Halaman

Khamis, Ogos 22, 2013

Genting : 2nd Trip

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
~ Salam UkhuwahFillah ~


Huh ..

Lama jugak tak update blog ni .. Kekurangan idea dan kebusyan dan kemalasan buat jari ni lemah sikit nak menaip kat sini .. Haha

Apa-apapun , hari ni tergerak pulak hati nak share something cerita kat sini ..

AWAS ! Sesiapa yang tak suka , aku mintak maaf ! Haha

-----

Ok , semalam negara kita di kejutkan dengan kemalangan bas dalam perjalanan dari Genting Higland ke Kuala Lumpur .

Semoga Allah menempatkan mangsa dalam golongan yang beriman .

-----

Chop !

Jadi satu yang aku bersyukur sangat ialah beberapa hari sebelum kejadian tu aku dan kawan-kawan aku pun baru balik dari Genting .

Add caption
Syukur sebab tak da apa-apa yang terjadi .

Dijadikan cerita , aku , adlin , Luqman dengan Hafiz bergerak kol 9 pagi dari CFS,IIUM ni nak ke KL Sentral . Planning awal nak gerak pakai bas jam 9.30 (Bas Go Genting) tapi tak berkesempatan bila bas penuh dan kena tunggu jam 11.30 .

Jadi, sesiapa plan nak pergi tu beli la tiket awal-awal . :)

Tengah sibuk sibuk fikir , datang pak cik ni suruh naik teksi je ke Genting . Satu kereta RM100 , jadi kalau 4 orang naik sorang kena bayar RM25 je .. Boleh la tu ..

So ktorang pun naik la ke Genting guna teksi tu .. Perghh .. Kejap je dalam sejam dah sampai Genting .. ni kali ke-2 naik Genting ... Kali ni berbeza dengan kali pertama sebab lebih excited dan happy sebab dengan kawan-kawan .. ^^

Kitorang berhenti kat "Genting Skyway" tempat naik cable car . Sorang naik RM6 ringgit .. Jadi kalau beli tiket return RM12 sorang .

Yuhuu ..
Diatas awan .. 

Naik cable car tu dalam beberapa minit je .. dalam 15 minit kot kalau tak silap ..

Syok , dapat menikmati alam , melihat kebesaran Allah . Allah Maha Besar !

Sesampai je di Genting , ktorang terus cari tempat beli tiket .. Entah hari tu kitorang dapat RM48 je sorang untuk Outdoor ngan Indoor Theme Park .. Berbaloi !


Haa.. Ni muka diorang .. amcm ?
Hafiz .. Luqman .. Adlin .. 

Excited gila nak main dengan kawan-kawan yang gila-gila semua ni.. Hahah ..

Banyak jugak yang sempat naik .. sehabis boleh manfaatkan masa untuk naik semua .. Haha

Antara yang ktorang sempat main :

- Pirate Train
- Spinner
- Sungai Rejang Flume Ride
- Corkscrew
- Space Shot
- Flying Coaster
- Euro Express
- Flying Dragon
- Mini Train

Tu je la yang sempat naik .. Walaupun banyak lagi yang tak naik . Tapi ni pun dah cukup buat takut dan menyeronokkan .

So , layanla gambar-gambar ktorang ni .. ^^

-------

Nak jugak bergambar macam ni .. HAHAHA



Flying Coaster . !
Terbaiikkk .! 



Menghitung Bajet ... Hahaha
Alhamdulillah , bajet tak sampai rm100 ..

Acah acah di London ..
^^ 

Hmmm .. 




Kabus dah terlalu tebal .. Hotel First World pun dah tak nampak .. 

Yeah ! Walk To Remember ! :) 

Ktorang tak masuk tau .. 

Ni saja ja posing depan ni , habis ambik gambar tanya polis yang jaga entrance Casino ni mana surau .. Senyem senyum je pak cik ni bagi tau arah surau .. Hahah 


Indoor Theme Park .. Banyak dan besar lagi sebenarnya .. 


Ok .. Ni je la celoteh ringkas .. 

Apa-apapun , Genting Outdoor Theme Park dah nak tutup 1 September ni sampai 2016 .. Nak buat baru untuk First 20th Fox Century Theme Park .. Macam Universal Studio la ni .. 

Tak sabar nak tunggu 2016 .. ! 

Apa yang aku dapat kat sini , ukhuwah kami makin rapat ... ktorang gembira sama-sama .. buang stress lepas exam gitu .. Hahah .. 

Klah ! 

Bye ! Assalamualaikum .. :)