Halaman

Isnin, April 22, 2013

USS ..!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~ Salam UkhuwahFillah ~

---------

Kali ni aku nak share kenangan di Universal Studio Singapore . Baru hari ni aku nak tulis pasal ni walaupun cerita ni dah berlalu pada cuti Mid-Term hari tu.. ^^ Sebab apa, sebab syawafi tadi aku cerita pasal ni. hahaha..


" UNIVERSAL "

Alhamdulillah .

Akhirnya berpeluang jugak aku ke USS ni dengan kawan-kawan .. :D

Antara pengalaman yang menarik ..! :)


Kembara Bermula.

Kembara la sangat kan.. Haha..

Kiorang habis je exam Psychology , terus gerak ke Johor petang tu sebab esok pagi dah kena gerak ke Singapore.

Jam 7.30 kena gumpul kat Tune Hotel , Danga Bay sebab driver van akan tunggu sana. Kitorang pakai pakej RM 200 untuk tiket masuk USS ngan pengangkutan pergi balik dari Johor <--> Singapore. 

Harga yang boleh dikatakan murah dan berpatutan sebab semua senang. Service terbaik ..!

Sampai je USS , USS masih belum buka rupanya.. Hahah.. So, ramai jugak orang dah sampai awal.. Apa lagi, sakan la ambik gambar kat "Bumi" Universal tu.. Hahaha..

Bila dah bukak je , kitorang semua masuk dalam.. Pergghh.. Best gila tempat tu..

First je terus jalan ke 'SCI-FI CITY' atau senang nak tau tempat Transformer .. Time tu belum ramai lagi.. Jadi tak la perlu berbaris panjang..


SCI - FI CITY

Kat USS ni ada 8 tempat menarik .. SCI-FI CITY, ANCIENT EGYPT, THE LOST WORLD , WATER WORLD, MADAGASCAR , FAR-FAR AWAY, NEW YORK, HOLLYWOOD .

Jadi , puas la kalau nak jalan sehari-hari tu.. Lagi best kalau tak berapa ramai sebab tak perlu tunggu lama nak ride sesuatu...

Kalau kat Ancient Egypt , rasa macam kat zaman Firaun.. Hahaa.. Sebab kawasan dah macam kat mesir dah.. dengan maskot diorang.. Paling best adalah Roller Coaster kat dalam tu.. Indoor Roller Coaster tu memang terbaikk..! Hahaha.. Antara yang wajib untuk naik tau kalau pergi USS ni.. :)

Dah tu kalau kat The Lost World , naik boat.. gerak tengok Dinosaur .. Basah tu memang basah.. sebab nanti boat tu jatuh ke bawah. Tak yah risau sebab akan ada baju hujan.. Hahah..

Kalau kat Water World pulak, tengok pertunjukkan je dari movie Water World.. Gempak ..!

Madagascar memang macam masuk zaman budak budak.. Haha.. Naik boat masuk dalam badan kapal . Tengok la watak-watak Madagascar kat dalam tu main-main.. Nyanyi semua..

Kalau kat Far-Far Away pulak , boleh tengok istana besar.. Haha.. tengok Shrek 4D.. Best ooo.. Bergambar ngan watak-watak cartoon ..

New York pulak , dah nama pun New York kan.. tempat shopping la.. Beli barang , makanan, hiburan.. Macam tu la.. Tak kurang jugak ngan Hollywood..

Jadi , siapa-siapa yang nak pergi tu , pergi la.. Memang terbaik..!

Kiorang pergi USS dari mula bukak sampai tutup jam 7.. Jangan risau, musolla disediakan. ^^

.....

Universal Studio

New York

Kat dalam Sci-Fi City

Ancient Egypt



Afif

Jurassic Park - The Lost World

Far-Far Away

The Sisters with .... 



  the castle 

Puss in booth

Water World

Roller Coster

Ok.
Ni je la yang nak dikongsikan. InsyaAllah , nak pergi lagi..! Jum Jum..! Hhaa
Anda akan berpuas hati bila ke USS.. Let's Ride the Movie..!

Wassalam. :)


Tiada ulasan: