Halaman

Khamis, Mei 09, 2013

" Zombie ? "

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~ Salam UkhuwahFillah ~


" Terbang " 

Ok .. Harap faham makna " terbang " tu ye.. :)

Hari Isnin lepas , sempat fly keluar pergi mamak dekat Jaya One dengan 3 orang roommates yang lain . Kol 2 pagi keluar dari pintu rahsia dan berjalan ke mamak dan makan la .. ^^

Habis je makan , kitorang masih belum mengantuk lagi .. Mata masih lagi segar , so kitorang jalan la kemana kaki ni nak melangkah .. Siap ambik gambar kat tengah jalan lagi .. Masa tu memang macam apa dah kat tengah jalan tu .. jalan macam zombie la .. Huhu

Tu permulaan kembara malam tu .. permulaan kepada sebuah kembara yang seronok dan menakutkan .


Kembara Kami . 

Yup .. Inilah kembara kami awal pagi masa orang ramai tengah tidur menanti hari esok .. Huhu
Lepas ambik gambar dekat lembu kilang Dutch Lady , ktorang berempat bergerak entah kemana sampai kawasan perumahan cina.. Huhu

Lalu je sunyi sepi dan tiba-tiba ...... anjing menyalak ..

Hahah.. semua lari dan berhenti kat satu tempat .. bila berhenti je jumpa satu group anjing dan ktorang teruskan berlari ke simpang yang seterusnya .. rilex punya rilex, kitorang tak sedar yang anjing tadi begerak ke simpang tu dari belakang kedai dannnnn kitorang kena kejar .... :/

Hahha ... cuak gila .. kitorang lari sampai kitorang sendiri tak tau kat mana .. Cuba bergerak ikut jalan cross country masa SMAC ari tu , tapi kena lalu depan rumah orang cina lagi yang banyak anjing ..

Apa-apapun , kitorang teruskan berjalan walaupun kitorang dah mula sesat dalam kawasan perumah tu.. Huhu.. punyalah berjaga-jaga risau dengan anjing .. Batu penuh kat tangan aku .. :D

Jalan punya jalan , lalu satu kawasan rumah ni , ttba anjing menyalak kat ktorang dan boleh pulak anjing lain join sekali.. masa tu adalah part yang paling seram .. sekampung anjing menyalak kat ktorang.. walaupun semua anjing tu dalam pagar , takut tu tetap ada kalau-kalau ada anjing lain yang lepas or berkeliaran.. dan alhamdulillah , kitorang selamat kat situ,...

Next ktorang masuk satu simpang , sambil jalan, keluar 3 ekor anjing hitam nak kejar dan kawan kawan boleh terus lari pulak ... aku time tu masih berdiri tak berlari sambil tengok anjing .. lutut bergetar..

"Din cepat la... " Hafiz jerit ... and baru la aku lari selaju yang boleh .. (Hafiz kata aku lari macam jogging)

Perghhh.. aku tak tau perasaan malam tu , fikir mampus la kalau anjing gigit ... Hahaha

Lepas je kejadian tu , diorang punyalah try untuk protect aku .. jaga aku.. huhu , terharunya.. Amir kata         " kita anggap Din ni adik kita tau.. kita kena jaga Din " Rasa sedihnya.... huhu

Kitorang jalan malam tu macam main game dah , sorang tengok depan .. sorang tgk kanan .. aku tengok kiri .. and sorang lagi tengok belakang.. sentiasa berjaga-jaga dengan "zombie" yang nak attack..

Entah kitorang makin sesat pulak sampai jumpa highway mana ntah... jumpa tol bagai... time tu dah rasa lega gila-gila dan buang batu sebab dah tak perlu berada dalam kawasan perumah cina tu lagi.. Hahah.. Tapiiiiii ... kena masuk balik sebab ikut highway ni kena pusing jauh untuk balik UIA.. kitorang kena pakai GPS nak cari jalan balik... bukak GPS je tengok kedudukan kitorang masa tu 1.4km dari UIA.. hahhaa.. jaohnya...

Hafal jalan and sentiasa berhati-hati .. Aku bukak selipar sambil tangan pegang kayu .. kitorang jalan sesenyap yang boleh supaya anjing tak dengar and menyalak beramai-ramai ... Huhu

Alhamdulillah , dengan bantuan GPS kitorang dapat keluar dari kesesatan.. Haha.. jumpa jalan balik ke cfs .. Bila dah kat jalan tu , baru aku boleh gelak-gelak  ... Hahaha


Hmmm.. ni je la cerita kosong aku .. hahaha..

Saja nak tulis kat blog ni.. InsyaAllah , nak post yang lebih bermanfaat esok esok.. :D

Bye.. Assalamualaikum.. !

Hati-hati selalu.. anjing dimana-mana..

Tiada ulasan: