Halaman

Ahad, April 28, 2013

KLIBF '13

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~ Salam UkhuwahFillah ~


Alhamdulillah ,
Syukur semalam berkesempatan keluar dari CFS ni untuk merayau-rayau di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ngan Times Square bersama sahabat Aliff Rafiuddin .. :D

Ini first time aku berpeluang ke KLIBF ni setelah niat masa form 5 dulu tak kesampaian .. :/

Datang sana dalam jam 11 pagi dan .. perghhh... ramainya manusia....!! Terutama dalam area PTS ...
Jalan padat dah macam sardin dalam tin.. Jadi , aku ambik keputusan untuk memudahkan pencarian buku dengan bukak FB Hilal Asyraf dan tengok senarai buku dan booth penerbit. Jadi, senang la nak bergerak..

Akhirnya , jumpa buku Relasi ngan Takdir 2 ... Fuhh .. Diskaun baik punya.. Bagi students, jangan lupa bawak kad matrik untuk dapat 5% diskaun tambahan.. Jadi, boleh dapat diskaun 20% la.. :)

Mak cik semalam siap tanya lagi nak pinjam kad student ktorang.. HAHAHA...

Semalam jumpa ngan Hilal Asyraf dan Ustaz Syaari ... :)

Hilal Asyraf 
Kat area PTS jugak , dengar cerita boleh dapat Quran free kat Pavilion Kingdom of Saudi Arabia.. Semalam pergi dapat kurma je.. Tak tau pulak diorang bagi Quran .. Tapi untuk lelaki sahaja.. :)

Replika Masjidil Haram 

Habis je dari PWTC, gerak ke Times Square ... Jalan kaki ooo dari Masjid Jamek..
Bak kata Aliff  " Kita jalan , biar kita rasa penat tu.. " hahah..

Tapi sebelum tu , terjumpa ngan geng anak muda tolak UMNO/BN kat depan dataran.. Berarak secara aman dengan bantuan polis.. Ramai jugak.. Bagus bagus bagus..  :D






Habis tu gerak ke Times Square nak tengok Lelaki Besi ... Haha.. Iron Man 3 .. ! 
Tapi sebelum tengok wayang, sempat tengok Samsung Galaxy S4 .. perghh... terbaik...! Air gesture S4 terbaik.. tak perlu sentuh screen , phone detect kita punya jari.. >,<

Habis je cerita tu , kitorang terus balik CFS dan masuk dari laluan rahsia .. :D Hahaha 


Ukhuwah .

Alhamdulillah , 

Antara yang aku suka jalan-jalan ni adalah dapat kenal Aliff dengan lebih dekat.. Haha .. Baru kenal dengan lebih dekat sem ni.. Seorang yang baik , pemurah , lawak , soleh , ... 

Kenal apa yang dia suka .. Apa yang dia tak suka .. Family dia .. 

Paling lawak bila pergi IT Center , Aliff pergi tanya beberapa kedai " Erm , saya nak cari 3310 ada tak ?" 
Hahahha.. muka cina tu semua macam hairan.. Semua macam " Ai.. apasal budak ni cari 3310 " . Ada bangla tu siap gelak lagi.. dan Aliff cakap " You should know.. because the phone is antique "

Hahah.. 

Kita perlu bina ukhuwah dengan sahabat itu sebaik mungkin , Aqidah adalah teras utama  dan bermatlamat untuk redha Allah semata-mata . Ukhuwah bukan dibina dalam usrah semata-mata , tapi diluar juga perlu.. 


Aliff Rafiuddin Razak

Apa-apapun , ni kereta kitorang ..Menjadi peneman perjalanan sehari-hari.. Hahahhaa .. ^^ 


Ok.. 

Wasalam.. :) 

Jumaat, April 26, 2013

Pendosa

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~ Salam UkhuwahFillah ~




Biar tangisan membasahi pipi 
Agar jiwa menjadi tenang 
Biar dahi sujud lama di atas sejadah 
Biar hati terasa bahagia...

Gelak tawa mewarnai hariku
Seolah aku lupa kematian itu cuma disisiku
Kubur itu tersedia untukku 
dan malaikat bersedia untuk menyoalku

Tuhanku,
Sering jiwa tertanya-tanya 
adakah pengampunan untuk hamba seperti aku
yang mana lidah kelu untuk membaca kalam-Nya 

Aku malu dihadapan Tuhan 
Saat aku bergelar Muslim 
Namun tingkah lakuku seperti membohongi Tuhan
jiwa kotor dengan jahiliyan dan dosa

Allah 
Berikan aku kekuatan
dalam usaha memperbaiki diri
Moga aku mampu menjadi hamba-Mu 
Hamba yang sebenar benar hamba
Inginku gapai cinta-Mu 
Moga bertemu kekasihmu di Firdausi

Ampunkan aku Ya Allah

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Wassalam 

- Pendosa : Nuruddin -





Khamis, April 25, 2013

Gambar : Persaudaraan Islam (PRU13)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~ Salam UkhuwahFillah ~

Sempena Pilihanraya Umum ke-13 ni.. :D

Gambar : Persaudaraan Islam itu lebih penting dari kefanatikan terhadap parti politik masing-masing. Moga apa-apa keputusan selepas pilihanraya adalah yang membawa kebaikan untuk Islam .. InsyaAllah .





" Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk " 

- Ali-Imran : 103 -

Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah bertengkar sesamamu, nanti kamu menjadi lemah dan hilang kekuatanmu. Dan tabahlah, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang tabah. 

- Al-Anfal : 46 -

Isnin, April 22, 2013

USS ..!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~ Salam UkhuwahFillah ~

---------

Kali ni aku nak share kenangan di Universal Studio Singapore . Baru hari ni aku nak tulis pasal ni walaupun cerita ni dah berlalu pada cuti Mid-Term hari tu.. ^^ Sebab apa, sebab syawafi tadi aku cerita pasal ni. hahaha..


" UNIVERSAL "

Alhamdulillah .

Akhirnya berpeluang jugak aku ke USS ni dengan kawan-kawan .. :D

Antara pengalaman yang menarik ..! :)


Kembara Bermula.

Kembara la sangat kan.. Haha..

Kiorang habis je exam Psychology , terus gerak ke Johor petang tu sebab esok pagi dah kena gerak ke Singapore.

Jam 7.30 kena gumpul kat Tune Hotel , Danga Bay sebab driver van akan tunggu sana. Kitorang pakai pakej RM 200 untuk tiket masuk USS ngan pengangkutan pergi balik dari Johor <--> Singapore. 

Harga yang boleh dikatakan murah dan berpatutan sebab semua senang. Service terbaik ..!

Sampai je USS , USS masih belum buka rupanya.. Hahah.. So, ramai jugak orang dah sampai awal.. Apa lagi, sakan la ambik gambar kat "Bumi" Universal tu.. Hahaha..

Bila dah bukak je , kitorang semua masuk dalam.. Pergghh.. Best gila tempat tu..

First je terus jalan ke 'SCI-FI CITY' atau senang nak tau tempat Transformer .. Time tu belum ramai lagi.. Jadi tak la perlu berbaris panjang..


SCI - FI CITY

Kat USS ni ada 8 tempat menarik .. SCI-FI CITY, ANCIENT EGYPT, THE LOST WORLD , WATER WORLD, MADAGASCAR , FAR-FAR AWAY, NEW YORK, HOLLYWOOD .

Jadi , puas la kalau nak jalan sehari-hari tu.. Lagi best kalau tak berapa ramai sebab tak perlu tunggu lama nak ride sesuatu...

Kalau kat Ancient Egypt , rasa macam kat zaman Firaun.. Hahaa.. Sebab kawasan dah macam kat mesir dah.. dengan maskot diorang.. Paling best adalah Roller Coaster kat dalam tu.. Indoor Roller Coaster tu memang terbaikk..! Hahaha.. Antara yang wajib untuk naik tau kalau pergi USS ni.. :)

Dah tu kalau kat The Lost World , naik boat.. gerak tengok Dinosaur .. Basah tu memang basah.. sebab nanti boat tu jatuh ke bawah. Tak yah risau sebab akan ada baju hujan.. Hahah..

Kalau kat Water World pulak, tengok pertunjukkan je dari movie Water World.. Gempak ..!

Madagascar memang macam masuk zaman budak budak.. Haha.. Naik boat masuk dalam badan kapal . Tengok la watak-watak Madagascar kat dalam tu main-main.. Nyanyi semua..

Kalau kat Far-Far Away pulak , boleh tengok istana besar.. Haha.. tengok Shrek 4D.. Best ooo.. Bergambar ngan watak-watak cartoon ..

New York pulak , dah nama pun New York kan.. tempat shopping la.. Beli barang , makanan, hiburan.. Macam tu la.. Tak kurang jugak ngan Hollywood..

Jadi , siapa-siapa yang nak pergi tu , pergi la.. Memang terbaik..!

Kiorang pergi USS dari mula bukak sampai tutup jam 7.. Jangan risau, musolla disediakan. ^^

.....

Universal Studio

New York

Kat dalam Sci-Fi City

Ancient Egypt



Afif

Jurassic Park - The Lost World

Far-Far Away

The Sisters with .... 



  the castle 

Puss in booth

Water World

Roller Coster

Ok.
Ni je la yang nak dikongsikan. InsyaAllah , nak pergi lagi..! Jum Jum..! Hhaa
Anda akan berpuas hati bila ke USS.. Let's Ride the Movie..!

Wassalam. :)


Ahad, April 21, 2013

SMAC'13

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~Salam UkhuwahFillah~

Alhamdulillah ..

Akhirnya tamat SMAC'13 a.k.a  "Sport and Martial Arts Carnival" kat CFS ni..

Sepanjangn SMAC ni berlansung , aku jadi supporters je la ngan jadi photographer tak bertauliah untuk team FOCHUSS .. ^^ ( Foundation Centre Human Science Society )


Menarik .. ?

Opkos menarik ..! Boleh la.. :D

Seperti biasa , aku suka tengok manusia sekeliling .. dan ambik gambar .. sampai ada orang tanya " erm.. FSCC ke ? " Hahaha.. "Sorry , aku bukan FSCC "

Apa yang menarik dapat kenal kawan dari kos yang sama ngan dari kos lain. Aku akan sokong mana-mana team yang aku nak sokong hari tu kecuali ECONSS.. hahahha.. Aku pun tak tau apasal susah sangat nak sokong econss ni.. mungkin sebab supportes diorang ramai dah kot..

Menarik sebab tengok banyak banner ngan poster supaya jaga syariat bila bersukan.. kata-kata peringatan.. ini semua kerja team 'Biah Solehah' .. Terbaik..! :)

Team FOCHUSS terkenal ngan drumnya.. bunyi kuat memberi semangat kepada pemain.. cewah.. ayat macam player pulak..

Apa-apapun, ini first time aku rasa SMAC kat CFS ni..


F.O.C.H.U.S.S.

" Today We are Athletes , Tomorrow We are Islamic Warrior " 

Tu la slogan SMAC...

" Islamic Warrior " yang akan berjuang untuk agamanya.

Moga semua akan jadi seorang pejuang agama Allah ..! :)


Penutup : Tahniah FOCHUSS.. ! 

Tahniah ..!

Walaupun jatuh dari kedudukan ke-4 ke kedudukan ke-6  FOCHUSS tetap juara.. Cewah.. Haha

Tahniah buat Engenius sebab jadi juara keseluruhan... !

Jadi , jum tengok gambar-gambar kenangan sepanjang SMAC..



Futsal [ FOCHUSS vs ISRAK ] 


Tuuu Diaaa.. 

Kemeriahan SMAC'13

Doa sebelum mula game..

HS Warrior
We Win The Battle..! 


Tug of War

Semangat bersukan bersama team Engenius.

" Tomorrow we are Muslim Warrior "




Team FOCHUSS... !

Isnin, April 15, 2013

Gambar : Melihat Alam


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 
Salam UkhuwahFillah. 

............

Merenung alam.. 
Melihat keindahan ciptaan Allah. 










Ahad, April 14, 2013

Kembara Ukhuwah @ Bukit Tabur

Assalamualaikum ..

Salam UkhuwahFillah .
Alhamdulillah ..

Hari ni berkesempatan untuk menulis di blog ni lagi..


-Pemandangan dari Bukit Tabur-
.  

 Hari ni nak kongsikan pengalaman baru iaitu berpeluang mendaki bukit Tabur atau Bukit Hangus. ^_^

Fuyooo...! Best oooo..! Hahah

Kembara ni ditemani dengan 2 orang roommate iaitu Faiz dengan Luqman.

Jadi kisahnya bermula jam 4.30 pagi.. Kitorg bangun pagi dan siap-siap semua untuk bergerak. Tapi sebelum gerak kena solat subuh dulu . Baru Allah redha.. InsyaAllah.

Dah selesai solat subuh , kena tunggu bas awal pagi untuk naik LRT sampai LRT Wangsa Maju. Sampai je Wangsa Maju kitorg sarapan dulu kat gerai situ dan lepas tu terus gerak guna teksi ke kaki bukit Tabur.

Tempat permulaan nak masuk tu kecil je.. tapi banyak monyet kat situ.. Haha.. risau kalau kena terkam..

Bukit Tabur ni ada 13 check point kesemuanya. Permulaan sampai check point 9 masih ok walaupun perjalanan naik tu dah kira agak mencabar . Seronok dapat tengok suasana atas bukit yang berkabus, boleh tengok Bandaraya KL dari atas bukit, dapat tengok tasik dan tengok kampus utama Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) dari atas. :D


Check Point 9

Bagi siapa-siapa yang first time nak naik Bukit Tabur kena sediakan keberanian yang cukup tinggi .. Huhu
sebab bila kat check point 9 nanti korang akan berdepan dengan keadaan yang paling menakutkan. Perghh.. first naik bersemangat tapi bila je sampai check point 9 dan tengok keadaan kat situ rasa nak patah balik pun ada.

Hanya ada dua pilihan kat situ sama ada nak patah balik atau teruskan . Bila teruskan perjalanan memang tak boleh nak patah balik sebab lagi bahaya untuk patah balik. Punyalah aku risau tengok keadaan batu dan curam tu. Dalam fikiran aku fikir kalau kalau aku jatuh je.. Nauzubillah.

Kawan-kawan bagi support untuk teruskan. Lama jugak aku fikir jawapan tu yang akhirnya pilih nak teruskan perjalanan. Mengucap sebelum meneruskan perjalanan dan bila je dapat lepas tempat tu, perghh... rasa puas gila-gila... Alhamdulillah .. :)

Bila dah lepas tu, akan ada 4 check point lagi yang mencabar dan berbatu batu. Awas dengan setiap langkah dan tempat meletakkan kaki. Silap boleh membawa maut.


Team 1 Malaysia .

Mula dari check point 9 tu , ramai yang berpatah balik dan tinggal 3 kumpulan je nak teruskan iaitu satu kumpulan cina + India..2 kumpulan Melayu..Haha.. Tak lama lepas tu jumpa Mat Salleh pulak.. Ktorg jadi satu team.. Haha.. Diorang bagi support dan motivasi untuk teruskan perjalanan.

Boleh katakan team 1 Malaysia. Kiorg bergerak sampai puncak dan ambik gambar bersama. Memang terbaikkk..!

Jadi, sesiapa yang nak join kalau boleh naiklah ramai-ramai dan dengan orang yang pakar sikit. :)


Penutup : Moga Tidak Sia-Sia

Moga peluh dan masa kami tidak sia-sia.

Melihat alam ciptaan Allah dari puncak , memerhati setiap ciptaannya sangat unik dan terasa betapa kerdilnya kita disisi Allah .

" Sungguh ! Pada kejadian langit dan bumi, pertukaran siang dan malam itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal " -Quran-

Sia-sia mereka yang naik semata untuk mendapatkan keseronokkan dan melihat pemandangan tanpa ada rasa kehambaan kepada Tuhan.


Rasanya cukuplah sampai sini. Jangan takut akan cabaran ..!
Jalan lupa daki Bukit Tabur.. Memang terbaikkk..!


Muhammad Faiz

Bersama Roommate..! ^^

Antara part yang mencabar kena panjat batu tanpa tali.. bawah curam .. 

Kuala Lumpur

Luqman Hakim

" Save Palestin "di Puncak Tabur