Halaman

Ahad, April 14, 2013

Kembara Ukhuwah @ Bukit Tabur

Assalamualaikum ..

Salam UkhuwahFillah .
Alhamdulillah ..

Hari ni berkesempatan untuk menulis di blog ni lagi..


-Pemandangan dari Bukit Tabur-
.  

 Hari ni nak kongsikan pengalaman baru iaitu berpeluang mendaki bukit Tabur atau Bukit Hangus. ^_^

Fuyooo...! Best oooo..! Hahah

Kembara ni ditemani dengan 2 orang roommate iaitu Faiz dengan Luqman.

Jadi kisahnya bermula jam 4.30 pagi.. Kitorg bangun pagi dan siap-siap semua untuk bergerak. Tapi sebelum gerak kena solat subuh dulu . Baru Allah redha.. InsyaAllah.

Dah selesai solat subuh , kena tunggu bas awal pagi untuk naik LRT sampai LRT Wangsa Maju. Sampai je Wangsa Maju kitorg sarapan dulu kat gerai situ dan lepas tu terus gerak guna teksi ke kaki bukit Tabur.

Tempat permulaan nak masuk tu kecil je.. tapi banyak monyet kat situ.. Haha.. risau kalau kena terkam..

Bukit Tabur ni ada 13 check point kesemuanya. Permulaan sampai check point 9 masih ok walaupun perjalanan naik tu dah kira agak mencabar . Seronok dapat tengok suasana atas bukit yang berkabus, boleh tengok Bandaraya KL dari atas bukit, dapat tengok tasik dan tengok kampus utama Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) dari atas. :D


Check Point 9

Bagi siapa-siapa yang first time nak naik Bukit Tabur kena sediakan keberanian yang cukup tinggi .. Huhu
sebab bila kat check point 9 nanti korang akan berdepan dengan keadaan yang paling menakutkan. Perghh.. first naik bersemangat tapi bila je sampai check point 9 dan tengok keadaan kat situ rasa nak patah balik pun ada.

Hanya ada dua pilihan kat situ sama ada nak patah balik atau teruskan . Bila teruskan perjalanan memang tak boleh nak patah balik sebab lagi bahaya untuk patah balik. Punyalah aku risau tengok keadaan batu dan curam tu. Dalam fikiran aku fikir kalau kalau aku jatuh je.. Nauzubillah.

Kawan-kawan bagi support untuk teruskan. Lama jugak aku fikir jawapan tu yang akhirnya pilih nak teruskan perjalanan. Mengucap sebelum meneruskan perjalanan dan bila je dapat lepas tempat tu, perghh... rasa puas gila-gila... Alhamdulillah .. :)

Bila dah lepas tu, akan ada 4 check point lagi yang mencabar dan berbatu batu. Awas dengan setiap langkah dan tempat meletakkan kaki. Silap boleh membawa maut.


Team 1 Malaysia .

Mula dari check point 9 tu , ramai yang berpatah balik dan tinggal 3 kumpulan je nak teruskan iaitu satu kumpulan cina + India..2 kumpulan Melayu..Haha.. Tak lama lepas tu jumpa Mat Salleh pulak.. Ktorg jadi satu team.. Haha.. Diorang bagi support dan motivasi untuk teruskan perjalanan.

Boleh katakan team 1 Malaysia. Kiorg bergerak sampai puncak dan ambik gambar bersama. Memang terbaikkk..!

Jadi, sesiapa yang nak join kalau boleh naiklah ramai-ramai dan dengan orang yang pakar sikit. :)


Penutup : Moga Tidak Sia-Sia

Moga peluh dan masa kami tidak sia-sia.

Melihat alam ciptaan Allah dari puncak , memerhati setiap ciptaannya sangat unik dan terasa betapa kerdilnya kita disisi Allah .

" Sungguh ! Pada kejadian langit dan bumi, pertukaran siang dan malam itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang yang berakal " -Quran-

Sia-sia mereka yang naik semata untuk mendapatkan keseronokkan dan melihat pemandangan tanpa ada rasa kehambaan kepada Tuhan.


Rasanya cukuplah sampai sini. Jangan takut akan cabaran ..!
Jalan lupa daki Bukit Tabur.. Memang terbaikkk..!


Muhammad Faiz

Bersama Roommate..! ^^

Antara part yang mencabar kena panjat batu tanpa tali.. bawah curam .. 

Kuala Lumpur

Luqman Hakim

" Save Palestin "di Puncak Tabur 




Tiada ulasan: