanya ..Hoho  .. Sampai ada yang bertanya " Lama x update blog " ..Haha ,btw,tak sangka pula ada pembaca yang mengikuti perkambangan blog ini .
Syukur ,moga setiap penulisan disini mendapat keberkatan Allah swt & bermanfaat buat diri saya sendiri dan  anda yang sedang membaca .. =)

Ok .
Alhamdulillah ,blog ini dengan wajah baru setelah lama terbiar ,saya ingin menukarkan sedikit 'rupa paras' kerana saya sudah bosan dengan yang lama ..Haha . Harap yang baru ini lebih simple dan menyenangkan .

Berkenaan dengan tajuk ,mesti ada yang bertanya2 apa ITP ..? Ok,ITP adalah Intitut Teknologi Pertama dibawah bumbung Legenda Education Group yang terletak di Negeri Sembilan .

Pada bulan lepas saya telah menjejakkan kaki ke ITP untuk menyambung pembelajaran dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal . Pertama kali sampai disana,memang seronok sebab sekitarnya yang ok dan pastinya apartment pelajar yang selesa .. Haha

Namun ,setelah menduduki orentasi selama 3 minggu , menduduki peperiksaan International English Language Testing Syestem (IELTS) dengan cuma mendapat Band 5 ,dan telah mula memasuki kelas , akhirnya keptusan dibuat untuk keluar dari tempat itu .

Kenapa ..?

Sebab mendapat tawaran untuk belajar ke Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia . Yahh ..! pada mulanya sangat susah membuat keptusan untuk keluar atau tidak ..Berhari-hari memikirkan keputusan yang harus diambil . Mesej orang itu ..Mesej orang ini .. cari di google pasal itu ..cari di google pasal ini ... Cari kelebihan itu ..cari kelebihan ini ...

Alhamdulillah , saya telah membuat keputusan keluar dari ITP dan memilih untuk ke UIAM . ^_^

Namun ,dalam pengurusan keluar saya terpaksa berjumpa dengan orang2 di pejabat dan berjumpa orang itu ,orang ini untuk meminta tandatangan untuk borang keluar . Macam2 yang saya dapat setelah mereka tahu saya akan ke UIA . Ada yang tanya " apa yang kau nak jadi ambik Human Science ni ..? kalau kau kat sini dah nampak dah habis belajar jadi engineer ."  Ada lagi " Apa kamu dapat dengan Human Science ..? kamu akan menyesal nanti ..! saya pasti,kamu akan menyesal ..! "

Namun ,saya cuba tidak endahkan kata-kata mereka ,dan senior saya ada kata " Mereka tu nak duit kau saja ,sebab tu tak suruh kau keluar " ..

Namun ada pula yang menyokong " dapat UIA ..? Bagus, kakak pun dari UIA,pergilah .." . " Wah ,dapat UIA ,bagus tu ,pergi je .."

Huh ..pada saya ,kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing .Memang di ITP ,sijilnya orang kata berharga sebab dari Conventry University dan programnya adalah program dari UK . Jadi engineer, bukan cuma boleh bekerja di Malaysia,tapi boleh bekerja sampai ke luar negara seperti ke Dubai , Brunei ,dan banyak lagi negara-negara Komenwel .

Ada yang kata rugi saya keluar ,walaubagaimanapun ,saya yakin akan rezki dari Allah . Ustaz saya pernah kata kat saya " kalau kita jaga hak Allah ,Allah akan jaga hak kita " .. Jadi ,apa yang perlu saya lakukan dalam hidup ini adalah dengan sentiasa jaga hak Allah ,dan pasti Allah juga akan jaga hak kita.

Namun ,apa-apa pun perjalanan ini masih jauh ..Perlu untuk ditempuh dengan baik dan bijaksana . InsyaAllah , perjalanan selepas ini lebih baik . Pusat Asasi Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan ku duduki . Alhamdulillah .  =)
Doakan perjalanan saya selepas ini ..! ;)
Jum tengok gambar2 kenangan di ITP .. Hoho
...
Ruang Makan 

Ruang Tamu + housemate ..Haha

Meja study yang baru sebanyak 6 buah untuk serumah ..
telah dijadikan 2 buah darinya sebagai meja makan ..hahha

View from our apartment

....


Dapur

Taman tempet main futsal ..badminton .. sepak takraw ..
tempat lepak sampai tgh mlm .. =)

Pokok besar .. ! 

Lobby 


------------
International Islamic Univeristy Malaysia (IIUM)


PUSAT ASASI IIUM




Ahad, Mac 11, 2012

Abdullah Bin Abbas :Muda Usianya,Luas Pengetahuannya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~

Kesungguhan Menuntut Ilmu
Alhamdulillah.
Moga2 anda semua dalam keadaan sihat dan dalam limpahan kasih sayang Allah Taala.
---
Hmm,rasanya dah lama tak update blog.Kalau labah-labah boleh masuk,mesti dah bersawang blog ni.Apa-apa pun,syukur kepada Allah kerana dengan rahmat dan kekuatan dari-Nya saya kembali untuk menulis di teratak ini.

Oklah,kita teruskan kepada perkara yang ingin saya kongsikan iaitu berkenaan seorang tokoh Islam iaitu Abdullah Bin Abbas iaitu seorang yang muda usianya namun luas ilmunya.

SubhanAllah,membaca kisahnya walaupun sedikit membuatkan saya tertarik untuk berkongsi bersama anda kerana kisahnya boleh kita jadikan motivasi dan pengajaran buat kita dalam menuntut ilmu.
Apa yang menariknya tentang Abdullah Bin Abbas ini adalah kegigihannya dalam menuntut ilmu bermula pada usia muda lagi

Salah satu ceritanya ialah bagaimana dia ingin mengetahui cara bagaimana Rasulullah saw bersolat.Lantas Abdullah Bin Abbas sengaja menginap di rumah ibu saudaranya iaitu Maimunah binti Harits,isteri Rasulullah saw.Sepanjang malam dia berjaga menanti Rasulullah untuk menunaikan solat.Selepas itu,dia terdengar Rasulullah bangun dan dengan segera Abdullah keluar untuk menyediakan air wudhuk untuk baginda saw. Baginda berasa kagum dan bangga dengan Abdullah dan segera mendekatinya.Baginda mendekati Abdullah dan membelai lembut rambutnya sambil berdoa "Ya Allah,luaskanlah pengetahuannya dalam agama-Mu,dan ajarkanlah dia tafsir kitab-Mu"

Keakrabannya dengan Rasulullah begitu erat sehingga pada ketika wafatnya Rasulullah saw,beliau benar-benar merasa kehilangan.Abdullah bin Abbas kehilangan pujaannya.Tiada lagi yang menjadi penghibur kepedihannya di malam dingin yang gelap dengan senyuman dan doa yang sejuk tiada tandingan.

Abdullah bin Abbas tidak membiarkan keadaan lemah itu berpanjangan,dia segera bangkit dari kesedihannya,iman tidak boleh diberikan terus layu.Meskipun Rasulullah telah tiada,semangat jihad tidak boleh berkurangan.Ibnu Abbas meneruskan usahanya dalam menuntut ilmu.

Abdullah Bin Abbas meneruskan usahanya dalam menuntut ilmu pengetahuan,dia akan bertanya apa sahaja yang beliau ingin tahu kepada orang-orang yang lebih dewasa darinya.Beliau mengetuk satu pintu ke pintu yang lain.Kadang-kadang beliau terpaksa tidur di luar rumah kerana mereka sedang istirehat di dalam rumah.Tetapi alangkah terkejutnya mereka apabila melihat Abdulullah sedang tidur di hadapan pintu.

"Wahai anak saudara Rasulullah,kenapa tidak kami sahaja yang menemui kamu ..?"tanya para sahabat,
"Tidak,akulah yang mesti mendatangi kamu,"kata Abdullah tegas.

Demikianlah kehidupan Ibnu Abbas,dia membesar menjadi seorang pemuda yang mempunyai ilmu dan pengetahuan luas.Tingginya ilmu yang dimiliki tidak seimbang dengan usianya sehingga ada orang yang bertanya, "Bagaimana kamu mendapatkan ilmu ini wahai Ibnu Abbas..?"

Ibnu Abbas menjawab "Aku ada lidah dan aku gemar bertanya dengan akal dan suka berfikir"

Ketinggian ilmu yang ada padanya menyebabkan dia kerap menjadi sahabat dan lawan berdiskusi para sahabat senior yang lain.Umar bin Khattab misalnya selalu memanggil Ibnu Abbas untuk turut serta dalam sebuah majlis.Pendapat-pendapatnya selalu didengar kerana ilmunya yang tinggi,sehinggakan Amirul Mukminin kedua itu memanggil Ibnu Abbas dengan panggilan "pemuda tua"

Pada zaman Khalifah Usman,Ibnu Abbas mendapat tugas untuk pergi berjihad ke Afrika Utara.Bersama-sama pasukan dalam pimpinan Abdullah bin Abi Sarh,dia berangkat sebagai mujahid dan juru dakwah. Semasa era kepimpinan Ali bin Ali Talib,dia turut menawarkan diri sebagai utusan yang akan berdialog dengan kaum Khawarij dan berdakwah kepada mereka.Sehinggakan usahanya itu berjaya menyebabkan lebih dari 15,000 orang menerima seruan Allah untuk kembali ke jalan yang benar.Pada usianya yang ke-71, Allah telah memanggilnya.Waktu itu umat Islam benar-benar kehilangan seseorang yang berpengetahuan luar biasa.

Bagi menggambarkan kehilangannya,Abu Hurairah berkata "Hari ini telah meninggal dunia seorang ulama umat"

-----------------------------------

SubhanAllah,
Itulah sedikit kisah Abdullah Bin Abbas yang mana membuatkan saya menjadi malu pada diri sendiri dan malu pada Ibnu Abbas.

Setelah membaca kisahnya,saya terdiam dan berfikir hebatnya insan yang bernama Abdullah Bin Abbas ini. Adakah lagi anak muda hari ini yang mempunyai semangat dan kegigihan yang tinggi dalam menuntut ilmu sepertimana Ibnu Abbas ...?
Adakah lagi anak muda hari ini yang sanggup mengetuk rumah ke rumah untuk mendapatkan ilmu ..?

Saya berani untuk mengatakan bahawa hari ini,dalam kemajuan dunia hari ini dengan teknologi-teknologi yang tersedia hari ini,tidak ada anak-anak muda yang mempunyai semangat & kegigihan sepertimana Abdullah bin Abbas menuntut ilmu.

Oleh itu,marilah kita sama-sama bina peribadi kita agar kita mampu mencintai ilmu sebagaimana cintanya Abdullah bin Abbas ini kepada ilmu pengetahuan.

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang kisah ini,tapi saya harap kita sama-sama fikir sejauh mana kegigihan kita dalam menuntut ilmu Allah ini.

Bacalah kembali kisah Ibnu Abbas itu.

Semoga Allah memberi satu lagi penggantinya ...Amin Ya Rabb ...

Sekian..Wassalam.