Halaman

Khamis, Julai 04, 2013

President Morsi .

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~ Salam UkhuwahFillah ~



Hari ini aku bangun pagi melihat apa yang baru di TL Facebook dan Twitter .

Alangkah terkejutkan dan sedihnya bila TL dibanjiri dengan kisah hitam yang berlaku di tanah Anbiya , Mesir .

Rampasan kuasa oleh tentera keatas President Mesir , Dr Morsi yang mana merupakan president yang sah dengan proses piliharaya yang bersih tahun lalu .


Menangis jiwa-jiwa mereka yang cintakan pemimpin sepertinya , baru beberapa hari lalu Dr. Morsi dengan berani dan tegas bersuara mengecam Bahsyar Assad serta memutuskan hubungan dengan negara tersebut .

Allah jualah tempat memohon moga Allah melindungi President Dr. Morsi dan gerakan Ikhwanul Muslimin serta umat Islam di Mesir .

Dulu aku pernah membaca buku karangan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi , " Aku dan Ikhwanul Muslimin " . Melihat bagaimana perjuangan mereka dengan setiap mehnah dan tribulasi yang mereka hadapi. Sungguh , perjuangan untuk Islam ini memang penuh ranjau dan duri .

Manakan mudah masuk syurga tanpa ujian dari Allah .

Firman Allah SWT

" Adakah kalian kira Kami akan membiarkan kalian memasuki syurga tanpa diuji .? " -Quran-

...

Satu masa dulu , gembiranya hati aku melihat kejatuhan rejim Husni Mubarak yang memerintah selama 30 tahun dengan penuh korupsi dan pelbagai kepincangan , dan bertambah gembira bila Dr Morsi dilantik menjadi president .

Hari ini aku sedih bila mendapat tahu Dr. Morsi telah digulingkan dengan kuasa tentera. Berkongsi perasaan dengan orang lain yang turut sama menangisi peristiwa yang berlaku .

Pagi tadi ruang TV di Library penuh dengan pelajar yang melihat stesen Tv Al-Jazeera yang memaparkan kejatuhan Dr. Morsi . Terpapang wajah-wajah duka .

Aku sedar perjuangan demi Islam ini bukanlah sebuah perjuangan mudah , macam-macam perancangan yang disusun oleh musuh Islam . Namun aku yakin , dalam masa kita merancang , Allah juga telah merancang dan Dialah penentu segalanya .

Kejatuhan Dr. Morsi bukanlah satu kekalah !

Ayuh ! Doakan President Mesir , Dr. Morsi dan Ikhwanul Muslimin serta mereka yang menyokong pemerintahan Morsi moga selalu dalam perlindungan Allah Taala serta diberikan kekuatan dalam menghadapi fitnah , mehnah , serta tribulasi di bumi sendiri .

Doakan moga setiap perancangan jahat musuh-musuh Allah tidak berhasil .

Akhir kalam , bacalah kata-kata President Morsi


Sesungguhnya,
Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,

Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,
Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,
Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana dalam setiap apa pun,
Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku,
Kaffah menyeluruh,
Kita bukan islam biasa-biasa.

Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan?
Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,
Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula.

Aku memohon ampun atas kelewatanku,
Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,
Namun, ku mengharapkan, kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.

Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,
Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,
Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu,
Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah, untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah, maka aku merasa Kau mencukupi untukku.




Selasa, Julai 02, 2013

TeenACE .. !

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh .
~ Salam UkhuwahFillah ~



Alhamdulillah ..

Syukur kepada Allah SWT yang telah memberikan rezki , peluang dan ruang untuk hamba-Nya ini untuk menyertai program Teen Award , Convention & Exhibition hujung minggu lepas .

Satu program yang lain dari yang lain yang pernah aku sertai sebelum ini . Sungguh , TeenACE ini memang terbaik dan awesome .! ;)

Tahniah buat Langit Ilahi Consultancy sebab berjaya mengadakan program TeenACE yang baik ini khas untuk para remaja , pemuda dan pemudi harapan Islam .

Allahu Akbar .

Walaupun pada saat-saat akhir team Langit Ilahi mendapat sedikit ujian iaitu dimana pihak Dewan Centrum , Setiawangsa (lokasi asal program TeenACE) tidak membenarkan mereka menggunakan dewan dan terpaksa ditukar ke Dewan Kristal , Menara TM , program ini tetap berjalan dengan jayanya dengan kunjungan 1000 peserta dari setiap negeri dalam Malaysia , malah turut mendapat kunjungan peserta dari Brunei . Tahniah .!

YeeeHaaa  .! 


Excitednya aku nak pergi TeenACE ni sampai aku mimpi 2 kali pasal TeenACE ni .. Haha

Walaupun terdapat sedikit masalah sewaktu nak keluar dari CFS ni iaitu bila terpaksa berhadapan dengan pak guard yang tak bagi keluar awal sebelum pukul 9 pagi , akhirnya kami dapat jugak dengan ihsan darinya .. Haha

Tak la jauh mana CFS,IIUM ni dengan menara TM tu , satu stesen je kalau naik LRT .

Aku dan kawan-kawan rasa teruja sebab first time join program anjuran Langit Ilahi dan teruja nak bertemu team Langit Ilahi yang hebat-hebat dan teruja nak mendengar pengisian daripada insan-insan hebat seperti mereka dan seperti Amin Idris & Ustaz Hasrizal .

Serius , inilah kali pertama aku bertemu dengan Amin Idris , Ustaz Hasrizal dan team Langit Ilahi yang lain walaupun sebelum ni dah berjumpa dengan Hilal Ayraf masa KLIBF hari tu .

Berjumpa dengan Vlogger Bro. Qawiem , Anuar Hadi , Afdholul Rahman , Bro Hamzah , Azhar Hilmi , IM Asyraf , Adibah Awang , Aisyah Shakirah , Rabbani dan semestinya Fatih Seferagic .. :)

Berasa beruntungnya bila Allah pilih duduk dihadapan mereka mendengar setiap kata-kata mereka yang penuh makna dalam mendidikan dan membentuk jiwa kami dalam menjadi hamba-Nya .


Ada apa kat TeenACE ?

Ada apa je kat program TeenACE ni . ? :)

Alhamdulillah , aku rasa ada macam-macam kat program ni . Terlalu banyak yang berharga aku dapat dan semestinya semua orang yang hadir . InsyaAllah .

Aku tak rasa rugi membayar RM120 untuk tiket TeenACE ni . Siapa yang rasa tiket ni mahal maka dia salah . Serius !

Seronokkanya sebab lebih menekankan kepada remaja , jiwa remaja . Aku nak share kata-kata dari pengasas Langit Ilahi iaitu saudara Hilal Asyraf iaitu ;

" Sesungguhnya waktu muda adalah waktu yang terpenting bahkan Rasulullah saw menyarankan agar dihargai waktu muda ini sebelum tiba masanya tua . Kerana pada kemudaan wujudnya 'masa' . Telah luput 'masa' ini secara sunnahtullah pada yang tua .                                   
Pada muda juga wujudnya tenaga dan kecerdasan , tersemat bersamanya kecergasan dan ketangkasan . Akhirnya pada pemuda-pemudi , remaja dan beliawan/wanis jualah terletaknya pilihan untuk menggunakan kemudahan ini sebaiknya . Sama ada menggunakannya sebagai manfaat buat Islam atau sebaliknya  
Maka di TeenACE ini , kami LangitiLahi Consultancy cuba membarakan api cita-cita , agar remaja dan pemuda-pemudi kita menyematkan rasa ingin berimpian yang bermanfaat buat Islam . Agar lahir dari generasi ini pelindung buat agama ini . InsyaAllah . "         

Dewan Kristal 
Semasa program ini , kitorang diajar , 'disedarkan dari tidur kami' , di tanam semangat dan macam-macam lagi .

Tanyalah pada mereka yang join program TeenACE ni , apa yang mereka dapat sepanjang program ni . Mesti banyak . :)

Moga LangitIlahi Consultancy akan mengadakan program TeenACE lagi tahun akan datang . :)




Teen of Dignity , Leading Community 

Itulah motto TeenACE , " Remaja Berjati Diri , Peneraju Komuniti " .

Jadilah seorang remaja yang mempunyai jati diri yang kukuh , mempunyai matlamat yang tinggi dan menjadi seorang remaja yang produktif dan semestinya menjadi seorang remaja yang mampu menyumbangkan sesuatu untuk ummat hari ini .

Kita tidak mahu menjadi remaja yang masa mudanya terbiar sahaja dengan perkara yang sia-sia . Masa muda ini terlalu bernilai untuk dibazirkan dengan perkara yang tidak mendatangkan manfaat .

Hilal Asyraf ada melontarkan persoalan yang mengetuk jiwa dan akal  iaitu

" Apa yang anda nak bagi pada ummat ini untuk hari esok ? " 

Jum ! Kita bina jati diri kita kembali , membentuk peribadi kita agar bermanfaat untuk ummat ini . Suka akan kata-kata " luka ummat hari lalu belum sembuh lagi , namun telah ditambah dengan luka yang baru yang semakin menyiksakan " 

Apa-apapun , mari kita mengorak langkah dengan matlamat yang jelas dengan membuat pelan jangka masa yang pendek dan pelan jangka masa yang panjang selain sering berusaha untuk terus menambah ilmu pengetahuan .

Dampingi mereka yang soleh dan bermusafirlah ke tempat-tempat lain dan belajarlah darinya serta jangan lupa untuk merapati vateren kerna pada mereka ada yang berguna untuk kita sebagai remaja . 

.............................................................................

Jum layan gambar-gambar sepanjang TeenACE ni .. ^^ 


Ustaz Hasrizal 

Amin Idris 

Bersama Vlogger Bro Qawiem. ^^
" Jemaah Gangster "

Bersama Fatih Seferagic . ^^

Rabbani 

Hilal Asyraf 

Sahabat baru di TeenACE . ^^ 
Bersama Bro .Afdholul Rahman ^^ 
Selamat Tinggal TeenACE