Halaman

Khamis, Julai 04, 2013

President Morsi .

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~ Salam UkhuwahFillah ~



Hari ini aku bangun pagi melihat apa yang baru di TL Facebook dan Twitter .

Alangkah terkejutkan dan sedihnya bila TL dibanjiri dengan kisah hitam yang berlaku di tanah Anbiya , Mesir .

Rampasan kuasa oleh tentera keatas President Mesir , Dr Morsi yang mana merupakan president yang sah dengan proses piliharaya yang bersih tahun lalu .


Menangis jiwa-jiwa mereka yang cintakan pemimpin sepertinya , baru beberapa hari lalu Dr. Morsi dengan berani dan tegas bersuara mengecam Bahsyar Assad serta memutuskan hubungan dengan negara tersebut .

Allah jualah tempat memohon moga Allah melindungi President Dr. Morsi dan gerakan Ikhwanul Muslimin serta umat Islam di Mesir .

Dulu aku pernah membaca buku karangan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi , " Aku dan Ikhwanul Muslimin " . Melihat bagaimana perjuangan mereka dengan setiap mehnah dan tribulasi yang mereka hadapi. Sungguh , perjuangan untuk Islam ini memang penuh ranjau dan duri .

Manakan mudah masuk syurga tanpa ujian dari Allah .

Firman Allah SWT

" Adakah kalian kira Kami akan membiarkan kalian memasuki syurga tanpa diuji .? " -Quran-

...

Satu masa dulu , gembiranya hati aku melihat kejatuhan rejim Husni Mubarak yang memerintah selama 30 tahun dengan penuh korupsi dan pelbagai kepincangan , dan bertambah gembira bila Dr Morsi dilantik menjadi president .

Hari ini aku sedih bila mendapat tahu Dr. Morsi telah digulingkan dengan kuasa tentera. Berkongsi perasaan dengan orang lain yang turut sama menangisi peristiwa yang berlaku .

Pagi tadi ruang TV di Library penuh dengan pelajar yang melihat stesen Tv Al-Jazeera yang memaparkan kejatuhan Dr. Morsi . Terpapang wajah-wajah duka .

Aku sedar perjuangan demi Islam ini bukanlah sebuah perjuangan mudah , macam-macam perancangan yang disusun oleh musuh Islam . Namun aku yakin , dalam masa kita merancang , Allah juga telah merancang dan Dialah penentu segalanya .

Kejatuhan Dr. Morsi bukanlah satu kekalah !

Ayuh ! Doakan President Mesir , Dr. Morsi dan Ikhwanul Muslimin serta mereka yang menyokong pemerintahan Morsi moga selalu dalam perlindungan Allah Taala serta diberikan kekuatan dalam menghadapi fitnah , mehnah , serta tribulasi di bumi sendiri .

Doakan moga setiap perancangan jahat musuh-musuh Allah tidak berhasil .

Akhir kalam , bacalah kata-kata President Morsi


Sesungguhnya,
Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,

Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,
Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,
Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana dalam setiap apa pun,
Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku,
Kaffah menyeluruh,
Kita bukan islam biasa-biasa.

Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan?
Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,
Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula.

Aku memohon ampun atas kelewatanku,
Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,
Namun, ku mengharapkan, kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.

Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,
Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,
Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu,
Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah, untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah, maka aku merasa Kau mencukupi untukku.




Tiada ulasan: