Halaman

Ahad, Mac 11, 2012

Abdullah Bin Abbas :Muda Usianya,Luas Pengetahuannya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~

Kesungguhan Menuntut Ilmu
Alhamdulillah.
Moga2 anda semua dalam keadaan sihat dan dalam limpahan kasih sayang Allah Taala.
---
Hmm,rasanya dah lama tak update blog.Kalau labah-labah boleh masuk,mesti dah bersawang blog ni.Apa-apa pun,syukur kepada Allah kerana dengan rahmat dan kekuatan dari-Nya saya kembali untuk menulis di teratak ini.

Oklah,kita teruskan kepada perkara yang ingin saya kongsikan iaitu berkenaan seorang tokoh Islam iaitu Abdullah Bin Abbas iaitu seorang yang muda usianya namun luas ilmunya.

SubhanAllah,membaca kisahnya walaupun sedikit membuatkan saya tertarik untuk berkongsi bersama anda kerana kisahnya boleh kita jadikan motivasi dan pengajaran buat kita dalam menuntut ilmu.
Apa yang menariknya tentang Abdullah Bin Abbas ini adalah kegigihannya dalam menuntut ilmu bermula pada usia muda lagi

Salah satu ceritanya ialah bagaimana dia ingin mengetahui cara bagaimana Rasulullah saw bersolat.Lantas Abdullah Bin Abbas sengaja menginap di rumah ibu saudaranya iaitu Maimunah binti Harits,isteri Rasulullah saw.Sepanjang malam dia berjaga menanti Rasulullah untuk menunaikan solat.Selepas itu,dia terdengar Rasulullah bangun dan dengan segera Abdullah keluar untuk menyediakan air wudhuk untuk baginda saw. Baginda berasa kagum dan bangga dengan Abdullah dan segera mendekatinya.Baginda mendekati Abdullah dan membelai lembut rambutnya sambil berdoa "Ya Allah,luaskanlah pengetahuannya dalam agama-Mu,dan ajarkanlah dia tafsir kitab-Mu"

Keakrabannya dengan Rasulullah begitu erat sehingga pada ketika wafatnya Rasulullah saw,beliau benar-benar merasa kehilangan.Abdullah bin Abbas kehilangan pujaannya.Tiada lagi yang menjadi penghibur kepedihannya di malam dingin yang gelap dengan senyuman dan doa yang sejuk tiada tandingan.

Abdullah bin Abbas tidak membiarkan keadaan lemah itu berpanjangan,dia segera bangkit dari kesedihannya,iman tidak boleh diberikan terus layu.Meskipun Rasulullah telah tiada,semangat jihad tidak boleh berkurangan.Ibnu Abbas meneruskan usahanya dalam menuntut ilmu.

Abdullah Bin Abbas meneruskan usahanya dalam menuntut ilmu pengetahuan,dia akan bertanya apa sahaja yang beliau ingin tahu kepada orang-orang yang lebih dewasa darinya.Beliau mengetuk satu pintu ke pintu yang lain.Kadang-kadang beliau terpaksa tidur di luar rumah kerana mereka sedang istirehat di dalam rumah.Tetapi alangkah terkejutnya mereka apabila melihat Abdulullah sedang tidur di hadapan pintu.

"Wahai anak saudara Rasulullah,kenapa tidak kami sahaja yang menemui kamu ..?"tanya para sahabat,
"Tidak,akulah yang mesti mendatangi kamu,"kata Abdullah tegas.

Demikianlah kehidupan Ibnu Abbas,dia membesar menjadi seorang pemuda yang mempunyai ilmu dan pengetahuan luas.Tingginya ilmu yang dimiliki tidak seimbang dengan usianya sehingga ada orang yang bertanya, "Bagaimana kamu mendapatkan ilmu ini wahai Ibnu Abbas..?"

Ibnu Abbas menjawab "Aku ada lidah dan aku gemar bertanya dengan akal dan suka berfikir"

Ketinggian ilmu yang ada padanya menyebabkan dia kerap menjadi sahabat dan lawan berdiskusi para sahabat senior yang lain.Umar bin Khattab misalnya selalu memanggil Ibnu Abbas untuk turut serta dalam sebuah majlis.Pendapat-pendapatnya selalu didengar kerana ilmunya yang tinggi,sehinggakan Amirul Mukminin kedua itu memanggil Ibnu Abbas dengan panggilan "pemuda tua"

Pada zaman Khalifah Usman,Ibnu Abbas mendapat tugas untuk pergi berjihad ke Afrika Utara.Bersama-sama pasukan dalam pimpinan Abdullah bin Abi Sarh,dia berangkat sebagai mujahid dan juru dakwah. Semasa era kepimpinan Ali bin Ali Talib,dia turut menawarkan diri sebagai utusan yang akan berdialog dengan kaum Khawarij dan berdakwah kepada mereka.Sehinggakan usahanya itu berjaya menyebabkan lebih dari 15,000 orang menerima seruan Allah untuk kembali ke jalan yang benar.Pada usianya yang ke-71, Allah telah memanggilnya.Waktu itu umat Islam benar-benar kehilangan seseorang yang berpengetahuan luar biasa.

Bagi menggambarkan kehilangannya,Abu Hurairah berkata "Hari ini telah meninggal dunia seorang ulama umat"

-----------------------------------

SubhanAllah,
Itulah sedikit kisah Abdullah Bin Abbas yang mana membuatkan saya menjadi malu pada diri sendiri dan malu pada Ibnu Abbas.

Setelah membaca kisahnya,saya terdiam dan berfikir hebatnya insan yang bernama Abdullah Bin Abbas ini. Adakah lagi anak muda hari ini yang mempunyai semangat dan kegigihan yang tinggi dalam menuntut ilmu sepertimana Ibnu Abbas ...?
Adakah lagi anak muda hari ini yang sanggup mengetuk rumah ke rumah untuk mendapatkan ilmu ..?

Saya berani untuk mengatakan bahawa hari ini,dalam kemajuan dunia hari ini dengan teknologi-teknologi yang tersedia hari ini,tidak ada anak-anak muda yang mempunyai semangat & kegigihan sepertimana Abdullah bin Abbas menuntut ilmu.

Oleh itu,marilah kita sama-sama bina peribadi kita agar kita mampu mencintai ilmu sebagaimana cintanya Abdullah bin Abbas ini kepada ilmu pengetahuan.

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang kisah ini,tapi saya harap kita sama-sama fikir sejauh mana kegigihan kita dalam menuntut ilmu Allah ini.

Bacalah kembali kisah Ibnu Abbas itu.

Semoga Allah memberi satu lagi penggantinya ...Amin Ya Rabb ...

Sekian..Wassalam.

Tiada ulasan: